. Thursday, 10 May 2018 .
hello, anyeong, konnichiwa! kemahen beberapa bulan lepas kata nak up entry kat blog lebih banyak. rupanya ada 5 buah posts je. hahahhahhahahhaha. maybe sebab makin busy dengan life atau makin malas. 

assalamualaikum dan salam sejahtera~

nak cerita banyak ke benda terjadi bulan april? rasanya tak la banyak sangat. cuma ada la some points tu agak bermakna. 

sejak beberapa bulan lepas, aku ada pergi beberapa job interviews. dan pada akhir bulan april nie aku ada jugak pergi satu job interview kat dalam bandar aku nie jugak la. alhamdulillah, dapat. job apa? maybe aku akan buat satu post pasal benda nie. company tu pun satu company baru. so, aku pun tak sure lagi nak cerita pasal apa. hhahahhaha

di satu petang yang panas. best pulak layan aiskrim coklat. 
lama gila dah tak makan aiskrim drumstick nie. sebab makin mahal? lol

laksa sarawak. nie my sis yang order. aku order mee kampua. order punya la lama. tengok2 orang yang baru sampai dapat makanan dulu. rasa nak marah sikit tapi chill. lol. pastu, tanya waitress, aku rasa dorang lupa order kitorang. hahahhahha. kemudian, katanya MEE KAMPUA HABIS. sedihnya lahai. aku order mee goreng je. beberapa minit sampai semua order. okay laaaa dorang dah mintak maaf.

masa nie lepas interview dan settle beberapa urusan. 

jarang jumpa air warna biru translucent macam nie. air sprite berwarna biru. gambar kat cup tu ada gambar doraemon, cun pulak air warna biru. macam darah doraemon pulak. lol. kalau tak silap nama air tu hawaiian blue. 

aku baru beli Garnier Micellar Cleansing Water walaupun benda nie dah lama dalam wishlist. akhirnya dapat jugak beli dan try. dulu untuk buang makeup aku selalu guna wipes (khas untuk buang makeup) tapi tak berapa best sebab some makeup wipes yang dijual di drugstore agak kasar dan tak buang makeup tu secara sepenuhnya. setakat nie, micellar water nie memang best. 

aku pilih warna pink sebab *for sensitive skin* dan yang botol biru untuk oily skin. sebab kulit aku jenis kering, aku elakkan beli produk untuk oily skin sebab mostly produk untuk oily skin ada alcohol yang boleh mengeringkan kulit aku yang sedia kering. so yeahhh. setakat nie, i love it :D

❤ favs product of the month | Garnier Micellar Cleansing Water

dikala hari pertama tayangan AVENGERS | infinity war, aku ngan adik aku malas nak tengok something too mainstream walaupun sebab utamanya kitorang tak follow up dengan movie marvel dan takut lost bila layan. so, kitorang layan movie A QUIET PLACE. 

aku nak buat satu post review pasal movie nie. tapi entah la.
secara konklusinya, WORTH IT!!!! memang mendebarkan sangat movie nie. sampai nak makan dalam panggung wayang pun tak sanggup sebab takut bising hahahhaha. movie nie walaupun takbanyak dialog, banyak moments2 senyap tapi memang buat aku tak senang duduk. entah berapa kali aku terkejut. hahahhahhaha kalau la ada sequel, memang aku nak tengokkkkk.

❤ favs movie of the month | A QUIET PLACE

πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬

setakat nie saja la update aku untuk bulan nie. hahahhaha sebenarnya banyak lagi nak cerita, tapi biar la di lain post (untuk memperbanyakkan lagi topik/post di blog ini LOL). 

bulan APRIL korang pulak macam mana?
layan movie apa? hehhehee

sekian,
ilal liqa'
see ya when i see ya lah

april 2018 | monthly updates and favs