Assalamualaikum,
pengalaman shopping di SGshop | holla peoples?? watchu doin? aku macam biasa, duduk depan laptop mengadap blog. rasa lama dah tak blogwalking secara serius. hahaha. apa2pun thanks bagi yang sudi jenguk blog nie walaupun masa korang tengah raya. (masa cuti raya serius traffik blog merudum gila2, tanda ramai warga malaysia bercuti, internet pun cuti jugak kan. hahhaha)
back to the main topic, SGshop mini haul | stationery haul and a MP3
haritu aku ada menang giveaway SGshop yang dianjurkan kat FB. aku ada buat blogpost kat
SINI.
menang shopping credit bernilai RM100. alhamdulillah, rezeki ramadhan.
dan apa yang aku beli guna shopping credit tu?
aku beli stationery macam highlighter marker, washi tapes dan mp3.
ZEBRA mildliner highlighter marker
this highlighter marker is ON MY STATIONERY WISHLIST and i finally got them!!!! wohooo, aku happy sangat sebab dapat pilih nie. bagi yang stationery addict di IG, rasanya mesti korang kenal ZEBRA mildliner brand dari Japan nie. ada jual kat Malaysia dengan harga antara RM7 - RM8 sebatang. tapi sadly, kat tempat aku memang takpernah jumpa nie. dan kalau beli online dari personal shopper di KL, mahal lagi dengan postage. guess what?! harga untuk 6 batang mildliner nie hanya dalam RM25.70 kat SGshop. such a steal.
3 types of washi tapes
the 3 in 1 galaxy washi tapes (RM6.88), aku memang peminat mana2 bentuk/corak galaxy/stars. suka sangat dengan warna2 dia. colorful washi tapes (RM5.94) lama jugak dah masuk dalam wishlist, dan yang Sushi punya washi tapes tu pun dah survey harga kat IG, tapi bila beli kat SGshop murah je RM3.13. selalu washi tapes 10m nie harga dalam RM7 to RM8.
portable MP3
benda nie memang lama dah aku nak. sebab aku suka musics dan aku takberapa suka dengar kat smartphone atas faktor nak jimat bateri. hahahhaha. so dengan adanya MP3, boleh la layan mana2 musics bila2. macam mana benda nie berfungsi? nanti next entry aku review dan cerita. harga RM34.72 untuk 16gb.
🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂
TOTAL of items RM76.36 + TOTAL shipping fee and service fee RM21.75 = RM98.11
aku pilih special air sebab barang ringan, special air dan economy air/express sama je harga shipping dia (sebab barang aku order semua ringan, kalau berat lain la beza harga dia). yang special pasal special air nie adalah dia lebih cepat dari memana shipping. barang aku order sebelum raya, jadi lambat sebab cuti raya. semalam baru sampai rumah. hahhahaha
pros | barang banyak murah dari harga local, banyak pilihan barangan dari pelbagai range harga, boleh pilih cara shipping (nak cepat ke lambat)
cons | shipping mahal (some ada domestic shipping maksudnya ada caj bila barang dah dihantar ke china warehouse), masa checkout dorang tak total terus dengan shipping (payment lain2, shipping akan dibayar bila barang confirm dihantar ke china warehouse dan bakal dihantar ke malaysia),
conclusions,
aku suka shopping kat website SGshop sebab serius banyak sangat pilihan barang2 dari pelbagai jenis dan super murah. walaupun shipping fee agak mahal, tapi takpe sebab kalau beli total semua barang nie kat malaysia lagi mahal walaupun takde shipping. hahahhaa.
p/s: this is not sponsored post. so, I'm not gonna put any links of the items here. wehehhehe
ok done. korang pulak pernah tak shopping kat SGshop nie?
ada tak barang diatas yang korang berminat nak beli? hehehe
sekian, ilal liqa'
see ya when i see ya lah.
Social Icons