Saturday, 9 February 2019

wow wow west | western foods in sibu!

antara salah satu azam tahun 2019 aku adalah, eat more and be happy. hahahhaa. tapi serius, memang tu salah satu azam aku tahun 2019, sebab aku suka makan dan makan makanan sedap boleh buat orang happy. easy. bak kata pepatah, gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. cewahhh.

assalamualaikum dan salam sejahtera, 
kali nie aku nak share satu kedai makan western yang ada di sibu. sebenarnya, agak susah cari kedai makan yang specialize in western food di sibu. kalau ada pun, menu campur2 gitu. tapi kali nie, dah ada, yay!

wow wow west, sibu
jom baca review aku untuk makanan2 di sini!

Pasta Aglio Olio with Grilled Chicken RM10
rasa pasta dia biasa2 je bagi aku, untuk harga rm10, portion memang cukup untuk seorang makan dan grilled chicken tu banyakkkkk! kitorang kongsi2 makan, sebab first try dan nak merasa semua. hahahaha


Signature Grilled Chicken Chop RM15
signature dish di wow wow west, mulanya aku nak order fried chicken instead of grilled, tapi dorang tak serve/masak lagi fried foods, sebab kalau tak silap, fried food dalam pukul 4pm dan keatas. ahhh nak merasa jugak nanti. hahhahaha

grilled chicken chop tu masih juicy, tak kering dan lembut je. plus, potion memang banyak. kalau aku memang tak mampu habiskan satu plate nie sorang2. bukan satu piece grilled chicken dia bagi, DUA ok, banyakkk gilaaa. paling aku suka, mashed potato tu sedap ya rabbi! mashed potato tu tak terlalu hancur, dan ada rasa creamy2 gitu, i like! makan tanpa kuah/sauce sebab sedap sangat. lol. kuah mashed potato tu pun macam light2 rasa lada tak terlalu kuat, okay2 je.


Beef Pepperoni Pizza RM19
pizza crust nipis dan hampir rangup. aku suka pizza macam nie, pizza sederhana besar dan ada 8 slices, kitorang 4 orang makan 2 slice sorang, memang sedap dan mengenyangkan bagi aku. cheese dia tak begitu overhelming dan pepperoni banyak. ish teringin nak repeat lagi. lain kali nak try pizza lain pulak.


Love Potion RM2
dorang curious dengan menu minuman love potion nie, sebab tu order. memang menarik nama dia love potion kan, sesiapa yang curious memang akan order. sebenarnya love potion tu air teh sejuk je kot? idk really hahahha. not bad la. tea good for our body.


Mushroom Soup RM6 each
mushroom soup served with 2 pieces of garlic bread. macam pizza je style garlic bread tu nice! tapi aku tak minat garlic bread, so my sis and cousin yang rasa dan dorang kata sedap sebab rasa garlic tu ada (kuat) dan sesuai dengan ketebalan roti. aku cuma merasa mushroom soup, memang sedap walaupun agak cair tapi still rasa dia creamy dan sedap! aku mampu habiskan semangkuk nie sorang2. memang cun makan dengan pizza. bosan pizza style biasa, celup je masuk mushroom soup, sedap jugak. hhhahahhahaa


Natural Purple Soda RM5
sebab curious aku order la kan, yang purple tu perasa natural. bunga yang kecik warna purple tu (aku lupa nama), rasa dia? hmm not bad la. cuma i hope rasa soda tu banyak. sebab yang nie macam sikit je rasa soda plus air kosong dengan rasa daun. jadi pelik bila minum setengah, rasa soda dah hilang. of course aku stir dulu sebelum minum, tapi rasanya masih pelik. but it is a pretty drink. lol


menu, dari gambar tu boleh nampak macam mana makanan2 dia kan. what you see is what you gonna get. nice! aku suka gila tengok gambar kat menu dia, dan ada gantung gambar2 makanan tu kat dinding. those food photographer deserve some award. hahahhahha

menu with prices. okay kan harga dia? 

ahhh i really wanna try Fried Chicken Chop with Nacho Cheese and Fish & Chip with Tartar sauce next time! anyone??

suasana di wow wow west nie sangat selesa dan cantik. aku suka lighning kat sini sebab 'instagrammable' gitu, ambil gambar pun cantik je. paling menarik, open kitchen, bahagian dapur boleh nampak dan nampak la chef2 tengah memasak. rasanya boleh je berdiri tengok chef masak makanan korang kalau rajin. lol

halfway~
tak lama pun tunggu makanan walaupun banyak orang kat sini. keep this good services ya!

satu lagi benda yang aku suka pasal wow wow west, waiter akan bagi list menu nie dan kitorang tulis sendiri apa yang dikehendaki, tak payah la susah2 waiter tunggu lama2 untuk kitorang decide nak makan apa kan. kalau dah decide semua, panggil je waiter dan bagi nie. done!

yayyy, pizza for life.
as a pizza lover, i approved this pizza!

selesai makan. kekenyangan! 
total = RM70+ (bila bahagi 4 memang berbaloi) hahahhaa

waiter pun okay semua, yang tukang ambik gambar nie pandai pulak ambik gambar, straight je dan fokus je. muka aku tu tengah menahan makanan dalam mulut, tu la senyum halfway je. hahahhaha

halal?
no halal certification but served no pork and all meat from halal certified suppliers. (nie aku tanya kat fb page dorang).

mata mana?!

so far so good. repeat?
of course.

thanks to my cousins, aimi and arah for good times and sharing foods is our greatest strength. walaupun asalnya semua rangkak belaka. nak diet ya acah jak nak? lol 

p/s | not sponsored post bcs i really enjoyed the foods there.

kalau korang pergi western restaurant, korang suka order menu apa?

ilal liqa'
see ya when i see ya!