Saturday, 13 April 2019

sushi king day

aku nie kan, kalau tak post pasal makanan tak sah kan. hahahahhaha. sorry gais, maybe tanda dah kurang idea. so jadikan lah benda makanan alah macam nie sebagai usaha update blog. selain tu, aku masih dalam usaha sambung menaip draf2 blog post yang aku taip setengah2. harap semakin rajin la nak share benda berfaedah. hmm. 

assalamualaikum dan salam sejahtera!

ogenkidesuka? (how are you?)
daijoubudesuka? (are you okay?)

gomenasai, jitsu wa neeee~~ ok stop.

sorry, sebenarnya aku nak share gambar2 makanan nie. awal2 cakap kalau lapar sila pergi makan dulu baru boleh proceed baca. aku tidak bertanggungjawab andai terjadinya 'lelehan air liur', 'perut berbunyi' atau pelbagai perkara yang menyebabkan korang lapar. hohoho joke. 

beberapa minggu lepas, we all dah rancang nak makan kat sushi king untuk celebrate birthday cousin aku. alhamdulillah, dapat jugak merasa sushi lagi. punya la lama aku tak merasa pergi sushi king nie sebab well i cannot go there alone. hahahhahaha

macam biasa, inilah rupa sushi king. aku rasa korang2 mesti dah tau punya la kan. 

benda paling senang dan sedap nak makan. harga pun murah. lol

this octopus was tasty. 

main menu of the day, kitorang tak order banyak nasik ka apa sebab tau memang kenyang makan sushi kat conveyor belt tu je la. ambik2 ikut perut sambil kumpul pinggan warna warni ye dak. 

spicy yakiniku don? rm8+ (forgive me if im wrong)
sedapppp, daging tu dipotong nipis dan juicy, dihidang sekali dengan sayur campur yang crispy, sedap jugakkk. cuma agak pedas sebab cili tuuu perghhh. pretty decent serving for one person. 

and mine, chicken-katsu don rm8+
aku awal2 dah alih cili2 tu. hahahahha. ayam dia boleh tahan crispy dan juicy. not too dry. aku suka sossss tuuuu. untuk lebih enak, aku makan dengan sos manis sushi king. lol. sedap jugak. 

tiny little cheese cake, basically her (my cousin) birthday cake. lol

aku suka sweet sauce! aku suka something sweet. i kenot brain macam mana korang2 yang boleh minum green tea tanpa gula kat sushi king. now i wonder how green tea in japan taste like. aku order hoji cha lemon with honey, not bad la rasa dia. so korang team apa? #teamsweetsauce or #teamsoysauce. or just mix it. lol

last but not least, time bayar, kitorang dapat less rm20 sebab guna point yang terkumpul sebab cousin aku member? sushi king. lol. thanksssssssss!

once a month je makan benda 'mahal2' macam nie. duit aku memang habis kan makanan je la kan. hahahahhaa. zaman sekarang senang nak craving macam2 sebab wujudnya sosial media dan nafsu makan melampau. so, harapnya korang tak craving la lepas baca blog post aku kali nie. asyik up gambar makanan je kan. hahahhaa atleast kali nie kalau craving lepas baca korang boleh cari sebab sushi king di mana2. XD

siapa minat sushi?
share sikit menu makanan kat sushi king yang korang suka!

ilal liqa'
see ya when i see ya

Wednesday, 3 April 2019

what did i bought with rm600 lazada voucher?

korang ingat lagi tak yang aku pernah menang voucher lazada masa giveaway bulan november tahun lepas?? aku menang voucher rm600 dalam kategori kreatif. kalau rajin sila la korek balik post2 bulan november. aku malas nak letak link. hahahhahaha

assalamualaikum dan salam sejahtera~

aku tahu, ramai yang ingin tahu apa yang aku beli guna voucher lazada rm600 tuuu, tak kisah la ramai ke tak tapi atleast hasil blogging ke blog jugak la tujunya. hhahahahhaha

alhamdulillah, rezeki.

setelah berfikir dengan lama sekali. aku plan nak beli kamera, tapi malas nak simpan duit. so aku beli tab je la. walaupun tab tak ada dalam wishlist aku, tapi aku lama dah nak ada tab sebab senang nak baca dan screen besar boleh main game puas2. hahahhahhaha

 Xiaomi Mi Pad 4 32GB (global version sebab belum ada official release di malaysia)
harga rm678. so aku tambah rm78. (sekarang dah mahal sikit harga dia kat lazada)

beberapa minit lepas sampai, terus bukak parcel. hahahhaha excited gilerrr. macam biasa, asal gadget aku suka warna putih. 

sebelum beli aku memang carik tablet yang harga berpatutan dan yang penting spec mesti kebaboom. so cari lepas cari, terjumpa kat lazada. kira dalam budget jugak kannnn. lepas beberapa minggu buat research, tengok review kat youtube. banyak kata berbaloi, so aku pilih yang nie!!!

Spec :
8.0" Display (tak terlalu besar/berat, sedang2 je)
Qualcomm SDM660 Snapdragon 660
Octa-core (4x2.2 GHz Kryo 260 & 4x1.8 GHz Kryo 260)
32 GB ROM + 3 GB RAM (Wi-Fi Version)
13MP Rear Camera + 5MP Front Camera
Android 8.1 (Oreo)
Non-removable Li-Po 6000 mAh battery

macam tak percaya spec dia macam nie tau, harga lagi murah daripada kebanyakkan handphone sekarang. downsidenya cuma, no simcard slot and gps. tapi semuanya okay. aku takperlukan semuanya itu.

so far so good, aku banyak install game jugak la. setakat nie takda lag lagi. mostly guna bila aku bosan nak baca manga. sebab utama nak beli nie sebenarnya sebab nak baca manga dan reddit puas2. lol. yeahh, tercapai wishlist nak ada tab. puas hati jugak dengan barang lazada kali nie. delivery cepat je, walaupun nervous gila beli gadget kat lazada. before beli, memang kena rajin tengok feedback dari customer2 sebelum nie.

recommend? sangat! mostly untuk yang suka main game dan membaca, sebab battery tahan. kalau nak saiz 10 inch ada je Xiaomi Mi Pad 4 Plus, nak yang ada simcard, ada jeeeee. kena buat banyak research. tetiba jadi fan gadget jenama Xiaomi, harga murah dengan spec canggih2. hahahhaha

alhamdulillah.

korang yang dapat lazada voucher haritu beli apa pulak?

sekian, ilal liqa
see ya when i seeeee ya