kita dah masuk 4 ramadhan dah. aku baru muncul lagi. rasa lama tak jenguk blog dan blogwalking. sorry. hahahhaha. sebab kemalasan melanda tahap gaban.
lama rasa dah tak cerita pasal hidup kat blog nie. hahhaha #personal
kali nie nak cerita pasal apa yang terjadi sebelum ramadhan hari tu. kan ramadhan hari sabtu, so hari2 sebelum tu serious aku busy kesana kemari diheret mak dan adik2 kemana2. sebab lepas tu cuti 2 minggu, aku berikrar malas dan jangan nak suruh aku drive kemana2. jadi, dorang rebut peluang, masa ambik adik2 lepas sekolah, terus straight pergi area pasar2 dan mall2. beberapa HARI TAU ULANG BENDA SAMA. kunun mau shopping kunun.
aku memang takdak urusan la kat pasar2 mall2 tu. sekadar window shopping setengah jam cukup la bagi aku. lebih dari tu boleh buat aku pening dah. hahaha.
family aku? dorang memang banyak urusan sangat kat kawasan2 tu, nak settle urusan bank la, nak pos surat la, nak survey tudung, baju raya so on la. aku ikutkan je, walaupun mengeluh entah berapa kali, kena marah mak ada la. kang jadi anak durhaka pulak. taknak la gittew khennn.
kalau part makan, aku on je. asal makan halal dan sedap. dan air banyak. masa tu belum bulan ramadhan lagi, boleh la makan puas2. cuma yang tak best nya cari toilet kalau nak melepas, jenis aku, sorry la nak melepas kat toilet awam, takdak selera sebab entah berapa banyak punggung asing duduk di toilet sama. (hiperbola sangat sebab aku taksuka toilet duduk tu. wakakaka). kecuali part emergency tak hengat dan toilet hendaklah bersih sebersihnya.
jumaat. one day before ramadhan.
dalam bulan 5 nie, rasanya hampir setiap jumaat family kitorang jenguk kubur arwah bapak. dan hampir setiap jumaat tahun nie la mak aku ajak jenguk kubur arwah bapak. bersihkan kubur dan sebagainya. sedih rasanya, tahun nie ramadhan pertama tanpa arwah bapak. rasa kosong semacam ramadhan tahun nie. yang hidup perlu la teruskan hidup kan.
OKAY, yeahhh
lepas tu, tetiba teringin nak tengok movie. sebenarnya dah plan one week before. sebab birthday adik lelaki paling bongsu yang ke 13 tahun pada 19 may. hahhahaha. tapi masa tu belum ada POTC, terus tunggu la POTC keluar, jadi 26 may dah keluar, memang tengok laaaaa. hahahhaha. happy la sikit kan. lama gila dah tak layan movie kat panggung wayang. balik dalam pukul 7.
perghhh. susah jugak kalau drive waktu malam, apatah lagi aku rabun dan silau. rabun tu tak kisah la sangat, part silau tu. memang menduga jugak la. lampu sana sini, buat mata aku sakit wehhh. mak siap suruh pakai cermin mata hitam, LOL. kalau aku bawak sunglasses masa tu, memang aku pakai je. best lagi rasanya drive dalam gelap. LOL. tapi betul aku rasa macam nie.
so, aku dah tengok Pirate of the Carribean (Salazar's Revenge). nak buat movie review tapi rasa malas sebab kalau aku buat movie review mesti ada selit spoiler punya. kang tak pasal2 kena marah. hahahha
puasa ke tidak?
jangan membazir beli makanan banyak2 kat bazar ramadhan. kalau makan semua takpa. tapi amalkan la berhenti makan sebelum kenyang. jangan jadi setan pulak di bulan mulia ini. wahahhaa
hello earthlings! rasa macam rajin je nak update blog. banyak benda aku nak cerita. tapi tu la, nak buat ayat tu agak membosankan sebab aku nie jenis suka ayat hiperbola, kekadang rasa menyampah dengan ayat sendiri yang memang hanya propa je lebih kan. tapi apa boleh buat, memang asalnya aku memang macam tu. eh. nie takda point nak cerita. (ayat makin jadi tunggang langgang. nangis la cikgu bm baca)
okay, kali nie nak cerita pasal benda yang aku suka.
aku suka stationeries, alat tulis, buku nota, WASHI TAPES.
aku suka mana2 benda decorative, artsy dan cute.
tanda aku adalah seorang gadis yang tipikal. hahahhahha
kalau ada yang gembira bila terima hadiah macam makanan, makeup dan sebagainya. aku gembira kalau ada yang bagi stationeries dan buku. hahhahaa. serius. semestinya kau gembira bila ada yang hadiah something yang disukaikannnnnn. tipu la kalau tak gembira bila terima hadiah.
kegunaan washi tapes untuk aku nie banyak sebenarnya. tapi buat masa sekarang memang untuk journaling dan planning. untuk hias planner je. dan aku rasa aku nak start bullet journaling. nanti aku buat satu post kalau dah start.
aku rasa, ramai je stationeries addict yang memang suka kumpul dan buat collection pelbagai jenis washi tapes. aku pun teringin nak kumpul washi tapes banyak2. tapi slow2 je la sebab ada yang mahal dan aku beli yang murah2 je dulu. aku suka washi tapes sejak sekolah menengah. sebelum tu aku memang dah suka dengan tape plastik yang ada macam2 corak tu. tapi washi tapes lebih menarik sebab senang koyak dan tak perlu penat2 guna gunting kalau malas. nak cari gunting pun kekadang jadi satu hal jugak bagi aku. hahahhaa
what is washi - Washi (和紙) is a style of paper that was first made in Japan. Washi is commonly made using fibers from the bark of the gampi tree, the mitsumata shrub (Edgeworthia chrysantha), or the paper mulberry, but also can be made using bamboo, hemp, rice, and wheat. (wikipedia)
kegunaan washi tapes nie kebanyakkan untuk decorations, menghias.
🌵 hias planner/scrapbooking/journaling
🌵 hias benda DIY kotak, gelas, botol, etc
🌵 kekadang pun ada yang guna washi tapes untuk dijadikan lukisan tampal. (tak perlu pakai gam dah, beli washi tapes berwarna, koyak2 tampal2 jadikan lukisan)
🌵 sebagai hadiah untuk stationeries addict macam aku. hahhahaa
🌵 banyak sebenarnya, malas nak taip2 satu2, so secara generalnya memang untuk menghias la.
🌵🌵🌵🌵🌵🌵🌵🌵🌵
kalau nak dibandingkan dengan orang lain, aku kira hanya beginner dalam kumpul washi tapes nie, collection kecik2 je. dah tu kekadang sayang gila nak guna. hahahhahaha
aku lama dah teringin nak makan mini pretzel yang rangup tu. serius memang lama dah terjenguk-jenguk kat satu instagram yang menjual mini pretzel nie. sebab harga dia boleh tahan, lama jugak tercongak-congak nak membeli ke tidak. bila campur postage, agak mahal jugak la sebab postage ke sarawak kan rm10, bila barang berat sikit jadi rm12. hahahhahahaha.
lepas berbulan, bukak lagi instagram yang jual mini pretzel nie.
craving lagi. sebab belum pernah merasa macam mana rasa MINI PRETZEL. lebih best dia 'selam' setengah dalam pelbagai jenis coklat (apple, strawberry, white choc, choc).
EXPECTATION
rupa mini crispy pretzel kat instagram.
REALITY
reality bila sampai. hahahhahhahahaha, chocolate tu mencair dan melekat antara satu sama lain. nak kata sedih? no la, dapat jugak makan dan sedapppp walaupun rupa dah agak buruk. tak la buruk sangat kan. cuma kurang astetik. cewahhhhh. biasa la, benda nie terjadi bila makanan post dari jauh kan. nasib masih dalam bentuk pretzel tak hancur sebab packaging memang secure dengan bubble wrap semeter.
asal sedap sudahhhh.
memang aku dah expect jugak la pretzel punya coklat mencair. sebab lama dalam kargo/van poslaju kan. hehehhe. takpe, asal sedap je. ini bukan ayat pujuk diri ye. memang sedap pun. lama craving, akhirnya dapat merasa, alhamdulillah :D
tu je la nak share,
bila makanan di pos kekadang jangan buat expectation tinggi sangat. bersyukur dengan apa yang ada.
korang pulak ada pengalaman menerima makanan melalui post? selamat tak makanan tu? :D
aku rasa aku nak start new category atau label dalam blog nie. sebab sekarang aku rajin dah tengok youtube dan rajin subscribe memana vlogger/youtuber yang aku rasa best dan menarik perhatian. dan rasanya tak salah aku share ngan korang memana vlogger yang aku rasa nak review.
first time buat entry macam nie,
so aku nak kenalkan my first skincare doctor on youtube.
name |Liah Yoo 리아유
from | south korea
videos category | skincares, makeups, vlog, motivation
languange | english (korean substitle)
🌵 how i discover her channel and what i like about her channel? 🌵
kisah bermula bila aku menghadapi acne yang agak teruk. (kira teruk bagi aku la). so nak cari la cara dan tips jaga muka dan nak pulihkan acne dan jerawat2 yang membiak kat muka nie. bila rajin bukak youtube, search2 jugak cara2 nak rawat acne, jerawat nie, banyak jugak video2 channel2 yang aku discover. tapi aku paling tertarik dengan tips dari channel Liah Yoo nie sebab banyak tips pasal skincare yang aku taktau. tips yang general yang jarang orang tau. general disini maksud aku, boleh diapply oleh sesiapa saja, bukan hanya korean.
selain tu, aku suka jugak suara dia yang clear dan explanation yang agak dipercayai la bagi aku. video pun kreatif. banyak jugak benda yang aku suka. hahahhaha. dan rasanya Liah Yoo updates channel dia secara weekly.
🌵 my favourite videos on acne 🌵
sebenarnya banyak skincare/makeup youtuber yang aku subscribe channel dorang. maybe aku akan review dorang lain hari dan lain masa. slow2. nie baru first time review youtuber. banyak lagi youtubers pelbagai category yang aku nak review. nantikan.
check her channel out for skincare tips! 🌵
korang pulak ada tak kenal/discover youtuber yang banyak bagi tips pasal skincare? share jugak. :D
i always love this kind of tagged things. its make me know myself and others better. i really enjoyed answering all your questions. tag me more in this tag game please. hahahhaha just kidding.
a good chance to know each other and be part of the blogging community. -anonymous
THE RULES
1. Thank the person who tagged you - Thank you FARAHZ, Fatina Mudz, Fairuz Aqilah (whoa geng F yang tag, i'm honored. hehehe)
2. Answer their 11 questions (done)
3. Tag 11 people (i'm sorry, i donno who to tag, so many blogger i knew been tagged alreadyyyyy)
4. Give them 11 questions to answer (sorry, i don't have any idea to create questions, i guess i'm gettin' old)
1. What was the last song you listen to? Describe about it.
OOHYO(우효) _ PIZZA
this song is about the girl who needs her love since she is bored, lonely, alone and she feels that eating pizza is sucked without her love one.
don't really feel like going out in the city,
or on the Net where everyone's tryin to look pretty,
cause i ain't got no time to impress,
to try and live up to anyone's stupid interest - pizza by OOHYO -
2. What kind of music do you prefer to listen when you're driving?
my mom ALWAYS listening to ayat2 suci al quran when i'm driving. so, i think my driving style depend on the music that i'm listening to, hahhaha
3. What is your favorite band?
Sekai No Owari (The End of the World), RADWIMPS
4. Do you prefer cheap but delicious food at mamak/warung or expensive and delicious food at hipster/famous cafe?
as long as it is BERBALOI, clean, good environment, nice air and such.
5. What is the thing that you're good at?
laying around?
6. If you have to choose between friends and lover, which one would you prefer?
friends - ENDS
lover - OVER
i prefer myself. hahahhaa narcissist.
7. How would you describe yourself?
colorful minds, silents, bottled up, timed-bomb
8. Do you really love what you are doing now? (Study/job/etc)
i really wish i have something to do now (study/job/etc)
dah masuk bulan may. berlalu sudah bulan april. cepatnya masa berlalu, macam baru semalam rasanya masuk tahun baru 2017. masih ada ke yang salah tulis tarikh 2017? hahahhaha rasanya semua dah betul dah.
meh nak cerita apa yang terjadi bulan april 2017.
bagi aku, bulan april bulan yang agak tough. banyak benda terjadi.
rasanya bulan nie aku paling banyak drive jejauh. drive ulang alik rumah lama sebab kemas barang dan mak handle barang2 lama. dan jugak sesi meroboh rumah lama. sedih gila part roboh rumah tu. kenangan kot. tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat membesar dari kecik. cewahhh. rumah paling banyak kenangan dengan arwah bapak. selain tu, sesi memindahkan barang dari rumah lama ke rumah baru. banyak betul barang, harta benda. pening kepala aku tengok depan rumah penuh barang. hahahhahaha (akan di sort out pada masa akan datang)
bila banyak drive nie, terus aku suka drive ke?
tidakkkk. aku takpernah suka drive. kekadang aku rasa driving nie buat aku jadi orang lain. rasa nak menyumpah je bila ada yang tak kena. HAHAHHAHAHA. aku takkan drive melainkan benda tu penting dan kena paksa (aku taksuka dipaksa). jarang sangat aku drive dengan kerelaan aku sendiri. (pelik sangat bunyinya XD)
sebab bulan APRIL nie banyak menguji kesabaran aku,
so, nak share la benda yang aku suka. biar nampak happy. hahahhaa
APRIL 2017 FAVOURITES
BOOKS - unfortunately, aku takdak beli apa2 buku pada bulan april. misi nak beli buku (atleast 1) tiap bulan gagal. sebenarnya aku dah nak beli buku di website fixi yang promo rm88 (rm99 ss) untuk 6 buah buku, siap dah pilih buku dah pun, tapi takdapat bayar menggunakan kad debit kat website, dan terpaksa bayar guna atm or such. malas. hahahhaha akhirnya tergantung macam tu je la. datang balik nak bayar, tetiba rasa nak pilih buku lain pulak. so, tak jadi la membelinya. buruk perangai khennn.
FOODS - akhirnya aku merasa jugak ayam goreng spicy McD yang digempar gempur oleh netizen. alhamdulillah. my view? not bad la, yang beza dia dengan ayam KFC cumalah kulit yang terlebih oren dan pedas. adik aku order, yang lain order lain2. aku order nugget. rasanya nugget ayam tempura masak kat rumah lagi sedap kot. HAHHAHA. bagi aku McD power dalam burger2 dia. KFC pulak menu yang variety. aku lebih suka ayam KFC. (kekadang lain KFC lain macam ayam dia).
SHOWS - aku dah terjebak dengan korean variety shows 2 days 1 night season 3. HAHAHHAHA. tapi tengok kat youtube je la. dalam minggu nie, memang rasanya marathon tengok 2 days 1 night je la. nasib baik ada kat youtube, senang sikit nak tengok. memang layan KBS punya channel je la, tengok hello counselor, happy together and 2 days 1 night.
MUSICS - aku jenis bila aku suka dengar sesuatu lagu tu, aku memang akan ulang tiap masa. lagu yang aku ulang tiap masa tu adalah lagu2 by kyary pamyu pamyu. HAHAHHAA.sebenarnya lama dah minat kyary pamyu pamyu nie, cuma bulan nie terlebih syok layan lagu baru dia HARAJUKU IYAHOI. dan rasanya bulan april aku memang banyak layan live chill music kat youtube.
my jam in APRIL 2017
always listening to this chill vibe kindof music~
ONGOING ANIME (watching)
anime yang masih ongoing dan aku nak share serba sedikit la pasal anime2 nie. mana tau nak join aku menunggu tiap minggu untuk new episodes kan. hahhahaha
Boku no Hero Academia - My Hero Academia
aku menahan diri dari baca manga sebab nak tengok sendiri ending anime nie macam mana. tiap kali tengok new episode, dada rasa berdegup je. hahahhahah. dah kenapa kan.
Oushitsu Kyoushi Haine - Royal Tutor Haine
comel sangat ler Haine nie. dah comel bijak tahap genius pulak. dah la prince2 comel2 hensem2 belaka. my fav prince is KAI. he so cute and love fuwafuwa (fluffy) things. nampak cool gila tapi suka benda comel. XD
Little Witch Academia
remind me of Harry Potter tapi versi gegadis comel la. kekadang aku annoying dengan perangai AKKO (main character). tapi layan jugak sebab comel dan adventurous.
Natsume Yuujinchou Roku (season 6)
all time fav anime! i really love this heart warming anime about youkai (supernatural things, ghosts, etc).
Quan Zhi Gao Shou (chinese anime)
first time layan chinese anime pasal game. suka tengok style graphics dia sebab ala2 game. hero pun hensem. cuma kekadang rasa feature muka characters banyak hampir sama, tang rambut je lain. tapi memang story plot dia mengancam.
Shingeki no Kyojin - Attack on Titan (season 2)
perghh, rasanya nie anime paling ditunggu2 kot. sesiapa yang suka blood splash everywhere, gore scenes boleh la tengok anime nie. aku hold dulu tengok sebab nak kumpul semua episode dulu. baru thrill kan. anime nie kekadang buat aku termimpi2 pasal titan. seram giler. T^T
sekian saja cerita pasal anime kali nie. rasa lama dah tak buat satu entri pasal anime je.
🍉🍉🍉🍉🍉🍉🍉🍉🍉
panjang pulak post kali nie.
aku harap bulan may nie banyak update blog dan blogwalking habis habisan.
APRIL korang pulak macam mana? best ke tidak?
share jugak kalau ada buku baru yang best. nak jadikan target beli bulan may.
Social Icons