my raya 2018

Saturday 30 June 2018

kita masih di bulan syawal, masih ada lagi mood raya kan, walaupun kebanyakkannya sudah habis cuti, dah start berkerja, study dan sebagainya. hahahhahahha. macam tajuk, kali nie aku nak cerita pasal hari raya. banyak benda aku nak cerita sebenarnya, tapi macam biasa, procrastination kills my momentum in this bloggersphere. i definitely blame this on myself. hahhahahhaha k

assalamualaikum and peace upon you~

first of all, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua pembaca blog aku yang rajin singgah komen ataupun silent reader. taksangka masih ada yang sudi baca blog aku. mohon maaf kalau ada apa2 perkataan2 dan kata2 aku yang pernah mengguris hati korang. kalau ada, bagitau je, nanti aku delete entry tu. lol. hahahhaa

bila nak dekat raya, of course la banyak persiapan raya kan. macam tu jugak la dengan family kitorang, aku ingat nak buat post pasal 'raya preparation' tapi tetiba rasa macam leceh pulak. so nak cerita kat sini sekali la. 

raya preparation

dimulakan cerita, sebelum bulan puasa lagi, adik2 aku rajin dan dah start buat biskut raya. hahhahahaha, yess, sebelum puasa. sebab tu, masa raya tahun nie memang penuh la atas meja dengan biskut2 buatan dorang. aku? aku busy. hahahhaha siang kerja, malam melantak tidur. dasar pemalas. tapi rajin bangun untuk merasa biskut2 buatan dorang. 

cat rumah, semangat raya sampai sanggup nak cat rumah sendiri. yeah, kitorang satu family cat rumah (bahagian dalam). nasib baik semua cat dengan kemas walaupun first time mengecat dinding dengan seriusnya. 

baju raya, last minute semua decide warna. sebenarnya tahun lepas lagi kitorang dah decide nak warna hitam. so, tahun nie, menjadi lah warna hitamnya. tu pun baju dan kain beli asing2 semua. shopping saat2 akhir. tapi atleast semua matching walaupun beli asing2. terer jugak kitorang shopping. hahahhahahhaha


raya aidilfitri | day 1

selepas berkumandang takbir raya, kira confirm la raya kan, apa lagi pepagi dah makan rendang, daging masak hitam dan ketupat yang mak buat. masih bermalasan2 di rumah. lepas dah siap berpakaian cantik2, sesi bergambar pulak. entah berapa minit/jam sesi bergambar. penat nak buat pose sampai taktau nak pose apa lagi. 

lepas tu pergi rumah saudara terdekat. petang2 sikit pergi kubur, lawat kubur arwah bapak, sayu je rasa. raya kedua tahun tanpa arwah. walaupun petang2, masih ramai lagi yang melawat kubur saudara masing2. alhamdulillah. lepas tu, sempat jugak jenjalan sekejap kat mall hehehee. then, lawat rumah saudara dan rumah nenek.
biar muka buruk, asal hati tak berapa buruk (atleast ada baik, jangan buruk terus) lol


raya aidilfitri | day 2

raya kedua i don't feels good. entah kenapa (maybe sebab banyak makan sangat raya pertama hahahhaha). rasa pening2 gitu dan aku tidur je. pastu keluar sekejap sebab mak suruh pergi teman dia beli groceries, tu je la. sebab aku macam pening2 sikit, so raya dekat rumah je la kitorang. banyak jugak tetamu datang rumah. 

beli yogurt, suka la susu yogurt yeos nie. 


raya aidilfitri | day 3

masa nie dah rasa okay sikit so plan nak pergi lawat kubur lagi. lama sikit kat kubur, pastu singgah la kat mall sekejap. sempat pulak tengok barang2. hahahhahaha. ramai jugak yang jalan mall masa raya dengan baju kurung, baju raya bagai. hehehehe

pergi awal, masa raya ketiga tak banyak dah orang pergi lawat kubur, tapi memang ada la kan. 

favourite drink ever. sharetea salt cheese chocolate with bubble <3

sempat pulak singgah kfc sebab bosan makan makanan raya (lol baru raya ketiga). 

KFC Nacho Cheezy Crunch
yay, sempat jugak merasa KFC Nacho Cheezy Crunch (combo)
short review | sedap rasa macam ayam kfc biasa (spicy) tapi kulit dia super rangup dan sos cheese macam biasa yang ada dekat cheezy wedges tu, tapi memang combination yang menarik, yang best sos cheese banyak dua bekas kecik. terbaik. haritu, adik aku ada tapau, walaupun dah sejuk, yang crunchy2 thing tu masih rangup. nice!


raya aidilfitri | day 4

aku dah start kerja. hahahhahahhahahha. tak sempat cerita pasal kerja sebulan lepas, dah kerja lain. lol. sorry tak sempat jenjalan blogwalking singgah blogger2 lain sebab sis sangat lah busy (alasan) dengan life iolss yang agak complicated lately. 


🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭


tu je la cerita raya aku pada tahun 2018. alhamdulillah, dapat jugak duit raya dari saudara mara. hahahhaa rezeki sangat. 

paling best, bila nak dekat raya aku suka layan iklan2 raya yang bermacam jenis dekat tv/youtube. tapi mostly aku layan kat youtube la lagi best sebab full version.

iklan raya paling best pada tahun 2018 (bagi aku) jatuh kepada

TNB Raya 2018 | Rumah Epik Fantastik #RayaEpikFantastik

bagi aku iklan nie best sebab nampak suasana raya bila balik kampung. teringat zaman raya selalu balik kampung dulu2. kekadang iklan raya selalu yang sedih2 je, yang nie best. rasa happy dan tersenyum je tengok iklan nie. :D

dan jugak iklan raya paling touching by MatLuthfi kat youtube. lol. geram gila tengok iklan tu. XD

okayyyy done!

raya 2018 korang pulak macam mana?
balik kampung ke tidak?
banyak makan ke tidak?
dapat duit raya tak? hehehhee

SELAMAT HARI RAYA KORANG! MASIH DI BULAN SYAWAL, MASIH RAYA!


sekian,
ilal liqa'
see yaaaaa


24 comments

  1. Sama lah suka jugak iklan tu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, BV paling suka iklan raya tnb tahun nie :D

      Delete
  2. hahahaha baru raya ketiga dah makan kfc! Setujuuuuuu iklan TNB tu paling best tahun ni. Selamat Hari Raya awak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhahaha memang tetiba craving kfc :D yesss, memang suka iklan tu. selamat hari raya jugakkk :)

      Delete
  3. kmk sikda "feel" mok raya tahun tok HAHAHA tapi alhamdulilah masih dipanjangkan umo utk sambut hihi first day raya macam biasa,makan jak banyak :P second day raya dah hadap laptop ngga drama dah kmk hahahaha sambil2 makan biskut raya lah tek hahaha

    good luck with ur new job kak! hwaiting!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, kmk pun sebenarnya sikda feel gilak, tapi yalatek terasa juak raya sebab siap cat rumah gik ya, sama! banyak gilak makan, raya keduak pun kmk layan laptop juak XD

      thanksssss <3

      Delete
  4. meriahnyaaa raya siap cat rumah. mesti seronok ramai2 bertukang ngecat. kasi vibe baru kan semangat nak raya kena ada.

    salam aidilfitri maaf zahir batin =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, memang mood raya sangat bila semua semangat nak mengecat rumah XD

      salam aidilfitri dan maaf zahir batin jugak ye :)

      Delete
  5. selamat hari raya BV! argh sedapnya kfc tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya jugak Rasya, maaf zahir dan batin :D kfc memang sedap. hahhahaa

      Delete
  6. raya kita biasa-biasa je sebab tahun ni tak balik kampung, so bosan sikit hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. raya kalau takde feel suasana kampung memang bosan sikit kan XD

      Delete
  7. Selamat hari raya dik. Semangat betul cat rumah kan. Terasa semangat nak beraya

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya jugak sis. cat rumah sambil ambik semangat raya nie :D

      Delete
  8. wahh raya2 makan kfc hahaha selamat hari raya!! <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha tetiba semua craving kfc :D selamat hari raya jugakkk :)

      Delete
  9. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin BV :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya maaf zahir batin jugak eizz :D

      Delete
  10. k, i saw most of the raya photos on your ig hehe.. Selamat Hari Raya, bv chan! muahcikedd :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, mostly i post everything in ig XD
      selamat hari raya tooo :D muahhhcikedddd <3

      Delete

drop a comment~
arigatouuu!