august 2018 | little update and the favs

Tuesday 4 September 2018

pejam celik pejam celik dah bulan ogos. beberapa bulan lagi dah hujung tahun. cepat betul masa berlalu. rasa macam baru semalam tahun baru. hahahahha. bila nak masuk bulan baru, of course aku kena buat monthly update. kena cari benda baik yang terjadi tiap bulan. kononnya.

assalamualaikum dan peace upon you alls!
bulan ogos kira banyak cuti jugak la. hehehhee

macam-macam benda yang terjadi pada bulan ogos ini. antaranya ialah, hari raya aidiladha, hari merdeka untuk tanah malaya dan sebagainya.

22 ogos 2018
juga dikenali sebagai hari raya haji dan hari raya korban. kitorang family sambut jugak dengan makan2 sikit. mak aku buat laksa je. tu pun dah syukur ada makanan untuk jamu tetamu yang datang, dan tak lupa jugak kuih lapis. hahahhahahha

22 ogos 2018 jugak harijadi elin (adik aku), tapi dia tak balik rumah sebab poli tak cuti. cuti masa raya je. esok terus ada kelas, so dia tak balik. hahahhahhaa kesian, dah la raya haji dan cun pulak birthday dia, so sambut kat poli je la. tumpang sedih dan simpati. lol

cuti sehari, esoknya back to work. yihaaaa


31 ogos 2018
tarikh merdekanya tanah malaya. tahniah. pada 31 ogos 2016 arwah bapak aku meninggal. so, nie dah masuk tahun kedua arwah tidak lagi bersama kami. al-fatihah.

mak aku semangat nak gantung bendera. siap beli dan gantung bendera kat pagar lagi. bila perhati betul2 kat kawasan perumahan kitorang, rumah kitorang je la yang ada gantung bendera besar2. hahahhahaha yang lainnya entah la, maybe ada pasang sorok2 dalam rumah kot. who knows.


laksa sarawak hari raya aidiladha

 
takoyaki again. hahahaha tiap bulan ada gambar takoyaki. 

kek pandan gula apong, sedap sangat. nie officemate punya adik ya buat, officemates banyak yang suka share makanan. aku selalu kena tegur suruh makan banyak sebab kurus sangat. hahahhahahha

brownies! akhirnya dapat merasa brownies. first time nie makan brownies, sedap sangat. brownies nie sepupu aku yang jual. harga sangat berpatutan dan rasa sangat sedap. yang aku beli nie adalah trial pack, rm5 satu pack. memang berbaloi. kalau craving benda manis memang sanggup aku beli. jealous la dengan orang yang rajin baking nie. 


FAVOURITES!! ❤

kobayashi's maid dragon anime character, Kanna, my fav loli character ❤
shopping lazada, beli external hardisk 1tb (boleh simpan movie banyak2. heheheh) yang lama dah aku wishlist, wishlist tercapai alhamdulillah, tujuan nak beli external hard disk sebab storage laptop aku dah berkali2 bagi amaran warna merah. banyak sangat anime yang aku download, dah download, habis tengok, sayang pulak nak delete (sebab nak rewatch), download pun pakai data (data = duit) jangan membazir kita simpan dalam external hard disk. dalam 150gb koleksi anime aku berjaya dipindahkan dalam external hard disk. hahahhahahhaha

peri pera ink velvet (celeb deep rose)
a fav thing of the month, tiap hari pakai sebab tahan lama. warna dia macam orang2 sikit, masa pilih nie, aku ingat warna dia macam dark red, maroon2 gitu, rupanya red with some hint of orange. okay jugak, no problem bagi aku asal tak pink sangat. hahahhahah, aku ada review sikit blogpost lepas. <HERE>. belek2 instagram ALTHEA, peri pera airy ink velvet dah available!! 



SONGS!

my first fav utaite is MafuMafu, but nowadays I've been loving all Eve's song! (his voice kinda remind me of Kenshi Yonezu) especially this one here! the beat makes me excited and the lyric so cool and disturbing at the same time. 

Eve - Demon Dance Tokyo
how ironic the lyric is, how ironic the MV is. totally in love. this is my 'go to work' beats. hahahha

MafuMafu's cover - SNOBBISM
that high chorus tho, *cries*

🍜🍜🍜🍜🍜🍜🍜🍜🍜🍜🍜🍜🍜

so, bulan ogos korang macam mana? ada benda best jadi?
perasan tak perubahan blog nie? hehehehhehehehhe

sekian, ilal liqa'
see ya when i see ya!

17 comments

  1. bulan ogos ni dah masuk bulan kedua saya practical....baru lah merasa bekerja,kalau tak..jgn hrp dpt kerja..hehehe
    singgah sini :D http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh all the best untuk practical, belajar banyak2 :D

      Delete
  2. your takoyaki sangat tempting! Now i lapar. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. terasa nak makan lagi :D
      terliur tengok gambar tu jugak XD

      Delete
  3. alahai brownies tu temptingnya.. dah lah harga murah dgn size mcm tu.. nakkk

    ReplyDelete
  4. ogos biasa aja...september ni best byk holidays hehe

    ReplyDelete
  5. Every month ada takoyaki pun takpe :D

    By the way, love the new template! It still screams you though, with black and white :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha kan, memang every month ada XD
      thanksss, i hope sooooo, totally love black and white :D

      Delete
  6. Sedapnya brownies! p/s: your new blog design looks awesome! tak pernah tak lawa

    ReplyDelete
  7. kacak na blog ktk kakkk. terkejut ngga,ingatkan salah bukak blog tek haha
    kmk pn mok beli hard disk juak tapi blum cukup simpanan haha . the brownies though -.- tempting gilaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha lamak dah rasa mok tukar design sebenarnya :D
      kelak cukup la ya, kmk pun ambik masa juak mok beli hard disk tk XD
      nang nyaman yaaa :3

      Delete
  8. waahh semangat betul pasang bendera tu!

    ReplyDelete
  9. Untung la beli hardisk online dpat guna

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!