. Monday, 10 September 2018 .
seperti yang ramai tahu, ramai ke? aku still prefer ayam KFC dari mcD (okay don't fight) sebab aku rasa ayam KFC lebih rangup dan portion agak banyak berbanding mcD (price wise; sama je lol). tapi still aku suka ayam KFC mungkin sebab aku membesar dengan makanan KFC hahahhahaha

assalamualaikum dan salam sejahtera
kali ini aku nak share review dan pendapat aku tentang menu baru kfc iaitu
KFC Crispy Tenders Dunk and Dip

aku suka je try menu terbaru kfc sebab curious. (curiosity kills the cat - but the cat got 9 lives and at least it learnt something from it hahhahahahha *BV logic*)

dan menu terbaru nie menarik sikit sebab main cicah celup gituuuu, canggih tak??


 taste the fun? fun ke gais??? are you sure KFC???!

ini combo yang aku pilih, harga RM16.90 (kira mahal la jugak tu T^T) air lipton tu best la


dengan RM16.90 (RM17 je la) ini la yang kita dapat. yeahhhh! 3 ketul crispy tenders (isi ayam) dan seketul part ayam yang aku suka. nasib baik dapat nie, kalau dapat part drumstick tu boleh histeria kejap. lol (aku kureng sikit kat drumstick) 


 ready go! portion dia okay la, agak besar sebab banyak ayam siap ada coleslow dan mashed potato. 

SMOKEY ZESTY DIP
- rasa macam sos tiram yang masin tu tapi cair sikit tambah perahan limau sebab ada rasa masam. it taste weird. tapi aku still makan sebab aku suka sos tiram. expectation aku, rasa dia macam sos black pepper tapi rasa sos tiram gais. sokay. 

CRACKLING RICE POPS
- rasa macam twisties BBQ chicken. menarik jugak la sebab terasa rempah dia. nampak tak yang hijau2 tu, rempah2 daun kari kot. bila makan both, rasa macam kombinasi yang pelik. cuba bayangkan makan ayam cicah sos tiram pastu celup dalam twisties bbq chicken. hahahhahhaha


apapun, nice try kfc, nice gimmick kfc. for those yang suka sos tiram dan mempunyai citarasa yang unik boleh la rasa nie. yang normal2 tak suka benda pelik2, stick to your fav menu! save yourself!! hahahahha k.

nak tak try lagi? boleh je kalau orang belanja. 

dan boleh je kalau tukar sos tu jadi sos cheese dan celup dalam crispy bread crumbs. (idea baru untuk kfc). hahahhahaha sebab cheese can never go wrong.

well lain orang lain citarasa, 
kureng bagi aku maybe lazat bagi orang lain. 

haaa, korang dah try menu terbaru KFC nie ke belum?
share la menu fav korang!


sekian ilal liqa'
see ya when i see yaaa!

KFC crispy tenders dunk and dip

. Tuesday, 4 September 2018 .
pejam celik pejam celik dah bulan ogos. beberapa bulan lagi dah hujung tahun. cepat betul masa berlalu. rasa macam baru semalam tahun baru. hahahahha. bila nak masuk bulan baru, of course aku kena buat monthly update. kena cari benda baik yang terjadi tiap bulan. kononnya.

assalamualaikum dan peace upon you alls!
bulan ogos kira banyak cuti jugak la. hehehhee

macam-macam benda yang terjadi pada bulan ogos ini. antaranya ialah, hari raya aidiladha, hari merdeka untuk tanah malaya dan sebagainya.

22 ogos 2018
juga dikenali sebagai hari raya haji dan hari raya korban. kitorang family sambut jugak dengan makan2 sikit. mak aku buat laksa je. tu pun dah syukur ada makanan untuk jamu tetamu yang datang, dan tak lupa jugak kuih lapis. hahahhahahha

22 ogos 2018 jugak harijadi elin (adik aku), tapi dia tak balik rumah sebab poli tak cuti. cuti masa raya je. esok terus ada kelas, so dia tak balik. hahahhahhaa kesian, dah la raya haji dan cun pulak birthday dia, so sambut kat poli je la. tumpang sedih dan simpati. lol

cuti sehari, esoknya back to work. yihaaaa


31 ogos 2018
tarikh merdekanya tanah malaya. tahniah. pada 31 ogos 2016 arwah bapak aku meninggal. so, nie dah masuk tahun kedua arwah tidak lagi bersama kami. al-fatihah.

mak aku semangat nak gantung bendera. siap beli dan gantung bendera kat pagar lagi. bila perhati betul2 kat kawasan perumahan kitorang, rumah kitorang je la yang ada gantung bendera besar2. hahahhahaha yang lainnya entah la, maybe ada pasang sorok2 dalam rumah kot. who knows.


laksa sarawak hari raya aidiladha

 
takoyaki again. hahahaha tiap bulan ada gambar takoyaki. 

kek pandan gula apong, sedap sangat. nie officemate punya adik ya buat, officemates banyak yang suka share makanan. aku selalu kena tegur suruh makan banyak sebab kurus sangat. hahahhahahha

brownies! akhirnya dapat merasa brownies. first time nie makan brownies, sedap sangat. brownies nie sepupu aku yang jual. harga sangat berpatutan dan rasa sangat sedap. yang aku beli nie adalah trial pack, rm5 satu pack. memang berbaloi. kalau craving benda manis memang sanggup aku beli. jealous la dengan orang yang rajin baking nie. 


FAVOURITES!! ❤

kobayashi's maid dragon anime character, Kanna, my fav loli character ❤
shopping lazada, beli external hardisk 1tb (boleh simpan movie banyak2. heheheh) yang lama dah aku wishlist, wishlist tercapai alhamdulillah, tujuan nak beli external hard disk sebab storage laptop aku dah berkali2 bagi amaran warna merah. banyak sangat anime yang aku download, dah download, habis tengok, sayang pulak nak delete (sebab nak rewatch), download pun pakai data (data = duit) jangan membazir kita simpan dalam external hard disk. dalam 150gb koleksi anime aku berjaya dipindahkan dalam external hard disk. hahahhahahhaha

peri pera ink velvet (celeb deep rose)
a fav thing of the month, tiap hari pakai sebab tahan lama. warna dia macam orang2 sikit, masa pilih nie, aku ingat warna dia macam dark red, maroon2 gitu, rupanya red with some hint of orange. okay jugak, no problem bagi aku asal tak pink sangat. hahahhahah, aku ada review sikit blogpost lepas. <HERE>. belek2 instagram ALTHEA, peri pera airy ink velvet dah available!! 



SONGS!

my first fav utaite is MafuMafu, but nowadays I've been loving all Eve's song! (his voice kinda remind me of Kenshi Yonezu) especially this one here! the beat makes me excited and the lyric so cool and disturbing at the same time. 

Eve - Demon Dance Tokyo
how ironic the lyric is, how ironic the MV is. totally in love. this is my 'go to work' beats. hahahha

MafuMafu's cover - SNOBBISM
that high chorus tho, *cries*

๐Ÿœ๐Ÿœ๐Ÿœ๐Ÿœ๐Ÿœ๐Ÿœ๐Ÿœ๐Ÿœ๐Ÿœ๐Ÿœ๐Ÿœ๐Ÿœ๐Ÿœ

so, bulan ogos korang macam mana? ada benda best jadi?
perasan tak perubahan blog nie? hehehehhehehehhe

sekian, ilal liqa'
see ya when i see ya!

august 2018 | little update and the favs

. Wednesday, 29 August 2018 .
masih ada ke yang baca blog aku nie. thanks bagi yang sudi baca karangan yang agak panjang nie. aku nak share satu info best untuk korang iaitu apps viral, Traveloka. bagi yang tak kenal lagi traveloka tu, meh teruskan bacaan anda dan jangan malas membaca. hahhahaha, nama pun traveloka kan of course berkenaan travel. siapa yang suka atau teringin nak travel tu, wajib baca, rugi rasanya kalau tak baca benda yang aku share. Ohoh

assalamualaikum dan salam sejahtera



so, apa dia Traveloka nie?
Traveloka adalah satu website dimana korang boleh ambik info tentang lokasi atau mana2 tempat korang nak travel pada masa akan datang, tak kisah la nak travel dengan keluarga, kawan2 atau travelling secara solo sekalipun, memang banyak info boleh dapat melalui website Traveloka.

actually traveloka nie memang dah popular for the internet users. dah pernah keluar alam suratkhabar, tv commercial, radio dan social media. so they are trusted website. korang boleh register dengan traveloka at their website untuk dapatkan update terbaru, newsletter dan promosi. banyak sangat promosi dan kupon diskaun yang boleh dapat kalau korang register. rugi yang tak register, hampir tiap hari dapat newletter, promosi menarik masuk terus kat email.

Traveloka pun boleh dijadikan sebagai platform untuk research about hotels, flight dan korang  juga boleh book dari website nie. sangat memudahkan kerja, satu website untuk booking hotel dan flight. tak perlu dah untuk kita pergi ke website airlines company or hotels. dah la boleh booking hotel dan flight, boleh pulak bandingkan harga dan pilih ikut suka.


sentiasa ada promo!

bagi aku la kan, info yang best mengenai website Traveloka ialah,
banyak promo terutama pada waktu cuti tertentu dan bila nak travel mesti kena cari tempat nak letak barang, nak rehat2 dan tidur (accomodation), apa yang best? yang bestnya, kita boleh baca review2 by other customer mengenai pelbagai jenis hotel. hotel jenis chalet, hotel biasa, hotel bajet, hotel ekslusif dan sebagainya. sebagai customer, of course kita nak benda yang terbaik  kan, so memang sangat memudahkan  bila dapat tahu reviews yang share pendapat positif dan negatif dari customer2. pilihlah hotel anda dengan bijak, it is up to you to choose, sangat banyak pilihan dan boleh bandingkan harga. dah lah dari pelbagai negara dan negeri, cuma planet dan bulan je takda lagi. hahhahahaa


cara nak tempah hotel di Traveloka

cara nak tempah (book) hotel, let say korang nak pergi ke Kota Kinabalu, type kat search box untuk tengok hotel yang available with tarikh yang korang nak pergi. There will be a list of hotels yang ada di KK. korang boleh pilih berapa bintang yang dikehendaki, lower or higher budget, best reviews score. senang kannnnn,  dengan cara nie, tak perlu dah nak pergi ke website yang berasingan, save jugak space kat browser kan. jimat masa dan jimat tenaga, kos cuma bill internet je untuk buat booking. di hujung jari je lagi. Pastikan  dalam bank korang ada duit atau bajet untuk book. 


cara nak tempah flight di Traveloka

So next step dah jumpa hotel, korang  boleh la pilih tiket flight yang ada untuk ke tempat yang hendak  tuju. Masih dalam website Traveloka, cara yang sama, type kat search box under the flight tab, then the list of airlines akan keluar. boleh la buat perbandingan harga, masa, lokasi dan sebagainya.



kena la pastikan semua data yang korang masukkan macam TARIKH adalah betul supaya tak salah book nanti menangis dan kempunan la nak bercuti. nak book hotel je pun boleh, nak book flight je pun boleh. no problem. in case korang nak balik rumah nak bercuti semester bersama keluarga, so balik cuti sem book la tiket flight melalui traveloka kalau jauh atau bila konvoi drive ramai2 dengan family dan kawan2, boleh la book hotel melalui Traveloka. yang penting, Traveloka sangat memudahkan kerja korang. boleh book kat app atau website. dah la banyak promosi, mana tau destinasi impian korang tiba2 ada promosi untuk flight dan hotel, apa lagi, memang ready je la asal ada bajet. aku memang dah jadi peminat Traveloka sebab mudah sangat nak book hotel sekali dengan flight, tak perlu keluar rumah je, ada internet, phone atau laptop je dah boleh book. lagi2 orang pemalas nak keluar rumah macam aku nie. hahahhahaha


jom packing dan travel!! (simpan duit dulu hahahhaha)
apa lagi, kalau belum register, boleh la register sekarang,
nak lagi mudah, guna app, tapi guna website pun mudah jugak. pokoknya semua mudah dengan adanya Traveloka.

so, korang dah register belum? aku dah :D

sekian, ilal liqa'
see ya when i see yaaaaa!

My Traveloka, My Hero

. Sunday, 19 August 2018 .
kemain kan, lately banyak cerita pasal kbeauty stuffs. hari tu kan aku dah share pasal Althea Angels. kali nie nak share kbeauty produk yang aku pilih kat Althea, shopping guna reward point berjumlah 30usd (RM130). kemain shopping. 

assalamualaikum dan salam sejahtera~

sebenarnya banyak kbeauty produk dalam wishlist aku, kali nie aku dapat pilih produk2 yang dah lama dalam wishlist aku untuk kategori kbeauty. excited giler masa shopping kat Althea. pilihan barang2 yang ada tak pernah mengecewakan. THANKS A LOT ALTHEA!

taktau jugak nak pilih yang mana lepas masukkan barang2 yang aku wishlist dalam cart. :D ambik masa sejam lebih jugak nak pilih barang2 nie. hahahhahaha

so, inilah barang2 yang aku pilih. excited giler tunggu semua barang nie sampai. cepat jugak barang2 aku sampai. dalam masa seminggu dah dapat. terbaik la. kalau tak silap sekarang dah ada shipping free kalau korang beli 2 barang atau lebih. aduhhh makin semangat rasa nak shopping kat Althea.

meh baca sedikit review dan produk2 kbeauty yang aku pilih. 

benda nie lama dah dalam wishlist aku sebab terjebak dengan youtuber. semua rave pasal produk nie sebab produk nie tahan lama, buat bibir nampak matte tapi tak mengeringkan bibir ala2 velvety texture gituuu. aku pilih warna yang paling cepat sold out iaitu celeb deep rose. serius aku suka dengan texture dia, senang nak buat gradient lips dan sangat tahan lama (6 hours+ kalau tak makan heavy thing). buat masa sekarang ink velvet nie adalah lip product yang paling mahal aku pernah ada. lol. 

aku suka gila pakai lip tint sebab rasa ringan dibibir (rasa tak pakai apa2) dan warna yang nampak natural. kalau dibandingkan antara lip tint tony moly dan the saem, aku suka the saem sebab lebih tahan lama (sikit) dari tony moly, sama je sebenarnya. hahahhaha okay, apa2pun aku suka lip tint, aku rasa semua mesti ada benda nie as 'go to' produk gituuuu. cewahhh. lagipun harga murah dan satu bekas nie sangat tahan lama, packaging best (tak mudah leak) dan suka 'wand' dia. 

lama jugak dah teringin nak try nie, dulu aku pernah nak beli nie tapi sebab ada alcohol dan masa tu kulit aku extra sensitive, aku tak jadi beli. kali nie aku nak cuba sebab kulit sekarang dah ok sikit (kot). sebenarnya, aku beli sebab nak bersihkan dan minimise saiz pores aku yang makin membesar nie. hahahhahha. entah la kalau menjadi kan sebab aku belum try la. masih nak habiskan primer water (althea bare essentials) which currently my fav. 

lama dah teringin nak grab althea petal velvet nie, kebetulan masa 3rd birthday, Althea keluarkan yang baru pulak, powder dia warna pink! apa lagi pilih la satu. suka packaging dia yang sangat comel. aku suka pakai nie kalau nak buat kulit nampak 'matte' lepas pakai foundation. 

sheet masks memang best. kali nie aku pilih dari brand BOOMDEAHDAH. teringin nak guna nie sebab ada tengok video dari Althea Korea kat youtube, comel2 je. memang mask nie memudahkan. aku baru cuba green tea, guna untuk relax2 hujung minggu. :D

๐Ÿ’Ÿ๐Ÿ’Ÿ๐Ÿ’Ÿ๐Ÿ’Ÿ๐Ÿ’Ÿ๐Ÿ’Ÿ๐Ÿ’Ÿ๐Ÿ’Ÿ๐Ÿ’Ÿ๐Ÿ’Ÿ๐Ÿ’Ÿ

begitu je lah cerita mini kbeauty haul aku kali nie. entah bila lagi dapat shopping kbeauty nie. masih banyak benda dalam wishlist (kbeauty) aku belum tercapai. hahahhahhaa, inilah yang terjadi bila kau jenis mudah terjebak dengan kata manis youtuber2 kbeauty. lol. 

semoga ALTHEA KOREA terus maju! fighthing!

korang dah pernah shopping kat Althea?

sekian, ilal liqa'
see ya when i see ya

mini kbeauty haul

. Sunday, 12 August 2018 .
aku hampir terlupa nak buat wrap up untuk bulan july. hahahhaha. nak kata busy sangat, tak la jugak. weekend free je. bukak blog tiap hari tapi entah la kenapa rasa makin liat nak update blog, idea memang banyak. semua dalam draft sebab gambar belum habis edit dan ayat2 pun kurang. :D inikah yang dinamakan 'blogging slump'??

assalamualaikum dan salam sejahtera

otw balik rumah. lepas kerja.

banyak benda terjadi bulan julai. rasanya bulan julai nie aku paling banyak keluar rumah. kerja memang kerja la kan. tapi every weekend (offday) untuk bulan julai rasanya aku gerenti keluar rumah. macam yang avid reader tahu, aku memang jenis indoor person. aku jarang keluar rumah unless memang ada benda yang aku kena buat. hahahhahhaa. so, mostly aku keluar atas urusan keluarga. lol serius sangat bunyinya. 

urusannya ialah, 
shopping groceries la, beli tiket la, hantar orang la, pergi jenjalan tengok orang la dan macam2 la la la yang lainnya. satu je aku tak suka bila keluar nie, banyak godaan dan aku seorang yang selalu tergoda terutama dengan makanan. sebab tu kekadang bila keluar, aku tinggalkan purse dan duit sambil bawak kad2 yang penting je. tahan diri kat mesin atm pun satu hal. hahahhahahha

teringin nak merasa. tapi benda nie mahal. harga dalam rm4.+ dan takut tak sedap dan menyesal lepas beli. lol. tapi rasanya, nanti2 maybe boleh try. XD

makan sorang2. benda nie terjadi masa balik kerja. aku jenis yang tak lunch kat luar masa kerja sebab nak jimat duit dan mostly sebab aku malas nak keluar, so, hari tu aku terlupa nak bawak pengalas perut macam roti, bun etc, bila dah petang2, perut jadi lapar gila. maka bila balik kerja, terus whatsapp mak kata aku balik lewat sikit sebab nak singgah makan sekejap. hahahhahhahaha. terjadi la kes aku makan sorang2 di penjuru, nasib baik memang tak ramai orang masa tu dan maka aku makan la sorang2 sambil menonton video lawak di youtube. best jugak makan sorang2 nie. kalau ada laptop lagi best rasanya. :D

 
baby shark pink fong ice cream! benda nie dah jadi one of my fav icecream sebab rasa dia sedap! serius, dalam bulan july je rasanya dah 3 kali aku makan. first time mak belanja, kalau tak memang aku tak merasa la icecream nie. hehehehee suka rasa strawberry dia yang tak terlalu overpowering an kat tengah tu rasa macam susu pekat manis, tapi still sedap!!  siapa dah try???

dulu yang saiz macam nie, rm0.30 - rm0.50 (zaman aku sekolah rendah dan sekolah menengah), sekarang dah rm1.00 sebungkus. nostalgia sungguh rasa. teringin nak merasa zaman sekolah menengah lagi. wahhahahaha

birthday Althea Korea dan jadi one of the Althea Angels. serius terharu, Althea staffs nie baik sangat la. no wonder they become so successful. shipping hampir ke seluruh dunia dah sekarang. yang paling best, BELI 2 BARANG dapat FREE SHIPPING (if i'm not mistaken). omgggg!

dah la dapat produk by Althea yang terbaru (wash off mask) READ HERE, lepas tu dapat pulak reward point USD30, shopping lagi kat Althea, terharu gila. berapa banyak dah kotak Althea aku kumpul since first birthday dia. :D nanti aku update apa benda2 yang aku shopping guna reward point tu :) thanks a lot staffs at ALTHEA :3

BCF | Borneo Cultural Festival 2018
panggilan mesra Pesta Borneo, BCF ialah adalah pesta dimana semua kaum di Sibu (my hometown) berkumpul dan promote kaum masing2? lol, lebih kepada mengenalkan la. semua kaum ada kawasan booth dan stage sendiri, pelbagai makanan ada. aku ada buat draft pasal benda nie. tapi entah bila nak publish sebab belum habis taip lagi. hahahhaha. 

serius banyak benda aku nak cerita. tapi sampai sini saja la untuk kali nie. banyak benda aku belajar pada bulan july, walaupun rasa busy dan penat all the time walaupun tak buat apa2 sangat, hahahhaha tapi aku rasa aku lebih okay.

aku taktau dah nak cerita apa nie.
macam biasa, aku banyak layan anime. hahahhaha
aku selalu update insta story, aku suka layan explore kat insta sebab banyak benda lawak, sambil layan insta story yang lain. life setiap orang sangat interesting (aku bukan stalker ya), banyak benda yang aku boleh belajar. ada yang suka update insta story setiap benda yang dia buat, ada yang suka update quote, macam2 la. thanks la bagi sesiapa yang suka update benda berilmu tu. kalau aku memang update benda merepek je la hahahhahaha

july korang pulak macam mana?
ada insta? jom letak link ig korang kat komen (boleh aku follow dan letak kat post nie) hehehhe :D


sekian, ilal liqa'
see yaaaaa when i see yaaaa la

july 2018 | life update?

. Saturday, 4 August 2018 .
kali nie nak cerita benda yang sangat personal. aku rasa, zaman sekarang ramai yang dah tahu pasal depression/stress/anxiety. aku nak cerita pasal diri aku. how i fight that feeling.

edited : aku ada buat poll kat instagram, so ramai yang setuju aku share, aku share je la eh. lama simpan dalam draft.

assalamualaikum dan salam sejahtera~


pada tahun 2016, bapak aku meninggal sebab kanser. aku baru habis belajar. majlis rasmi graduation pada tahun 2017. that time was the lowest time of my life. aku rasa sedih gila2. sampai rasa takda rasa apa2. pada tahun 2017, tiap hari bagi aku adalah seksaan sebab kerja asyik tidur, bangun tidur rasa nak nangis. dalam shower/toilet menangis, dan aku rasa no one knows yang aku menangis sebab menangis pun diam2 je (sakit menangis senyap2 nie wahhahahhaa). life is keep throwing me some lemon. it hurts. masa tu aku tak kerja (malas cari kerja, stress), mak aku asyik bising suruh aku cari kerja dan keluar rumah bergaul dengan orang sebab aku asyik kat bilik, layan laptop, bangun tidur macam orang takdak life. bila mak membebel pasal itu ini, aku rasa betapa useless-nya aku. rasa tak layak hidup kat dunia. patutnya aku je yang mati (astaghfirullahalazim). bila tengok pisau, pen dan sebagainya rasa nak cucuk diri.  lepas tu menangis lagi sebab menyesal fikir macam tu. tapi alhamdulillah, aku jenis pemikir. aku fikir kalau aku mati, family aku mesti lagi sedih. lagipun aku anak pertama. bila fikir pasal tanggungjawab, tekanan orang sekeliling yang banyak tanya pasal life aku, lagi aku stress. bila dah sampai satu tahap, aku persoalkan kenapa aku jadi macam nie, kenapa life aku macam nie. 

masa tu, makan minum aku memang tunggang langgang. aku malas makan mandi. rela berlapar. kekadang aku berjaga sampai pagi. kekadang tak tidur. stress gila2. kekadang rasa pening melampau, tangan bergegar (mungkin sebab tak makan) dan susah bernafas (bila rasa macam nie, aku istighfar banyak). aku tak bagitau sesiapa aku rasa macam nie, aku tak luah kat sesiapa. sebab aku jenis taktau nak meluah aka malas meluah aka malas orang concern. tanda2 stress tumbuh kat muka, muka kusam, jerawat makin banyak, bawah mata makin hitam. susah nak jumpa orang aka malu nak jumpa orang. especially orang yang dikenali. sebab aku nak elakkan pelbagai soalan dan aku tak suka dengar yang kononnya 'nasihat'. bila keluar rumah, jenjalan sejam dua rasa dah pening2 lalat. aku jadi cepat marah, cranky and moody all the time.

masa tu, aku banyak layan laptop, layan anime, layan blog dan tengok segala movie, kdrama, youtube. sebab nak sibukkan diri dan kekadang tidur sepanjang hari, malas nak fikir pasal realiti. bila jumpa orang, buat macam biasa je (dahlah aku jenis pendiam, takbanyak cakap), sama jugak bila kat sosial media (maybe ada la drop sikit hint tapi jarang).

this is a lil bit too personal, but okay once in a while and why not right?

sometimes when people around me care about that and keep talking about what they actually feel and sad about my situations, i really appreciate that sentiment, but i'm not the kind of person who actually feels reassured, i really don't need that kind of talks. i feel bad for making you sad for me. actually, i just need you to cheer me up and act normally as usual. that actually what people need in that kind of situations. at least that is in my point of view. (who actually agree with me) thanks to those who act normally to me during that time.

sometimes, it just because of people. yeah, they maybe care about my family. but the way they care sometimes is a bit too much. it just that we have our own way of doing things. they really need to understand that and just cheering us for doing a great job in living our life.

tapi dalam sedih2, depress/sadness tu, aku cuba cari sisi positif setiap bulan. aku buat WRAP UP ENTRIES tiap bulan kat blog. i can't believe how positive i am (aku try hard gila nak jadi positive), taking pictures, editing and writing become my kind of therapy, i'm quite enjoyed doing it.

masuk tahun baru, 2018. aku sedar yang aku perlu bangkit. i need to change my life. takkan nak jadi hikkikomori selamanya dan buat mak aku sedih. then, aku start cari kerja dengan serious secara online. register jobstreet, apply kerja bidang aku minat dan berkaitan, dapat a few calls dan email untuk interview tapi jauh ya ampun macam kl, kuching dan sebagainya. (maybe aku akan cerita pasal cari kerja, interview di lain post). a step to change myself.

it took me 1 year and a half (almost) to recover my confidence and self-love(?)


so, alhamdulillah. aku dah lepas phase depression or anxiety or just sadness tu. aku taktau pun aku yang mana satu. bagi yang korang2 ada rasa macam tu, be strong okay. kalau hati korang dah tak boleh tengok the 'bright side', positive side in your life. seek for help, jangan sorang2. aku tak berani nak diagnose sendiri. atau maybe cuma sadness. but that feeling really sucks. but see the bright side and don't go to the dark side. keep walking in this life journey, you might fall and hurts, but that will make you stronger in future.

this is the new me. I'm not changing. I'm just learning something from the past :)

love yourself ❤

sorry la kalau blog post nie banyak rojak2. hahahhaa
till then, jaa matta ne~

depression or just sadness?

. Tuesday, 31 July 2018 .
beberapa minggu lepas, aku ada terima email untuk join satu group yang diberi nama Althea Angels. rasa bertuah sangat sebab terpilih join group nie. apa yang best pasal group Althea Angels nie adalah, boleh dapat banyak benefit dari Althea Korea, contohnya ada pelbagai giveaway dan banyak lagi aku rasa masih boleh join sekarang kalau korang ada blog/instagram/youtube yang aktif dan ada post berkaitan beauty stuff. best sebab banyak blogger, youtuber dan social influencer dari pelbagai negara join.


okay, sepatutnya aku cerita pasal welcome gift yang kitorang Althea Angels dapat. best gila! macam excited la dapat welcome gift, tak sangka pun sebenarnya :D petang tu dapat email dari Angel Syahira, petang tu jugak parcel datang rumah. tak sangka secepat tu parcel sampai. memang suprise sangatlah. kemain banyak angels update kat fb bila terima parcel. aku update kat instagram. hahahhaha

omoooo! special box design for althea angels :) i feel exclusiveeeee
cute totebag! i love totebag <3
oh, lupa nak bagitau. bulan july nie jugak adalah birthday Althea  yang ketiga #AltheaTurns3, macam taksangka dah tiga tahun dah umur althea, bersama althea sejak first birthday lagi. gembira tengok althea dan berkembang ke seluruh dunia. hebat. sekarang pun banyak promosi, giveaway dan contest yang sedang berlangsung sempena birthday althea. 

why so sweet??!



apa yang ada dalam welcome gift nie adalah;

1. totebag #AltheaTurns3 (too cute to handle, love the materials and design!)

2. 'Spread Your Wings' Makeup bag (pink colour and big! got a lot of space to store my makeup!)

3. 'Spread Your wings' hand mirror (girls need mirror! yass)

4. Althea fresh skin detoxer (rose) ๐ŸŒน

5. Althea fresh skin detoxer (green tea) ๐Ÿต

6. cute small origami boxes and cards ๐Ÿ’•


a lil bit review and highlight about fresh skin detoxer 10 seconds wash off masks, yeah you read that right, 10 seconds wash off masks. 

first, packaging. (aku jenis suka tengok packaging satu produk sebab dari packaging nie kita boleh tahu banyak benda tentang sesuatu produk sebab semua kat packaging kat contohnya isi kandungan, manufacturing date dan sebagainya). okay sebenarnya nak cerita yang aku suka gila dengan packaging yang boleh nampak isi macam nie sebab boleh tau kan bila isi produk akan habis dan maybe boleh siap sedia untuk beli yang baru. hahaha but serious aku suka produk design minimalistic, nampak elegant dengan cara tersendiri.

a little description :)
althea fresh skin detoxer rose (refining)
- aku guna untuk waktu pagi, menarik sebab mempunyai rose petals yang sebenar!
- bila apply kat muka, cukup 10 saat, aku terus urut2 dan cuci muka
- buih dia agak tebal(?) dan aku suka bau dia, its reminds me of something, tapi aku lupa
- lepas guna, muka rasa agak kering tapi rasa fresh gila, so proceed with your skincare routine, toner, moisturiser and etc

althea fresh skin detoxer green tea (purifying)
- guna malam sebelum tidur, suka gila tengok product warna hijau gelap macam nie dan ada sedikit tiny bits of green tea
- texture macam yang rose jugak, ala2 gel tapi 'runny' gel
- buih pun agak tebal dan bau of course macam green tea!
- sama jugak macam yang rose, agak kering lepas guna, tapi again rasa fresh dan bersih gittew

cara nak guna dan tips, senang je kan! :)
sekarang dah boleh didapati di website Althea Korea. gigih tunggu sampai dah available kan. baik korang pergi beli cepat sebab discount hebat!

oh ya, Althea Real Fresh Skin Detoxer nie adalah collaboration dengan GET IT BEAUTY (beauty kshow), serious this is one of my fav beauty kshow sebab dorang banyak share tips2 kecantikan dari artis2 korea. worth watching dan excited gila bila dapat tahu Althea collaborate dengan Get It Beauty! cinchaaaa daebakkkkk!


๐ŸŒน๐Ÿต buy these awesome products here ๐ŸŒน๐Ÿต

thanks a lot Althea Korea!
Happy 3rd Birthday and keep being awesome! ๐Ÿ’“


lots of love, Althea Angel BV
see ya when i see ya!
ilal liqa'

Althea Angels x Real Fresh Skin Detoxer Review

. Saturday, 21 July 2018 .
aku tahu fifa world cup dah habis. tapi tetap nak review jugak sebab nak jadikan kenangan fifa? lol. walaupun aku tak berapa sangat layan fifa sebab layan sosial media ehem, aku tau jugak result negara mana yang menang dan negara yang aku secretly sokong. (aku sokong negara2 asia). 

assalamualaikum dan salam sejahtera
nak review McDonald Rio Burger Chicken

beberapa minggu lepas, adik aku ajak jenjalan sambil dia belanja mcD. whoaaa terus rasa semangat nak keluar sebab ada yang nak belanja lol. awal2 dah fikir nak order menu terbaru. sebab aku jenis yang suka try menu baru. (siapa sama? kita geng) 

so, antara chicken dan beef, aku pilih chicken sebab aku memang suka burger chicken. harga untuk combo berserta air adalah rm16.50(?) aku pun ingat2 lupa. tapi dalam rm16+ la. mahal jugak tu bagi sebijik burger. tapi demi craving aku relakan. hahhahahhaa

 comelnya bun dia. bun bentuk bola dan bijan pun hitam putih. agak lembut la bun tu dan nampak gebu gebas.

suka gila style packaging dia. so brazil. nama pun rio burger kan. agaknya mcD kira sokong brazil la tahun nie ye. kalau tak, kenapa ada rio burger je? takda burger negara lain. ehhhh lain pulak cerita. hahhahaha

aumm, cheese tu yang mengancam tuuuuuu 

rasa? sos dia rasa kopi2 dan ada bau kopi. tak sangka jugak agak pedas bagi manusia yang kurang makan benda pedas. bagi aku, rasa dia macam pedas2 lada. sos dia, not bad la rasa dia. cuma aneh ada rasa kopi. tu la keunikkannya kot. patty tu pun biasa2 je bagi aku. overall, sedap la jugak. takdelah bila makan terus rasa kat brazil gitu. eh.

aku teringin gila nak try burger korea kat mcd yang pernah viral dulu, tapi taksempat T^T entah bila ada lagi burger tuuuuuu!

fifa worldcup dah habis. aku baru update pasal burger nie. entah la ada lagi ke tak kat mcd. 

korang sokong team apa? hehehhehe
dah try tak Rio Burger nie?

sekian, ilal liqa'
see ya when i see ya

McD Rio Burger (chicken)