Powered by Blogger.

Pages

  • Home
  • about
  • Tutorial + Freebies + Tips + Review + Info

Social Icons

budakvanilla's

what a life!?

november and december 2021 | changes in life

macam tak percaya dah kita dah di penghujung tahun 2021, ingat lagi tak awal pandemik mengegar dunia tahun 2020, terasa bagai alam dewasa pertengahan dua an aku hancus. plan nak travel la umur 25 tapi gagal gais. sekarang dah 26. next yar pulak dah 27. live your life okayy


assalamualaikum dan salam sejahtera~
pada bulan november banyak perubahan dalam hidup aku. aku suka cerita benda personal kat sini sebab aku tahu aku jenis tak suka bercakap benda personal sangat di dunia realiti. so disini bila menulis rasa macam bercakap dengan diri sendiri je la. beberapa tahun akan datang, baca balik benda ni semua. hahahhaha

aku dah lama cari kerja lain, saja2 je kan sebab nak pulak merasa kerja kat tempat lain. sebab aku dah super selesa kat tempat kerja lama. rasa macam boring pulak dengan rutin harian dan rasa skills semakin hari semakin tersekat kat situ je. so, yeah aku try2 la risik kerja lain. bulan oktober start balik la renew resume dan segalanya di jobstreet dan website cari kerja yang lainnya. kali ni aku dapat kerja kat website myfuturejob.

interview kerja
dah tu dapat tarikh interview. clash pulak sebab terlalu awal. aku taknak emergency leave. so, kena la postpone interview, nasib baik interviewer tu okay je kan. nervous gila interview kali ni sebab kat zoom je. senang sikit. hahahaa. dah interview kali pertama dapat pulak interview kali kedua.

alhamdulillah, nampaknya rezeki aku disini la. dekat daerah lain gais. gila tak nervous.


last kerja, macam biasa je rasa walaupun lama dah kerja kat situ. 3 tahun dah kerja tempat sama. banyak skills yang aku belajar. memori betul menghadap perangai rakan sekerja yang bermacam jenis. bila dah start kerja baru rindu pulak dengan keletah masing2. hahahhahah

tragedi november
- jatuh tangga dan kaki pun terseliuh. jatuh hari jumaat. sabtu kaki aku bahagian ankle dan start jadi purple kat satu bahagian. bengkak sikit. ahad dah rasa okay sikit then isnin dapat berjalan macam biasa walaupun sedikit susah. perghh takpernah2 terseliuh kaki, susah tau sebab kaki nak pakai sentiasa.

- betul2 jatuh pada hari aku nak pergi. aku dan mak tengah tukar tayar. dah habis tukar tayar kereta, nak balik, kereta pulak problem gais. clutch tak masuk. maka tersekat la kereta dekat bus stop. tetiba kena langgar pulak dengan motor. habis pecah cermin belakang. maka takjadi la bawa kereta. plan pun kena postpone, esoknya baru pergi. sedih betul.

##########

rumah sewa dan pindah daerah
atas sebab kerja, aku start a new life di daerah lain. nasib baik daerah yang aku dah familiar. daerah tempat aku belajar dulu2. start la life sorang. sebab kira 2-3jam perjalanan darat dan ada bas, rasa nak balik tiap weekend. lol


start kerja baru. kenal rakan sekerja baru. agak challenging bagi aku yang introvert. tapi dorang okay je. dahtu banyak nama dan section pulak kena ingat. hahahahah. kerja baru of course la banyak benda kena belajar. so, stay strong dear me. you want changes so deal with it yeahhh!


managing my life in new place alone is quite an experience. teringat zaman belajar. hahahahah tetiba rasa eh dah dewasa tinggal sorang kat rumah sewa bersama housemates. tiber.

setakat tu je la life update bulan november and december. rasa macam banyak je benda terjadi tapi makin malas pulak update blog, tapi hari2 check blog tau walaupun tak update. ni pun aku update kat smartphone je. lol

stay safe gais. 

see ya when i see ya,
ilal liqa'





Tuesday, 21 December 2021

read more

another day in adulthood life

aku dah kira mid twenties ohemgeeeee, kekadang rasa macam tak percaya. hahahhaha sebab jiwa masih rasa kanak2. no wonder so many adult rindu zaman kanak2 dan ada yang berperangai seakan kanak2. zaman takpayah fikir susah cari duit, fikir pasal komitmen bagai. jadi budak, makan tidur main je. best! zaman study pun best.



assalamaulaikum dan salam sejahtera,

kali ni nak cerita la pasal adulthood, rasa kena tipu bhai, dulu kecik2 rasa nak cepat2 jadi adult supaya boleh tidur lewat dan buat benda sukati ahhahaha tapi bila dah capai umur adult cehhhh rasa nak gila dengan expectation orang sekeliling. penat.


korang percaya tak dengan MBTI types? aku beberapa kali dah buat dan always dapat INFP. so far, descriptions dia memang kena dengan perangai aku, dan kena sangat dengan apa yang aku expect. so i always can relate to any INFP stuff. banyak kata jangan percaya sangat MBTI, yeah sebab takut kita akan terpenjara dengan expectation of that certain types. kalau faham, memang faham la apa yang aku cuba sampaikan. sebenarnya nak cerita la, as an introvert (read as demure and love to listen than talking), im not always shy, just that it is in my nature that i didnt talk much. before ni, aku rasa aku ni banyak je cakap macam orang biasa, tapi bila dah rajin belek diri, I REALLY CAN GET THRU A DAY WITHOUT TALKING TO ANYONE. hahhahahah minda je bercakap kot. like when i write all of these. so, my mind do talk a lot.


as an adult, banyak benda yang kita hadapi, agak susah nak STAY POSITIVE, tapi ni antara cara aku nak stay positive! (cara aku ikut perangai aku la, perangai korang aku taktau ahahhahah)


i am a type to not giving a fuck of anything. senang cerita, aku ambik semua benda secara ringan. people talk behind my back? let them be, im okay with this and will take those as criticism and probably try to improve as well as i will never forget what they said. lol tbh, it is easier to forgive than to forget. i will feel hurt at that time and its end there. whatever la, just keep it to myself and just pour my enthusiasm into something that i like. walaupun dalam hati aku menyumpah astaghfirullahalazim. we live as we now just for once, so live it gais! appreciate every moment! bukan acah baik, tapi don't WASTE YOUR TIME IN THAT KIND OF SHIT. hahhahhahaha you're probably a piece of shit too, so check yourself out too okay ahaks!


as dusty as my blog phewww~


i am maybe not a smooth talker in real life, but my mind speaks like a bullet train, nonstop thinking and sometimes i blurt out something that i shouldn't say in real life hahahhahaha well i don't really want to speak my mind because it's nasty lol but who actually cares? you do you and live a life guys.


yeah get the ice-cream that you want. 


- draft ditaip pada bulan januari 2021, baru nak publish chuolls -


just be a good adult okay? your words and actions are always your own responsibilities. 


ilal liqa'

see ya when i see ya lah

Tuesday, 19 October 2021

read more

entah bila boleh travel lagi? | destinasi impian

pada tahun 2020, aku dah plan nak travel ke destinasi impian di seluruh malaysia. tup2 pandemik melanda negara malaysia tercinta. pada tahun 2020, sekali je la rasanya aku naik flight, tu pun sebab hantar adik aku sambung belajar. serius rindu nak travel.


sekarang dah tahun 2021, nak dekat hujung tahun dah ni. walaooo~  entah bila boleh travel lagi. 

assalamualaikum dan salam sejahtera~

sejujurnya sebelum pandemik, tahun 2019 aku baru je start nak travel konon sebagai anak sarawak yang tak pernah keluar dari tempat lahir terchenta, destinasi pertama aku KL-Melaka (februari 2019) dan Sabah (november 2019). next destination dalam rancangan ialah Langkawi. yes, pulau langkawi adalah staycation impian aku. 


travel partner aka cousin aku dah kahwin, dah beranak dah pun hahahahah. tiap kali ada post di facebook berkenaan travel especially berkaitan pulau langkawi mesti dia ada tag. simpan bookmark siap2 untuk rujukan masa akan datang. manatau tup2 dah boleh travel kan. boleh je ready mencari dan bookmark apa yang patut. buat masa sekarang memang mampu travel dalam google map je la. cari la keyword hotel in Langkawi, tourist attraction in Langkawi dan sebagainya memang gatal kaki nak travel bila tengok tempat menarik. 


selain Langkawi, aku nak jugak travel ke Johor. dah ke Johor, boleh pulak singgah Singapura sebentar. dahtu pergi Kedah, Ipoh dan sebagainya. lepas habis jejak satu Malaysia boleh pulak jejak keluar negara. tiber. tinggi impian aku ni ahahhaha, gais tak salah ada impian. impian menjadikan hidup kita lebih bermakna dan bertujuan. gittew. 


so, aku nak share la destinasi impian aku kalau dah boleh travel seluruh Malaysia.


screenshoot from naturallylangkawi.my

1.  Langkawi

Pulau Langkawi, pergi pulau la main kat pantai, berenang tengok batu karang. (padahal takpandai berenang) Island hopping dan bergambar di statue helang. makan2 dan sebagainya. makam Mahsuri dan mengenali lagenda di pulau langkawi. tidak lupa juga kepada gamat gais gamat. 


2.  Johor 

Danga Bay Park dan Legoland - dedua ni ala amusement park gitu. pastu kalau dah boleh travel negara jiran, boleh pergi singapura seharian dan jejak Universal Studio. huwaaa nakk travel please~


IPOH OLD TOWN. source - findingbeyond.com

3.  Ipoh, Perak  

Lost World of Tambun - nak main air dan dengarnya kat sana ada hotspring. aku suka main air ni tau walaupun taktau berenang (be right back nak belajar berenang dulu). Oldtown Ipoh, kawasan bangunan lama yang menarik, boleh la pergi cafe2 hipster yang letops kat sini. 


dah pernah pergi sekali, rasa nak pergi berkali-kali sebab atas ni sejuk hahahha

4. Sabah 

rasa nak repeat pergi sabah lagi sebab dulu macam tak puas sebab pergi 4 hari 3 malam je. ahahhaha banyak gila aktiviti kat sabah. nak sejuk2 dan chill boleh pergi kawasan gunung, nak panas2 dan main air boleh pergi pulau2 dan main kat pantai. 


perkampungan di tengah bendang. source - jelajahmaya.com

5. Kedah

dekat ngan langkawi~ sawah padi. entah kenapa bila fikir pasal kedah mesti teringat sawah padi. adakah ini agenda semata? teringin nak homestay kat rumah kampung di tepi sawah padi. ada ke homestay macam ni kat kedah? eh pokoknya banyak la tempat menarik kat malaysia ni. best bila jalan2 sambil mengenali budaya tempatan ni. nak travel pakai trains jugak. aduh banyak wishlist aku ni. 


inshaALLAH boleh travel lagi nanti~


🛫🛫🛫🛫🛫🛫🛫🛫🛫🛫


cara aku simpan duit nak travel ialah dengan survey harga tiket tiga atau empat bulan sebelum travel. aku suka kalau plan lebih awal berbulan2 sebab senang nak kumpul duit. tak la sekali harung kan duit habis kan. sebelum buat semua benda ni kau kena cari travel partners dulu, boleh jadi kawan2 terdekat atau family. lagi ramai lagi best sebab meriah dan boleh jimat terutama part accommodation. hahahhahaha cara orang lain2. ada yang lama dah simpan baru travel. yang penting jangan berhutang untuk travel. eh


bulan pertama - survey harga tiket, kalau murah dah boleh beli. better beli tiket flight untuk pergi balik terus. bila dah ada tiket flight maka lebih bersemangat nak plan itinery dan mencari tempat yang menarik untuk dijelajahi. lagipun kalau beli awal selalunya memang lagi murah daripada beli last minute. 


bulan kedua - survey accommodation, cari harga yang berpatutan sesuai dengan destinasi/itinery. lagi baik kalau dekat dengan kawasan2 tertentu macam lapangan terbang / kedai makan dan stesen etc. tempah terus semua accommodation sepanjang korang travel. 


bulan ketiga / sebagainya - buat itinery dan rancang perjalanan secara details. boleh je buat awal2. tapi kali ni better lebih details macam boleh rancang la nak makan apa dan nak singgah mana. jangan lupa kira jugak caj2 pengangkutan lain macam grabcar/bas/kereta sewa dan sebagainya. prepare awal2 duit makan dan duit shopping. 


bulan berangkat ke destinasi - dah boleh relax sebab semua dah prepare tinggal nak jalan2 dan menikmati je lagi. ahahaha


boleh je ikut style masing2 tapi aku suka style menyimpan awal2 dan rancang awal2. kalau berduit boleh la travel on impulse kan. amin. 

aku teringin nak travel sorang2. sebab rasa la adventure gittew kan. agaknya boleh survive tak? aku dah la introvert lol


🛫🛫🛫🛫🛫🛫🛫🛫🛫🛫

kalau dah dibenarkan travel, agak korang nak TRAVEL kat mana?

thanks sudi baca,
ilal liqa'
see ya when i see ya lah!

Thursday, 19 August 2021

read more

diari kuarantin di rumah dan swab test berkali-kali

*accidentally move the post to draft. so yeah, republish!*


kali ni dah termasuk 4 kali aku kuarantin dirumah. *buka balik jurnal harian sebab aku nak catat tarikh hahahhaha* senang nak ingat buat masa akan datang kan. aku rasa macam masa kat dirumah memang lebih banyak daripada diluar gais. aku cuma boleh keluar rumah bila jadual aku kerja (kitorang buat rotation WFH and office since only 50% or 30% workforce allowed in office) - so, bila kuarantin aku 100% bekerja dari rumah. 


assalamualaikum dan salam semoga cepat bebas daripada pandemik


SDMC (sarawak disaster management comittee) white wrist band. 


march - kuarantin pertama di rumah selama dua minggu sebab salah seorang rakan sekerja positif, aku dan semua pekerja kuarantin 2 minggu tak keluar rumah walaupun tanpa wristband kkm. sekali swab test. 


april - kuarantin kedua, sebab anak jagaan mak aku positif, kuarantin sekeluarga dirumah selama dua minggu, sefamily jugak tak keluar rumah walaupun tanpa wristband kkm. tapi kena swab test dua kali jugak. 


may - kuarantin ketiga, makcik aku positif masa beraya (masa beraya tu pun just pergi rumah family yang dekat2 je weh), dapat wristband putih daripada kkm dan sefamily jugak kuarantin dirumah selama dua minggu. dua kali swab test. 


july - kuarantin keempat, rakan sekerja positif. 2 minggu jugak kuarantin dirumah dapat wrist band putih dan semua pekerja kuarantin dirumah. sekali swab test sebab bila tau negative terus dapat vaksin kali pertama. walaupun begitu, kena kuarantin jugak gais. 


banyak order makanan je masa kuarantin ni. support food vendor kononnya wahahhaa


DIARI KUARANTIN DI RUMAH

kuarantin dirumah okay je bagi aku. sebab aku memang jenis yang duduk dirumah. banyak benda aku boleh buat antaranya membaca, menonton dan tidur. tapi satu je la tak best, kerja dari rumah WFH sebab aku jenis proscratinatinator terhebat bila dirumah hahahhaha jujur aku katakan aku lebih suka bekerja di office.


terpaling ikut SOP, jujur aku katakan sekali lagi, sepanjang sefamily kuarantin, kitorang memang langsung tak keluar pergi mana-mana, langsung tak terima tetamu kecuali ada relatives dan jiran yang hantar makanan kat luar pagar. jasamu ku kenang. sampai nak terima parcel daripada poslaju/jnt/abx atau grabfood/foodpanda, kitorang letak bakul kat pagar (berserta details nama/ic kalau perlu) untuk contactless delivery. bila aku kuarantin sorang pulak aku tak keluar sangat dari bilik. kecuali yang latest ni sebab dah vaksin sekali swab test result negatif. 


duit cepat habis sebab asyik nak order grabfood dan foodpanda dengan alasan nak support peniaga tapi sebenarnya nafsu nak makan sedap-sedap je kan, sebab tak boleh keluar. i need BOBA to fuel my energy lol


selalu betul aku kena kuarantin. alhamdulillah dapat boss yang memahami. walaupun dalam hati siapa tahu. wakakakkaa


masa ni swab test paling lama menunggu sebab datang pukul 11 tapi line dah tutup sebab ramai dan pukul 12 dorang frontliner rehat. so kena tunggu sampai pukul 2 baru buka balik. taknak balik masa ni sebab jauh dan takdapat pergi mana2 sebab pakai wristband kkm.  


SWAB TEST BERKALI-KALI

makin besar la lubang hidung lahai, rasanya total dah ENAM kali aku swab test. hahhahahhaha. SAKIT KE SWAB TEST? tu bergantung dengan penerima dan pemberi swab test tersebut. ada masa sakit ada masa tak. kena jolok lubang hidung tu agak sakit la tapi bearable je. semua test adalah free sebab kontak rapat tapi yang latest (july) kitorang semua rakan sekerja kena buat kat swasta sebab nak dapat result cepat so kena bayar. fly la RM250 (nasib boss bayar LOL, weh duit tu boleh beli air boba 25 kali!) dan terus dapat result pada hari yang sama. kalau swab test biasa (free kat klinik kerajaan) dapat result lepas dua tiga hari.


alhamdulillah, dapat result negatif semua. jaga diri dan jaga SOP!


SOP and regulations

sebagai sarawakian, SOP kena tunggu daripada SDMC tiap kali kerajaan federal keluarkan fasa/sop/pkp baru sebab agak berbeza, for me, it is quite confusing at some part. tapi tu la, benda tu buat aku sebagai anak sarawak lebih alert tentang SOP. lol


sekarang, sarawak dah masuk ke fasa dua. dah boleh dine in. most of people around me dah dapat vaksin. mulai 27/7 dah boleh walk in ambil vaksin. aku pun dah complete dua dose. lain kali aku cerita pulak pengalaman vaksin. hahhahahha kalau rajin la. 


just realize i spend more time inside than outside? how am i suppose to socialize?!! -..-

kes sekarang pun masih banyak. masih ragu2 nak lepak luar. so dalam rumah je la!


korang pulak dah pernah kuarantin dan swab test ke?

semoga sesiapa dijauhkan daripada covid19 ni T^T


dah habis baca?

thanks sudi baca!

ilal liqa'

see ya when i see ya lah

Wednesday, 28 July 2021

read more

my switch lite and first game card | benda wajib tahu sebelum beli

hi, it's me bv, budakvanilla or whatever you my real name is. i'm back with minimal post in this humble blog. ahh i miss writing nonsensical things in the blog.

assalamualaikum dan salam sejahtera dan salam dah vaksin ke belum?

okay, pada bulan march yang lepas. aku ada beli nintendo switch lite untuk diri sendiri sebagai hadiah untuk diri sendiri la kononnya. aku lama dah teringin nak nintendo switchs sebab game console sounds interesting. aku bukanlah seorang gamer yang tegar, aku main game for fun je la. to be honest, im not that good at games. lol tapi just do whatever you want okayy, it is your life. you do you as long as it is a good things for your life. ahaks. 


nintendo switch lite ni banyak warna tau, susah nak pilih warna apa. memula aku nak kuning tapi bila tengok coral ni teringat pulak warna tema time blogging dulu2. hahhahahha, so aku pilih coral.

details 
beli mana - shopee (otakuya)
harga - rm850+
set - supplier set (import from japan) kalau maxsoft set (warranty malaysia harga dia lebih mahal)

perkara pertama yang aku buat bila ada switch ni ialah, nak decorate comel2. hahahhaha dalam seminggu2 tu la aku survey benda comel2 kat shopee untuk switch lite ni. hhahhahaha

first, download game free yang availabe kat nintendo eshop. yup, ada je game free. tengok la game macam mana yang korang suka. most of the free game perlukan internet connection tapi ada je yang tak perlu macam deltarune, pokemon cafe mix dan etc. kena pandai cari. hahhahaha

benda first yang aku beli, bag casing supaya senang nak bawak kemana-mana dengan selamat gittew. warna pink pulakk. semua sebab taktau pilih warna. patut aku beli yang warna hitam je. wahahhaha tapi dia ada bagi freegift button cover sakura. terasa comel la jugak. lol

and the button cover to enhance the cuteness so you can game with style lol. untuk casing pulak aku pilih warna hitam. memang tak lari daripada warna hitam la.

game pertama yang aku beli untuk switch lite. aku pilih game yang boleh main untuk long term, macam game yang still relevant untuk jangka masa yang panjang. game yang tak pernah habis kononnya. hahahhahah. game ni mostly pasal decorating your island. macam the sims la cuma kau collect villagers yang comel2 sambil decorate island. setakat ni aku dah main game ni selama 150 hours. hahhahahha

total damage -
pink casing - rm25.90 (rm34.91 include postage) - on5_delfhr shop
sd card 128gb - rm54.16 (bought on sale ori price rm65) - impulse.gaming shop
joycon button cap - rm7.99 (rm13.79 include postage) - ddt0663.my shop
full black casing - rm19.99 - xiaoyinren.my
animal crossing new horizon game - rm180 (bought on sale ori price rm199 - impulse,gaming shop

sebenarnya aku ada beli 2 jenis lagi cartridge game. lain kali pulak cerita. hahhahaha

BENDA yang wajib tahu SEBELUM beli Nintendo Switch / Nintendo Switch Lite


1. Nintendo Switch dan Nintendo Switch Lite ni berbeza tau, yang lite version mostly untuk handheld je, dia takdapat cabut macam Nintendo Switch biasa dan Lite version takdapat guna kat tv macam biasa. untuk aku, it is a perfect switch sebab aku jenis suka handheld game je, tak guna pun nak guna tv sebab guarantee mak aku marah main game kat tv. hahhahahaha plus screen Lite version lebih kecil. dua2 ada kelebihan dan kekurangan masing2. 

2. Harga game kat Nintendo mostly lebih mahal dari harga game kat pc/phone etc terutama physical game (cartridge card), harga selalunya rm150++, tapi kalau digital version boleh je dapat harga yang murah kat Nintendo Eshop, boleh tunggu sale dan sebagainya. benda best yang best bila guna digital version ialah tak perlu insert card game everytime kau nak main game dan setiap kali beli game digital version boleh collect points. point tu boleh guna untuk beli game lagi kalau tak silap. 

3. SD Card is a must kalau kau jenis suka beli/download digital version sebab storage space Nintendo Switch ni cuma 24.9GB. game paling ringan pun selalunya dah 2GB keatas, paling besar aku pernah download ialah 20GB game Fortnite tu pun belum dia minta update lagi. 

4. untuk some game yang ada Online play atau bila kau nak main online bersama kawan-kawan dan sebagainya, kena SUBSCRIBE membership Nintendo Switch Online. dia ada option individual atau family membership. basically kena bayar bulan-bulan bila nak main online. roughly sebulan ialah rm19 (ada option 3 months and 12 months, price ikut currency country yang korang dah register kat website/switch). TAPI ada je yang tak perlu subscribe membership bagai bila nak main online macam game FORTNITE, kena rajin research la. 

🎮🎮🎮🎮🎮🎮🎮🎮

so, before nak beli Nintendo Switch kena fikir elok2. hahahhahha

btw, Nintendo Switch dah ada version baru, with OLED one?? improved screen? IDK yang aku suka pasal version baru ni dia ada warna putih.

game game jugak, jangan lupa benda seharian yang lain ya. jaga diri secara fizikal dan mental gais. buat benda yang boleh buat korang happy mentally okay! rehat dan hobi itu perlu. 


korang main game tak? tak kisah dalam phone ke laptop~

thanks sudi baca, 
see ya when i see ya lah,
ilal liqa'





Monday, 12 July 2021

read more

eid mubarak 2021

alhamdulillah aku masih lagi diberi kesempatan berpuasa pada bulan ramadhan tahun 2021. bulan ramadhan dalam pandemik ni agak terasa cepat masa berlalu. tup2 dah penghujung ramadhan. tahun ni tak berasa sangat pergi ke bazaar ramadhan. tapi ada la sekali aku dan kawan2 sekerja keluar berbuka sesama. tapi sebenarnya kali ni nak cerita pasal hari raya aidilfitri. 

assalamualaikum dan salam sejahtera~
selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin kepada semua yang mengenali diri aku tak kisah di alam maya atau realiti. 

alhamdulillah, kitorang sambut je raya macam biasa tahun ni. persiapan pun ala kadar je. rezeki kitorang sekeluarga tinggal bersama. keluarga pun mostly kat satu daerah yang masa. kerajaan sarawak membenarkan aktiviti hari raya sehari je dengan syarat ikut SOP yang ditetapkan. alhamdulillah merasa jugak la raya. 

sebelum raya~
beli baju kurung dan tudung siap2 secara online sebulan sebelum raya dah sedia. hahhaha semangat. tapi baju melayu adik lelaki aku, sudais, beberapa hari nak raya baru beli sebab mall kan banyak tutup, tetiba beberapa hari sebelum raya, mall dibenarkan bukak. dapat la beli baju raya jugak. pastu kisahnya, sehari sebelum raya, mak aku announce teringin nak beli langsir baru pulak sebab langsir lama tu dah dekat 5 tahun. cepat gila masa berlalu. maka, sibuk la mencari langsir baru, nasib baik jumpa yang sesuai dengan dimensi tingkap dirumah. hahahhaha

raya pertama
pagi raya pertama, macam biasa. aku jenis pagi raya baru sedia seterika baju dan tudung sebab aku jenis tak suka tugas seterika2 iron2 ni. sambil berdoa yang aku takkan hanguskan baju raya dan tudung baru tahun ni. hahahhaa

dah tu, pergi ziarah rumah nekdin (grandpa) dan nekpon (grandma) yang cuma lima minit perjalanan memandu. kawasan kira kampung sebelah je. so beraya la dengan family terdekat sahaja. menu raya tahun ni sama je dengan tahun yang lepas2, cuma tahun ni adik aku masak pulut kuning untuk makan dengan rendang ayam dan masak hitam. alhamdulillah, merasa la raya pertama, hari kemenangan umat islam selepas sebulan berpuasa kan. 

raya kedua. penat jadi director dan kawal kamera timer masa ambik gambar family untuk raya kali ni. hahhahahha dengan cuaca panas pulak, sanggup je kan demi kenangan masa akan datang. wahahhaa


raya pertama, depan pintu rumah dan tangga. sempat bergambar. lol
 
buat yang beraya di perantauan dan jauh dari keluarga, semoga bertabah. moga ada hikmah semua benda ni berlaku. stay safe dan amalkan SOP.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN GAIS! 

raya korang pulak macam mana?


ilal liqa and see ya when i see ya lah~

Tuesday, 25 May 2021

read more

march 2021 | my birthday and else

assalamualaikum dan salam ramadhan~

aku baru nak update untuk bulan march ni. hahahahha banyak benda nak cerita tapi ni first time aku menaip fully kat henpon. aku guna app blogger. konon nak selalu update blog tapi tu la, makin malas nampaknya. ok2. start cerita.

birthday aku awal bulan, so pada 3rd march aku dapat sesuprise kek dari my cousin, aimi. excited giler dapat kek, dah tu comel pulaks. hahahhaha


cantik kan kek dia? suka kek minimalist macam ni~

then untuk birthday, aku beli hadiah untuk diri sendiri. aku beli switch lite. lama dah nak ada game console so yeah finally one of my wishlist come true. 

aku pilih warna coral. teringat zaman blog aku warna coral dulu2. hahahahahah siapa yang masih ingat tu memang korang antara reader paling lama la. sebelum bertukar jadi black white dulu blog aku pernah warna coral ya. hadiah untuk diri sendiri selepas berhempas pulas stress kerja. hidup kena happy. nak hilangkan stress, kena la ada stress reliever kan, kalau aku game, anime dan manga. lain orang lain gaya dan citarasa. 


pada 17th march, birthday mak tersayang pulak. excited nak beli kek. comel je kek dia, love you to the moon and back mak ❤️


macam tak percaya je tiba2 dah 26 tahun, kawan2 sekeliling ramai dah kahwin, berkeluarga dan sebagainya, aku masih lagi macam budak2 dengan anime, manga dan game BUT i don't really care about all of that. sebab as long aku happy dengan life yang aku ada sekarang. alhamdulillah.

saja upload gambar ni sebab kat gallery aku banyak gambar makanan je. hahhahahaha

FIRST TIME SWAB TEST COVID19
okay ceritanya, pada pertengahan bulan march, ada sorang rakan sekerja kitorang kena covid19, so semua pekerja lain kat office diarah untuk swab test, satu office tutup seminggu. 

maka, pergi la aku dan rakan sekerja di klinik yang tertera dalam mysejahtera list untuk swab test secara percuma, berbaris la kami seawal jam 8.  masa ni dah banyak yang berbaris dengan cuaca panas paginya. pukul 10 lebih baru settle. kena la cucuk hidung dan area kerongkong. sakit sekejap je, berair juga mata sebab part dijolok hidung tu terasa sikit pedihnya. hahahahha sis kuat. 

dalam 3 hari jugak la tunggu result. alhamdulillah negative. semua la negative. maybe sebab dalam office pun kitorang pakai mask, walaupun tak keluar pergi mana2. takut gila masa tengah tunggu result, memang kuarantin sendiri kat rumah je. hahahah

benda ni best la makan, kalau makan dengan mushroom soup lagi sedap! dia macam roti tapi keras. tiba2 pulak cerita pasal makanan.

ok la, sampai sini je la cerita bulan march.

bulan march korang pulak macam mana? best tak?

sekian gais,
thanks sudi baca,
ilal liqa and see ya when i see ya lah~

Thursday, 22 April 2021

read more

february 2021 | life update and foods

life aku macam biasa je. macam takda perubahan je walaupun keadaan pandemik didunia ada je berubah setiap hati terutama data mengenai hidup mati orang. seram tengok. walaupun tanpa pandemik ini, ada je yang mati tiap hari. 



assalamualaikum dan salam sejahtera


an enthusiast life - macam biasa je, anime dan manga everyday. the best feeling is - bila balik kerja, dan ada anime/manga update. bila weekend pulak, sehari2 baca manga dan layan anime. what a bliss. aku macam nak buat satu entry pasal rekomen manhwa/webtoon tapi tunggu la kalau aku rajin. hahhahahaa tak pernah rasa diri ni otaku pun sebab aku jenis tengok anime/manga je, fangirling pun kat social media je terutama twitter, aku bukan avid collector (kumpul figurine, cosplay and etc). in real life, aku cuma cakap pasal anime kalau ada orang mintak rekomen dan pendapat je. paling cikai pun, aku guna wallpaper anime dan ada keychain tu je kot. hahhahaha


walaupun aku follow seasonal anime, tak semua yang aku tengok pun sebab rasanya sekarang aku lebih suka membaca manga.


aku dah habis catch up semua one piece anime gais! yayyy! 967~ nak catch up shingeki no kyojin pulak aka AOT. anime dah jadi mainstream ke gais? sana sini aku tengok spoiler anime terutama kat twitter? ke algorithm twitter je? hahhahaha


foods - bulan february ni, duit aku banyak habis kat makanan nampaknya. hampir setiap hari order grabfood/foodpanda kat office. ini semua pengaruh rakan sekerja hahahhaha. tapi serious murah bila order ramai2.sebab hari2 kejar voucher/promo dan diskaun~


aku obses dah dengan aductive spicy salted egg cornflakes ni gais! serious! aku beli kat shopee sebab so far tak jumpa lagi orang jual offline. lagipun paling murah aku jumpa kat shopee harga dalam rm13! selalu orang jual rm15 sm rm18 ss! ni bukan sponsored tau, aku seriously suka kudapan ni, rasa nak makan hari2. tapi agak mahal la nak makan hari2. kalau tengok movie confirm habis la. rasa dia macam pedas2, masin2 dan manis2. semua ada. kalau makan laju2 confirm tercekik. eh

teh c special kalau kat sarawak, kalau kat semenanjung jadi three layer tea. sekarang dah available dalam tin. kecik2 camni pun range harga dalam rm3-rm4. mahal siot tapi sedap la jugak. nak jimat buat la sendiri yer. yang ni rasa caramel, aka gula apong?

an attempt to cook something. aku bosan plus lapar so nak buat la kudapan guna tepung goreng serbaguna bestari (yang selalu untuk ayam tuuu) tapi aku guna fish ball, crabsticks dan sotong stick? dipotong dibelah dan digoreng bersama tepung serbaguna. sedap jugak~ kalau nak sihat dan sedap guna cendawan enoki dan pelbagai jenis cendawan lain pun sedap!

kuetiaw goreng papparich! sedap gila. dalam tu ada udang dan isi kerang. antara kuetiaw goreng paling sedap aku pernah rasa, kira berbaloi dengan harga dia dalam rm16. tak kedekut isi kerang langsung. 

aku asyik cerita pasal makanan je kan. maybe sebab impression sesuatu makanan berkaitan kehidupan aku (padahal tu je la gambar yang ada kat gallery) semenjak jarang keluar jalan2 ni. hahahhahha

oh ya, aku ada buat satu video tentang apa yang aku buat bila free/weekend. tapi video pendek je la. 

aku buat video secara suka2 je, teringin nak buat cinematic video tapi masih dalam plan. harap la ada masa buat benda ni, aku suka ambik video sebab ala2 macam 'live in the moment' kononya. masa dah berlalu tapi video sentiasa ada. boleh tengok berulang kali.

sebab aku buat suka2, rasa malu jugak la bila mintak orang subscribe. hahahhahah


❤❤❤❤❤❤❤

februari korang pulak macam mana? makan banyak ke berjaya diet?

ilal liqa'
see ya when i see ya lah!



Thursday, 25 March 2021

read more

january 2021 | work from home and life lately

nak buat balik 'monthly conclusion' ni sebab i feel like my life is a bit dull lately. aku tahu bukan aku saja yang rasa macam ni. so i need something to record about mylife in 2021. tiber. 


assalamualaikum and stay safe!


that one time at office, yang best kat office ni bila boleh share order2 sekali ngan collegues


MCO and work from home

pada awal januari, sarawak digemparkan dengan kluster baru iaitu kluster pasai. kluster tersebut terjadi di kawasan rumah panjang dan berdekatan bandar sibu iaitu tempat aku berada sekarang la kan. so, bila kes mencanak naik di kawasan sibu maka kerajaan sarawak memutuskan untuk sebahagian daerah2 di sarawak menjalani MCO.

then, since 16th january 2021, they (employer) decide to rotate the employees and only 30% of workforce allowed to work in office as to follow the MCO guideline. basically, aku berada di office cuma 2 kali seminggu dan selain itu WFH. walaupun aku suka berada dirumah tapi aku lebih rela berehat daripada bekerja dari rumah. hahhahahha sebab kat rumah aku nak chill tengok anime, kdrama, youtube dan membaca social media. lol


makanan kenduri walaupun tak pergi kenduri~

bila dah time kerja, kitorang tak digalakkan keluar masa lunch dan masa lunch pun dipendekkan (30min je weh) so mostly order or bawak bekal. aku selalu order grabfood or foodpanda je. 


Grabfood is better than Foodpanda 

sebab area rumah aku agak jauh dari bandar so option untuk delivery foodpanda is shooooo limited like only two options lol, tapi sejak tahu grabfood dah available kat sini. aku try la, yayyy berapa kali dah order grabfood plus the delivery are sometimes cheaper base on location. yasss. bila malas nak keluar boleh je order grabfood. lagipun sekarang MCO kan, better order je kat grabfood. ini bukan iklan.


i actually hate that vanilla bean noel mist. hahhahahha


shopping as a stress reliever

aku terjebak dengan personal shopper. aku TERbeli tiga benda iaitu mists dan candle sebab SALE. aku tetiba teringin nak try candle sebab entah la gais. maybe terjebak dengan sosial media hahahhaah. aku memang suka mists sebab bau dia tak terlalu kuat. beberapa bulan lepas aku ada beli dua botol mists tapi kali ni aku beli dua botol lagi. hahhahahah 


short reviews

Vanilla Bean Noel Mist (RM16) - aku tak berapa suka bau dia, rasa pelik je tapi bau vanilla memang kuat exactly macam bau esssence vanilla tapi not to my liking. 


Winter Apple Candy Mist (RM16) - aku suka bau dia, macam fresh dan macam bau shampoo fresh dan sweet gitu. 


Twisted Peppermint Candle (RM32) - suka gila bau dia, sweet2 peppermint gitu macam bau gula2 peppermint. 


overall, my january was pretty good. alhamdulillah~

i actually enjoy my time at home T^T


so how was your january 2021?


see ya when i see ya lahhhh~

ilal liqa'

Sunday, 7 February 2021

read more
new posts old posts
Subscribe to: Posts (Atom)

H E L L O

H E L L O
bv | bukan lagi budak
bercerita tentang kehidupan disini. jarang berbicara mendalam di alam nyata tapi mindanya sentiasa mengembara. biar tulisan dan titipan jadi perkara.

any inquiry, collaboration and such things.
email budakvanilla@ymail.com

Follow

V L O G

f r i e n d s

F E A T U R E D

life update on quarantine haul | unboxing canon eos M100

T R A V E L

  • Sibu to KL Trip | first day in Kuala Lumpur City
  • KL to Melaka Trip | sightseeing and historical places
  • Melaka Trip | cafe hopping at Bica & Co and The Daily Fix Cafe
  • Sabah trip | exploring Kundasang and island hopping

T I M E L E S S

  • ►  2023 (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2022 (5)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2021 (9)
    • ▼  December (1)
      • november and december 2021 | changes in life
    • ►  October (1)
      • another day in adulthood life
    • ►  August (1)
      • entah bila boleh travel lagi? | destinasi impian
    • ►  July (2)
      • diari kuarantin di rumah dan swab test berkali-kali
      • my switch lite and first game card | benda wajib t...
    • ►  May (1)
      • eid mubarak 2021
    • ►  April (1)
      • march 2021 | my birthday and else
    • ►  March (1)
      • february 2021 | life update and foods
    • ►  February (1)
      • january 2021 | work from home and life lately
  • ►  2020 (12)
    • ►  December (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2019 (22)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2018 (49)
    • ►  December (5)
    • ►  November (4)
    • ►  October (4)
    • ►  September (3)
    • ►  August (4)
    • ►  July (4)
    • ►  June (3)
    • ►  May (1)
    • ►  April (5)
    • ►  March (7)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ►  2017 (76)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (6)
    • ►  September (3)
    • ►  August (7)
    • ►  July (7)
    • ►  June (10)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (11)
    • ►  February (5)
    • ►  January (5)
  • ►  2016 (104)
    • ►  December (10)
    • ►  November (8)
    • ►  October (12)
    • ►  September (13)
    • ►  August (15)
    • ►  July (9)
    • ►  June (5)
    • ►  May (9)
    • ►  April (5)
    • ►  March (4)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2015 (171)
    • ►  December (13)
    • ►  November (10)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (4)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (15)
    • ►  March (29)
    • ►  February (35)
    • ►  January (37)
  • ►  2014 (184)
    • ►  December (36)
    • ►  November (38)
    • ►  October (16)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (11)
    • ►  June (10)
    • ►  May (8)
    • ►  April (6)
    • ►  March (13)
    • ►  February (7)
    • ►  January (24)
  • ►  2013 (222)
    • ►  December (41)
    • ►  November (15)
    • ►  October (3)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (6)
    • ►  June (21)
    • ►  May (33)
    • ►  April (41)
    • ►  March (32)
    • ►  February (7)
    • ►  January (15)
  • ►  2012 (49)
    • ►  December (10)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (14)
    • ►  May (14)
    • ►  March (1)

t w e e t

Tweets by BudakVanilla

l i k e

  • Diana's ♥
    Kekalkan Kesihatan Usus dan Ubah Gaya Hidup Yang Sihat dengan GKB
    1 day ago
  • perrenial lifestyle
    Pilih Sunscreen Aloe Vera SPF 50 yang Memudahkan Urusan Seharian – Sunscreen Terbaik 2023
    2 days ago
  • FARAH
    Bila tukar template baru ni, Alhamdulillah pageview hampir ok
    4 days ago
  • LENNE ZULKIFLLY
    The Sunday Currently #17
    4 days ago
  • Mazni Munawar
    Penginapan di Panalaban @ Laban Rata
    1 week ago
  • Duniaku Vanilla
    celebrating my birthday alone
    1 week ago
  • Nurul Rasya
    Top 3 Apps and Sites to Master Japanese Pitch Accent and Improve Your Pronunciation
    2 weeks ago
  • The Hundred Pages
    Resensi Buku | Pada Pahitnya Secawan Kopi oleh Aidil Ghazali
    3 weeks ago
  • Lya Amie
    Struggling With Mental Health
    3 weeks ago
  • INTROVERTED GIRL
    Aku Hampir Kena 'Job Scam'! | BAHAGIAN 1
    3 weeks ago
  • ana-mizu™
    Maklumat Pasangan Telah Wujud
    4 weeks ago
  • Maria Elena
    My Twitter Hacked
    5 weeks ago
  • !~Bidadari Superb~!
    Makan Megi Waktu Anak-anak Tido
    1 month ago
  • Raizah Halisah
    Weekly Deals and Sales Ad
    1 month ago
  • Aisyah Humaira'
    Apakah Mobil City Car LCGC Cocok Untuk Mudik Lebaran? Berikut Ini Jawabannya
    1 month ago
  • ! Aku Memang Ceria.
    Time heals
    1 month ago
  • Laki Terok
    1 month ago
  • Safirul Amar Azmi
    Kebahagiaan Mereka Yang Sebenar
    2 months ago
  • Her Little Guilty Pleasures
    My Songs of January 2023
    2 months ago
  • Addy Azizul Jeffry
    PENGAMBILAN PEGAWAI KADET LEPASAN IJAZAH (GRADUAN) DI DALAM SKIM PERKHIDMATAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) BAGI TAHUN 2023
    2 months ago
  • Miss BaNu StoRy
    Foundation Set From Golden Shine
    2 months ago
  • The Infinity Words
    Run Rose Run by Dolly Parton & James Patterson | ARC Review
    3 months ago
  • MisakiPureBlood
    Cheap Yet The Best Lotion
    5 months ago
  • ♥♥ RAZ© ♥♥
    Apa Barang Yang Paling Lama Terperap dalam Cart Anda?
    7 months ago
  • Sabrina SA
    PHPM Posting and The Value of Not Giving Up
    7 months ago
  • theelya's
    91: come down with some sickness
    8 months ago
  • Ice Princess
    GERD DISEBABKAN OPEN HOUSE
    9 months ago
  • .. a man in a home ..
    Am I That Old / Young?
    10 months ago
  • Aku vs Dia
    Safi Shayla Kini dengan Teknologi Hijab Scalp Biotics untuk Rambut Sihat & Lebat
    10 months ago
  • MOTIONLESS
    First time gastric pain
    1 year ago
  • Fsyazana
    SEARCHING
    1 year ago
  • Chapters
    Chapter 118: The Solo 2021
    1 year ago
  • Nur Farhana
    Apa tu Supercube?
    1 year ago
  • BLOG COKLATEYES
    Bagaimana Buat Keputusan Berhenti Kerja & Mula Bisnes?
    1 year ago
  • Syaza Raihanah
    Back to School : My New Semester Routine
    1 year ago
  • trouvaille
    Cafe | Ones Store Pantry
    1 year ago
  • Amirul Rahman
    Perasaan Aku Je?
    1 year ago
  • { M A R H A E N }
    18 ďâÿś
    1 year ago
  • D A Y A H F I R D S
    Get the Glow with ORYN Skincare
    1 year ago
  • Aisyasakura
    The BTS Meal honest review | McDonald's X BTS
    1 year ago
  • ~Through My Glasses, Kacamata~
    Salam Aidilfitri 1442H | 2021
    1 year ago
  • Yuyu Zulaikha
    Shopping Raya Jimat di KWC
    1 year ago
  • bubble.
    The Hash Cafe, Kuching
    1 year ago
  • The Untold Story by Scha Nazri
    5 Pilihan Pengambilan Makanan Cina yang Sihat
    1 year ago
  • AmerJaya
    Tips Mudah untuk tidur awal and nyenyak.
    2 years ago
  • Le Miel et la Vanille
    Log | Road Trip!
    2 years ago
  • bblogfeii
    5 Cleansing Oil Review #part1
    2 years ago
  • The Kasihs
    SUU BALM FOR ECZEMA AND SENSITIVE SKIN
    2 years ago
  • nULL & aLteRnate
    Ganjaran untuk Diri Sendiri.
    2 years ago
  • Fatin's Corner !
    A law graduate, finally.
    2 years ago
  • tiptoe
    24th
    2 years ago
  • Angel Pakai Gucci!
    Kluster Tabligh: Satu Rahmat Atau Musibat?
    2 years ago
  • Sparks
    The Ghost Bride by Yangsze Choo | Book Review
    2 years ago
  • Anis Nadhilah
    My first MC leave after 4 months as a houseman
    3 years ago
  • Soothing Silence
    2020 + 2019 ?
    3 years ago
  • Fatin Liyana
    CETAPHIL BABY MOISTURISING BATH & WASH REVIEW
    3 years ago
  • Deyawanny.
    Servis Kiriman Duit Ke Indonesia, Singapura, Thailand Murah
    3 years ago
  • WANASEOBY
    I made Instagram Story Filter!
    3 years ago
  • Xechalogy
    Book Review | Crooked Kingdom by Leigh Bardugo
    3 years ago
  • Wardah Aneesa's Blog
    Kelas Tusyen Bahasa Arab Sekolah Agama Petang
    3 years ago
  • Adam Faiz
    Stepping Into Mahasiswa's Life
    3 years ago
  • Umie.Artoqiemie
    Baju Wataniah
    3 years ago
  • LE;JH
    Berwajah Baru & Bakal Tukar URL Link
    3 years ago
  • Lala Rahim
    Travelling to England
    3 years ago
  • Mis Diarios
    aku pergi pasar malam!
    3 years ago
  • SIQAHIQA
    Review Buku | Nefertiti by Lily Haslina Nasir
    4 years ago
  • pypaa's corner
    Tips Memperbaiki Stop Kontak Agar Berfungsi Kembali
    4 years ago
  • N I N A
    Ada Apa Dengan Aceh
    4 years ago
  • shaf's
    title: Melayu
    4 years ago
  • Eizz In Da House
    Ways to Stay on Track (?)
    4 years ago
  • Fira Zolkapli
    Spotify Wrapped 2018
    4 years ago
  • Raizah Halisah
    Segment Bloglist by Farah Farhana
    4 years ago
  • ! Fara_nym BoBoiBoy !
    SEM 3 rasa nak meletopppppp
    4 years ago
  • The Diary of Nabihah
    To Teach English
    4 years ago
  • Hafzhan Rauf's
    Adventure of a lifetime
    4 years ago
  • bella luna
    #FOODHUNTER: TEXAS CHICKEN, JOHOR BAHRU - Its Crunch Time !
    4 years ago
  • BLOG EYJA
    Cara nak buat hidup kita happy
    4 years ago
  • Haruno Hana
    725#Love Note ~ [Food Review] Burger Nasi Lemak McDonald's
    4 years ago
  • Letaknamaterlalumainstream
    Youtube Shout Out! INTERNATIONAL GIVEAWAY & Huda Beauty Dupe Palette?
    5 years ago
  • Hafiz Zulkafly
    Come Back Home.
    5 years ago
  • BIVICHAN
    Mek Zumbie's July PREOWNED Giveaway
    5 years ago
  • LINASYAY
    Sorry For Any Inconvinience
    5 years ago
  • Aqilehehe ✿
    TIPS DURING RAMADHAN
    5 years ago
  • Talkative
    A Short Book Talk on Books I Have Read
    5 years ago
  • Zamira Othuman
    Skirt mampu milik dan cantik
    6 years ago
  • CLAUDIA S-RJ.
    Uppercase Box & Owlcrate Box | February's Subscriptions Box
    6 years ago
  • C Y C L A Z E Y
    Page 1 of 365
    6 years ago
  • Kisah Kami
    I'm come back
    6 years ago
  • Bernafas Dalam Ego
    selingkuh
    6 years ago
  • Blue Moon
    Give Me That Title
    7 years ago
  • Wani Si Ulat Buku
    Cuti Jerebu
    7 years ago
  • MAWAR PUTIH
    MAKLUMAN
    7 years ago
  • CAHAYA ALAM MAYA
    Jemput join #giveawayAMC
    7 years ago
  • Cik Jari Manis
    Diari Sufi
    7 years ago
  • Cerita Aku, Kau, Dia dan Mereka.
    Pengalaman temuduga kali pertama
    8 years ago
  • ! ✿ IniHaneulAfiqah ✿ !
    Kicauan Rindu
    9 years ago
  • TheVanilaStory
    BOLD text shadow
    10 years ago
  • .

d i s c l a i m e r

All content in this blog is by budakvanilla herself unless stated otherwise.


Any commercial redistribution or resale of photography, files or content is strictly prohibited.

© budakvanilla's.