Assalamualaikum
semenjak dua menjak tiga menjak nie, aku rasa mata aku makin rabun. bila tengok dari jauh memang macam berbalam balam dah. dahsyat betul dah. susah nak nampak bila dah rabun nie. aku rabun jauh.
aku ada spec sebenarnya, tapi aku malas pakai, pakai pun bila perlu je. sebab aku rasa spec nie menganggu aku je kan. muahaha. spec nie aku tak tukar2 sejak darjah 6 dulu sampai la sekarang. lama gila doee. sejak zaman hingusan dulu.
bila aku nak renew spec nie? hehe. aku sebenarnya malas tahap gaban nak pakai spec. tapi sebab bila rabun jauh nie amatlah teruk bagi aku. nak nampak ayat kat slaid pun susah masa kelas. amende macam tu. rasa macam mak nenek pulak. aku tak suka pakai spec tapi takut nak pakai contact lens. aku pun susah nak nampak muka orang bila jauh2.
aku nak tukar spec nanti. tunggu duit ada dulu. muahahha.
ciri2 spec yang aku nak :
1. selesa
2. bila aku tengok 90 darjah keatas dan kebawah, pandangan tetap masih dalam spec. *ko tak faham? takpe*
3. black (aku nak warna hitam je. taknak yang warna warni)
4. old skool *tetiba* haha. nie tak berapa masuk dalam list.

korang ada cadangan tak stail spec macam mana yang best?
yang penting harga mampu milik. bawah rm300 atau rm200.
aku nie tak kaya pun. kalau ada idea share2 jugak ea.
spec nie dah macam keperluan bagi aku.
ilal liqa'
Assalamualaikum
khamis lepas aku terima result untuk semester 2. alhamdulillah. bersyukur dengan apa yang aku dapat. sesuai dengan usaha aku. hahaha. macam tak percaya pun ada. yang paling lucunya. skuasy untuk kokurikulum aku dapat C. tu la yang paling low kot. memang layak jugak dapat C untuk skuas sebab aku join tu sebab takdak benda lain dah. hahaha. bosannya hidup.
dan satu yang aku nak pesan.
kalau dapat pointer tinggi ke rendah jangan terlalu gembira ke sedih ke. syukur la pada ilahi. alhamdulillah. ada masa dalam tiga minggu je lagi aku nak kerja. hmm. penat jugak jadi cashier ea. aku selalu salah tulis jumlah duit yang menyebabkan aku terlebih atau terkurang. bila double check jadi betul pulak. hahaha. dah habis kerja nanti. duit gaji. i got a list of things to buy. amek kau. siap dah tulis list bagai nie. nak jimat bajet la kononnya. haha~
internet dah habis kuota. jadi tak bergambar la entry aku kali nie ye. hahaha.
aku makin benci lak menaip guna laptop nie. keyboard dia buat masalah lak. nak tekan punyalah mesti tekan huruf tu betul2. nie semua adik2 aku punya pasal. main game dahsyat sangat. laptop nie pun dah tua kan. tinggal nak ganti je lagi. tapi takdak money2 kaching2. BURUK DAH LAH LAPTOP NIE. wei syukur la dengan apa yang ada ya.
ilal liqa'
Assalamualaikum
sekarang masyarakat dunia tengah gila selfie.
adakah anda juga begitu? so what u say about SELFIE?

hahaha. this pic make me laugh out loud. damn. :3
ilal liqa'
Assalamualaikum
apa khabar manusia alam semesta. ayat kemain. macam la seluruh alam yang baca blog aku nie kan. hahaha. aku nak cerita pengalaman aku jadi cashier ataupun dalam bahasa melayunya juruwang. *skemaaaa~* walaupun belum sampai sebulan aku jadi cashier. aku dah dapat macam2 la aku rasa. baru seminggu kot. belum sebulan kan.
sebelum jadi cashier tu, aku jadi packer untuk 3 hari sebelum diajar jadi cashier. sehari je aku kat bahagian wholesale atau market untuk jadi packer. masa tu memang lenguh gila la tangan aku masa masukkan barang dan susun je dalam plastik. paling lawak aku main sumbat2 je kot. hahaha
malam tu dan hari kedua dan ketiga aku naik atas. bahagian baju dan aksesori apa semua la. jadi packer jugak. penat tapi sikit je orang. aku bosan kat atas okay. dengan orang redeem point untuk member kad dorang lagi. penat jugak kan.
dan tiba hari keempat. aku dah mula diajar jadi cashier. guna ID orang lain. guna ID chief cashier kat situ. hahaha. mula2 aku ingat dia sombong sebab dia diam je kot. ajar pun macam nak taknak je. but dia okay la. aku diajar macam mana dan total up, scan barang, semak barcode dan harga dan guna kad kredit. ada masalah bunyikan je loceng kat tepi tu. aku rasa sepanjang bekerja aku la paling banyak bunyikan loceng. hahaha. aku selalu terdoublekan scan.
hari pertama jadi cashier, lepas kira duit. terlebih rm2.45. hari kedua terlebih rm0.50, hari ketiga terlebih rm0.05 dan hari keempat rm3.75. dan masa hari keempat tu aku jadi blur sikit kot sebab baru dapat ID sendiri. bertugas lak bertukar2 di 3 kaunter. hahaha. mana tak pening. dengan customer guna kredit kad lagi. masa kira duit tu, supervisor tanya aku kat kaunter mana, aku kata la aku kat kaunter 15. fuhh, habis sebilik tu gelakkan aku. serious la beb. aku tengok kaunter 15. then dorang kata mana ada kaunter sampai 15. mana la aku tau.
dah habis kira, lebih rm3.75. then, ada encik sorang tu perli ke nasihat aku pun taktau, dia kata tiap hari lebih tak bagus. kamu makan duit customer oooooo. ada pulak bunyi orang gelak. aku okay je. hahah. harap maaf la bagi sesiapa yang aku lupa bagi baki. aku paling takut short kot. lebih duit pun tak baek. miahaha.
customer paling tak okay sepanjang 4 hari aku jadi cashier, bila sorang perempuan cina dan anak dia bawak satu troli penuh dengan makanan tin. anak dia kuajaq ooo. main baling2 makanan tin kat kaunter. kasar sunggoh lagak engko. memang kasar la. tak teratur dah kaunter tu aku tengok. atleast ko kumpul la makanan tin yang sama kan. tak payah la aku nak scan satu2. akak cashier sorang tu yang monitor aku pun dok geleng kepala je. paling lucu bila dia beli clorox dan akak cashier tu tengok setengah kot cecair dalam tu. hahaha. tu la balasan dunia. kuajaq dengan orang. aku senyum je dan ucap thank you. dah bagi baki dan resit semua. dia dengan muka tak puas hati check resit dan nak cari kesalahan. entah la. sukati kau la.

mana kau belajar nie haha?
okay. harap la kerja aku dipermudahkan.
ada masa aku update lagi ya. hehe
dan takkan ada kesilapan lagi.
insyaallah.
ilal liqa'
Assalamualaikum
adik aku yang kami panggil ellin tu sambung belajar kat miri. miri tuuuu. jauhnya makkk. hahaha. nasib baek aku dekat je kan. kat mukah, kira boleh balik tiap minggu. miri lak jauh sikit. tiket pun mahal. menangis la kau kat sana nanti bila homesick ya. sedangkan aku yang dekat pun selalu je homesick macam orang tak jumpa rumah setahun dua padahal dalam sebulan dua tiga kali jugak aku balik rumah kalau tak buzy. nampak tak kegedikann di situ?? :3
tapi ada faedah jugak duduk jauh dari family. berdikari. pandai2 la jaga diri ya. dah tempat orang. kat tempat belajar lak sorang pun tak dikenal. kaciang sungguh. hahahaha. nanti aku nak pergi miri jugak la. nak melancong la kunun. tengok la kalau ada duit dan masa kan. kawan aku pun banyak kat miri. takla banyak, ciput je. propaganda je lebih kan. hehe.
belajar la baik2.
ingat mak bapak dan family selalu. :)

babai sibu hai miri.
kira hari nie la dia mendaftar.
semoga dipermudahkan urusan.
inshaallah. :3
ilal liqa'
Assalamualaikum
lama dah tak post. muahaha. macam la lama sangat kan. sekarang masa cuti sem aku kerja part time kat market. kerja aku bungkus barang dengan plastik beg. masa hari pertama kerja, aku kerja kat tempat market jual makanan dan sayur plus ayam plus ikan semua. memang penat jugak kerja pack barang masuk dalam plastik nie. apatah lagi kalau orang yang membeli tu beli penuh satu troli. dengan berasnya lagi. memang angkat balik letak dalam troli. bak kata sepupu aku, lama2 kerja kat situ timbul muscle lak kat tangan kitorang nie. asyik angkat benda berat je masa tu. hari pertama shift aku tengahari sampai malam. dah malam tu aku disuruh naik kat atas tempat baju2 dan barang aksesori.
kerja yang sama jugak. tapi aku ada jugak diajar sikit2 guna machine cashier tu. amenda apa yang diajar pun aku faham sikit je. haha. cepat sangat la budak yang mengajar tu. aku nie memang lembab sikit bab macam nie. tapi bosan la kat sana. aku lebih prefer suasana yang meriah. walaupun penat2 kadang2, tapi aku rasa puas sangat bila ada orang ucap TERIMA KASIH lepas aku simpan barang dorang dalam troli. happy je rasa. rasa diri ini dihargai walaupun sekadar tukang simpan barang dalam beg plastik. so lepas nie kalau nak beli barang mestilah ucap terima kasih kat siapa yang tolong pack barang tu ya. :)
pengalaman pertama kali orang ucap terima kasih kat aku masa kerja adalah bila aku pack barang satu family. ada tiga beradik kecik2 semua kalau tak silap. mak dia tukang bayar kat kaunter. yang kakak paling besar agaknya masih sekolah rendah dalam darjah 4 5 macam tu kot, kecik je badan dia. dia tukang sorong troli, sorang adik dalam troli dan sorang kat sisi dia. masa aku habis tolong angkat barang dorang masuk dalam troli, dia ucap makasih dengan suara lembut sangat. hahaha. aku terharu kot. budak2 tu beb. orang tua besar pun takpandai nak ucap terima kasih kat si tukang pack barang kannnnn. hmm. family dorang nampak sederhana tapi tinggi adab. bagus la. :)

panjang pulak entry aku kali nie kan. hahaha. ~
ingatlah ucapan terima kasih amat bermakna.
alhamdulillah sangat bermakna. tanda syukur kepada ALLAH.
semoga ALLAH permudahkan urusan aku. :)
doakan aku ya. INSHAALLAH. .
ilal liqa'
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons