Sibu to KL Trip | first day in Kuala Lumpur City

Wednesday 31 July 2019

aku ada cerita pengalaman pertama kali naik kapal terbang kat <sini>, ini adalah kali pertama aku travel, excited terlebih sebab first time keluar daripada sarawak dan pergi tempat yang agak jauh. lol so, for this first one, aku cuma ikut orang kemana je siapa yang nak bawak aku. wahahaha. by the way, aku pergi berdua dengan cousin aku, aimi. 

assalamualaikum dan salam sejahtera
before trips nie, kitorang dah tempah hotel awal2 semua kat satu website. senang kan sekarang, boleh book awal2 dan check in je bila dah sampai. survey la sampai puas. 


itinerary KL day 1
- sbw kl flight
- airport pickup
- check in hostel
- 4fingers
- bukit bintang/pavilion
- balik hostel

22 februari 2019
flight dari sibu dalam pukul 10? aku dah lupa, sampai KL dalam pukul 12 lebih kot, lol. 

breakfast kat airport sibu, awal kitorang sampai. semangat hahahha2, pergi airport guna grab. 

waiting kat airport sibu.

touch down KL, tempat pertama dituju, toilet KLIA. hahhahahaa

somewhere in KLIA. 

sampai kl dalam pukul 1, tunggu kawan kepada aimi ambik, settle few things pastu dalam pukul 4 petang carik tempat kitorang bermalam. The Pods Backpacker, check in, refresh diri beberapa minit. dan keluar balik pergi NU CENTRAL, tempat kitorang bermalam tu dekat gila dengan NU Central, maka pergilah NU Central cari makanan, makan kat 4fingers.

merasa jugak korean chicken 4fingers. sedap giler. sebab ayam dia besar, so yang lebih kitorang tapau balik. gambar tak ambik sebab masa nie henpon sis dah nazak bateri. 

tengah chillex depan NU CENTRAL, nak pergi tempat kitorang bermalam lalu celah bangunan seberang tu je gais. lol, masa tu la kitorang diajar untuk guna KTM/LRT dan pelbagai transport awam yang lain. hahhahaha aku main angguk2 geleng2 je dah la. 

dah nak malam sikit, gerak pergi Bukit Bintang guna pengangkutan awam, wow sis terkagum sebab suasana meriah amat walaupun dah malam kat Bukit Bintang, masih banyak yang jalan2. sempat la masuk Pavilion tengok barang mahal2. makan2 sikir dan blah hahhahahha

dah penat jalan, dalam pukul 9 malam macam tu, kitorang gerak balik. what a tiring day. sebelum tidur, refresh diri dan makan 4 fingers yang ditapau dan lastly  tidur sebab keesokkan harinya nak gerak pergi melaka. 


next day,

23 februari 2019
pagi2 bangun awal sebab kitorang lupa bawak ubat gigi, bawak berus gigi je sebab ingatkan salah sorang bawak rupanya dedua tak. hahahhaha. bangun pagi, terus ke NU Central pergi Family Mart, beli breakfast dan bekalan untuk makan dalam bas untuk ke Melaka tengahari. 

masuk family mart, masa nie aku tak sure lagi ke-halal-an family mart, so tak beli la yang bento2 dan yang mana ada daging or ayam. 

mahal jugek benda segi tiga nie atau nama officialnya onigiri. nasib baik masuk family mart haritu tak sempat nak picit2 roti. hahahhaha

beli onigiri tuna mayo, plan nak makan dalam bas otw ke Melaka, tapi last2 kat Melaka sampai hotel baru makan benda alah nie. 

The Pods Backpacker
Pros - cheap (RM65/night), boleh jalan kaki pergi NU Central, breakfast available.
Cons - communal mix bath

actually dia ada area rooftop, tapi tak sempat jenguk pun sebab weolls stay semalam je kat sini. 

breakfast, unlimited bread/toast? idk. tapi sedap la sebab semua self-service. 

breakfast sambil merenung ke luar jendela~ pintu la pintu

breakfast pepagi, belum mandi bagai. lol

dah ready bagai, checkout dan yeahhh pergi Melaka, next entry aku cerita. eee comel betul kucing tu, kucing tetiba ada di The Pods Backpacker. hahahhaha maybe kepunyaan owner.

first day, not that bad. 
sorry la kalau tulis cincai2 sebab trip bulan februari, sekarang dah hujung julai, ada benda miss maybe sikit. tapi atleast aku ada tulis dalam buku nota. hahahhahahha

sambung di Melaka!

thanks sudi baca
ilal liqa'
see ya when i see ya!

13 comments

  1. Kalau datang Ipoh boleh roger, I'll be glad to be your tour guide hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tetiba rasa nak buat trip ke Ipoh 😁 thanksss ya! nak pergi Ipoh and harap dalat jejak ipoh satu hari nanti ❤

      Delete
  2. welcome to melaya.hehehe... bbest dpt raon..kmk dah lamak sik gi BB ya...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanksss 😁 ya kira tempat pertama kmk pergi di melaya eh 😄

      Delete
  3. waw murahla juga tu 65 per night. dia konsep mcm hostel ke atau bilik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada bilik, harga tu untuk satu bilik dua orang 😁 memang murah plus dekat dengan kawasan penting macam nu central and banyak kedai makan 😁

      Delete
  4. BV next time kalau turun KL or Selangor boleh roger :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yayyy, i will 😉 tak sabar nak pergi lagi. thanksss ❤😁

      Delete
  5. i love how you edit all your photos

    ReplyDelete
    Replies
    1. aww thanksss, filter je lebih sebenarnya 😂

      Delete
  6. hope you'll have a pleasant journey!

    ReplyDelete
  7. mun keluar dgn cousin yg sama palak paling best hahaha. mesti lelah first day ya nak kak haha kmk slalunya first day gia nang kmk rehat dlm hotel dlok sbb sik larat dah mok jln2, kcuali mun dah lapar gilak haha

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!