Wednesday, 28 February 2018

5 tips nak cantikkan blog

siapa je yang tak suka blog cantik2 kan. makin cantik satu blog tu, makin rajin la yang singgah. betul ke? aku taktau, tapi rasa selesa la bila masuk dalam satu blog yang kemas dan menarik mata yang memandang. cantik itu subjektif. blog pun macam tu jugak. cantik sesuatu blog tu pun ikut orang jugak. cantik dan menarik yang kita nak tu. hahahhahhaa.

assalamualaikum dan salam sejahtera.


so, kali nie aku nak share sikit, tips nak cantikkan blog pada pandangan aku la. 
1. template blog
sekarang banyak dah template blog free yang cantik2, minimalist dan responsive. so, boleh pilih je ikut rasa yang sesuai. bagi aku, warna template blog memainkan peranan yang penting. sebab kekadang dari warna blog, kita tau owner blog tu macam mana (aku punya logik, hahahhaha kalau pink tau la perempuan kan). 

dalam memilih warna tema utama template blog, lebih baik pilih satu atau dua warna je. kalau banyak2 warna nampak terlalu meriah. aku paling suka tema blog yang minimalist, mudah nak baca post. dah pilih warna, memang nampak unik blog kalau ada warna tema tertentu. macam aku, warna hitam je sejak dari dulu. hahhahahaha, sekarang pun banyak dah blog tema hitam putih, jadi taknampak kelainan dari situ. nak lain dan unik, pilih satu warna yang jarang orang guna. mesti, bila orang masuk blog korang, teringat2 je. :D
2. header
bagi aku, header adalah first impression untuk blog. dari header, kita tau blog tu macam mana (selalunya lahhhh). kat blog header, banyak dah sedia letak tema blog macam lifestyle, review dan sebagainya. bagus tu sebenarnya. header yang cantik bagi aku adalah header yang simple dan header yang meriah dengan pelbagai design yang sesuai dengan isi blog. kalau gambar kat header terlalu crowded sampai taktau apa nak disampaikan pun tak best jugak. 

header, kena la sesuai dengan tema/niche blog korang. 
3. susun atur widget / gadget
widget antara benda paling penting dalam blog. blog yang cantik bagi aku adalah blog yang kemas susun atur widget. banyak mana pun widget korang nak letak kat blog, tak kisah pun, asal kemas. bila kemas, rasa best dan selesa je la baca entry satu blog tu.

balance. aku suka blog yang susunan widget dia kira balance la. kalau letak satu side je pun okay.  kalau ada widget lebih, taknak panjang2, letak kat area footer. asal KEMAS mata memandang. hahahhaha


4. gambar
gambar pun memainkan peranan utama dalam blog. aku suka gila dengan blog yang gambar post dia nampak seragam dan menarik. tak kisah la gambar ambil sendiri atau gambar google. aku suka blog yang saiz gambar kat post dia sama lebar dengan entry. ada blog yang gambar cantik2, tapi sayang bila bukak entry, gambar semua kecik2 saiz 'medium' dan 'large'. 

lagi bagus kalau gambar letak je saiz 'extra large', biar readers rasa puas hati tengok semua details dalam gambar. ambik gambar penat2, tapi bila letak kat entry kecik2 taknampak details. rugi la macam tu. takpun resize siap2 dalam photo editor jadi sama lebar dengan saiz lebar entry. macam aku, aku set setiap gambar jadi 700px (sama lebar post). bila upload terus letak 'original size'. hah, ambik gambar besar gedabak semua.

kalau gambar gerak2 (.gif), selalu saiz original dia kecik je kan, tu takpe sebab kalau letak besar2 gambar jadi pecah2. 

nak lebih cantik, boleh la edit2 sikit. jangan lupa letak watermark. part letak watermark pulak, bagus lagi kalau watermark yang simple2 je supaya gambar korang tak tenggelam dek watermark. 


credit

5. identiti blog
bagi aku, sangat penting blog ada identiti sendiri dan jugak blogger iaitu tuan punya blog. aku paling suka baca blog personal dan lifestyle. kekadang, bila masuk blog dan baca entri kat sesuatu blog, kita boleh kenalpasti macam mana identiti (sifat) seseorang blogger tu di alam maya (atau maybe real life) sebab bila menulis kat blog nie, dari hati terus ke keyboard.

url pun boleh jadi identiti sesuatu blog, header pun boleh. so, identiti blog nie tak lekat pada satu perkara je. bila reader/visitor mudah kenal penulisan/header/blog url atau sesuatu pasal blog seseorang blogger tu, kiranya blogger tu memang dah ada identiti blog atau blogger yang dah jumpa beberapa niche yang sesuai dengan jiwa dan menulis dengan ikhlas. so, kira ada identiti blog dah.  


💻💻💻💻💻💻💻💻


blog aku? pada pendapat aku, blog aku biasa2 je asal kemas dan asal menarik pada pandangan mata aku walaupun banyak publish entry tak menarik. hahahhaha. 

oh ya, kalau korang ada publish entry tentang tips2 yang hampir sama atau yang berkaitan, sila letakkan link di bahagian komen, nanti aku letak dalam entry nie sekali supaya boleh dijadikan rujukan bersama. cewahhh. sharing is caring :)

so, blog yang menarik pada pandangan subjektif korang pulak macam mana?


sekian, ilal liqa'
see ya when i see ya lah


Wednesday, 21 February 2018

living in reality not fantasy

aku memang suka cerita fantasi. aku suka berimaginasi. kekadang aku rasa aku tak patut hidup dalam dunia realiti. sebab semua tau realiti tak seindah fantasi. tapi, aku sedar aku hidup di alam realiti. so, kena sentiasa tabahkan hati. 

assalamualaikum dan salam sejahtera


zaman sekarang, apa yang tv, media sosial paparkan banyak berunsur fantasi. garisan realiti tak berapa terang. kekadang kita nampak kat media sosial semua benda happy2, benda best2 macam travel, makan makanan yang sedap2, pakai baju cantik2. tapi siapa je tahu belakang cerita dia apa. tu la, jangan judge orang. *tetiba. 

aku kekadang jealous dengan orang yang aku tak kenal. strangers la senang cerita, aku tak kenal dia, dia pun tak kenal aku. apatah lagi bila wujudnya media sosial yang provocative macam instagram. jealous diam2 je la. tapi memang, benda nie fantasi berbau realiti. life dorang yang nampak 'good2' tu pun, banyak jugak haters dalam diam, ada jugak problem besar, manusia jugak semua. syukur la dengan life kita sendiri. jangan dengki hidup orang. mana tau tup2, hidup kita sebenarnya lebih bertuah dari hidup dorang. who knows. bukan rendahkan orang lain, tapi lihat benda baik pasal life sendiri. takdak benda baik terjadi dalam life kau? tipu la. setiap orang ada benda baik yang terjadi dalam hidup dia. atleast kau hidup, boleh baca blog aku lagi. wakakaka.

realiti memang tak seindah fantasi. 
tapi tanpa realiti, fantasi takkan wujud pun. 
fantasi kekalkan fantasi
realiti tetap realiti

kena tahu kau patut hidup di mana. 
macam aku, budakvanilla, nie fantasi je. hahaha
tapi aku jugak wujud di alam realiti. cuma nama lain la.
*joke
aku real. 

rasa kena brainwash tak? LOL

point sebenar entry nie adalah,
kau kena sedar kau hidup di alam realiti. jangan dengki life orang yang mungkin hanya 'fantasi' berwajah realiti. syukur dengan diri sendiri.

faham? tak faham sudah.

life kena cool.

note-to-self | living in reality not fantasy

sekian, ilal liqa'
see ya when i see ya

Monday, 19 February 2018

Chickilicious Sibu | Makanan ala Taiwan?

beberapa hari lepas. aku ada keluar dengan elin. settle beberapa hal. lepas tu cari tempat makan sebab keluar pagi2, dekat2 nak tengahari, lapar pulak rasa. so singgah la dekat satu tempat yang aku pernah pergi sekali je. meh throwback kat entry nie 

kitorang berdua singgah kat chickilicious. lama tak merasa dan teringin nak merasa ayam goreng dorang. hahhahaha. iklan asyik lalu kat instagram. kira berjaya jugak la marketing dorang melalui instagram. 

so, jom cuci mata dengan ayam goreng ala taiwan :3

masa nie order Pizza Chickilicious RM12.90, Baked Cheese French Fries RM7.90 dan Honey Bun RM6.90. aku ingat2 lupa harga dia, tapi around that range la. banyak menu ayam goreng dia. selain tu, ada jugak menu ala2 snack macam cendawan enoki goreng, kulit ayam goreng, ayam popcorn dan benda lain yang sedap2 sesuai dijadikan snack. 

chickilicious pun ada menu nasi dan sup untuk sesiapa yang nak makan nasi dengan ayam goreng. nice!

Pizza Chickilicious dan Baked Cheese French Fries

Pizza Chickilicious, sebelum adanya chizza kfc, benda nie wujud dulu. hahahhaha. sedap sangat ayan goreng dia, rangup gila. dan cheese tu pun best, boleh tarik2. 

macam ayam goreng kat atas tu jugak cuma yang nie fries. memang sedapppp.


honey bun. sedap jugak walaupun aku tak merasa sangat nie sebab masa tu mood aku bukan makanan manis. hahahhaha. tapi elin kata benda nie memang sedap. coklat dan bun tu pun rasanya dari coklat jugak. lembut dan manis yang boleh diterima.

masa nie aku order air honey dew RM6.90 dan tiramisu RM6.90. sedap jugak rasa air tiramisu tu, pahit2 manis cuma aku rasa harga tu terlalu mahal untuk air gitu je tanpa pearl. tu je la kitorang makan dekat Chickilicious (area kampung nyabor). 

🍕🍟🍕🍟🍕🍟🍕🍟🍕🍟

kelmarin, hari ahad, lepas hantar si elin ke terminal bas. (dia dah habis cuti. balik poli dah hahahhaa), aku dan adik2 pergi ke Popular bookstore nak beli buku. so, lepas dah grab beberapa buah buku. adik2 aku plan nak makan kat Chickilicious (delta mall) pulak. sebab sama bangunan dengan Popular kan. senang sikit.

kali nie pun adik2 aku order benda yang sama macam chicken pizza dan fries baked cheese tu jugak. sebab aku dah merasa, aku order makanan yang lain pulak. 

aku order Chickilicious BBQ (fried chicken ala taiwan) RM12.90. sedappp, sebelum beli aku ada tanya, pedas ke tak? dia kata tak pedas. memang tak pedas pun, ada rasa masam2 manis sikit. suka la rasa sos atas tu.

btw, tahap kepedas ayam2 goreng tu boleh request (maybe dorang letak serbuk pedas2 kalau ada yang request nak pedas).

zoom sikit. nampak sedap sangat. masa menaip nie pun meleleh dah air liur aku. rasa nak try lagi. hahhahaha. sekali sekala boleh la kan. XD masa nie, aku order air Pudding Milk Tea RM6.90 sedap jugak la sebab ada pudding dalam tu. hahhahaha.

service kat Chickilious nie memang terbaik. staff yang super helpful dan sentiasa senyum. overall okay2 la. boleh jadi port lepak ngan kawan2 kalau nak merasa makanan ala2 taiwan terutama ayam goreng. 

sekarang dah ada 3 cawangan kat Sibu
Chickilious Kampung Nyabor
Chickilious Delta Mall
Chickilious Daesco

nice!

rasa nak makan lagi, hahahhaha. *this is not a sponsored posts, all opinions are mine*

korang pernah tak try ayam goreng ala taiwan yang hampir sama macam nie? ayam goreng macam mana fav korang?

see ya when i see ya,
ilal liqa'

Sunday, 11 February 2018

Giveaway : Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan by stnrsyfh

nak join giveaway lagi!


assalamualaikum dan salam sejahtera.

aku memang suka join giveaway sebenarnya. lagi2 syarat2 yang senang dan simple. so kali nie aku join satu giveaway by stnrsyfh. paling best, hadiah giveaway nie merupakan dua buah buku yang aku lama dah wishlist tapi belum dapat. hahahhaha (sebab selalu sold out).

seperti tajuk giveaway nie, dua buah buku tu adalah
Pelukis Jalanan dan Arkitek Jalanan by Teme Abdullah

klik banner nie kalau nak join. cepat join. syarat2 senang sangat. 

may the luck be with me. hehehhee

end | 17 february 2018


sekian, ilal liqa'
see ya when i see ya lah

Wednesday, 7 February 2018

january 2018 | mobile game and social media

finally, wrap up for january 2018. sebab tahun lepas aku berjaya buat summary/wrap up untuk setiap bulan. tahun nie pun aku nak buat benda yang sama. harap berjaya la cari sisi baik setiap bulan. hahahhaha. sebab bukan semua benda baik yang jadi kan. aku suka share benda baik. nak kekalkan post yang positif je. yang negatif tolak jauh2.

assalamualaikum dan salam sejahtera


bila bukak buku nota (so called journal), kemain banyak list goals dalam berblogging. contohnya nak sentiasa update blog. tup2 yang jadi, update seminggu sekali je. hahahhaha. nasib baik berupdate kan. tu pun banyak update benda tak berfaedah je la. plus merapu dan perkara random. lols. 

aku sekarang terjebak dengan satu game kat phone. beberapa bulan lepas, aku memang dah terjebak dengan game kat phone nie. tapi susah nak kekal. lols. mobile game paling lama aku main ialah HOTEL STORY (aku main game tu dari july 2017 to december 2017), genre arcade, dan main simple je. lama2 boring sebab basic game play dia cuma collect coins, updgrade hotel je. aku main setakat level 35 camtu kot. (lupa dah). sebenarnya aku suka genre arcade. pastu main game FASTAR (comel game nie, genre arcade jugak). lepas beberapa minggu uninstall sebab bosan. lol. pastu layan genre story games (otome games) JIMI KARE my quiet boyfriend dan in search of HARU best jugak layan game yang ada lain2 ending. lepas habis dah try semua ending. uninstall. dan banyak lagi mobile games yang aku install lepas tu uninstall. hahahaha

lepas beberapa minggu tanpa game dalam phone. aku bosan la. hahahhaa.

aku lama gila nak try game action RPG (role playing game). tapi sebab semua perlukan space yang besar. aku malas la nak install dalam phone takut lag. then, satu pagi (tengah malam), aku tekad la nak cari game RPG yang best2 dan BUKAN MAINSTREAM. terjumpa, yeahh. 


the alchemist code X phantom of the kill (POtK characters)

THE ALCHEMIST CODE (Mobile Strategy RPG)
aku install je walaupun pengetahuan pasal game nie zero. lama2, wahhh memang best game nie. dah la free kan. aku suka concept anime-like dan story pun boleh tahan. characters pun boleh kumpul dan evolve. ada event quest, arena dan multiplay. aku paling suka summon, sebab boleh dapat characters  (unit) baru. hahahhaha paling penting, game nie chillex2 je. paling best ada crossover dari game2 lain (boleh kumpul character dari game lain melalui quest). aku harap dorang akan buat crossover dengan anime lepas nie. lols.

kalau rajin, memang senang nak level up. aku main dalam 2 minggu gitu, sekarang dah level 50+ dan aku harap tak bosan la dengan game nie, sebab banyak benda boleh buat.

ok, enough pasal mobile game.

life update? nothing interesting.
rasanya aku sekarang lebih aktif kat instagram berbanding social media lain. facebook app aku dah uninstall, bukak sekejap pun nak tengok perkembangan kawan2. lols. twitter, tempat fangirling rasanya.

instagram,
aku nak buat feed yang menarik. tapi malas dah. hahahhaha. aku ada la update beberapa ig stories kalau bosan. kira paling aktif dah tu. 

finally aku jumpa balik lolipop fav aku zaman kanak2 dulu. yang ada pembalut kuning tu fav. aku takpernah tau perasa dia apa. rupanya perasa popcorn, patut la sedap. selalunya jumpa yang perasa buah-buahan tu kan. tapi barley mint dan popcorn nie la yang paling sedap! must try. serius. 

FAV

KDRAMA
korean odyssey - aku suka drama nie sebab comelnya lee seung gi. hahahhaha. lama gila tak tengok dia berlakon dalam drama. aku suka genre fantasy, memang layan la. aku boleh dikatakan peminat chinese movies/drama la masa kecik2 dulu. dan masa tu layan jugak movie2 dan drama pasal son wukong (journey to the west, monkey king). so, bila tengok kdrama nie dengan style korea siap jadi romantik komedi lagi, memang menarik sangat la bagi aku. nostalgia. setakat nie, kdrama nie je la yang aku layan. hahahhaha

aku cuba jugak nak tengok kdrama yang korang recommend kan. tengah usahakan nak download. hahahhaha


ANIME
serius banyak anime tahun nie yang best2. yang ditunggu2 oleh penggemar anime. awal tahun nie, aku paling suka anime SCHOOL BABYSITTER. omaigoshhh, comel sangat. sebelum tu, aku baca manga dia kat app. memang confirm tersenyum2 la baca. sebab comel sangat perangai baby2  >,,< anime baru ongoing yang aku layan macam overlord second season, nanatsu no taizai second season, sanrio danshi and more. lols.


SONGS
banyak sebenarnya. tapi beberapa minggu nie, aku makin kerap layan dua lagu nie. 

DEAN instagram (relatable sangat lagu nie dan aku suka lagu yang ada vibe slow r&b)

iKON love scenario (the beat! rasa ada happy2 sikit bila dengar lols)



okay, tu je la rasanya. 
benda fav korang pada bulan january pulak apa? :D


sekian, ilal liqa
see ya when i see ya lah.