i made up my mind

Sunday 14 July 2019

setelah berapa lama termenung dan berkira tarikh hari dan sebagainya, untuk mengelakkan blog ini semakin sepi dan sendu, aku dengan niat dari jiwa paling dalam nak mengumumkan bahawa, aku tekad nak update blog ini tiap minggu. terutama hari sabtu atau ahad, tak kisah la aku busy ke tak (selalunya tak tapi aku malas), aku akan update blog ini sedaya upaya! jyeahhhh!!! semangat nie semangattttttt. fuhh. 

assalamualaikum dan salam sejahtera~

macam biasa, nak cerita pasal life lately, macam biasa je aku rasa. rutin harian seperti biasa, bangun pagi turun kerja dan balik tidur. weekend pulak awal bulan keluar, tengah bulan relax kat rumah sampai bosan. lol 

bila aku sedar bahawa aku perlukan sesuatu benda baru, jatuh cinta contohnya. ehemm, just kidding. aku rasa hobi dan perkara yang aku buat sekarang terlalu pasif, pasif dari segi pergerakkan aku la kot, hobi aku tengok anime, online dan membaca yang semuanya boleh dibuat dalam keadaan kurang pergerakkan.

dan diusia sebegini, aku harus sedar diri yang aku perlu lebih aktif dalam bergerak. dah lah time kerja pun asyik duduk2 je. aku perlukan sesuatu yang jadikan aku aktif secara fizikal, bersenam pun satu hal, tapi aku malas nak keluar. ughhhhh aku nak sesuatu yang aktif dan boleh gembirakan diri aku macam menunggang basikal. tak perlu pergi jauh. lol

beberapa hari lepas aku ada keluar dengan cousins macam biasa, hari penuh gelak ketawa macam budak2. main bubble, lari dari anjing yang menyalak dan sesi photoshoot macam biasa. benda boleh happy2 kenapa la nak sedih2 kan. so, bagi golongan yang selalu sedih2 kat luar sana, korang keluar2 la selalu, cari geng elok2 dan spend time sama2 bina memori untuk dikenang suatu hari nanti. cewahhhhh *ayat aku kekadang buat diri sendiri cringe jugak* 

pecah rekod personal, maka tiga bijik aiskrim dalam masa satu hari. bukanlah yang patut dibanggakan tapi siapa je yang mampu tolak aiskrim. kalau ada? anda hebat. 

dah penat bergelak ketawa huhuhaha, kita makan pulak. telan air liur pulak bila tengok benda nie balik. aiyooo. menu hari itu, ayam masak sos, sotong panggang sambal, sayur kailan sos tiram dan tomyam seafood. boleh tahan, tomyam tu umphhh kuah dia dan banyak isi. nice, harga pun boleh kira murah, total termasuk nasi kosong 4 ketul dalam rm36+. 

aduh. sorry perutku dan matamu. 

so, sampai sini saja la. aku taktau dah nak cerita apa nie. harap kesenduan blog ini tak mematahkan semangat korang yang singgah. lol. jap nak balas komen dan singgah blog korang pulak!

weekend korang pulak macam mana?
spend time ngan family dan orang tersayang eh?

sekian,
ilal liqa'

23 comments

  1. sedapnya tengok ais krim tu, babe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiskrim tu memang sedap! teringin lagi pulak :D

      Delete
  2. ingatkn ktk maok delete blog tek. terkejut kmk! hahahaha kmk pn kdg2 mls rasanya maok update blog bkn sikda masa, just malas lol

    weekend kmk dpan laptop jak kak >.< mun mood mok klua ya dtg bok kmk jalan2. mun sik, depan laptop jak lah makan, tmbh lemak :') HAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha sikda la sampe nak delete blog indah XD kannn, nang selalu malas jak rasa :D

      sama jak kitaaaa, mun ada mood baruk mok jalan mun sikda nang layap depan laptop juak kmk sambil makan XD

      Delete
  3. Yeay to more frequent updates <3

    ReplyDelete
  4. tgh2 bulan weekend duk umh jela.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya duduk rumah jugak, kalau rajin je keluar :D

      Delete
  5. Hahahhaa ayat dalam first paragraph bukan main semangat lagi eh BV! Kita tengok semangat tu bertahan berapa lama kehkeh :p Tapi biasa lah kerja, memang penat sikit kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn, semangatttt, nie dah hujung julai, tapi kat blog baru ada dua post untuk julai, adakah BV dah gagal untuk update tiap minggu? hahahhahaha

      Delete
  6. alahai sotong tu nampak sedap sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap sotong tu, sebab ada sambal :D

      Delete
  7. Replies
    1. macam tak menjadi je nie. hahahhaa thanks :D

      Delete
  8. Normally weekend, I will go out with my sister and her husband but most of the time I will follow my dad to his workplace at The Gardens, Mid Valley. So sementara dia kerja, I will jalan2 and lepak at a coffee shop sampai dia habis kerja. And like you, I will try to be more active on blogger too walaupun malas, post je lah apa2 yang boleh jadi content, draft bersepah tapi tak pernah publish sebab takut orang taknak baca.

    Anyway, good luck to you and let's do this!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnyaaa your weekend, kannn, malas satu hal dan draft memang bersepah tapi takut jugak nak publish T^T

      i think i failed already ehhh XD by the way, thankssss <3

      Delete
  9. meriahnya post. gerammmm haha

    ReplyDelete
  10. damnn aiskrim!!!!!!! k.ana pun spesis manusia yg tak mampu nk tolka aiskrim arghhh~ dan dan dannnnn kerja k.ana pun mostly byk duduk tp dlm seminggu tu k.ana akan make sure ada involve aktiviti fizikal mcm join zumba ke atau cycling atau berkebun hehehe

    ReplyDelete
  11. samalah kita BV, sejak cuti sem ni saya banyak masa duduk kat rumah tpi memilih utk mereput. rasa mcm pasif gila haha

    ReplyDelete
  12. nak post every week tu my goal everytime update blog tapi tak pernah berjaya haha. Tapi takpe, boleh teruskan goal tu, let's strive together.
    Meriahnya weekend you, since I'm having a hard time currently, so my weekend full of me melayan perasaan je. cewah diva sangat.

    ReplyDelete
  13. BV punya post sentiasa buat Fatina lapar! hehe :D
    Sedapnya tengok food tu :D

    Fatina Mudz || Amazing Distance

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!