Thursday, 26 March 2020

my freaking 25th birthday!

nak expect benda pelik berlaku? of course tiada sebab aku anggap birthday atau tarikh kelahiran itu hanya sebagai biasa2. tiada benda nak dihebohkan kecuali sebagai tanda kesyukuran sebab masih hidup selama dua dekad setengah. percaya atau tidak. pada 3 MARCH 2020, aku dah genap 25 tahun.


cuma yang ke 25 tahun nie agak special bagi aku sebab dah di pertengahan dua puluhan. kononnya rasa matang, tapi aku rasa biasa2 je. minda masih terasa nak jadi budak2 tapi kita kena sedar diri kita, kau dan aku dah cukup umur matang. kalau tak matang lagi taktau la. hahahhahhaa

assalamualaikum dan salam sejahtera!
di umur yang dah genap 25 tahun ini, aku sangat bersyukur kepada mak dan arwah bapak yang melahirkan dan mendidik aku sampai tahap aku boleh tahu baik buruk. alhamdulillah. 

cita-cita ketika muda remaja dan ketika kanak2 hingusan bila mencapai umur 25 tahun. 
- dapat kerja best
- balas jasa ibubapa
- kahwin 

realiti
- kerja biasa je. tak puas lagi dengan kerja sekarang
- sempat balas jasa mak je dengan bagi duit tiap bulan. al-fatihah to arwah bapak
- still single tapi bahagia je LOL

macam biasa, banyak benda yang aku nak capai masih belum tercapai. mungkin belum rezeki dan masanya. takpa, kita ikut pace sendiri.

early birthday celebration with cousins. sunday 1 march. 

hadiah birthday from my mom. crochet kaonashi! i love it so much!!

hadiah phone casing untuk diri sendiri. bila teringin nak beli phone baru, rasa macam tak berbaloi sebab phone sekarang elok lagi, so kita beli casing baru. atleast ada la rasa baru sikit. hahahha.

kekadang rasa nak jadi budak2 balik bila tengok dunia orang dewasa nie. komitmen dan tanggungjawab di mana2. bila ada akal fikiran, banyak benda kena fikir. overthinking pun satu hal jugak. best jadi kanak2 yang tak fikir apa2. apa2pun alhamdulillah masih berakal!


*****************************
aku malas nak cerita pasal virus. maybe next post kot.
siapa sangka March 2020 jadi sangat memorable bagi seluruh manusia didunia. 
al-fatihah. terima kasih kepada frontliner yang sentiasa berjuang. 

birthday korang pulak bila? umur pulak dah berapa? we are still young but stay safe ok!

thanks sudi baca!
sekian,
ilal liqa'


Sunday, 15 March 2020

february 2020 | my life update


tup tup dah march. macam minggu lepas baru masuk tahun baru. cepatnya masa berlalu. meh la nak cerita apa benda terjadi pada bulan februari. macam biasa life aku agak uneventful. macam biasa, weekdays kerja, weekends offday. dah offday malas pulak keluar.

assalamualaikum
ini kisah hidup aku. acewahh.

pepagi dah layan mee jawa dan cola. macam mana nak sihat? hahahhahaha
sejak januari lepas, aku start hantar adik aku pergi sekolah tiap pagi kecuali sabtu ahad except ada kelas lain. sampai area tempat kerja terlalu awal dalam pukul 7am macam tu, dah la masuk kerja pukul 8am. nasib baik kat kawasan tu ada kedai makanan yang bukak awal pagi. 

hamoir tiap hari/pagi minum teh tarik dan makan roti canai. kalau sorang layan la youtube + baca manga.
pernah sekali hantar adik pergi sekolah time hujan agak lebat, jalan raya banjir. tetiba langgar lopak air yang agak dalam terus kereta mati tengah jalan. dah la ada kereta lane sebelah pun mati lebih awal. hahhahahahha. of course la sis nervous, kemain banyak kenderaan lain lalu sebab kawasan traffic lights dan masa orang turun kerja. ada la dalam 10-15minit berkeluh kesah, then cuba start engine. next tawakal je la sambil start engine, engine masih slow, teringat style pakcik2 yang revving engine. terus okay sikit, gerak ketepi sekejap. dalam beberapa minit, tawakal je la gerak alhamdulillah sampai sekolah adik walaupun lambat. sejak hari tu, aku bawak kereta behave sikit bila hujan. sanggup elok kawasan ada lopak2 air dan banjir sebab takut kejadian sama berulang. lol 

kali kedua merasa sikhye. rice one punch man ok this is just a joke. (lol tetiba sama pula tema warna tin dia dengan anime one punch man) aku sejenis suka try minuman dan snack yang pelik2. tapi kena la tengok halal dia dulu kannnnn. 

scr. adik aku belanja. terharunya sistur. sedap memang sedap tapi kuah tu manissssss giler. hahahhaha sweet sour tapi lebih kepada sweet :D

 pau pun ada instant yang sedap dah sekarang. 

banyak benda terjadi. pahit manis semua ada. tapi hidup kena diteruskan.
kekadang rasa nak give up jugak, tapi apakan daya, kalau mudah nak give up sampai bila nak berada di takuk yang sama kan? february have been great. thanks you all yang buat february aku lebih bermakna. 

sssooooo, apa kes february korang?
ke malas dah nak kisah pasal february sebab sekarang dah march? hahahhaha

stay safe, cuci tangan selalu!

thanks sudi baca!
ilal liqa'
have a nice day everyone!