. Saturday, 31 March 2018 .
aku suka skincare sejak terjebak dengan skincare. kali ni aku nak share pasal produk baru Althea. bagi sesiapa yang belum mengenali Althea, Althea adalah satu website online shopping yang menjual pelbagai jenis produk kbeauty (skincare, makeup dan sebagainya) dari bermacam jenis jenama.

assalamualaikum dan salam sejahtera~

ALTHEA Bare Essentials and first impression

seperti tajuk diatas, ALTHEA dah ada produk skincare sendiri yang diberi nama Bare Essentials yang juga terdiri daripada Contour Cleaser, Primer Water dan Fixer Cream. TAHNIAH ALTHEA!! so happy for you :)

Complicated skincare steps make your skin tired. so simplify and give your skin what it really needs. infused with nourishing and hydrating ingredients from nature. our 3-step skincare is all you really need to keep your skin at its most optimal and comfortable state. Don't just cover up anymore. -Complete your skin makeup with Bare Essentials. 

langkah penjagaan kulit (skincare) yang rumit membuatkan kulit anda penat. jadi, permudahkanlah dan beri apa yang kulit anda perlukan. terdiri daripada bahan yang berkhasiat dan berhidrasi dari alam semulajadi, 3 langkah penjagaan kulit inilah yang anda perlukan untuk mengekalkan kulit anda dalam keadaan optimum dan selesa. Jangan bersembunyi lagi. Lengkapkan mekap kulit anda dengan Bare Essentials.

cantik dan minimalist je setiap packaging produk Bare Essentials ni. serius aku jatuh hati dengan packaging macam ni. semua putih dan comel2 je. 

aku jugak sangat suka tema dan tujuan Bare Essentials yang meninggikan nilai bare skin atau kulit muka yang sihat walaupun tanpa makeup dan kulit sihat yang sesuai untuk makeup. "Great makeup starts from great skin". memudahkan, hanya guna 3 produk ni dengan 3 langkah je! so, tak perlu susah2 lagi buat 10 steps korean skincare.

first impression sebab aku baru guna ALTHEA BARE ESSENTIALS ni dalam beberapa hari. 

Contour Cleanser (RM23)
key ingredients | ice plant, lemon verbena leaf
dalam cleanser ni ada micro-particles yang lembut tapi efektif untuk exfoliate and remove impurities. sesuai untuk detox kulit dan membuat bentuk muka anda jadi slim. wahhhh, sebab ni nama dia Contour Cleanser. sangat menarik nama produk2 nie. serius. 

first impression;
aku dah guna Contour Cleanser beberapa kali, first, memang ada micro-particles, bau dia tak berapa kuat sangat dan fresh ada bau lemon sikit. berbuih kemudian lepas bilas rasa best macam hydrate lembap2 gitu. aku baru guna beberapa kali, tak sabar nak tengok apa jadi lepas guna berkali2 maybe akan dapat v face. hehehhee


Primer Water (RM43)
key ingredients | snow lotus, patented dewdrop technology
dua dalam satu, toner dan primer, melembut dan meratakan kulit muka serta menjadikan kulit muka glowing. so, guna ni macam toner la. siap ada primer, menarik kan?

first impression;
thick in consistency, botol tu ada stopper, packaging wise, aku sangat suka style botol tu. macam kaca tapi plastik yang berkualiti. bau pulak macam familiar, tapi aku taktau bau apa. hahahha. walaupun nie toner, rasa macam essense sebab ala2 cecair pekat tapi nie toner tau. pakai sikit je pun rasa muka dah hydrate dan lembut. paling penting, cepat sangat menyerap dan langsung tak rasa melekit. 


Fixer Cream (RM50)
key ingredients | trehalose, green tea, boabab tree
hydration untuk 24 jam. melembabkan kulit dan memberi kulit muka kelembapan yang diperlukan untuk mengekalkan rasa segar dan kelihatan bermaya sepanjang hari. fixer cream sebagai moisturiser. 

first impression;
again, packaging untuk Fixer Cream ni nampak exclusive sangat. cream rasa nipis tapi agak sticky dan ambik masa sikit untuk menyerap. tapi memang moisturise kulit. aku tak berapa suka bau dia. hahahhaha. bila pakai waktu malam, bila bangun pagi2 muka rasa lembap je, benda best untuk jenis kulit kering sebab kulit aku jenis kering. hehehe 


Mirror, Bare Essential Sample, Marble Tile aka coaster ❤

FAVOURITE!!
Bare Essentials Primer Water
sebenarnya, skincare paling aku suka guna ialah toner. aku tak pernah skip guna toner. so, aku rasa Bare Essentials Primer Water ni adalah antara toner yang aku suka sebab buat kulit aku moisture dan lembut lepas guna. rasa plump gitu. my new favourite toner laaaa. 



unboxing of ALTHEA BARE ESSENTIAL aka me struggling to unwrap everything ๐Ÿ˜‚

๐Ÿ’ง๐Ÿ’ง๐Ÿ’ง๐Ÿ’ง๐Ÿ’ง๐Ÿ’ง๐Ÿ’ง๐Ÿ’ง๐Ÿ’ง๐Ÿ’ง๐Ÿ’ง๐Ÿ’ง๐Ÿ’ง๐Ÿ’ง๐Ÿ’ง๐Ÿ’ง๐Ÿ’ง๐Ÿ’ง๐Ÿ’ง

apa yang anda perlu tahu tentang Bare Essentials, 
๐Ÿ’ง made in KOREA
๐Ÿ’ง dermatologist TESTED
๐Ÿ’ง suitable for ALL SKIN TYPE (sesuai untuk semua jenis kulit)
๐Ÿ’ง skincare routines for healthy looking and glowy skins (rutin penjagaan kulit untuk menjadikan kulit kelihatan sihat dan bermaya)
๐Ÿ’ง high quality products with reasonable price (produk berkualiti dengan harga yang berpatutan)

you can get yours at
and get yourself some free cute mirror while stocks last!

ALTHEA KOREA
facebook | Althea Korea
instagram | @altheakorea


sekian, ilal liqa'
see ya when i see ya lah

ALTHEA Bare Essentials | first impression

. Wednesday, 21 March 2018 .
aku suka shopping online. sebab selalunya kalau rajin survey, harga boleh lebih murah dari kedai. kekadang barang yang aku nak susah nak dapat contohnya casing phone picisan aku, so kena la cari online dan selalunya boleh didapati online. sebab tu la aku suka shopping online. salah satu sebabnya jugak, bila barang/parcel sampai, rasa terima hadiah je walaupun kita beli dengan duit sendiri. hahahhahaaha

tips bila membeli barang secara ONLINE aka tips nak jadi online shopper yang berjaya. hahhahahaha


online shopping nie lain. kita cuma dapat tengok benda dalam screen je. takdapat sentuh, rasa dan tengok depan mata secara realiti. so, kena la jadi pembeli yang bijak.


credit Heeiichou
1. survey harga
perkara pertama yang aku buat ialah survey harga. untuk beli satu barang, ambik masa berhari2 jugak bagi aku untuk berfikir dan survey harga. bila, survey harga memang aku bandingkan harga antara website2 shopping online atau igshop. siap kira postage bagai. gigih sangat aku kalau beli barang online nie. 
2. feedback dan review
bagi aku, sesuatu barang/website/igshop lebih terjamin sebab ada feedback dan review dari customers2 sebelumnya. kena tengok review dan feedback dia macam mana baru aku berani beli. kalau beli kat igshop, memang WAJIB review/feedback bagus yang banyak baru aku berani beli sebab taknak kena tipu. kalau website shopping online pulak, aku tak kisah sangat ada review/feedback (sebenarnya kisah jugak) sebab ada customer service dan boleh complain kalau ada apa2 problem. 
3. logik harga
kalau barang murah gila2 macam takpercaya harga dia macam tu, kena la tengok betul2 measurement apa semua sebab tak semestinya harga murah, kualiti bagus. tapi memang ada yang barang murah, tapi kualiti best. lucky! nak pastikan, check la feedback dan review dari customer terutama website besar2 macam lazada, shopee dan sebagainya.
4. ETA estimate time arrival | anggaran tempoh sampai 
selalu bila dah excited nak beli barang, banyak yang terlupa tengok satu benda nie, ETA, atau lebih senang tempoh masa barang korang akan sampai. lepas tu, bising2 tanya kenapa barang tak sampai2 lepas beberapa hari order, padahal ETA 1 minggu-3 minggu. selalunya, kat website online shopping yang besar2 dorang dah letak ETA, so kena la ambik tahu pasal tu. kalau igshop pulak, barang preorder selalunya ambik masa lama.


credit
5. postage fee 
sebagai pembeli barang online, kena tengok postage fee jugak especially kalau yang jenis kira bajet (macam aku) hahahhaha, selalunya harga barang2 online di website dan jugak igshop TAK INCLUDE POSTAGE TERUS. sebab bergantung dengan mana kau sedang berada (negeri/negara) atau apa yang kau beli. tapi dorang SELALU akan letak di caption atau description. benda nie pun kena ambil tahu, sebab tidak terkejut harga lain masa nak 'checkout' atau bila bayar.


credit
6. semak return policy | polisi pemulangan
benda nie pun penting. some selllers yang ada policy "GOODS SOLD ARE NOT RETURNABLE", "NO REFUND", sebab tu kena check betul2 semua measurements/details sebelum beli barang. tapi ada jugak sellers yang boleh bawak bincang kalau dapat barang rosak, salah barang atau sebagainya.


credit
7. bagi REVIEW dan FEEDBACK
jangan lupa bagi review atau feedback sebab benda nie akan buat penjual rasa happy (kalau feedback positif) dan pembeli masa akan datang, tahu dan yakin bila nak membeli. kalau barang best2, share la positif feedback kan, kalau barang tak best, share jugak untuk bakal pembeli masa akan datang. hahahhahaha

๐Ÿ’ป๐Ÿ’ป๐Ÿ’ป๐Ÿ’ป๐Ÿ’ป๐Ÿ’ป๐Ÿ’ป๐Ÿ’ป๐Ÿ’ป๐Ÿ’ป

semua tips diatas adalah pendapat aku sendiri selepas menjadi seorang pembeli online yang tegar dan alhamdulillah, semua boleh dikatakan 'happy purchase' walaupun ada beberapa kekurangan sana sini tapi pepandai la handle dengan berhemah. kalau korang ada tips tambahan, sila share kat komen. :D

siapa suka shopping secara online? kita geng. hehehhee
korang suka beli barang apa secara online? share sikit :)
(BV suka beli hoodies+skincare)


sekian, ilal liqa'
see ya when i see ya lah


tips bila membeli barang secara ONLINE

. Tuesday, 20 March 2018 .
march adalah bulan fav aku sebab, birthday aku bulan march. so, kena la join banyak giveaway yang diadakan pada bulan march. mana tau rezeki birthday kan. hahhahahhaa.

assalamualaikum dan hyeeeee!


i like how Raydah named this giveaway, Wonderful March Giveaway, i hope you will have a wonderful and full of happiness March too Raydah :) rasanya, bulan march nie pun birthday Raydah kan? Happy Birthdayyyy! semoga sihat2 dan gembira selalu ya. 



syarat2 senang dan mudah sangat. pemilihan pemenang adalah random.
jom join, klik banner kat atas nie ❤

end | 31st march 2018



Wonderful March Giveaway by Raydah Alhabsyi

. Saturday, 17 March 2018 .
Aku suka online shopping. Hampir semua benda aku nak beli online. Zaman sekarang mudah sangat, beli barang online, klik2 apa yang patut dan tunggu je sampai rumah.

Ezbuy?
Ezbuy adalah laman web shopping yang menjual pelbagai jenis barangan secara online, barang2 di Ezbuy banyak dari luar negara macam china, Taiwan dan sebagainya, sebab tu banyak harga berpatutan dan berkualiti.

Assalamualaikum dan salam sejahtera~


Berita baik untuk yang suka shopping online, barangan dan produk dari JD.com dan Mogujie kini boleh didapati di Ezbuy. Mudah nak membeli barang2 lepas nie kan, makin banyak produk dan barangan yang menarik boleh didapati di Ezbuy. Sebenarnya website JD dan Mogujie tu dalam bahasa cina, dengan adanya Ezbuy yang boleh didapati dalam bahasa English dan Malaysia, so senang korang nak beli barangan dan produk dari JD dan Mogujie di website Ezbuy. Mudah kan!


๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ

JD.com (jindong)


Produk2 dan barangan dari JD.com yang berkualiti dan dari jenama yang top kini boleh dibeli di Ezbuy. Makin banyak pilihan menarik di Ezbuy.



Antara jenis2 barangan dari JD.com yang kini boleh didapati di Ezbuy. Barangan dapur, mobile accessories dan untuk haiwan peliharaan pun ada. Banyak la, klik sini kalau nak tengok senarai barang yang ada. 



Tertarik dengan kasut2 dari JD.com yang kini boleh dibeli di Ezbuy. Harga pun murah2. Cantik2 dan menarik pulak tu. Rugi kalau tak beli nie.  Kalau korang perasan, kat setiap produk dari JD.com ada bertanda “JD”



Ada jugak jual perabot yang cantik2. Macam katil, rak, kerusi, almari dan sebagainya. Harga pun berpatutan. Cantik gila meja untuk laptop/pc macam gambar kat atas nie. Rasa nak beli satu je.


๐Ÿ„๐Ÿ„๐Ÿ„๐Ÿ„๐Ÿ„๐Ÿ„๐Ÿ„๐Ÿ„๐Ÿ„๐Ÿ„

Mogujie.com (Mushroom Street)


Jom shopping barangan Mogujie di ezbuy!



Antara barangan dari Mogujie.com yang boleh dibeli di Ezbuy. Sebenarnya banyak lagi yang takda dalam gambar macam barangan fesyen lelaki, untuk orang yang berseni dan banyak lagi. klik sini.



Barangan makeup, skincare dan brushes, sponge pun ada. Semua boleh dibeli melalui Ezbuy. Comel sangat makeup brush Hello Kitty tu! Tengok harga memang murah sangat. Boleh la beli untuk dijadikan hadiah untuk yang tersayang atau diri sendiri.  Memang banyak barangan makeup dan skincare yang menarik dan perpatutan. Oh ya, setiap produk dari Mogujie ada tanda ‘cendawan pink’ macam dalam gambar tu.



Aku boleh dikatakan peminat hoodies la. Sebab comfy dan mudah pakai, simple plus fashionable. Bila tengok senarai hoodies kat Ezbuy nie rasa nak ‘add to cart’ semua. Dah lah comel2, harga pun murah. Bukan hoodies comel2 je ada, banyak lagi baju2, seluar dan pelbagai pakaian yang fashionable Mogujie yang boleh dibeli di Ezbuy.


๐Ÿ‘›๐Ÿ‘›๐Ÿ‘›๐Ÿ‘›๐Ÿ‘›๐Ÿ‘›๐Ÿ‘›๐Ÿ‘›๐Ÿ‘›๐Ÿ‘›๐Ÿ‘›๐Ÿ‘›๐Ÿ‘›๐Ÿ‘›๐Ÿ‘›๐Ÿ‘›


Kesimpulannya, barangan di Ezbuy makin banyak pilihan dan makin menarik. Rugi kalau suka shopping barang secara online tapi tak pernah beli kat Ezbuy nie. Hahahhahaha. Aku pun pernah beli barang di Ezbuy.
Apa lagi, online shoppers? Serbu Ezbuy jom!

Korang pernah tak shopping kat Ezbuy?

sekian, ilal liqa'
see ya when i see ya

SHOPPING | Barangan dari JD dan Mogujie kini di Ezbuy

. Thursday, 15 March 2018 .
selain cerita pasal lifestyle, personal dan beauty (ada ke?), aku suka cerita pasal makanan yang aku makan. sebab bukan selalu makan makanan yang sedap2 dan rare atau makanan yang perlukan perhatian aku. eh. hahhahaa

assalamualaikum dan salam sejahtera,
yes, kali nie aku akan cerita pasal makanan. pastikan korang dah makan sebelum proceed membaca post ini. 

Cendol Pulut
minggu lepas, ada kedai makan baru bukak dekat kawasan perumahan kitorang. nama kedai tu tertera bahawa cendol pulut adalah menu utama (ada jugak pelbagai menu yang lain). sebab video viral awek cendol tu, adik aku hampir tiap hari mention 'NAK CENDOL' dengan nada gedik, tapi lawak jugak la. beberapa lepas tu, dapatlah cendol dan merasanya jugak cendol pulut. 

CENDOL PULUT RM3.50, nie sebenarnya first time aku merasa cendol pulut. aku taktau nak expect apa. tapi dah nama ada pulut, memang ada pulut la. hahhahaha. rupanya, cendol macam biasa tapi ada pulut. sedap jugak. aku suka cendol nie sebab cendol yang best adalah cendol yang masih ada rasa manis (tak tawar) walaupun ais semua dah cair. (do know what i mean?), sebab ada jenis cendol yang ais banyak gila, tapi bila ais dah cair, cendol/abc jadi tawar rasa air kosong. hahahhaha

ROTI JOHN SPECIAL RM8 (ayam) - rasa sedap, special sebab ada cheese. cuma harga dia agak mahal la bagi aku sebab saiz dia tak la besar mana dan ayam tak rasa sangat. tapi memang sedap la.

adik2 aku ada jugak order makanan2 lain macam mee goreng dan nasi goreng ayam. range harga makanan lain dalam rm5-rm10, cuma tak berapa puas sebab saiz portion agak kecik, service okay2. kedai baru kan. maybe memang harga makanan sekarang kot. kalau dulu dengan rm2.50-RM3.50 dah boleh dapat mee goreng mamak sepinggan penuh. hahhahaha

aku dah pernah review KFC CHIZZA, tapi kali nie kfc chizza macam lain sikit. apa yang lainnya? masa nie aku tapau je kfc. macam taksangka la, lama jugak menu nie kat kfc. harap menu kekal la. 

ok, apa yang lain? bila bukak kotak kfc chizza tu, terkejut gila sebab besar dari chizza yang aku pernah order. hahahahhaha hampir penuh satu kotak. rupa2nya, dah ada crust tepi2 tu ala cucur, tengah2 baru ayam. agak terkejut la, yang best, crust tu rangup sangat dan ayam pun juicy, cheese pun penuh satu chizza. rasa nak beli lagi. entah la dorang dah tukar resipi ke apa. 

besar kan rupa dia. selalunya dalam setengah besar tu je :D

jambu air cicah kicap+gula+sambal belacan. rasa meleleh air liur menaip. aku suka jambu air nie, makan cicah apa pun sedap. hahahhaha. suka makan dengan serbuk asamboi dan asamboi merah. makan dengan kicap+gula+sambal belacan lagi laaaaaa. umphhh sangat.

pokoknya, aku suka makan. tapi makan untuk hidup la. bukan hidup untuk makan.

korang pulak dah cuba makan cendol pulut ke? suka makan apa? hehehhee

sekian,
ilal liqa'

cendol pulut dan makanan lain

. Saturday, 10 March 2018 .
cepat betul masa berlalu. macam baru semalam masuk tahun baru. sekarang dah march. so, kena la buat february wrap up. sebagai tanda aku cuba menghargai dan reflect diri setiap bulan (sebenarnya taknak blog nie sepi, wakkakakkaa)

assalamualaikum dan salam sejahtera~


perayaan bulan februari nie yang best adalah tahun baru cina sebab banyak bunga api. hahahhaha yeahh, sana sini boleh dengar bunyi bunga api bila malam tahun baru. rasa meriah walaupun kitorang bukan sambut tahun baru cina pun.

rezeki tahun nie, dapat angpao tahun baru cina dari bos arwah bapak aku (chinese). terharu gila, dia ingat family aku walaupun bapak dah takdak. 

duit angpao dah habis untuk beli light novel dan manga. hahahha. kira okay la kan. menanam semangat membaca dalam diri. cehhhh

takbanyak benda berlaku dalam bulan februari nie. cuma ada la, mak aku dah start babysit sorang baby yang comel. arghhh geram. aku jumpa talent baru. kids do like me (ke aku yang perasan). tapi memang susah jugak jaga baby nie sebab kena tengok tiap masa. walaupun mak aku yang jaga, aku tolong tengok2 je kekadang kalau mak aku nak masak ke apa. siap selalu dah bukak youtube layan lagu BABY SHARK. omaigoshhh ibu2 sangat hahahhahaha

FAVS 

kdrama | dah habis layan kdrama I'm Not A Robot. comel gila. watak lelaki utama (Yoo Seung Ho) tu comel. comel yang manly. hahhahahah, aku takpandai explain. tapi suka dia sejak tengok movie Seondal : the man who sells the river. (rasanya aku dah pernah mention pasal nie dalam entry yang lepas2, tapi tak kisah la hahhaah), nasib baik happy ending. 

kshow | aku dah terjebak tengok Knowing Bros, rancangan variety show yang jemput selebriti korea untuk interview dan ada part role play yang boleh dikatakan lawak gila2 jugak. berdekah jugak kekadang dengan perangai hosts yang lawak2. suka tengok HeeChul. hehehhee

movies |
Along with the Gods : Two Worlds (korean) | 2017 , aku dah tengok movie yang banyak orang cerita. memang best movie tu, barisan pelakon pun memang agak terkenal (di korea). banyak pengajaran yang tak disangka. serius best, siapa yang belum layan, cepat2 la layan. aku malas nak cerita sebab ada banyak blogger dah buat review, kalau aku buat review rasanya makin panjang la post nie nanti. kalau ada part dua nanti memang aku nak tengok di pawagam.

Sunny (korean) | 2011 , akhirnya aku tengok jugak movie nie. selalu jadi sebutan kat variety shows korea. paling2 lagu sunny tu. hahahhaha. movie nie pasal persahabatan antara gadis2 remaja, kemudian dorang terpisah, dan cuba berkumpul balik bila dah dewasa (middle age), ada sebab dorang berjumpa nie, scenes banyak imbas kembali (zaman remaja) dan masa kini. memang menarik sebab ada 90's vibe. comel je perangai masing2. ending kira sedih happy sikit.


Koi Wa Ameagari no Youni 

anime | anime yang aku start layan bulan feb ialah, 
Koi Wa Ameagari no Youni (Love is Like After the Rain), kisah pasal remaja perempuan yang jatuh cinta dengan lelaki dewasa yang jarak umurnya agak jauh jugak la. suka tengok scenes dan style arts anime nie, memang gif-worthy sangat. anime nie still ongoing lagi.


Violet Evergarden

Violet Evergarden, anime nie memang buat jiwa aku sedih *ketap bibir*. feels sangat. banyak kisah yang kira heartwrenching. ada part rasa nak nangis je. kisah sorang perempuan, Violet (bekas askar yang dikira senjata) tanpa perasaan, belajar tentang maksud aishiteru (i love you) sepanjang dia jadi Auto Memoir Doll aka GhostWriter (kerja sebagai penterjemah/penulis surat tentang perasaan orang). best jugak. taksabar nak tunggu next episodes T^T


musics

Sazanka (Sasanqua) by Sekai No Owari
first dengar lagu nie, aku tak faham sangat maksudnya sebab japanese kan, sebab takdak translation. tapi tak kisah sebab aku suka sekai no owari hahahhaha plus, suka sebab melody yang catchy relaxing(?) jugak dan MV memang touching. bila baca translation makin suka la. 

You become insecure, as it seems like your efforts are never rewarded
Once in a while, you'd lay onto me, crying
Saying that if you were to give up right here
You'd find yourself pathetic for chasing your dreams all this while

To you, who is chasing your dreams
Remember, if you were to stumble along the way,
I think the main character of a story is the one who gets laughed at
Not the one who laughs at others

Falling down more than anyone else, crying more than everyone else
You rise up after you fall more than anyone else



fav cover <3


๐Ÿช๐Ÿช๐Ÿช๐Ÿช๐Ÿช๐Ÿช๐Ÿช๐Ÿช๐Ÿช๐Ÿช๐Ÿช๐Ÿช

tu je la kot. hahahha

february korang pulak macam mana?
recommend sikit movies best2 yang patut aku tengok. eh.


sekian, ilal liqa'
see ya when i see ya lahhhh

february 2018 | stories x favs

. Monday, 5 March 2018 .
macam tak percaya, pada tarikh 3 march 2018 aku dah berumur 23 tahun. noooooooo, tetiba rasa diri nie tua walaupun jiwa masih tua. serious talk, banyak benda yang aku nak belum tercapai. kira mission not accomplish la. takpa rezeki dimana-mana. inshaALLAH. terima kasih untuk mak sebab lahirkan aku didunia.


bila umur dah sedikit dewasa ini, dah tak kisah lagi orang nak wish ke tidak, nak bagi hadiah ke tidak. yang penting appreciate diri sendiri. aku pun beli hadiah untuk diri sendiri.

YAYYYYYY!!! BLOG INI DAH ADA DOMAIN SENDIRI!!
budakvanilla.com
berbanggalah kalian yang mengikuti perkembangan (ada ke perkembangan?) blog ini sejak dari zaman budaksukavanilla.blogspot.com. hehhehehe *acah je lebih nie*

lama dah aku nak ada domain. dalam masa masih berkira-kira nak dapatkan domain dotcom nie, memang banyak jugak benda aku timbangkan. akhirnya, aku dapat jugak. happy jugak la. rasa macam tak percaya pun ada. tujuan aku berblogging masih sama, aku blogging untuk suka2 je. share benda apa yang aku nak. walaupun takpernah sangka pun, rupanya banyak jugak benda yang aku boleh dapat dari berblogging nie.

tu je la, tujuan post nie.

thanks sangat bagi yang wish birthday kat memana dan mendoakan yang baik2 untuk birthday girl nie. hahahhahaha. stay cool everyone!!

credit
virtual penguin hug for you :D


siapa birthday bulan march? kita geng!!
birthday korang pulak bila, share laaaa :D


sekian, ilal liqa'
see ya when i see ya lah

happy birthday and yeah new domain!