Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

masih tak percaya aku dah kira masuk fasa dewasa. ohohhhh. walaupun minda masih ala2 budak tapi kita sebagai manusia dan dewasa faham la kan. ada masa kita serius ada masa kita main2 tak ingat dunia.
assalamualakum gais,
bila dah kerja bagai rasa dewasa sangat lol. sebab dah ada rasa tanggungjawab, komitmen dan sebagainya. masa pun rasa pendek sangat. tup2 dah hujung minggu. nasib baik offday 2 hari.
bila kerja, bangun awal pagi2 turun kerja hadap jam tanpa diduga. kekadang kat traffic light kena tunggu sampai 10-15 minit baru lepas satu. bila balik kerja pun sama. dah penat kerja sampai petang, balik rumah terus rasa nak tidur. entah apa yang penat sedangkan banyak duduk dan hadap pc. XD

bila payday pulak, duit banyak habis kat bill itu dan bayar itu ini. kereta la, minyak, parking, letrik, ptptn jugak dan segala keperluan beserta kemahuan yang lain. kekadang tengah bulan pun dah rasa kering. hahahhahaha. inikah rasa jadi dewasa? XD
belum lagi dugaan kereta tetiba rosak.
beberapa minggu lepas, masa balik kerja kereta aku rosak. sampai gelap tunggu bantuan datang (sepupu2), sebab kereta problem, terus mintak emergency leave hahahhaha. nasib baik boss sangat memahami.

bila kerja, aku jarang keluar lunch sebab bawa bekal atau beli siap2 pagi2, satu sebab jugak aku malas keluar dan takut membazir. hahahaha. sekali sekala ada la keluar lunch dengan officemates sebab kena la asah communication kan. alhamdulillah, dorang semua okay.
dah 6 bulan aku kerja, masih ada tinggal sikit rasa awkward sebab entah la maybe sebab aku nampak pendiam dan malas kepoh2 like that? tapi aku dah selesa turun kerja tiap pagi tanpa ada rasa paksaan, kalau memula dulu rasa kena paksa je. hahahhaha, memang lama rasa nak biasakan diri.
kekadang aku terfikir, susah jugak jadi dewasa, banyak expectation, banyak orang yang berpegang kepada kita (tanggungjawab/komitmen), orang tua2 pun dah mula share masalah/cerita tanpa rasa awkward sebab dah dewasa kan.
ada jugak terfikir rasa nak jadi rebel, tapi tu la, that is so not my nature. kahhh aku budak acah baik. biasa la. nasib baik aku pendiam, kalau aku jenis banyak cakap memang aku nie jenis cakap lepas je la. macam ngan family, benda aku tak suka aku cakap je. aku nampak serius dan garang di mata family tapi orang luar nampak aku acah lembut. lol
maybe sebab tu orang kata, bila dah dewasa, segala benda kena jaga, tutur kata dan gerak bahasa. eh. sebab kita boleh pilih kita nak jadi manusia yang macam mana, yang dihormati atau dicaci?
susah kan jadi 'so called adult'
takut dengan expectation orang
takut dengan expectation diri sendiri
takut dengan masa depan
tapi don't worry, life must go on, keep a steady flow and keep moving forward, learn from mistakes and it is okay to cry and feel bad about yourself. always see the bright side. be positive but not TOO POSITIVE. get it?
to my 20an self, be a good adult.
ilal liqa'
see ya when i see ya lah

beberapa hari lepas, aku dan adik dan cousin jenjalan setelah berapa lama merancang nak keluar sama. ajak si cousin sorang tu tak dapat keluar sama pulak. so kami keluar bertiga, aku, adik aku dan si aimi (cousin), si arawh (lol cousin jugak) tak dapat join. tak complete la team cousin aka childhood friends nie. lama tak keluar sama2, semua dah dewasa, dah ada komitmen sendiri. bila ingat balik zaman kanak2 ribena dulu, rasa lawak gila perangai semua sebab membesar sama2 kat kawasan yang sama. sekolah menengah yang sama, belajar kat poli pun sama sebab umur dekat2. :)
short update :3

aku taktau la kenapa mesti makan kfc bila keluar sama2, hahahaha maybe tu macam easy food kot, semua confirm suka dan mudah dapat, cepat pulak tu.

macam biasa, aku suka try menu baru kfc, value bowl (loaded go bowl - cheezy) basically, bowl nie ada fries, ayam kecik2 dan curahan sos cheese dan mayo. not bad la, dalam rm3.70. boleh jadi snack yang sedap, well cheese!

yasss, milk tea <3
so, masa kitorang keluar sama2 nie, kat sibu (my hometown) sempena Base Jump (orang terjun guna payung terjun dari bangunan tertinggi di sibu iaitu wisma sanyan) ada kawasan jualan makanan dan mini fun fair (buka malam), kitorang pergi petang, mini fun fair belum bukak dan booth makanan pun banyak baru bukak. chill je la sambil duduk tepi rumput sambil minum air yang dibeli.
tetiba. . . . .
ada orang gila (entah gila betul ke tidak) datang dekat kitorang dan senyum. omaigad so scary, aku dulu bangun dan nak lari hahahhaha (benda nie bila ingat balik rasa lawak sangat)

makanan. yang. sangat. banyak. sampai taktau nak pilih yang mana. so tak beli. hahahhaha
aktiviti kitorang biasa2 je la, windows shopping, makan2 dan ambik gambar banyak2. hahahhahaha, memori betul, dulu zaman sekolah menengah selalu keluar sama2 jalan2 dan ambik gambar kat kawasan yang sama, rasa macam tak banyak perubahan kawasan tu, cuma banyak bangunan baru dan kawasan rekreasi yang diubah suai.
rindu zaman kanak2. hahahhaa
kekadang kena ambik masa chill jugak. appreciate everyone in your life.
sekian, ilal liqa'
see ya when i see ya lah
kali nie nak cerita benda yang sangat personal. aku rasa, zaman sekarang ramai yang dah tahu pasal depression/stress/anxiety. aku nak cerita pasal diri aku. how i fight that feeling.
edited : aku ada buat poll kat instagram, so ramai yang setuju aku share, aku share je la eh. lama simpan dalam draft.
assalamualaikum dan salam sejahtera~
edited : aku ada buat poll kat instagram, so ramai yang setuju aku share, aku share je la eh. lama simpan dalam draft.
assalamualaikum dan salam sejahtera~

pada tahun 2016, bapak aku meninggal sebab kanser. aku baru habis belajar. majlis rasmi graduation pada tahun 2017. that time was the lowest time of my life. aku rasa sedih gila2. sampai rasa takda rasa apa2. pada tahun 2017, tiap hari bagi aku adalah seksaan sebab kerja asyik tidur, bangun tidur rasa nak nangis. dalam shower/toilet menangis, dan aku rasa no one knows yang aku menangis sebab menangis pun diam2 je (sakit menangis senyap2 nie wahhahahhaa). life is keep throwing me some lemon. it hurts. masa tu aku tak kerja (malas cari kerja, stress), mak aku asyik bising suruh aku cari kerja dan keluar rumah bergaul dengan orang sebab aku asyik kat bilik, layan laptop, bangun tidur macam orang takdak life. bila mak membebel pasal itu ini, aku rasa betapa useless-nya aku. rasa tak layak hidup kat dunia. patutnya aku je yang mati (astaghfirullahalazim). bila tengok pisau, pen dan sebagainya rasa nak cucuk diri. lepas tu menangis lagi sebab menyesal fikir macam tu. tapi alhamdulillah, aku jenis pemikir. aku fikir kalau aku mati, family aku mesti lagi sedih. lagipun aku anak pertama. bila fikir pasal tanggungjawab, tekanan orang sekeliling yang banyak tanya pasal life aku, lagi aku stress. bila dah sampai satu tahap, aku persoalkan kenapa aku jadi macam nie, kenapa life aku macam nie.
masa tu, makan minum aku memang tunggang langgang. aku malas makan mandi. rela berlapar. kekadang aku berjaga sampai pagi. kekadang tak tidur. stress gila2. kekadang rasa pening melampau, tangan bergegar (mungkin sebab tak makan) dan susah bernafas (bila rasa macam nie, aku istighfar banyak). aku tak bagitau sesiapa aku rasa macam nie, aku tak luah kat sesiapa. sebab aku jenis taktau nak meluah aka malas meluah aka malas orang concern. tanda2 stress tumbuh kat muka, muka kusam, jerawat makin banyak, bawah mata makin hitam. susah nak jumpa orang aka malu nak jumpa orang. especially orang yang dikenali. sebab aku nak elakkan pelbagai soalan dan aku tak suka dengar yang kononnya 'nasihat'. bila keluar rumah, jenjalan sejam dua rasa dah pening2 lalat. aku jadi cepat marah, cranky and moody all the time.
masa tu, aku banyak layan laptop, layan anime, layan blog dan tengok segala movie, kdrama, youtube. sebab nak sibukkan diri dan kekadang tidur sepanjang hari, malas nak fikir pasal realiti. bila jumpa orang, buat macam biasa je (dahlah aku jenis pendiam, takbanyak cakap), sama jugak bila kat sosial media (maybe ada la drop sikit hint tapi jarang).
this is a lil bit too personal, but okay once in a while and why not right?
sometimes when people around me care about that and keep talking about what they actually feel and sad about my situations, i really appreciate that sentiment, but i'm not the kind of person who actually feels reassured, i really don't need that kind of talks. i feel bad for making you sad for me. actually, i just need you to cheer me up and act normally as usual. that actually what people need in that kind of situations. at least that is in my point of view. (who actually agree with me) thanks to those who act normally to me during that time.
sometimes, it just because of people. yeah, they maybe care about my family. but the way they care sometimes is a bit too much. it just that we have our own way of doing things. they really need to understand that and just cheering us for doing a great job in living our life.
masa tu, aku banyak layan laptop, layan anime, layan blog dan tengok segala movie, kdrama, youtube. sebab nak sibukkan diri dan kekadang tidur sepanjang hari, malas nak fikir pasal realiti. bila jumpa orang, buat macam biasa je (dahlah aku jenis pendiam, takbanyak cakap), sama jugak bila kat sosial media (maybe ada la drop sikit hint tapi jarang).
this is a lil bit too personal, but okay once in a while and why not right?
sometimes when people around me care about that and keep talking about what they actually feel and sad about my situations, i really appreciate that sentiment, but i'm not the kind of person who actually feels reassured, i really don't need that kind of talks. i feel bad for making you sad for me. actually, i just need you to cheer me up and act normally as usual. that actually what people need in that kind of situations. at least that is in my point of view. (who actually agree with me) thanks to those who act normally to me during that time.
sometimes, it just because of people. yeah, they maybe care about my family. but the way they care sometimes is a bit too much. it just that we have our own way of doing things. they really need to understand that and just cheering us for doing a great job in living our life.
tapi dalam sedih2, depress/sadness tu, aku cuba cari sisi positif setiap bulan. aku buat WRAP UP ENTRIES tiap bulan kat blog. i can't believe how positive i am (aku try hard gila nak jadi positive), taking pictures, editing and writing become my kind of therapy, i'm quite enjoyed doing it.
masuk tahun baru, 2018. aku sedar yang aku perlu bangkit. i need to change my life. takkan nak jadi hikkikomori selamanya dan buat mak aku sedih. then, aku start cari kerja dengan serious secara online. register jobstreet, apply kerja bidang aku minat dan berkaitan, dapat a few calls dan email untuk interview tapi jauh ya ampun macam kl, kuching dan sebagainya. (maybe aku akan cerita pasal cari kerja, interview di lain post). a step to change myself.
masuk tahun baru, 2018. aku sedar yang aku perlu bangkit. i need to change my life. takkan nak jadi hikkikomori selamanya dan buat mak aku sedih. then, aku start cari kerja dengan serious secara online. register jobstreet, apply kerja bidang aku minat dan berkaitan, dapat a few calls dan email untuk interview tapi jauh ya ampun macam kl, kuching dan sebagainya. (maybe aku akan cerita pasal cari kerja, interview di lain post). a step to change myself.
it took me 1 year and a half (almost) to recover my confidence and self-love(?)

so, alhamdulillah. aku dah lepas phase depression or anxiety or just sadness tu. aku taktau pun aku yang mana satu. bagi yang korang2 ada rasa macam tu, be strong okay. kalau hati korang dah tak boleh tengok the 'bright side', positive side in your life. seek for help, jangan sorang2. aku tak berani nak diagnose sendiri. atau maybe cuma sadness. but that feeling really sucks. but see the bright side and don't go to the dark side. keep walking in this life journey, you might fall and hurts, but that will make you stronger in future.
this is the new me. I'm not changing. I'm just learning something from the past :)
love yourself ❤
sorry la kalau blog post nie banyak rojak2. hahahhaa
till then, jaa matta ne~
love yourself ❤
sorry la kalau blog post nie banyak rojak2. hahahhaa
till then, jaa matta ne~
another personal update. macam biasa la, nak cerita event yang terjadi dalam life aku beberapa menjak ni. bila hidup kau sedikit uneventful, bila terjadi sesuatu benda tak kira kecik atau besar, memang rasa nak cerita je semua benda. so, ini adalah cara aku bercerita. menaip kat blog. hahahahhaha sebab aku selesa begituuuuuuu.
assalamualaikum dan salam sejahtera ke atas semua.
hari jumaat lepas, malam. adik aku balik rumah bercuti beberapa hari selepas berhempas pulas study. lepas ambik dia kat terminal. kita makan dulu sebelum balik rumah.

macam biasa. gambar makanan dan gomenasai. wakakaka. aku suka gila doh makan benda ala steamboat kat stick tu. makan lagi cicah kuah sambal disediakan. perghhh2 je la mampu. memang mengenyangkan la bagi manusia yang suka makan benda macam ni dari makan nasi. ye, aku.'
next day, sabtu (semalam)
semangat pulak dia ajak keluar jenjalan bagai. macam biasa, aku la driver. nasib baik dah ok sikit bawak kereta. tu yang rajin keluar tu. hahhahahaha kalau dulu, liat gila nak drive. sekarang ok kot. lol. ramai sungguh orang kat pasar/mall hari sabtu. pening kepala aku tengok orang ramai sangat. hahahhahaa ok
elin beli oppo. kamera selfie cantik gilos. berseri2 muka bila ambik gambar guna kamera oppo.

oiii takoyaki yang mahal. rm4.50 untuk tiga ketul spicy takoyaki. makan seketul sorang je mampu. hahahaha sedap memang sedap la. makan lagi panas2. nak takoyaki hari2 boleh?
pastu, masuk MR. DIY. memang tak sah keluar tanpa beli something. beli jugak walaupun beberapa ketul benda seperti bookmarks yang berharga rm0.50 hahahahah

treats untuk budak yang dapat 5A pt3 haritu. tahniah nisa. terimakasih elin sebab belanja. lols. mcd sebab tu permintaan si nisa dan kesanggupan si elin belanja. pedas jugak ayam goreng spicy tu, terbatuk2 makan. minum lagi air bergas, rasa berasap lidah (hiperbola).

acah OOTD atau outfit of the day. sweater hitam tu selalu gila pakai all time fav piece of cloth. haha. memang selalu gila guna bila keluar memana. pakai pulak tshirt fav yang jugak aku selalu pakai. hahhahahaha macam takda baju lain kan. tapi tu la, bila dah fav memang selalu la pakai. skirt tu dulu selalu guna masa pergi kelas. nostalgia sungguh. wahaha. bila pakai skirt kembang macam princess tu, hati2 la naik escalator ye, jaga skirt elok2. hehehe

kitorang yang comel. *muntah pelangi* tq filter and lighting. #oppo
sorang missing in action sebab tak ikut sama jenjalan (si aien)
balik rumah lewat petang, semua dah penat.
penat pun berbaloi sebab dapat banyak gambar cantik. hahahahhah
k bye.
sekian, ilal liqa
and see ya when i see ya lah
Assalamualaikum,
my first takoyaki. 3 bijik untuk rm3.50. okay jugak la. sedap. takoyaki sotong, tak tako la kalau takdak sotong. you know what i mean? hahhahahha
kurang dah rasanya cerita personal dalam blog nie. hahhahaha. sebab utama adalah PROCRASTINATION sebab banyak je sebenarnya benda nak cerita kat blog tapi tu la, tunggu jap, nanti nantilah selalu bermain dalam kepala. entah kenapa macam tu. susah sangat nak buang perangai gitu. mohon berubahlah demi masa depan. hahahhahahhaa
ramadhan kali nie rasa ada yang kosong.
sebab kali pertama ramadhan tanpa arwah bapak.
tapi alhamdulillah, ALLAH masih beri kemudahan dan nikmat dapat merasa makanan.

first time makan kat MarryBrown, masa nie tengah sungkei kat luar. konon lepas tu nak terus shopping. orang lain shopping baju raya, aku shopping stationery kat mr diy. hahhahahhaha

antara makanan2 pada awal ramadhan. simple je. aku suka lauk simple macam nie. sebab senang nak makan. serius, aku suka kalau ada dua atau tiga lauk je. banyak2 buat apa, pembaziran. kecuali kalau ada kenduri ke. hahhahahha. taklupa jugak kuih muih.


pemberian nenek. besar betul ketam tu. kalau makan ketam, aku suka makan bahagian tangan(?) dia tu je, sepit? whatever. sebab kat situ bahagian paling banyak isi. dan aku tak berapa sangat makan badan dia.

bila tengok gambar nie balik, memang nampak sedap sangat. hahhahaa
apa2pun, lauk apa pun, kena la bersyukur.
elakkan pembaziran ya.
tahun nie, takdak pergi bazaar ramadhan besar rasanya. pergi yang kecik2 kat mall2 je. sebab ai malas nak drive jejauh. LOL
kurma good for iftar.
sebab video viral pasal lipas/ulat dalam kurma tu, kemain aku check kurma sebelum makan. hahahhaha.
p/s : sorry publish awal. kalau baca awal boleh la cari kalau teringin kan. wahhahahha
sekian,
see ya when i see ya lah
Assalamualaikum,
kita dah masuk 4 ramadhan dah. aku baru muncul lagi. rasa lama tak jenguk blog dan blogwalking. sorry. hahahhaha. sebab kemalasan melanda tahap gaban.
lama rasa dah tak cerita pasal hidup kat blog nie. hahhaha #personal
kali nie nak cerita pasal apa yang terjadi sebelum ramadhan hari tu. kan ramadhan hari sabtu, so hari2 sebelum tu serious aku busy kesana kemari diheret mak dan adik2 kemana2. sebab lepas tu cuti 2 minggu, aku berikrar malas dan jangan nak suruh aku drive kemana2. jadi, dorang rebut peluang, masa ambik adik2 lepas sekolah, terus straight pergi area pasar2 dan mall2. beberapa HARI TAU ULANG BENDA SAMA. kunun mau shopping kunun.

aku memang takdak urusan la kat pasar2 mall2 tu. sekadar window shopping setengah jam cukup la bagi aku. lebih dari tu boleh buat aku pening dah. hahaha.
family aku? dorang memang banyak urusan sangat kat kawasan2 tu, nak settle urusan bank la, nak pos surat la, nak survey tudung, baju raya so on la. aku ikutkan je, walaupun mengeluh entah berapa kali, kena marah mak ada la. kang jadi anak durhaka pulak. taknak la gittew khennn.

kalau part makan, aku on je. asal makan halal dan sedap. dan air banyak. masa tu belum bulan ramadhan lagi, boleh la makan puas2. cuma yang tak best nya cari toilet kalau nak melepas, jenis aku, sorry la nak melepas kat toilet awam, takdak selera sebab entah berapa banyak punggung asing duduk di toilet sama. (hiperbola sangat sebab aku taksuka toilet duduk tu. wakakaka). kecuali part emergency tak hengat dan toilet hendaklah bersih sebersihnya.

dalam bulan 5 nie, rasanya hampir setiap jumaat family kitorang jenguk kubur arwah bapak. dan hampir setiap jumaat tahun nie la mak aku ajak jenguk kubur arwah bapak. bersihkan kubur dan sebagainya. sedih rasanya, tahun nie ramadhan pertama tanpa arwah bapak. rasa kosong semacam ramadhan tahun nie. yang hidup perlu la teruskan hidup kan.
OKAY, yeahhh
lepas tu, tetiba teringin nak tengok movie. sebenarnya dah plan one week before. sebab birthday adik lelaki paling bongsu yang ke 13 tahun pada 19 may. hahhahaha. tapi masa tu belum ada POTC, terus tunggu la POTC keluar, jadi 26 may dah keluar, memang tengok laaaaa. hahahhaha. happy la sikit kan. lama gila dah tak layan movie kat panggung wayang. balik dalam pukul 7.
perghhh. susah jugak kalau drive waktu malam, apatah lagi aku rabun dan silau. rabun tu tak kisah la sangat, part silau tu. memang menduga jugak la. lampu sana sini, buat mata aku sakit wehhh. mak siap suruh pakai cermin mata hitam, LOL. kalau aku bawak sunglasses masa tu, memang aku pakai je. best lagi rasanya drive dalam gelap. LOL. tapi betul aku rasa macam nie.

so, aku dah tengok Pirate of the Carribean (Salazar's Revenge). nak buat movie review tapi rasa malas sebab kalau aku buat movie review mesti ada selit spoiler punya. kang tak pasal2 kena marah. hahahha
puasa ke tidak?
jangan membazir beli makanan banyak2 kat bazar ramadhan. kalau makan semua takpa. tapi amalkan la berhenti makan sebelum kenyang. jangan jadi setan pulak di bulan mulia ini. wahahhaa
HAPPY RAMADHAN!
may ALLAH bless :)
sekian,
ilal liqa'
see ya when i see ya lah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons