. Tuesday, 31 July 2018 .
beberapa minggu lepas, aku ada terima email untuk join satu group yang diberi nama Althea Angels. rasa bertuah sangat sebab terpilih join group nie. apa yang best pasal group Althea Angels nie adalah, boleh dapat banyak benefit dari Althea Korea, contohnya ada pelbagai giveaway dan banyak lagi aku rasa masih boleh join sekarang kalau korang ada blog/instagram/youtube yang aktif dan ada post berkaitan beauty stuff. best sebab banyak blogger, youtuber dan social influencer dari pelbagai negara join.


okay, sepatutnya aku cerita pasal welcome gift yang kitorang Althea Angels dapat. best gila! macam excited la dapat welcome gift, tak sangka pun sebenarnya :D petang tu dapat email dari Angel Syahira, petang tu jugak parcel datang rumah. tak sangka secepat tu parcel sampai. memang suprise sangatlah. kemain banyak angels update kat fb bila terima parcel. aku update kat instagram. hahahhaha

omoooo! special box design for althea angels :) i feel exclusiveeeee
cute totebag! i love totebag <3
oh, lupa nak bagitau. bulan july nie jugak adalah birthday Althea  yang ketiga #AltheaTurns3, macam taksangka dah tiga tahun dah umur althea, bersama althea sejak first birthday lagi. gembira tengok althea dan berkembang ke seluruh dunia. hebat. sekarang pun banyak promosi, giveaway dan contest yang sedang berlangsung sempena birthday althea. 

why so sweet??!



apa yang ada dalam welcome gift nie adalah;

1. totebag #AltheaTurns3 (too cute to handle, love the materials and design!)

2. 'Spread Your Wings' Makeup bag (pink colour and big! got a lot of space to store my makeup!)

3. 'Spread Your wings' hand mirror (girls need mirror! yass)

4. Althea fresh skin detoxer (rose) ๐ŸŒน

5. Althea fresh skin detoxer (green tea) ๐Ÿต

6. cute small origami boxes and cards ๐Ÿ’•


a lil bit review and highlight about fresh skin detoxer 10 seconds wash off masks, yeah you read that right, 10 seconds wash off masks. 

first, packaging. (aku jenis suka tengok packaging satu produk sebab dari packaging nie kita boleh tahu banyak benda tentang sesuatu produk sebab semua kat packaging kat contohnya isi kandungan, manufacturing date dan sebagainya). okay sebenarnya nak cerita yang aku suka gila dengan packaging yang boleh nampak isi macam nie sebab boleh tau kan bila isi produk akan habis dan maybe boleh siap sedia untuk beli yang baru. hahaha but serious aku suka produk design minimalistic, nampak elegant dengan cara tersendiri.

a little description :)
althea fresh skin detoxer rose (refining)
- aku guna untuk waktu pagi, menarik sebab mempunyai rose petals yang sebenar!
- bila apply kat muka, cukup 10 saat, aku terus urut2 dan cuci muka
- buih dia agak tebal(?) dan aku suka bau dia, its reminds me of something, tapi aku lupa
- lepas guna, muka rasa agak kering tapi rasa fresh gila, so proceed with your skincare routine, toner, moisturiser and etc

althea fresh skin detoxer green tea (purifying)
- guna malam sebelum tidur, suka gila tengok product warna hijau gelap macam nie dan ada sedikit tiny bits of green tea
- texture macam yang rose jugak, ala2 gel tapi 'runny' gel
- buih pun agak tebal dan bau of course macam green tea!
- sama jugak macam yang rose, agak kering lepas guna, tapi again rasa fresh dan bersih gittew

cara nak guna dan tips, senang je kan! :)
sekarang dah boleh didapati di website Althea Korea. gigih tunggu sampai dah available kan. baik korang pergi beli cepat sebab discount hebat!

oh ya, Althea Real Fresh Skin Detoxer nie adalah collaboration dengan GET IT BEAUTY (beauty kshow), serious this is one of my fav beauty kshow sebab dorang banyak share tips2 kecantikan dari artis2 korea. worth watching dan excited gila bila dapat tahu Althea collaborate dengan Get It Beauty! cinchaaaa daebakkkkk!


๐ŸŒน๐Ÿต buy these awesome products here ๐ŸŒน๐Ÿต

thanks a lot Althea Korea!
Happy 3rd Birthday and keep being awesome! ๐Ÿ’“


lots of love, Althea Angel BV
see ya when i see ya!
ilal liqa'

Althea Angels x Real Fresh Skin Detoxer Review

. Saturday, 21 July 2018 .
aku tahu fifa world cup dah habis. tapi tetap nak review jugak sebab nak jadikan kenangan fifa? lol. walaupun aku tak berapa sangat layan fifa sebab layan sosial media ehem, aku tau jugak result negara mana yang menang dan negara yang aku secretly sokong. (aku sokong negara2 asia). 

assalamualaikum dan salam sejahtera
nak review McDonald Rio Burger Chicken

beberapa minggu lepas, adik aku ajak jenjalan sambil dia belanja mcD. whoaaa terus rasa semangat nak keluar sebab ada yang nak belanja lol. awal2 dah fikir nak order menu terbaru. sebab aku jenis yang suka try menu baru. (siapa sama? kita geng) 

so, antara chicken dan beef, aku pilih chicken sebab aku memang suka burger chicken. harga untuk combo berserta air adalah rm16.50(?) aku pun ingat2 lupa. tapi dalam rm16+ la. mahal jugak tu bagi sebijik burger. tapi demi craving aku relakan. hahhahahhaa

 comelnya bun dia. bun bentuk bola dan bijan pun hitam putih. agak lembut la bun tu dan nampak gebu gebas.

suka gila style packaging dia. so brazil. nama pun rio burger kan. agaknya mcD kira sokong brazil la tahun nie ye. kalau tak, kenapa ada rio burger je? takda burger negara lain. ehhhh lain pulak cerita. hahhahaha

aumm, cheese tu yang mengancam tuuuuuu 

rasa? sos dia rasa kopi2 dan ada bau kopi. tak sangka jugak agak pedas bagi manusia yang kurang makan benda pedas. bagi aku, rasa dia macam pedas2 lada. sos dia, not bad la rasa dia. cuma aneh ada rasa kopi. tu la keunikkannya kot. patty tu pun biasa2 je bagi aku. overall, sedap la jugak. takdelah bila makan terus rasa kat brazil gitu. eh.

aku teringin gila nak try burger korea kat mcd yang pernah viral dulu, tapi taksempat T^T entah bila ada lagi burger tuuuuuu!

fifa worldcup dah habis. aku baru update pasal burger nie. entah la ada lagi ke tak kat mcd. 

korang sokong team apa? hehehhehe
dah try tak Rio Burger nie?

sekian, ilal liqa'
see ya when i see ya

McD Rio Burger (chicken)

. Saturday, 14 July 2018 .
finally, life update untuk bulan jun. pada bulan jun, aku ada publish 3 blogpost dan okay la kan, atleast blog ini ada update almost every week. rasanya bulan jun aku agak meriah sebab bulan puasa dan hari raya kan. so lets get started!

assalamualaikum dan salam sejahtera ke atas kamu.

ada beberapa life changing yang berlaku pada bulan jun. maybe aku dah ada mention dalam blogpost yang lepas2. tapi tu la, aku suka ulang benda yang sama tapi tidak gambar yang sama. eh. 

nak cerita pasal raya, aku dah banyak merepek kat blogpost bertajuk MY RAYA 2018

meh nak cerita pasal kerja sebab malas nak buat blogpost lain. wahhahahhaa

aku dah berhenti kerja yang aku mention dalam blogpost APRIL 2018 | monthly update, kerja tu sebenarnya as graphic designer, yang sebelum nie aku email mintak kerja untuk general clerk, tapi atas sebab resume aku ada mention adobe photoshop and illustrator, terus dorang nak bagi jawatan graphic designer. wehhh seriously masa dapat interview untuk kerja tu, aku happy gila2 sebab graphic designer tu cita2 aku sejak zaman sekolah rendah kot. bila hampir sebulan dalam company, terasa ada kepincangan disitu. i don't feel right. so, aku quit la secara baik, bagi surat berhenti bagai lagipun dalam tempoh percubaan 3 bulan. gaji? hmm T^T walaupun begitu, banyak jugak benda yang aku belajar dan software graphic yang aku dapat belajar (sendiri) seperti ps, ai dan sony vegas. semangat graphic design masih membara. so, kalau korang nak aku edit blog atau header, boleh contact kat instagram atau email :D

then, aku dapat interview untuk jadi geng IT. lol. memang bidang aku sangat la kan. TAPI, scope kerja tu actually bukan bidang aku which mostly pasal networking. cuma satu je yang berkaitan, website maintenance. hahahhahaa dan jugak ala2 tech support. kalau ada apa2 problem pasal pc staffs, dorang mintak aku repair/solve issues yang ada. alhamdulillah, berbekalkan uncle google dan follow the instruction skill (lol), aku dapat la solve beberapa problem (format pc, install os, driver dan solve some software problem). kalau tak tahu aku cakap je tak tahu dan cuba cari solution lain. staff lain okay sangat. alhamdulillah. dan jugak aku belajar software yang diluar bidang aku, iaitu autocad dan rhino (3D) mostly untuk drafting. aku sorang je la 'IT girl' dalam small company (<15 orang) walaupun ada few guys yang tahu basic IT they still hire me, so i really need to improve my IT skills. hahahhahhahhaa

masa bulan puasa bulan jun, entah berapa kali keluar cuci mata nak shopping, tapi cuma shopping baju raya je la. sebab setahun sekali je shopping sakan. sambil2 tu windows shopping cuci mata tengok lelaki handsome. lol hahahhahaa JK!

sehari sebelum raya, aku pun beli handphone baru. harga mampu milik konon promosi raya dalam RM499. so, apa lagi angkat satu. jenama oppo a71k. boleh tahan jugak la. gambar raya baru2 nie pun guna oppo dah. beraya dengan handphone baru. phewwww (tu pun nak cerita kerrr? of course. nama la life update #doneshowoff) paling aku suka, part video lawa dan sharp walaupun guna camera depan. 

tahun nie tak banyak baju raya, tapi banyak skincare macam nie. hahahhaa hampir seratus jugak untuk semua nie. shopping kat watson. siap buat kad watson lagi sebab aku dah selalu shopping kat watson. syukur tangan tak sempat capai makeup2 kan. skincare je banyak. sebenarnya, aku masuk watson nie nak beli satu lip matte omg silkygirl tu, tapi bila dah masuk, lain benda yang aku dapat. yang aku nak beli takdapat sebab stress pilih colour semua lawa2. ehhhhh hahahhahaha

pilih2 yang mana satu patut aku review? :D

taktau la berapa banyak takoyaki aku bedal dalam bulan jun sebab tiap kali pergi satu mall tu (yang banyak small vendors) untuk windows shopping, mesti terjebak beli takoyaki walaupun takoyaki mahal 3 bijik rm4.20. sedap weh takoyaki tu walaupun makan banyak kekadang muak. lol. siapa suka takoyaki, kita geng!

tak sah kalau tak ada gambar makanan kan.

tu je la june aku. winter anime 2018 kebanyakkannya dah selesai. yayyyyyy summer anime 2018 are now airing. aku super excited nak tengok anime apa lagi yang patut dilayan. lama dah tak layan kdrama. kshow yang aku layan sekarang cuma lah runningman sebab rasa takda masa nak layan. balik kerja penat dan tidur. weekends je la ada masa tengok semua nie. adulthood is kinda hard. wahhahaha.

BULAN JUN KORANG PULAK MACAM MANA?
best tak raya? hehehehhehee 

sekian,
ilal liqa'
see ya when i see yaaaaa

june 2018 | life update on june

. Saturday, 7 July 2018 .
banyak cerita pasal makanan. so, nak cerita pasal makanan lagi. wohoho. macam yang korang tau, aku suka try makanan yang baru dan viral. tapi rasanya korang taktau pun aku. aku saja propa sebab nak penuhkan ayat pembuka kat atas nie. hahhahaha k. nak review pasal flavor terbaru SAMYANG SPICY STIR FRIED NOODLES aka ramen korea paling popular di malaysia. ehem. 

assalamualaikum dan salam sejahtera hendaknya~

REVIEW SAMYANG SPICY CARBONARA

lama dah mengidam nak makan samyang carbonara nie lepas tengok beberapa youtuber dari korea ada review dan buat mukbang pasal samyang carbonara nie. serius terliur. lama beberapa bulan kemudian baru masuk malaysia dan siap ada cop halal lagi. 

so, beli la se-packet berharga dalam RM6 (mahal eh memang makanan import mahal2 khennnnz), nak merasa ku gagahkan jua. 

cop HALAL

sebenarnya nak tunjuk ingredients dia. tapi tak nampak pulak gambar nie. yang pasti salah satu ingredients carbonara adalah cheese.

the samyang sauce dan carbonara (serbuk cheese?) 

rasa dia masih lagi pedas membara macam yang original spicy tu, tapi ada rasa cream2 berlemak sikit. lebih sedap dari yang biasa bagi aku. adik2 aku kata kurang sikit pedas dari yang biasa maybe sebab wujudnya rasa carbonara tu. aku tak habis makan sebab pedas membara tahap sakit lidah macam makan cili hidup. lol. (sebenarnya aku memang tak berapa sangat makan makanan pedas, sengaja makan benda nie sebab craving dan pengaruh sosial media hahhha)

tapi adik2 aku suka, siap beli lagi samyang carbonara nie. walaupun dorang pun asyik cakap "PEDASSS PEDASSSS" bila makan, tapi habis jugak. memang betul2 sedap la tu kan XD

ada yang kata, bila makan makanan yang pedas nie, boleh hilangkan stress. seriously?
aku makin stress sebab pedas dan hidung siap berair. tapi dapat la makan dalam segarfu dua. 

korang dah merasa ke samyang carbonara nie?
tahan pedas tak? (jealous gila dengan siapa yang boleh tahan)

sekian
ilal liqa'
see ya when i see ya

Samyang Spicy CARBONARA