Assalamualaikum,
tarik nafas hembus, repeat. sebenarnya rasa nak ada magic je supaya apa yang aku dah taip dalam wordpad tu muncul balik. alkisahnya, aku dah taip elok2 review pasal benda nie dalam wordpad, siap senyum2 baca hasil tulisan sendiri, dan save. tutup wordpad. few hours later, bukak balik saved wordpad, ewahhhh ewahhhh jadi pffttt, hilang beb. hilang semua. tinggal ayat intro tak senonoh je. hahhahahhaha. maka gigit hujung baju je la sebab geram. pastu, tunggu je la semangat datang balik nak review balik. tabahnya jiwa. wuhuhuhu bulan oktober baru nak publish. hahahhahha
ok. done 'another useless intro'
let's get started,
REVIEW Silkygirl Matte Junkie Lip Cream
sebab mood kita tetiba rajin di siang hari, cahaya dah cantik. taman bunga mak pun dah mekar. rajinkan diri la keluar rumah seminit dua nak ambil gambar guna semakpong. effort tu penting. hahhahahha. kalau ada gambar gojes baru rajin sikit nak update blog ye tak? ye la bagi aku.
ok, back to the main topic,
sebenarnya Silkygirl Matte Junkie Lip Cream adalah lip cream MATTE pertama aku. kesukaan aku jugak. sebab dah memang jatuh cinta sejak kali pertama bersua kat drugstore watson/guardian. ye la, nak beli kylie jenner lip kit yang ori tak mampu, yang tak ori pulak tekstur langsung tak best walaupun warna cantik (adik aku ada beli, takbesttttt). jadi aku menangkan produk2 drugstore la, lebih terjamin gitu.
RETRO 01 - orange kind of nude.
VINTAGE 04 - pinky kind of nude.
ARTSY 08 - brownish dark red (kind of maroon)
abaikan cerita bawah nie sebab aku merepek je lebih.
masa memula aku beli, aku pilih VINTAGE 04, masa beli test2 kat tangan je. sampai rumah, cuba full lips, rasa macam not my colour la, sebab pink2. tapi aku pakai jugak shade tu kekadang, sebab cantik jugak. pastu, nak beli yang RETRO 01, masa memula nak beli pun aku memang nak pilih antara VINTAGE dan RETRO, so, yassss RETRO is my fav shade. paling selalu guna. latest, beli yang ARTSY, try test kat watson, jatuh cinta dengan warna dia sebab aku takpernah guna warna2 menonjol macam tu. hahhahaha. tapi serius warna dia cantik. dah try guna sekali dua.
kalau tak silap, memula keluar SILKYGIRL MATTE JUNKIE LIP CREAM nie dulu cuma ada 6 shades. sebab kebaboom meletup semua suka sebab affordable dan kualiti pun okay, baru2 nie dorang keluarkan lagi 4 shades awal tahun nie kalau tak silap. idk correct me if i'm wrong okay.

swatch swisssss on my hand. agak2 macam gitu ler kalernya. letak kat bibir lagi kebaboom. tapi aku letak kat tangan je la. macam biasa swatch kat tangan dulu gituhhh ada la macam pro sikit. hahaha. serius warna cantik2. confirm tak menyesal pilih warna2 nie. bagi aku la.
💋💄pros
💄 not patchy, tak berketul2, smooth je produk dia
💄 easily glides on your lips, sekali apply pun dah okay
💄 kissproof, matte kan, so kissproof. the main reason why i in love with matte lip cream sebab aku jenis suka lap bibir kat baju (unconciously). so kalau kissproof matte, tak lekat kat baju. yay!
💄 nice packaging and good applicator, boleh cedok banyak sekali guna. LOL dan boleh campak2 dalam beg tanpa risau tumpah ke apa.
💄 senang cari sebab almost every drugstores ada tinggal ada stock ke tidak je.
💋💄cons
💄 mengeringkan bibir. bagi yang bibir kering better guna lip balm dulu.
💄 akan hilang bila makan dan minum, oily things (biasa la, almost all of lip cream macam nie kan, paling2 yang suka apply nipis2 macam aku).
conclusion,
my fav affordable matte lip cream. memang aku akan beli lagi kalau habis sebab warna cantik dan kualiti pun okay.
prices,
memula beli dulu ada diskaun
RM18.90 > then
RM21.90 > then
RM24.90 hahhahaha yes, lain2 harga masa aku beli satu2. entah kenapa jadi macam tu. rasanya depend dengan drugstore mana kot.
available at,
watsons, guardian, and more around malaysia. hehehe
yasss done!
so korang ada tak try matte junkie lip cream nie and what is your fav shades?
or ada recommendation memana affordable drugstore lipstick yang best? share!
Social Icons