Saturday, 22 December 2018

so called adult


masih tak percaya aku dah kira masuk fasa dewasa. ohohhhh. walaupun minda masih ala2 budak tapi kita sebagai manusia dan dewasa faham la kan. ada masa kita serius ada masa kita main2 tak ingat dunia. 

assalamualakum gais,

bila dah kerja bagai rasa dewasa sangat lol. sebab dah ada rasa tanggungjawab, komitmen dan sebagainya. masa pun rasa pendek sangat. tup2 dah hujung minggu. nasib baik offday 2 hari. 

bila kerja, bangun awal pagi2 turun kerja hadap jam tanpa diduga. kekadang kat traffic light kena tunggu sampai 10-15 minit baru lepas satu. bila balik kerja pun sama. dah penat kerja sampai petang, balik rumah terus rasa nak tidur. entah apa yang penat sedangkan banyak duduk dan hadap pc. XD

bila payday pulak, duit banyak habis kat bill itu dan bayar itu ini. kereta la, minyak, parking, letrik, ptptn jugak dan segala keperluan beserta kemahuan yang lain. kekadang tengah bulan pun dah rasa kering. hahahhahaha. inikah rasa jadi dewasa? XD

belum lagi dugaan kereta tetiba rosak. 
beberapa minggu lepas, masa balik kerja kereta aku rosak. sampai gelap tunggu bantuan datang (sepupu2), sebab kereta problem, terus mintak emergency leave hahahhaha. nasib baik boss sangat memahami. 

bila kerja, aku jarang keluar lunch sebab bawa bekal atau beli siap2 pagi2, satu sebab jugak aku malas keluar dan takut membazir. hahahaha. sekali sekala ada la keluar lunch dengan officemates sebab kena la asah communication kan. alhamdulillah, dorang semua okay.

dah 6 bulan aku kerja, masih ada tinggal sikit rasa awkward sebab entah la maybe sebab aku nampak pendiam dan malas kepoh2 like that? tapi aku dah selesa turun kerja tiap pagi tanpa ada rasa paksaan, kalau memula dulu rasa kena paksa je. hahahhaha, memang lama rasa nak biasakan diri.

kekadang aku terfikir, susah jugak jadi dewasa, banyak expectation, banyak orang yang berpegang kepada kita (tanggungjawab/komitmen), orang tua2 pun dah mula share masalah/cerita tanpa rasa awkward sebab dah dewasa kan.

ada jugak terfikir rasa nak jadi rebel, tapi tu la, that is so not my nature. kahhh aku budak acah baik. biasa la. nasib baik aku pendiam, kalau aku jenis banyak cakap memang aku nie jenis cakap lepas je la. macam ngan family, benda aku tak suka aku cakap je. aku nampak serius dan garang di mata family tapi orang luar nampak aku acah lembut. lol 

maybe sebab tu orang kata, bila dah dewasa, segala benda kena jaga, tutur kata dan gerak bahasa. eh. sebab kita boleh pilih kita nak jadi manusia yang macam mana, yang dihormati atau dicaci?

susah kan jadi 'so called adult'
takut dengan expectation orang
takut dengan expectation diri sendiri
takut dengan masa depan

tapi don't worry, life must go on, keep a steady flow and keep moving forward, learn from mistakes and it is okay to cry and feel bad about yourself. always see the bright side. be positive but not TOO POSITIVE. get it? 

to my 20an self, be a good adult.

ilal liqa'
see ya when i see ya lah

17 comments:

  1. sha pulak sekarang dah bosan dengan kerja sekarang huhu, rasa macam dah takda hati. kalau hari cuti hari yang paling membahagiakan huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. BV ada baca somewhere yang kalau dah kerja lebih 6 bulan atau satu tahun kat tempat yang sama still rasa tak boleh nak selesakan diri/bosan etc, dah boleh proceed cari kerja lain XD

      cuti memang hari paling membahagiakan, boleh tidur banyak2 :3

      Delete
  2. Faham sangat perasaan rasa terpaksa pergi kerja tu. Bangun tidur rasa berat je, rasa nak MC je hari hari hahaha. Tapi bila dah lama lama akan okay itself. You're doing great BV xx

    lenne | blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kannn, rasa berat dan malas je nak bangun pagi dan turun kerja, memang rasa nak MC hari2 XD yess, lama2 okay dah selesa dengan rutin harian :D

      you tooo, thanks :*

      Delete
  3. bila baca entry ni buatkan saya terfikir agaknya macam manalah bila saya nak kerja lagi 2-3 tahun akan datang. hmm takut pulak :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. don't worry, memula memang rasa takut dengan masa depan, tapi kena beranikan diri dan percaya dengan diri sendiri :)

      masih banyak masa nak plan tu :3

      Delete
  4. Bila dh jadi rutin harian. .Benda tu dh jadi biasa. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann, kalau dah jadi rutin memang lama2 biasa dah :D

      Delete
  5. selalu sgt rasa mcm masih kecil. padahal umur dah tak lama lagi angka tiga! OMG!!! fasa late twenties right now>_< ah takutnya takmau dewasa.....huhuhu sedihnya...tapi dalam masa yang sama happy...how come usia tak stuck dalam satu fasa je...._T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, rasa nak kekal muda selamanyaaa XD setuju, rasanya takut je nak jadi dewasa, ada jugak kebaikkan jadi dewasa nie :3

      Delete
  6. Same hereeee. So called adult, padahal kalau dgn family mmg asyik nak bermanja je. Bila masuk kerja, rasa mcm jadi org lain kejap sbb tanggungjawab tu buat kita kena matang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann, ada masa kena matang :D kalau ngan family atau kawan sekepala boleh je jadi macam budak2 sikit XD

      Delete
  7. even me, at the age of 21 pun, masa depan still lagi jadi satu tanda soal besar :') but yeah, hidup takberhenti berputar even kalau kita malas nak bergerak sekalipun sobs.

    ReplyDelete
  8. Haha. Welcome welcome. But i pon takdela adult sangat. But serius la i can relate to all of this . Especially part expectations tu. But thank god i memang paling muda pon kat tempat keje so people still treats me like a kid gitchew.

    ReplyDelete
  9. Umur ni nombor je 27 tapi tak tau lah.. nak kata dewasa macam tak, nak kata macam budak2 pun tak berapa.
    Dari kecik memang selalu sorang2 kat rumah so boleh dikatakan, kecik2 pun dah rasa macam dewasa. Semua benda buat sendiri. Masak, bersih itu ini. Tak merasa alam kanak2 tu.

    Cuma rasa betul2 dewasa bila arwah ibu meninggal dan bila kakak kahwin. Dari mula sampai habis, kami adik beradik yang uruskan. Yang perempuan mandikan arwah ibu, yang adik lelaki tolong angkat dan tanam, and me and my sister yang runner sana sini tolong dia siapkan wedding dia. Sedara mara semua tah kemana. I guess that's why agak teringin nak jadi muda or keanak-anakkan, because I don't know how it feels like.

    Just embrace who you are today and yes agak susah sebenarnya bila dah ada tanggungjawab. Keep doing what you do :)

    ReplyDelete
  10. begitulah bila dah jadi dewasa. hari hari ada tanggungjawab, ada keje kena settlekan. that's life. semua ni education yg berterusan.
    makin besar makin berat la tanggungjawab, don't worry too much. You are doing great!

    ☆ Atheera ☆

    ReplyDelete
  11. Betul, adulting is very hard T^T Too many uncertainties.

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!