Wednesday, 6 March 2019

pengalaman pertama kali naik kapal terbang

pada penghujung bulan februari hari tu, aku dan cousin ada trip pergi KL dan melaka dan dari sibu ke kuala lumpur, tu adalah pengalaman pertama aku naik kapal terbang atau dalam bahasa sarawak, belon. antara pengalaman yang tak dilupakan sebab iolls kan tak pernah naik kapal terbang. umur 23 ++ baru naik kapal terbang of course kena tulis jugak pengalaman nie. lols.

assalamualaikum dan salam sejahtera~


perasaan naik kapal terbang? takut?? no lah, aku excited giler bila bayangkan perasaan terbang di udara dan akhirnya aku guna jugak fungsi AIRPLANE MODE dalam handphone! satu achievement nie. hahhahahha. alhamdulillah, cuaca elok, landing smooth je. sepanjang penerbangan aku tak dapat tidur sebab excited kot. lol

kitorang guna airasia, so aku duduk kat tepi tingkap. pemandangan tak berapa sangat sebab kat area sayap kapal terbang. tapi takpe sebab masih nampak. antara benda yang excited nak try ialah makanan. akhirnya aku dapat merasa nasi lemak pak nasser yang famous tu. sedap jugak nasi lemak tu. cousin aku pulak makan nasi ayam kung pao. 

excited makanan datang panas2. dihantar pulak pramugara yang handsome2. hoho 

sedap weh. sambal dia pedas2 cili, dan rendang ayam tu pun sedap! cuma air tu tak cukup. hahahhaa

satu cabarannya ialah, telinga rasa pelik. bila nak landing rasa sakit pulak telinga, ada tak tips nak bagi tak sakit sangat rasa telinga?? tu je la yang problem nya. yang lain okay je, plus dapat tengpk pramugara yang boleh tahan handsome dan pramugari cantik2 yang sentiasa senyum. hahhaahhaha

so far, itu je la pengalaman aku. harapnya lepas nie makin gigih la kumpul duit nak travel. hahaha. next post aku cerita pasal trip aku ke KL dan Melaka pada bulan February lepas. harapnya tak malas je la. :3

macam mana pulak pengalaman pertama korang naik kapal terbang?
excited ke takut2? hehehehe

sekian,
ilal liqa'
thanks for reading :3

21 comments:

  1. aduhhh nasi lemaknya nang legend! lamak dah sik makan dalam air asia...selalu makan bila nait mas jak...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, nasi lemak famous yaaa, nang teringin mok try gik sebab rendangnya pun nyaman :D

      Delete
  2. Make sure to bring gum or candies with you. It helps a lot with that weird thing happen to your ear xx

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for the tips, terlebih excited sampai terfikir nak bawak chewing gum dan sebagainya XD

      Delete
  3. Sepanjang umur 23++ ni, sekali je pernah naik kapal terbang pergi Pulau Langkawi. Itu pun masa kecik. Teringin nak naik kapal terbang lagi. Hehe

    Looking forward for your posts about your trip to KL and Melaka. Hopefully you had fun there ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
    Replies
    1. naik la lagi, travel ke sarawak atau sabah ke? :D

      will do, masih nak compile gambar dulu. hahahhaa XD

      Delete
  4. I always ask for a window seat sebab suka sangat tengok view dekat luar. Tapi, macam selalu juga duduk dekat wing. Tu yang tak best sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, best duduk kat window seat tapi bila dekat wing tu yang tak best XD

      Delete
  5. perhhh! BV dah merasa naik kapal terbang! i olls sendiri yg dah usia remaja purba ni belum pernah naik kapal terbang weyh! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, boleh la plan travel ke sabah sarawak, boleh naik kapal terbang :D

      Delete
  6. waalaikumussalam. kak yg umur 35tahun pun belum mampu dan sempat nak naik kapal terbang lagi. hahahahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe kak, nanti2 boleh la naik kapal terbang. plan travel ke apa kan. hhehehe :D

      Delete
  7. salute blog ni still active..
    ni mcm out of context sikit, tapi mcm mana bv still boleh ada ramai org singgah blog ni eh? ada group kat fb ke kat wsapp ke kat tele ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. harapnya kekal aktif la kan :D
      ada group blogger kat fb, tapi jarang dah share link blog terutama bila post2 personal XD, rasanya mostly yang komen sini kira mutual kot, saling berbalas komen kat blog2 :)

      Delete
  8. I naik kapal terbang pun tidur je dari pagi masuk hingga sampai. Awal-awal je excited selfie pastu kroihhhhhhhhh XD

    ReplyDelete
  9. Tak pernah naik kapal terbang lagi T_T bila la dapat naik...

    ReplyDelete
  10. Saya selalu naik kapal terbang pun kalau balik sarawak je hahaha tapi dah lama jgk tak balik. Rindu nak naik kapal terbang & makanan dlm tu ๐Ÿ˜ญ

    ReplyDelete
  11. tak ingat dah first time naik kapal terbang camne sebab baby lagi hahaha tapi second time ingat kot time tu umur 7 tahun seronok gila dalam hati nyanyi lagu balik kampung by sudirman hahaha pastu ingat tengah kat atas laut sebab biru je keliling hahaha

    new: https://linasyay.blogspot.com/2019/03/another-korean-fried-chicken-chain.html

    ReplyDelete
  12. wahhhh can't wait for the next post about ur trip kak bv! mun duduk kat window seat mesti ambik gambar kat luar ya nak? hahaha lamak sik singgah blog ktk kak :')

    ReplyDelete
  13. Nasi lemak tu memang sedap pun. Walaupun mahal tapi kalau dah lapar semua benda sedap hahaha.

    ReplyDelete
  14. dulu masa saya first naik kapal erbang selalu telan air liur banyak2 sbb kawan kata nanti telinga berdengung lah apalah hahaaha

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!