Tuesday, 20 November 2018

REVIEW | althea petal velvet sunaway


aku kembali dengan another review pasal kbeauty. flips shawl. blog nie dah macam blog beauty walaupun owner blog bukanlah seorang yang beautiful outside but inside. lol rip grammar. 

assalamualaikum dan anyeonggg yeorobunnnn!
REVIEW | althea petal velvet sunaway
macam yang korang dah tau berdasarkan title blog post, kali nie aku nak review produk terbaru by Althea sebab iolls kan althea angels *flips shawl lagi*

the star of this blog post Althea Petal Velvet Sunaway!

zaman sekarang banyak yang dah sedar kepentingan perlindungan daripada cahaya matahari nie terutama bagi kita di Malaysia yang beriklim khatulistiwa, dan bercuaca lembap (humid). so, kena la cari sunscreen yang sesuai untuk cuaca dan keadaan di Malaysia kannn!

first, aku nak bagi sebab kenapa kena pakai sunscreen?!

1. melindungi kulit daripada cahaya UV yang bahaya
jenis-jenis cahaya UV :-

πŸ”₯UVA rays (aging rays) - menyebabkan kedut dan tompok penuaan (age spots) serta boleh melalui tingkap kaca.
πŸ”₯UVB rays (burning rays) - sebab utama berlakunya 'sunburn' dan tidak boleh melalui tingkap kaca. 

2. melambatkan proses penenuaan dan kedutan kulit.

3. mengelakkan kanser kulit.


key ingredients
🌹Damask rose extract - Deeply hydrating and soothes irritations, leaving the skin feeling healthy
🌻Hyaluronic acid - A humectant that attracts moisture to the skin, preventing dehydration
πŸ€Geranium oil - Gives the skin a radiant boost and heals acne

semua bahan diatas dan kebaikkannya adalah semua yang aku perlukan, sebab kulit muka aku kering, sensitif dan ada acne. yassssss!
from althea website



BV's reviews on Althea Petal Velvet Sunaway 

pros
🌸 tiada bekas putih/kelabu bila digunakan untuk muka (no whitecast)
🌸 tidak berminyak dan terasa ringan lol (non greasy and lightweight)
🌸 SPF 50+++ antara perlindungan matahari tertinggi
🌸 cepat menyerap (fast absorption)
🌸 melembabkan kulit, rasa bouncy2 lepas letak kat muka (hydration)
🌸 tiada breakout, penting nie sebab kulit aku jenis sensitive dan berjerawat hahahhaa

cons
🌸 bau agak 'overpowering' atleast bagi aku la sebab aku tak berapa suka produk yang bau kuat. tapi adik aku suka bau dia sebab macam bau air bandung / sirap rose.
🌸 chalky texture (?), aku tak pandai explain yang nie, tapi sebab kulit aku jenis combination dan kering, lepas beberapa jam guna, rasa chalky terutama area kulit kering yang senang mengelupas (hujung bibir dan dagu), solusinya, aku kena guna moisturiser dulu dan reapply sunscreen nie.

conslusion,
aku suka guna petal velvet sunaway, rasa woaaahhhh gitu masa first time guna sebab tak tinggal kesan putih/kelabu kat kulit dan kulit rasa lembut dan natural je, rasa tak pakai apa2 kat muka pun ada. so far, nie adalah produk sunscreen favourite aku sebab cepat meresap, tak payah tunggu lama dan muka rasa tak berminyak langsung bila guna. 




cara penggunaan SUNSCREEN yang digalakkan,
😎 guna 15 minit sebelum berhadapan dengan cahaya matahari aka keluar rumah
😎  reapply lepas dua jam
😎  apply produk dengan mencukupi untuk cover kulit yang terdedah kepada cahaya matahari terutama bahagian muka, tangan dan sebagainya


🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻

mana nak beli?

Petal Velvet Sunaway RM43 (here)
Petal Velvet Set -petal velvet sunaway + petal velvet powder- RM53.10  (here)

or just check this out!


siapa malas guna sun protection? kita geng tapi sekarang dah rajin sikit. lol 

ilal liqa'
see ya when i see ya!

Friday, 16 November 2018

Marry Brown | hot sensation KOREAN chicken wing

kalau bab makan memang aku suka walaupun aku bukanlah jenis yang kuat makan. tapi tu la, aku suka makan dan suka try makanan yang nampak sedap dan hakikatnya sedap. adakah chicken wing korea nie sedap? meh baca review aku!

assalamualaikum dan anyeonghaseyo!
review Marry Brown | Korean Sensasi Ayam Terhangat *kemain weh nama dia"


aku nak try ayam korean marry brown sebab lama dah aku craving nak makan chicken wing style korea sebab terpengaruh dengan kdrama dan kshow. punya la pengaruh tu, tapi kat tempat aku susah gila nak jumpa makanan ala korea nie. so, bila ternampak iklan marry brown korean chicken wing nie punya la aku happy sebab dekat sikit dengan kawasan rumah (10 minit drive) dan nampak sedap dan harga pun berpatutan. 

harga kombo RM17.90 (6 ketul ayam, segelas cola dan kentang goreng kimchi)

sorry visual comot sikit. satu benda je spoil, apasal la dorang tak asingkan kentang kimchi tu. btw, aku tapau sebab masa tu baru balik kerja, craving nampak iklan kat social media terus craving. lol.

bercampur dah kentang goreng kimchi dengan ayam korea tu ha. zoom sikit sampai aku sendiri terliur tengok gambar nie. 

BV's review on Korean chicken wing by marry brown |

🍴 dari segi rasa not bad la, ada la rasa unik sikit ala korea kot sebab nie first time aku makan ayam korea nie, so kira sedap jugak la bagi aku.

🍴 yang best, kulit tu rangup. tu yang ai like.

🍴 sos tu pun kira sebati la dengan kulit ayam yang rangup. kan ditapau panas2, kulit ayam masih rangup walaupun lama sikit otw makan kat rumah.

🍴 satu lagi yang aku suka, ayam dia juicy, mudah nak makan sebab isi ayam senang terlerai dari tulang. so, tiada pembaziran isi ayam terlekat di tulang. lol

🍴 cuma satu yang spoil, sebab kentang tadi tu tak asing, serbuk2 kimchi yang rasa pedas2 masam pun terlekat kat ayam, kekadang rasa dia jadi pelik. tetiba rasa masam, manis, pedas. tetiba teringat tomyam dan maggi asam laksa. hahahhahhaha ok.

zoom sikit, tak lokek bijan. sos nampak tak sebati tapi kira depan ok la. lol

zoom tanpa flash. nampak pelik sikit tapi sedap. rangup kulit dia. 

kentang goreng kimchi, serbuk tu rasa kimchi rasanya. rasa masam2 pedas. teringat asam laksa pun ada bila makan nie. hahahhahaha. not bad la sebab kentang dia sedap jugak macam biasa.

aku puas hati jugak la. walaupun ada baca komen kata tak sedap. maybe tu depend dengan orang yang makan dan franchise marry brown kot. bagi aku yang tak pernah makan ayam korea nie, memang sedap dan unik rasa dia. 

of course aku nak repeat lagi. banyak jugak 6 ketul ayam + air + kentang rm18.

yay, craving satisfied!

aku dah try korean chicken wing, korang dah?
share la kat mana korean chicken wing yang sedap :D

sekian, ilal liqa'
see ya when i see ya!

Saturday, 10 November 2018

Lazada 11.11 Blogger Contest | 11.11 Shopping Festival WISHLIST

LAZADA being LAZADA, they come back with another special contest for blogger!! say yeah, yeahhh! okay, I'm a bit excited because I'm actually waiting for this biggest sale in November especially on Lazada because I want to spend all my money. ok jk.  

assalamualaikum and peace upon you!
FYI, online shoppers need to know this! 
BIGGEST SALES on LAZADA that you should not miss!
11.11 Shopping Festival that will take place on 11 November 2018 on Lazada Malaysia. 

please get ready with your carts, budget and stuff, some tea or snacks while scrolling through the website or apps to ease yourself and PUT EVERYTHING YOU WANT TO THE CART and CHECKOUT peacefully. okay, that's a bit exaggerated but that what I actually wish to experience. lol

so, as you can read on the title of this post, I am joining Lazada 11.11 Blogger contest because WHY NOT and I am excited about everything. 

What 3 products (or more) are you adding to your cart to buy during Lazada 11.11 Shopping Festival? Share your wishlist with us! 


😍HERE COME ARE MY ULTIMATE WISHLIST!😍


1. Takoyaki Grill Pan 

Takoyaki Grill Pan 


all these TAKOYAKI but I want to make it by myself because I love takoyaki so much and spend so much to buy the ready-made, so why not i make it myself then I can eat anytime I want. Found the one I want on Lazada and most of the ingredient for takoyaki also can be found on Lazada. convenient much. 


2. Wireless Bluetooth Headphone 

Wireless Bluetooth Headphone 


all these earphones but I need new headphone because I love music, I need the 'bass' feeling on the headphone plus it is bluetooth, wireless aka TANGLED FREE! this one is exactly the one I want, white greyish colour and cool looking. updating blog while using this headphone perghhh. excited.


3. Bomber Jacket

Bomber Jacket


all these jackets, but I need a new style. I love to mix and match and I really love outerwear because it is easy to wear and can match with almost everything. burgundy is my favourite colour and I really want a comfy bomber jacket to wear and I found this on Lazada, it looks cool and pretty!


4. Canon Eos M100 Mirrorless Camera

Canon M100 mirrorless camera

all these cameras but I need a REAL camera. I love taking photos and videos because I am a 'nostalgic' kind of person? I like reminiscing while watching/looking at photos and videos. it is amazing how moments can be 'freeze' in pictures and videos. so, I really need a camera to take a better quality of photos/videos at special moments. :)


πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬

that is all for now. I really want to win some vouchers (for creativity? hahahaha I don't know if this kind of gif. pictures are creative but it is interesting to look at HAHAHHAHAHA). hope I can shop like crazy on Lazada. hoho

blogger? come join lai lai. 
end on 11 November. fast!



sekian, ilal liqa'
see ya when i see ya!


Tuesday, 6 November 2018

october 2018 | life x like

dah masuk bulan sebelas aka november. cepatnya masa berlalu. macam baru semalam aku mula start kerja. rupanya dah nak masuk enam bulan! aku masih cuba biasakan diri dengan alam pekerjaan. banyak aku nak cerita, tapi tu la 'blogging slump' makin menjadi-jadi. nak kata 'writer block', idea banyak tapi MALAS. lol. dewasa sangat.

assalamualaikum and peace upon you~
rasa lama tak blogwalking. lepas nie aku blogwalking puas2. 
meh nak cerita peristiwa2 yang berlaku bulan oktober. (tak ada peristiwa apa pun saja propa)

aku officially balik rumah pukul 5.45, so bila sampai rumah dalam pukul 6 petang. dah gelap2 sikit (ikut cuaca), kekadang dalam menunggu di traffic light sempat pulak tengok keadaan langit. antara waktu paling cantik sebab senja kan.

dah hampir 6 bulan aku kerja. serius banyak gila benda yang aku dapat dalam tempoh 5 bulan lebih nie. belajar banyak software baru (autocad, rhino, keyshot, windows server and etc) dan cara nak jimat duit walaupun masih gagal. lol. asal bayar hutang ptptn je kan. susah betul nak plan simpan duit nie. aku siap install app untuk track duit2 gaji. mostly duit habis sebab makanan dan macam2. lol. susahnya jadi 'adult'.

boleh share tak cara korang jimat duit? terutama bila berdepan makanan. hahhahahahha
(aku tak boleh lah, aku jenis suka try makan dan makan)

yayy!! my favourite green tea milk. tapi mak aku kata rasa macam minum rumput. LOL

takoyaki untuk bulan oktober

kalau kat hometown aku, memang satu nie je la tempat yang ada jual takoyaki. yass satu satunya. nasib baik sedap walaupun agak mahal rm4.20 untuk tiga ketul takoyaki. tapi tak apa la asal sedap. sebab tu sebulan sekali je boleh makan. hahahhahahaha

haritu aku ada try vanilla pudding (caramel) by KFC. sedap jugak! cun dengan taste aku sebab pudding tu tak berapa manis dan karamel pun sesuai sangat dengan rasa vanilla. gabungan yang mantap sebab tak muak makan. rasa nak try lagi. 

karamel yang menggiurkan. 

comfort food! makanan yang simple2 jugak aku suka. kalau ada petai goreng belacan lagi pergh2 bertambah2 nasik. atau dengan ikan kembung masin. wehhh tetiba meleleh air liur bila teringat. kfc pun kalah kalau lawan makanan2 macam nie. hahahaha

untuk althea angel daripada althea! produk terbaru dorang, ALTHEA PETAL VELVET SUNAWAY. aku belum review lagi sebab nak pakai puas2 dulu. hahahhahaha, excited sangat dengan produk terbaru althea nie sebab sunscreen adalah antara produk yang kita harus ada dalam menjaga kulit. cewahhh. nanti aku review full. tungguuuuu!

πŸ‚ WHAT I LIKE IN OCTOBER πŸŽƒ


fall anime 2018 
ada la beberapa anime yang aku layan. antaranya :

Irozuku Sekai no Ashita kara
kisah tentang seorang 'mage' time travel. si gadis 'mage' nie buta warna dan benci magik tapi ada sebab kenapa neneknya hantar ke zaman neneknya muda remaja. anime nie cantik, aku harap ending dia best sebab anime romance soft2 macam nie selalunya ending sedih. i can'tttt!

Sword Art Online Alicization
peminat anime mesti kenal antara anime genre game yang agak mainstream nie. bagi aku season kali nie sangat menarik sebab story plot baru dan ada karakter baru serta nampak lebih 'adventurous' gitu. antara sebab aku minat SAO adalah sebab 'action' dan scene 'fighting' yang agak epic. cara kirito dan karakter lain hayun pedang perghhh buat aku macam semangat. hahahahha where is my sword???!

Seishun Buta Yarou wa Bunny Girl Senpai no Yume wo Minai
romance anime jugak. memula aku tak berminat dengan anime nie sebab nama macam pelik dan gambar cover kat website pun ada bunny girl. ingatkan hent** kan tapi layan jugak sebab bila baca komen banyak kata macam anime Oregairu, so aku tengok. so far not bad la. dan aku harap jugak anime nie ada happy ending.

Zombieland Saga
anime nie cute sebab banyak zombie comel yang bercita-cita nak jadi idols. zombie yang basically dah mati pun ada cita2, apatah lagi kita yang hidup nie kan. ehhh. hahahhahaha. lawak sikit la anime nie dan comel. hehehehe

Fairy Tail 2018 (last T^T)
fairy tail dah kembali! yayyy! bila tengok anime nie teringat zaman kat poli dulu. tiap kali balik kelas, makan tengahari aku sebagai hikkikomori mesti layan anime nie dalam bilik. stress study layan anime dan antara anime pertama yang buat aku mengalirkan air mata. lol. tapi yang nie adalah season last sebab manga dia dah completed pun. i can't T^T

dan pelbagai anime lain yang aku malas nak mention. makin panjang pulak nanti kalau bukak cerita pasal anime nie. hohoho


fall season
walaupun malaysia tak ada musim luruh, tapi bila tengok vlogger/youtuber yang aku layan ada share pasal musim luruh, aku rasa musim luruh adalah sangat menarik dengan warna yang cukup cantik, oren, kuning, coklat dan so on. dan jugak halloween. suka tengok custome yang creative2. 


music
tak banyak layan music baru untuk bulan october. tapi ada satu lagu yang aku suka untuk bulan oktober. 

Conan Gray - Crush Culture


Billie Eilish - when the party's over




πŸ‚πŸ‚πŸ‚πŸ‚πŸ‚πŸ‚πŸ‚πŸ‚πŸ‚πŸ‚πŸ‚

yeahhh thats it!
so, oktober korang pulak macam mana?
ada tragedi oktober? ada belajar benda baru?
tell me :)

ilal liqa'
see ya when i see ya!