Monday, 19 February 2018

Chickilicious Sibu | Makanan ala Taiwan?

beberapa hari lepas. aku ada keluar dengan elin. settle beberapa hal. lepas tu cari tempat makan sebab keluar pagi2, dekat2 nak tengahari, lapar pulak rasa. so singgah la dekat satu tempat yang aku pernah pergi sekali je. meh throwback kat entry nie 

kitorang berdua singgah kat chickilicious. lama tak merasa dan teringin nak merasa ayam goreng dorang. hahhahaha. iklan asyik lalu kat instagram. kira berjaya jugak la marketing dorang melalui instagram. 

so, jom cuci mata dengan ayam goreng ala taiwan :3

masa nie order Pizza Chickilicious RM12.90, Baked Cheese French Fries RM7.90 dan Honey Bun RM6.90. aku ingat2 lupa harga dia, tapi around that range la. banyak menu ayam goreng dia. selain tu, ada jugak menu ala2 snack macam cendawan enoki goreng, kulit ayam goreng, ayam popcorn dan benda lain yang sedap2 sesuai dijadikan snack. 

chickilicious pun ada menu nasi dan sup untuk sesiapa yang nak makan nasi dengan ayam goreng. nice!

Pizza Chickilicious dan Baked Cheese French Fries

Pizza Chickilicious, sebelum adanya chizza kfc, benda nie wujud dulu. hahahhaha. sedap sangat ayan goreng dia, rangup gila. dan cheese tu pun best, boleh tarik2. 

macam ayam goreng kat atas tu jugak cuma yang nie fries. memang sedapppp.


honey bun. sedap jugak walaupun aku tak merasa sangat nie sebab masa tu mood aku bukan makanan manis. hahahhaha. tapi elin kata benda nie memang sedap. coklat dan bun tu pun rasanya dari coklat jugak. lembut dan manis yang boleh diterima.

masa nie aku order air honey dew RM6.90 dan tiramisu RM6.90. sedap jugak rasa air tiramisu tu, pahit2 manis cuma aku rasa harga tu terlalu mahal untuk air gitu je tanpa pearl. tu je la kitorang makan dekat Chickilicious (area kampung nyabor). 

🍕🍟🍕🍟🍕🍟🍕🍟🍕🍟

kelmarin, hari ahad, lepas hantar si elin ke terminal bas. (dia dah habis cuti. balik poli dah hahahhaa), aku dan adik2 pergi ke Popular bookstore nak beli buku. so, lepas dah grab beberapa buah buku. adik2 aku plan nak makan kat Chickilicious (delta mall) pulak. sebab sama bangunan dengan Popular kan. senang sikit.

kali nie pun adik2 aku order benda yang sama macam chicken pizza dan fries baked cheese tu jugak. sebab aku dah merasa, aku order makanan yang lain pulak. 

aku order Chickilicious BBQ (fried chicken ala taiwan) RM12.90. sedappp, sebelum beli aku ada tanya, pedas ke tak? dia kata tak pedas. memang tak pedas pun, ada rasa masam2 manis sikit. suka la rasa sos atas tu.

btw, tahap kepedas ayam2 goreng tu boleh request (maybe dorang letak serbuk pedas2 kalau ada yang request nak pedas).

zoom sikit. nampak sedap sangat. masa menaip nie pun meleleh dah air liur aku. rasa nak try lagi. hahhahaha. sekali sekala boleh la kan. XD masa nie, aku order air Pudding Milk Tea RM6.90 sedap jugak la sebab ada pudding dalam tu. hahhahaha.

service kat Chickilious nie memang terbaik. staff yang super helpful dan sentiasa senyum. overall okay2 la. boleh jadi port lepak ngan kawan2 kalau nak merasa makanan ala2 taiwan terutama ayam goreng. 

sekarang dah ada 3 cawangan kat Sibu
Chickilious Kampung Nyabor
Chickilious Delta Mall
Chickilious Daesco

nice!

rasa nak makan lagi, hahahhaha. *this is not a sponsored posts, all opinions are mine*

korang pernah tak try ayam goreng ala taiwan yang hampir sama macam nie? ayam goreng macam mana fav korang?

see ya when i see ya,
ilal liqa'

23 comments:

  1. tengok gambar je dah ada bayangan sedap! tapi semua area sibu, area kuching belum ada lagi :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, rasanya kat area kuching belum ada. pernah dengar ada kat miri n sabah jugak :D

      Delete
  2. Alaaaaa.. Nyesaaalnyaa bukak. Meleleh air liur.. Huargggghhhh....

    Nak pegi try, macam jauh sangat. Dekat kl takde ke? Heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhahha sorry :D

      BV ada try google, rasanya kat kl ada Shihlin taiwanese snack kot. hampir sama rasanya XD

      Delete
  3. Nampak menyelerakan semua hidangan tu..terus lapar perut akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap semua tu, BV tengok lagi pun rasa nak makan lagi dan lapar :D

      Delete
  4. Replies
    1. chickilicious takda kat kl :D
      tapi kalau nak try makanan taiwan, kl ada Shihlin :D

      Delete
  5. Agaknya chizza kfc ambil inspirasi daripada kedai ni kot. Hihi. Mula2 macam susah nak sebut nama kedai, tapi bila baca betul2, senang je. Hii

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha kannnn. sama la, BV pun memula tengok ejaan macam susah je nak sebut, tapi memang senang je rupanya :D

      Delete
  6. Tengok gambar je dah lapar

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la, tetiba lapar balik bila tengok gambar :D

      Delete
  7. Sedapnya.. kalau la ada kt KL ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak try makanan taiwan kat kl rasanya ada Shihlin :D

      Delete
  8. honey bun dia nampak sedap
    haihh lapar jadinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap, kalau yg peminat coklat memang suka honey bun nie :D

      Delete
    2. itu lah pasal
      tengok pun rasa lapar dah

      Delete
  9. Baru google chickilicious sibu then stumbled upon your blog. Haha niceee semua nampak sedap T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh, thanks for viewing my blog, harap membantu dan memang sedap semuanya :D

      Delete
  10. Wah.. sedapnya.. kat KL ada tak macam ni

    ReplyDelete
  11. Tudiaaa tengok gambar je dah meleleh air liur. Belum tengok depan2 lagi. Huhu

    ReplyDelete
  12. balit SIbu klk blh la makan tok... hehe

    ReplyDelete
  13. allahu.. meleleh air liur petang-petang ni. huhuuuks. T_T

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!