Assalamualaikum
semalam adalah hari terakhir aku kerja kat supermarket tu jadi cashier. quite happy but at the same time sad la. less sad and more towards happy la. hahaha. aku dapat banyak pengalaman pahit dan manis. semua bercampur dan menjadi pelangi yang indah. kemain berbunga mekar ayat aku. sebulan aku kerja kat situ, bangun tiap pagi (kalau dapat shift pagi) dengan kemalasan tahap gaban dan kekadang ada rasa sedikit menyesal kerja masa cuti sem. hahaha. *perangai tak elok nooo*
masa kerja macam2 jenis ragam customer yang aku jumpa. i do respect customer yang respect me. but kalau jumpa customer a lil bit annoying, aku buat macam biasa je. kalau customer ramah, automatically aku akan jadi peramah jugak. jadi cashier tak la susah mana. tapi part short and excess tu susah sikit. muahaha. aku paling takut short. nasib baek short paling banyak aku pun rm2.10. tu pun sebab aku salah kira malam sebelumnya lebih atau excess rm2.10. dusshhh. akibat nak balik awal.
*********
aku ditugaskan dekat department store iaitu tempat baju2 dan aksesori. kalau nak dibandingkan ngan tempat market tu, tempat aku ditugaskan tu la paling relax sekali. haha. market memang meriah sentiasa kalau nak dibandingkan dengan kat department store. aku selalu ngantuk la. dah la kaki tido. nasib baek tak pernah tertido masa kerja. kaunter kat situ ada 3 je. tapi cashier ada 4. so agak kurang meriah la. heehehe. cashier 3 orang tu semua chinese dan aku melanau. haha. nasib baek ada akak promoter yang rajin sembang.
dan lama kelamaan, si chinese2 tu pun rajin bergurau macam2 dengan aku. siap bercerita lagi. hahaha. dorang sporting la. lebih sebulan kerja disitu, okay la aku rasa. bila kita bekerja dengan ikhlas, inshaallah ALLAH akan permudahkan urusan kita.
******
last day kerja,
aku dapat shift morning. shift paling diminati oleh semua orang. hehe. sebab balik kerja awal. iaitu pukul 6 petang. muahaha. happy tak terkata la bila last day.
paling touching,
bila kawan sekerja aku which is yang chinese, yang ajar aku sejak memula jadi cashier dulu. nama dia hie ling. kami panggil dia ling. memula dia jenjalan je kat depan kaunter tu yang ada jual aksesori. dan dia tunjukkan la keronsang dua bijik yang comel, dan tanya mana lagi cantik?? aku kata taktau ooo. dua2 cantik. hahaha.
rupanya dia beli sebab nak bagi hadiah untuk aku sempena last day kerja. alaaaa. sweetnyaa amoi cantek sorang nie. menangis terharu guaaa. *aku tak menangis pun, cuma muka excited dapat hadiah. hahaa*

thanks ling. and all my fellow colleagues. hehe. gudluck and see you soon. :)
sentiasalah ikhlas dalam segala benda yang kita lakukan.
inshaallah ALLAH akan permudahkan urusan kita. :)
ilal liqa'
Assalamualaikum
kemarin aku dan bonda dan jugak adik lelaki disertai ayahanda hantar adik aku kat terminal bas pukul 7 pagi dah bangun. nasib baek shift aku kerja pukul 1. so dia balik miri dah. baiiii. haha. bila nak raya nanti baru balik rumah. best la kau dok jauh2. pastu homesick selalu. hehehe.
dan lepas bas dah jenjalan nak pergi miri. aku mak dan adik lelaki jenjalan pulak kat pasar dekat2 dengan terminal bas tu. shopping la kengkononnya. gaji masuk la khonnn. *uisshh, elakkan riak*. aku beli some clothes for myself and suruh mak aku pilih untuk adik2. so aku spend rm50 disitu.
dan lagi aku belanja my baby lebono *lenovo* baju baru. muahahaha. kemahen. banyak lagi aku nak beli. tapi jimat la oii. menangis tengok hasil titik peluh sendiri mencurah2 ke ladang gandum. *tetiba*

sempat menyempat.
.jpg)
#OOTD outfit of the day.
tudung bawal murah. senang pakai.
sluar slack brown *seluar untuk aku pergi kelas nie. malas nak guna jeans. hahahaha*
beg dan kasut kesayangan. kasut dah hampir 2 tahun lebih dan beg pemberian auntie sebelum masuk poli.
tshirt oversize *aku suka beli tshirt lelaki kakaka*
sweater bintang2. *aku beli online, jarang pakai*
pakaian yang tidak dirancang. tapi asal menutup apa yang sepatutnya cukup la. less is better right?
ilal liqa'
:)
Assalamualaikum
berkenaan dengan cerita aku jadi cashier tu. kakaka. dah genap sebulan aku jadi cashier. dah macam2 pengalaman aku dapat. jadi aku ambik yang positif je dan buang jauh2 yang negatif. semalam 5 haribulan 6 aku dapat gaji. wuuuu. bestnya tengok duit kaching kaching. tapi mesti la kawal nafsu kan. nafsu nak shopping nie memang bahaya. kkakaka. aptah lagi bila terima duit cash nie. memang susah nak kawal nafsu. haisshhh. dahsyat.
apatah lagi bila melayan instagram. argghh. menggoda sungguh barang2 nya.
aku masih kerja lagi. kira 8 haribulan nie last day kerja. yey. aku bebas. :P
list thing to buy tahap carta teratas adalah aku nak beli kaca mata. *ceh skema gitu* nak tau? aku pernah update entry pasal i need a spectacles. so itu la pasal. kakaka. belum decide lai nak beli design cemana. tapi kedai nak beli tu dah cop awal2. mohon tauke tu berbaek hati nak bagi harga student kat aku
dan pengalaman jadi cashier part 2 belum lagi terupdate ya. hahaha. macam malas je aku nak buat part dua. kalau ada orang yang ternanti nanti tu sorry la. aku akan update bila ada masa. sekarang jarang dah sentuh laptop. asyik adik2 aku je yang pegang laptop nie. geram. nasib baek aku lettak password. memang kakak yang kejam kan.
hehehe.

follow my insta. muahaha. thanks.
****
till soon.
ilal liqa' :)
Assalamualaikum
macam lama pulak aku tak buat entry nie kan. muahahaha. buzy kerja la katekan. aku sekarang dah takdak offday. waaaa. sedihnyaaa~ takdapat dah nak membuta sampai ke petang. *dahsyat meh* sekarang aku aktif sikit kat instagram dan twitter. so follow la aku ya. keh keh keh~
semalam lepas aku kerja dalam pukul 10 malam, family aku bawak jenjalan nak late night dinner. dah la shift aku full. bawak lagi makan dengan baju kerja lagi. muahahaha. tabahkan je la hati ini. gembira jugak bila nak makan walaupun penat lepas kerja masih terasa. tapi saaayaaangggg~ kedai makan banyak dah tutup. nak pergi kfc yang bukak 24 hours tu... tapi fuhhh, nampak dari luar banyak je manusia yang berbaris panjang. dah la kfc tu kecik je. nampak penuh dah. sedih hati kecik guaaaaa...
jadi dorang bercadang nak makan kat sugarbun terdekat juggak dibukak 24 hours. sugarbun sikit je manusia. tapi ada jugak manusia2. siap berbaris juak walaupun tak sebanyak kat kepci tu.
pergi ke kaunter aku demand kemahen kauuu. family nak kenyang. so makan la nasi.

coleslow tu rm5. yang large punya. tapi aku rasa tak puas. kecik je tu. hahaha.

air cola. tak habis2.

adik dan bapak. excited je muka.
aku dan coleslow. hahaha. uniform kerja lagi. walaupun penat, senyuman masih lebar tapi mulut kemahen marahkan orang. jahat mulut aku nie. hahahahahaha. :(

mum and dad kesayangan.

sugarbun yang bukak 24 hours.
kalau nak cerita pasal service, agak kurennggg la bagi aku. mungkin sebab dah lewat malam. pekerja pun semua penat. so aku consider sikit la perasaan dorang. service lambat doee. pergi kaunter dapat air, kentang dan coleslow je dulu. bapak aku order 12 ayam dan 7 nasi. dah habis semua kentang dan coleslow tu baru sampai semua. hahaha. ke family aku yang membulun tak ingat dunia?? hehe
nasi lambat sampai. ayam sampai dulu, dan lepas tu semangkuk nasi je sampai. dan bapak aku tanya ngan pekerja kat situ siap bawak resit lagi kemudiannyyaaaaa baru la nasi semua sampai..
alhamdulillah.
kenyang jugak.
thanksss dad koz belanja. hehehe
ilal liqa'
Assalamualaikum
semua yang rajin baca blog cikai aku nie sedia maklum yang aku kerja jadi cashier sekarang.
dan inilah uniform kerja aku. meskipun aku sengaja je cover lebih. aku nak bagitau.
yang baju kerja aku tu warna biru. macam budak2 tadika kemas punya biru. hahaha~

abaikan background gambar. hahahaha.
aku pun nak selfie jugak. kihkih.
ilal liqa'

Assalamualaikum
semenjak dua menjak nie. aku rasa alam blog semakin sunyi. entah la kenapa aku rasa begitu. ceh. ayat kauu. mungkin sebab contest dan giveaway tak semeriah dahulu kala. lalu blogger retis semakin jarang menghupdate entry dan blogger lain sedang sibuk di facebook twitter lantas wechat segala. haha. ada blogger tag aku join this game. thanks umiee. :) u know what funny about this thing? i keep questioning myself, kenapa la nama game nie liebster award? tetiba aku teringat lobster tau. haha. penat mencari idea nak menghupdate entry dan akhirnya aku nak jawab jugak soalan yang sama umie dapat dari anisa.
so lets tthe games beginss.
Apa yang anda faham tentang '' KELUARGA'' ?
keluarga is FAMILY dan family adalah keluarga. muahaha. tipikal la kan. aku sayang gila ngan keluarga aku. for me they everything. everything i do in my life almost everything la. i did it for my family. walaupun family aku sederhana je but we happy. and thats it.
Dalam banyak-banyak blogger, blogger mana yang paling anda suka ?
hmm. quite tough question i got. haha. serious wei aku taktau pun. kejam. aku suka baca entry orang diam2. silent reader gitu. aku tak pasti la blogger mana yang paling aku suka. jenguk la bloglist aku 'for my hungry soul', tu la yang aku suka. miahaha.
Kenapa anda berblogging?
wei sukati aku la nak berblogging bukan hal kau pun! *hahaha. emo. GURAU je laa*. sila rujuk PROFILE aku tu. sebab kat sana dah terang2 aku bagitau sebab aku berblogging.
Video yang paling anda minati?
Video lawak boddo bikin stress hilang. video kreatif pun aku minat jugak. kekadang aku suka layan video baby2 yang lawak2. haha. comel dan lawak. tak ke best cenggitu???
Antara ayah dan ibu yang mana paling anda takut ? Sebab ?
mesti la IBU atau mak. sebab mak la yang paling garang. hahaha. tak la dear. mak tak garang. bukan takut. cuma hormat. bapak pun aku hormat. rasa takut tu ada cuma sikit je la. masih jugak berani nak cakap. bukan jenis takut yang terketar ketar kaki bila nak mintak kebenaran keluar. hahaha. i love my mom and dad. best parent everrr.
Diantara makan dan tidur, yang mana satu anda pilih ?
both? sebab aku kalau dah makan nak tidur. kalau tak boleh tidur pun aku makan. nampak tak permainannya di situ?
Cikgu yang paling anda ingati . kenapa ?
semua cikgu aku ingat. paling aku ingat cikgu mariam. sebab cikgu tu jenis gila2. hahaha. dia ajar subjek bahasa inggeris masa aku darjah 5 dan 6 kot. aku masih ingat masa dalam kelas dia selalu buat lawak. paling tak boleh blah bila dia bukak bedak compact tu depan kelas dan siap bercakap2 depan cermin tu 'mirror2 of the world, who is the beautiful woman in the world' pastu kami sekelas pakat gelak2. hahaha. lucu gila la cikgu tu. :P
Jika diberi peluang untuk mengundur masa ke masa lalu, apakah anda akan pulang ke masa lalu ?
entah. rasanya tidak. JANGAN PANDANG BELAKANG wei. life must go on la. hahaha~
Apakah yang ingin anda capai dalam masa 5 Tahun ?
dalam masa lima tahun akan datang. *soalan macam dalam buku kaunseling dah*. aku akan sambung belajar dan kerja. pastu tulun keluarga. beberapa tahun lepas tu, aku kawen dengan laki aku. *dear bakal laki ku, ambik kalkulator dan kira tahun untuk simpan duit yee* TAKENOTE. hahaha.
Antara ilmu dan harta yang mana satu pilihan anda ?
both. ilmu akhirat dan ilmu dunia. ilmu tu kira macam harta kita dah. harta tu ilmu. lain la kalau harta karun. bawak sedekah sikit.
habis dah? yyaaa. habis dah. berjam jugak aku nak jawap soalan nie.
thanks sudi tag yaa. lain kali tag la lagi. hehehehehehehhehehehehhehe *kemain panjang heeheh kau*
nanti ada masa nak update tentang kerja jadi cashier #part 2. tungguu.
ilal liqa'
Subscribe to:
Posts (Atom)

Social Icons