Sunday, 22 April 2018

my skincare routine (dry skin)

sebenarnya lama dah rasa nak share pasal rutin penjagaan kulit, tapi ye la tak confident sangat sebab kulit muka aku pun bukannya flawless sangat. tapi nak jugak share, mana tau ada yang nak tahu kan. hahahhaha so let's proceed!

assalamualaikum dan salam sejahtera~

kulit muka aku agak kering, kekadang ada dry patches kat area bawah bibir dan kat tepi2 hidung. kulit kering paling tak best sebab sometimes bila pakai bedak/pact/foundation, muka jadi bercapuk gila. sedihnya. hahhahahhaa. tapi kali nie bukan nak cerita pasal mekap2. kali nie pasal penjagaan kulit muka. 

aku sertakan sekali dengan sedikit review la untuk produk2 yang aku guna. 


1. innisfree | greentea cleansing foam (1st step) 🍡
honestly, pencuci muka nie tak ada effect untuk aku. rasa macam biasa2 je. okay la sebab bila guna tak ada breakout, cuma kulit muka aku rasa sedikit kering lepas guna, rasanya nie sesuai untuk oily skin. aku suka bau dia. dah habis guna dah pun, nak beli lagi? no, sebab tak ada effect. 

2. Himalaya | Moisturizing Aloe Vera Face Wash (1st step) 🌡
aku suka gila face wash himalaya nie, walaupun kat packaging kat sesuai untuk kulit kering, aku rasa kulit aku still kering bila guna. cuma nampak la sikit jerawat makin susah nak singgah kat muka. paling penting ada vitamin E (yang ternyata bagus untuk kulit), tiada paraben/sls/sles. satu benda yang suka jugak, kurang/tiada buih dan bila guna ada rasa sikit cooling sensation! how cool is that!. packaging wise, suka gila see through packaging macam nie, nampak isi dia, so, kita tahu bila produk nak habis, boleh ready duit siap2 nak beli yang baru. lol. nak beli lagi? YESSS, nampak effect jerawat makin kurang. 

3. Skinfood | Premium Tomato Whitening Toner (2nd step) πŸ…
aku dah pernah review toner nie (here). dah habis guna dah pun. nak beli lagi? yes, kalau ada duit lebih. huhuhuhu

4. Laneige | White Dew Skin Refiner (2nd step) πŸ’§
nie toner tau, aku suka sangat2 benda nie sebab kulit muka aku kan jenis kering, so bila guna toner nie je pun rasa dah cukup moisturise. serious talk. serious! dulu sebelum pakai, aku perasan, area tepi2 hidung dan atas/bawah bibir aku ada kulit2 kering macam nak mengelupas2, bila guna toner nie, masalah tu makin berkurang. yayyyy! sebab adanya toner nie, kekadang aku malas nak guna moisturiser, hahahhahaha. tapi kena guna jugak la sebab taknak muka kering kan. nak beli lagi? yess, tapi mahal gila brand laneige. aku ada buat short review jugak (here)

5. it's skin | Vitamin C serum aka VC effector (3rd step) πŸ‹
aku pun dah pernah review nie (here). honestly, kekadang aku skip je serum nie sebab malas. hahahhaa. tapi selalu jugak la pakai terutama waktu malam. nie pun botol yang kedua, so kalau dah habis, memang ada niat nak beli lagi la sebab best.

6. Nature Republic | Green Tea Cream (4th step) 🌱
memula aku tak berapa suka green tea cream nie sebab aku jenis tak suka letak benda melekit kat muka. actually, i hate using my finger to put those cream (or serum/toner) on my face and i dont really know why, maybe sebab aku malas nak basuh tangan dan insecure takut tangan/jejari ada germs lol. lama2 aku suka sebab rasa muka kurang kering lepas guna. walaupun nama dia cream, tapi tekstur ala2 gel tapi kira cream la sebab cepat meresap(?). bila first pakai ada rasa macam heat sensation gitu. lol. ambik masa sikit nak menyerap, so aku suka pakai benda nie malam2. lama2 makin suka guna. nak beli lagi? yes ofcourse kalau ada duit. dalam website althea/hermo harga berpatutan RM30+, terkejut haritu pergi outlet harga dia RM60+ (omg dua kali ganda tu). better la beli online kan. wahhahahhaha

7. Himalaya | Moisturiser Cream πŸ’
aku pernah cuba sekali je, letak kat muka, esoknya terus tumbuh jerawat. maybe tak sesuai untuk kulit muka aku. tapi aku suka bau dan bila sapu kat muka rasa sejuk2 gitu. agak berminyak, tapi okay la. pastu bagi kat mak aku, mak aku kata okay je :)

8. Freeman | Mint & Lemon claymask πŸ‹
aku suka mask nie sebab bila muka macam breakout sikit, dia boleh tolong bagi aku relax sikit secara mentally? hahahhahha. aku suka bau dia dan best gila bila letak kat muka, ada rasa minty2 cooling sensation gituuuu. kekadang bila tension dengan jerawat nan seketul, aku letak je clay mask nie kat seketul jerawat tu. supaya dia chill sikit. hahahhaha. tapi memang best la guna untuk jerawat, bila TERpecahkan jerawat, cepat2 letak claymask nie, biar dia chill and serap sisa2 jerawat? satu je la kekuranganya, agak drying for my skin. so kena guna moisturiser lepas guna. repurchase? of course lah!

9. Freeman | Charcoal Black Sugar mask πŸ™
sebenarnya aku guna mask nie ala2 scrub. guna bila rasa muka dah agak suram dan tak bermaya. serius bila lepas pakai mask nie, muka rasa lebih berseri dan glowing. memula pakai macam mask tinggalkan untuk beberapa minit ikut instruction, lepas tu cuci. masa cuci la tu boleh urut2 scrub muka sikit2 sebab dalam mask tu ada gula kasar yang agak halus la. masa tengah pakai charcoal mask nie pun muka ada rasa heat sensation, best dan relaxing. jangan scrub masa jerawat tengah teruk, takut kulit muka luka.

aku pakai clay mask nie selalunya waktu malam (1 to 2 times a week). sebelum cuci muka dan buat step seterusnya. entah la, aku lebih selesa buat sebelum step2 cuci muka dan sebagainya.

πŸ’ŽπŸ’ŽπŸ’ŽπŸ’ŽπŸ’ŽπŸ’ŽπŸ’ŽπŸ’ŽπŸ’Ž


sebenarnya jarang aku buat full steps semua. hahahha sebab malas satu hal. tapi cuci muka guna cleanser tu antara benda wajib yang aku buat setiap hari dan aku jarang miss guna toner. dan yang lain tu, kekadang je buat. sebab tu la, aku sangat suka toner yang sangat hydate/moisturise. 

dalam mencari skincare yang sesuai untuk kulit dan masalah kulit muka nie memang memerlukan kesabaran sebab tak semua benda yang orang sesuai guna, sesuai untuk kulit kita. alhamdulillah la, dalam skincare journey (cewahhh), aku ada la jumpa beberapa skincare yang sesuai untuk kulit muka aku dan ada jugak failed. setakat nie, aku stick dengan skincare yang ringan2 dulu la. masih lagi mencari produk untuk kurangkan pori dan bekas jerawat. (please recommend kalau ada yang korang tau)

the keys! benda nie yang kena amalkan kalau nak kulit yang sihat. 
1. moisture/hydration
2. drinks a lot of waters (plain)
3. hygiene (bedsheet, pillowcase, makeup tools etc)
4. foods (eat less oily, sugary and dairy foods)
5. stress free

setakat nie, tu je la skincare routine aku dan produk2 yang aku suka guna setakat nie.

ada tak skincare yang dalam list nie, korang pernah guna? best tak?
recommend sikit skincare produk yang korang suka guna :D

sekian, ilal liqa'
see ya when i see ya lah

Saturday, 21 April 2018

Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa

nak join giveaway lagi. yeahhh. masa untuk join giveaway. bagus join giveaway kan, blog kira ber-update, mana tau rezeki menang dan boleh pulak berkenalan dengan peserta yang lain. so, kena la join banyak2 giveaway kalau ada kesempatan. hehhheehhe

assalamualaikum dan salam sejahtera~


hadiah2 dari giveaway nie memang best2 semua. paling aku suka, ada hadiah buku. syarat2 pun sangat simple dan mudah. suka jugak dengan nama giveaway nie Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa :) nak tau apa lagi hadiah2 giveaway nie? klik la banner/gambar Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa :D


click to join!
suka dengan flatlay yang sis siqah selalu letak kat blog and instagram. cantik sangat gambar2 tu. serius. blog template pun nampak professional menaikkan lagi seri gambar2. boleh nampak la effort sis siqah dalam edit gambar2 dan buat flatlay cantik2 nie. terbaik. setakat nie, belum jumpa lagi benda yang tak suka pasal blog sis siqah nie. hehehhehe

end on 13th may 2018

sempat lagi nak join. banyak masa lagi. so apa lagi. join la. wheehehe
may the luck be with me πŸ’Ÿ

sekian, ilal liqa'
see ya when i see ya :)

Wednesday, 11 April 2018

REVIEW JMOVIE | Teiichi No Kuni (Teiichi's Country: The Battle of Supreme High)

tetiba rasa semangat nak update blog. aku banyak layan movie terutama movie2 asian, rasa kena buat review la sebab rugi kalau tak share ngan korang pasal movie2 yang menarik. sebab aku tahu, sebenarnya memang ramai yang suka layan movie, bukan aku sorang je. 

assalamualaikum dan salam sejahtera, 

MOVIE REVIEW | Teiichi No Kuni (Teiichi's Country: The Battle of Supreme High) 

Release Date: April 29, 2017
Runtime: 118 min
Language: Japanese

Plot (asianwiki)
Teiichi Akaba (Masaki Suda) is a student at a prestigious private male high school known for producing important politicians and bureaucrats. His dream is to become the prime minister and make his own country. To help achieve his dream, he wants to become elected as his school's student council president. The elected student president receives privileges and a better chance for promotions later in the political & bureaucrat world. A power struggle takes place surrounding the student election.

casts (asianwiki)

BV's review |
movie nie adalah live-action movie adaptasi dari sebuah manga, mengisahkan seorang pelajar Teiichi Akaba dari sekolah elit yang bercita2 menjadi perdana menteri untuk membina negaranya sendiri. sebenarnya, dia tak berminat pun nak jadi ahli politik, tapi atas sebab tertentu, dia tetiba berkobar2 nak jadi perdana menteri dan membina negaranya sendiri. so, korang kena tengok movie nie sendiri kalau nak tau SEBAB UTAMA Teiichi nak buat negaranya sendiri. (agak touching sebab2 tu). maka, bermula la berjuangan dia nak jadi presiden pelajar, sebagai satu langkah pertama nak jadi perdana menteri (sebab perdana menteri pada masa tu, adalah bekas presiden pelajar di sekolah yang sama). movie nie mainly bercerita pasal Teiichi Akaba sebagai 'support' untuk menjadikan senpai dorang jadi presiden, menceritakan strategi2 dorang berkempen untuk memancing undi. 

extra part, Teiichi sendiri sebagai calon presiden di akhir2 movie. menang ke kalah? :)

bagi aku, movie nie sangat berlainan dengan movie2 yang lain, pokoknya, movie nie bercerita tentang strategi politik di sekolah, berserta unsur komedi. siap ada guna taktik kotor dan sebagainya. kira boleh belajar sikit strategi politik kot. hahhahahha. ada unsur drama sikit dalam movie nie. ada watak yang gila kuasa sampai buat kau geram. aku suka setiap watak development dalam movie nie.

Lesson |
duit tak selamanya akan berguna, dalam movie nie ada part Rorando Himuro (Roland Himuro) guna taktik kotor menggunakan duit, janji macam2 guna duit. tapi akhirnya, ada la balasan yang dia dapat. balasan apa? kena la tengok sendiri apa yang terjadi hahhahahha

The money will bring misfortune someday, you still don't know how terrifying money is. (Teiichi's dad, Josuke Akaba)



Why you should watch Teiichi no Kuni |
1. movie pasal politik sekolah berserta unsur komedi (aku suka komedi dan pasal sekolah hahhahaha, dan jarang movie pasal politik yang ada lawak2 sikit)
2. less romance (selalunya asal jmovie pasal sekolah, mesti ada unsur cinta cintun, ini tiada ya, sikit2 tu pun tak berapa romance sangat. lol)
3. Masaki Suda dan mostly cast movie nie handsome2 lol, (aku personally minat Masaki Suda sebab i like his voice and aura. hahahahhaha)
4. big expressions (hahhahaha part nie lawak, macam biasa, movie jepun memang lebih2 part expresi muka, suara dan sebagainya)

Rate | 7.1/10 IMDb (here)
BV's rate | aku tak berapa pandai nak rate movie, as long aku enjoy sampai rajin buat review kan. hahahhaha


πŸ“ΊπŸ“ΊπŸ“ΊπŸ“ΊπŸ“ΊπŸ“ΊπŸ“ΊπŸ“ΊπŸ“ΊπŸ“Ί

so, korang ada tak yang dah layan movie nie? best tak?
please recommend some movie yang korang nak aku tengok atau review :)

sekian, ilal liqa'
see ya when i see ya :)

Tuesday, 10 April 2018

march 2018 | stories x favourite

hello, apa khabar? sekarang dah april, haruslah ada cerita pasal bulan march kan. march bulan faveret sebab birthday aku kan pada bulan march jugak. meh nak cerita apa yang terjadi pada bulan march yang lepas. 

assalamualaikum dan salam sejahtera~

bila edit gambar ni beberapa hari lepas, boleh pulak aku salah letak APRIL 2018. entah apa la yang aku fikir masa edit benda ni.

apa yang terjadi bulan March?
macam biasa, nothing big and extravagant, tapi bulan birthday aku la, excited sebab umur dah masuk 23 tahun. hahhahahaha

when the life is not on my side, i go to the other side lah.

benda paling best yang terjadi pada bulan march ialah, aku dah ada domain .com untuk blog ni. yeahhh. aku start blogging tahun 2012, lepas 6 tahun baru beli domain. punya la banyak fikir ambik masa bertahun2. hahhahahha.aku ada buat post kat sini >> HAPPY BIRTHDAY AND YEAH NEW DOMAIN!

dan pada bulan march, aku ada buat 7 blog post, kira okay la, sebab target aku bila dah ada domain nak buat blog post lebih banyak dari yang biasa, walaupun tu pun sebenarnya angka biasa2 je. so, bulan april target nak buat 8 blog post atau lebih pulak (termasuk entry giveaway/segmen or such).

aku ada buat blog post TIPS BILA MEMBELI BARANG SECARA ONLINE, tu pun mengikut pengalaman aku sebagai pembeli jugak. hehhehe

akhir bulan 3 hari tu, aku dan adik2 ada keluar, tetiba dorang teringin nak makan pizza sebab iklan kat tv, pizzahut ada promotion PIZZA LARGE PAN RM15 (hanya untuk takeaway), so apa lagi, beli la. terliur balik nak pizza bila tengok gambar nie. boleh rujuk website pizzahut kalau nak check promo2 tu HERE.

sedih sikit, kat tempat aku tak ada Dominos. kalau ada, rasanya memang melantak pizza je kalau ada duit kot. hahaha

a birthday gift for myself, comfy hoodie. aku takpernah pakai baju warna terang2 macam nie. hahahhahhaa. sebab asyik beli barang2 warna hitam termasuk baju2 sampai mak aku pun bising, kali nie kita tukar taste, beli hoodie warna mustard. kemain kuning. hambek. 

ada satu hari tu, sementara mak dan adik aku settle hal kat sekolah, aku pergi la kat mall terdekat sorang2, guna hoodie kuning nie, hahahhahhahaha tetiba aku rasa malu pulak sebab kuning sangat. LOL *what nonsense is this* tapi serius aku rasa malu, dah beli barang, cepat2 masuk kereta.


πŸ’›πŸ’›πŸ’›πŸ’›πŸ’›πŸ’›πŸ’›πŸ’›πŸ’›πŸ’›πŸ’›πŸ’›

FAVOURITES

kdrama | LIVE - sekarang nie layan kdrama LIVE je la, main reason sebab aku suka Lee Kwang Soo, setakat nie, memang best jugak la jalan cerita dia, kehidupan pahit getir pekerjaan polis, ada tag comedy, investigation, atau maybe romance? tu tak pasti la. 

SONGS | some anime ost that i want to keep it to myself. hahhahahhaha

MOVIES | aku rasa, aku patut review movie balik, sebab banyak yang aku tengok yang aku perlu kupas dan share sebab menarik perhatian. :D

πŸ’›πŸ’›πŸ’›πŸ’›πŸ’›πŸ’›πŸ’›πŸ’›πŸ’›πŸ’›πŸ’›πŸ’›

ada la beberapa benda yang terjadi pada bulan march yang aku malas nak cerita, makin tua, makin malas pulak nak share cerita personal kat blog. hahahhahahha. lain kali aku share cerita yang gempak2. harap tak terliur sangat la tengok gambar pizza cheese deluxe tu. 

so, MARCH korang pulak macam mana?
PIZZA apa favorite korang, nak jugak merasa kalau boleh :3


sekian, ilal liqa'
see ya when i see ya lah

Tuesday, 3 April 2018

THE FACESHOP Outlet in Wisma Sanyan Sibu

on 31st March 2018 Saturday 10am, the grand opening of The Face Shop new outlet in Wisma Sanyan Sibu Sarawak. for those who don't know, The Face Shop is one of the famous Korean skincare and makeup brand. The Faceshop is a familiar brand for kbeauty lover, right?

assalamualaikum and peace upon you~

i really feel excited to hear The Face Shop outlet will be available in Sibu and guess what, i had a chance to attend the grand opening of The Faceshop new outlet! yayyyy! so, let's proceed reading. 

view from the inside

when talking about interior design, i always love the minimalistic design especially involving white as the main colour and yes, The Face Shop outlet interior design really make the white as the main colours of the background including the shelves and this makes the displays of the products stand out even more. plus, i also like the way they categorize the products, lips, eyes, face, cleansing into different shelves and aisle, so it is easy to find what product do you want. 

view from the main door

friendly staff, they have friendly staff who ready to help you with anything regarding any of The Face Shop's products so you can ask for their opinions and ideas. 


new products launch. The Face Shop Dr. Belmeur Advances Cica Recovery Solution

HOT ITEM! loving the display :D

the makeup for eyes, my sister trying out some new testers as she is the bigger makeup lover, more than me, myself. 

cleansing! cleansing foam, cleansing oil, cleansing tissues and more

theirs mask sheets are quite affordable and have so many types. for example, for hydration, pores, brightening and so much more. I'm in love because face masks are one of my favourite skincare routines. (ehem, the shelf design tho, look at that GOLD MASK)

and there you go, the awkward me. 

at the grand opening event, they provided juice refreshment and also got lion dance performance. in Chinese belief, they believe that when opening a new business, lion dance is a must to do tradition to bring fortune and yeah, that was my first time watching lion dance performance with my own eyes. hahahhaha

it was an interesting experience indeed. 


THE FACE SHOP


sekian, ilal liqa'
see ya when i see ya