nene chicken (korean chicken), sibu

Friday 14 June 2019

post makanan lagi. hahahhahaha. sorry gaissss. asyik post pasal makanan je. sebab antara target aku tahun 2019 ialah makan makanan yang sedap2. lol. serius la, foods makes me happy. so alhamdulillah, walaupun ada part sedih dalam hidup (lol), part gembiranya bila berpeluang makan makanan yang sedap2. bukan selalu la kan.

sebenarnya makan nie sebelum puasa, tapi post siap bulan puasa, rasa bersalah nak post pasal makanan masa bulan puasa so aku baru post sekarang. lollll

assalamualaikum dan anyeong haseyo!
kalau minggu lepas2 makan sushi ala2 japanese, kali nie makan ayam ala2 korean pulak. hahahhahaha aku kalau dengar pasal ayam goreng korea nie mesti excited sebab korean are really serious about theirs fried chicken! telan air liur kalau tengok kshow yang makan ayam goreng korea.

NeNe Chicken (translated to Yes yes chicken!)

comel je warna tema dia, kuning dan hitam. suka sangat design dalam nene chicken :D

comel je outlet dia, kedai comel diluar aka tepi mall yang agak besar :D

interior dia pun cantikkkk je! comel ada tempat duduk warna warni. lol. kaunter pun kecik je. muat la dua barisan. 

makanan2 yang di-order. 
Dosirak Swicy (Sweet Spicy) for me
Mix Part 2 Bulgogi (Soy Sauce)
Mix Part 2 Swicy (Sweet Spicy)
Nene Fingers with Mustard Sauce (Chicken Tenders)

Dosirak Swicy! Nasi purple yang lembut dan berkualiti. serius nasi tu sedap. cewahhh. ayam tu lebih kepada chicken tenders, aka isi ayam. sedap la jugak, rangup2 dan manis. sos tu lebih kepada manis. spicy-nya entah kemanaaaa. tapi memang sesuai la makan dengan nasi. bagi yang suka manis2 tu suka la ngan ayam tu. aku lebih prefer kalau dia lebihkan spicy. 3:1 spicy to sweet level. 

sorry gais, tak ambil gambar ayam bulgogi tu sangat sebab bukan aku punya lol, yang menu Mix Part 2 Bulgogi/Swicy tu dapat 2 ketul ayam antara dapat dada/paha atau wing. tapi aku ada la rasa sikit, sedap yang perisa Bulgogi tu sebab Soy Sauce kan, rasa dia masin2 manis jugak. rasa dia lebih umphhh 'savoury' daripada yang Swicy. recommend yang Bulgogi!

kalau order dosirak tu memang dapat kimchi dan coleslow. kimchi tu rasa pelik sikit, masam gila. masam macam rasa masam cuka. ke memang rasa kimchi masam2 gila? aku tak boleh handle rasa dia. sorry korean! hahahahha 

nie haaaa antara menu. harga Mixed Part tu RM14.90 untuk dua ketul, depend dengan nasib la, dapat ketulan ayam kecik atau besar. lol. tak termasuk minuman ye gais. combo drink dengan fries RM5.90 atau tanpa fries RM4.20, tapi refillable la.

so, for only 2 ketul ayam + drinks = RM20+

sebab aku pilih dosirak RM18.90 + drinks RM4.20 = RM23+

memang harga standard ayam berperisa korea kot. agak mahal la jugak bagi seorang yang agak jimat (yeekeeeee?!) macam aku. lmao

officially at nene chicken. acah je lebih. sekali benda nie berbunyi macam tepon ring ring gitu. ingatkan setakat vibrate gitu je. maka bergegas la ke kaunter ambik makanan. 

the total untuk 3 orang makan. tu pun aku sorang je makan nasi. boleh tahan jugak la harga dia. overall okay la, minuman refillable, cuma yang leceh pasal nak refill, takda open counter untuk mesin refill self-service, maksudnya kau kena pergi kaunter order refill ngan staff situ. tu je la yang tak best, yang lain semua best sebab makanan kannnn.

so far, itu je la pengalaman aku makan ayam korea kat malaysia. hahahhaa
masa pergi kl bulan february hari tu, aku ada jugak makan kat 4fingers, rasa hampir sama je kot. sebab masa kat sana bukan aku yang order. lol

sekali sekala makan benda mahal dan sedap no problem la kan.
hari lain makan lain no problem, ukur poket sendiri ye dak. lol

makan la apa benda kau nak makan. kita makan untuk hidup dan kekadang hidup kena enjoy jugak dengan makanan, kira nikmat la dapat merasa makanan lagi. merasa la selagi mampu.

ayam goreng korea fav korang pulak ada kat mana?
dah pernah merasa nene chicken tak?

sekian,
ilal liqa'
thanks for reading!

19 comments

  1. kak kmk bok tauk nene chicken ya mun di translate jadi yes yes chicken omaigad kmk sik terfkir pun sebelum tok HAHAHA ingatkan nama nya nang NENE chicken lol

    kmk nak selaluuuu limpas kedei nene chicken tok tapi sik pernah gik rasa sampei kinek tok. Maybe sbb kmk sik brapa suka gilak kot dgn menu ayam ajak hahaha plus kwn kmk selalu pengaruh kmk madah sik brapa nyaman lol tapi mok lah coba pastok hehe

    and fyi kak kmk rasa kimchi sia yg sik nyaman hahaha sbb kmk pernah jak jumpa kimchi yg nyaman sebelum tok hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kmk nangga namanya pun rah website daknya sebab mok check menu apa ada sebelum datang XD

      try laaaa, ada menu ngan nasik and burger mun sik salah, nasik nya nyamannn :3

      aokk eh, kimchi ya nang sik nyaman, rasa masammmmm gilak2. bila la mok merasa kimchi nyaman tk XD

      Delete
  2. alamakkkk, tengok gambar je pun dah nampak mcm sedap. hahaha. tetiba teringat ayam goreng korea yang jual kt warung sini, pun sedap jugak. ughhhh.

    tapi ni first time pulak dengar nene chicken ni. tengok harga dia pun just nice. bolehlah try kalau ada rezeki :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringin nak try ayam goreng korea yang jual kat warung2/homemade sebab selalunya kat outlet macam nie mahal sikit :D

      boleh la try nantiii :3

      Delete
  3. Setiap kali pi jejalan kat mall central KL adalah jugak rasa nak try kat sini tapi sebab mahal (lol im broke) pastu sensorang rasa macam tak best lak nak makan hahaha XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang agak mahal jugakkk kan, tapi sekali sekala takpa XD cari la geng suka makan, boleh la try nanti ya :D

      Delete
  4. bulan pose aritu sempat merasa ayam korea..
    jual kat bazar jee..
    blh la tekak ni layan.. haha
    tp makanan korea mmg xlari dr pedas..
    tu yg xtahan.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg BV makan nie tak berapa pedas pun T^T
      kann, memang ayam korea tak lari dari pedas XD

      Delete
  5. blh laa try mun balit Sibu klk..hehe

    ReplyDelete
  6. boleh tahan jugak ya harga dia.
    kat midvalley ada tpi tak pernah cuba :p

    ReplyDelete
  7. hai BV ! wahhhhh sipbaik kitew singgah ni dah musim raya ahaaakkss~
    eh tapi seriyes comel lah outlet dia kecik je terselit kat tepi mall tu hehe

    ReplyDelete
  8. sedapnya nampak! pernah rasa korean chicken dubuyo at kk haritu but it wasn't my taste hahaha, mungkin perlu cuba dari tempat lain kot

    ReplyDelete
  9. hmm leh tahan harga dia.. anyway 1st time dtg sini done follow... jemput singgah n followback.. tq

    ReplyDelete
  10. Teringin juga nak cuba Nene Chicken ni tapi macam jarang jumpa dekat malls yang akak pergi.

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!