Thursday, 10 May 2018

april 2018 | monthly updates and favs

hello, anyeong, konnichiwa! kemahen beberapa bulan lepas kata nak up entry kat blog lebih banyak. rupanya ada 5 buah posts je. hahahhahhahahhaha. maybe sebab makin busy dengan life atau makin malas. 

assalamualaikum dan salam sejahtera~

nak cerita banyak ke benda terjadi bulan april? rasanya tak la banyak sangat. cuma ada la some points tu agak bermakna. 

sejak beberapa bulan lepas, aku ada pergi beberapa job interviews. dan pada akhir bulan april nie aku ada jugak pergi satu job interview kat dalam bandar aku nie jugak la. alhamdulillah, dapat. job apa? maybe aku akan buat satu post pasal benda nie. company tu pun satu company baru. so, aku pun tak sure lagi nak cerita pasal apa. hhahahhaha

di satu petang yang panas. best pulak layan aiskrim coklat. 
lama gila dah tak makan aiskrim drumstick nie. sebab makin mahal? lol

laksa sarawak. nie my sis yang order. aku order mee kampua. order punya la lama. tengok2 orang yang baru sampai dapat makanan dulu. rasa nak marah sikit tapi chill. lol. pastu, tanya waitress, aku rasa dorang lupa order kitorang. hahahhahha. kemudian, katanya MEE KAMPUA HABIS. sedihnya lahai. aku order mee goreng je. beberapa minit sampai semua order. okay laaaa dorang dah mintak maaf.

masa nie lepas interview dan settle beberapa urusan. 

jarang jumpa air warna biru translucent macam nie. air sprite berwarna biru. gambar kat cup tu ada gambar doraemon, cun pulak air warna biru. macam darah doraemon pulak. lol. kalau tak silap nama air tu hawaiian blue. 

aku baru beli Garnier Micellar Cleansing Water walaupun benda nie dah lama dalam wishlist. akhirnya dapat jugak beli dan try. dulu untuk buang makeup aku selalu guna wipes (khas untuk buang makeup) tapi tak berapa best sebab some makeup wipes yang dijual di drugstore agak kasar dan tak buang makeup tu secara sepenuhnya. setakat nie, micellar water nie memang best. 

aku pilih warna pink sebab *for sensitive skin* dan yang botol biru untuk oily skin. sebab kulit aku jenis kering, aku elakkan beli produk untuk oily skin sebab mostly produk untuk oily skin ada alcohol yang boleh mengeringkan kulit aku yang sedia kering. so yeahhh. setakat nie, i love it :D

❤ favs product of the month | Garnier Micellar Cleansing Water

dikala hari pertama tayangan AVENGERS | infinity war, aku ngan adik aku malas nak tengok something too mainstream walaupun sebab utamanya kitorang tak follow up dengan movie marvel dan takut lost bila layan. so, kitorang layan movie A QUIET PLACE. 

aku nak buat satu post review pasal movie nie. tapi entah la.
secara konklusinya, WORTH IT!!!! memang mendebarkan sangat movie nie. sampai nak makan dalam panggung wayang pun tak sanggup sebab takut bising hahahhaha. movie nie walaupun takbanyak dialog, banyak moments2 senyap tapi memang buat aku tak senang duduk. entah berapa kali aku terkejut. hahahhahhaha kalau la ada sequel, memang aku nak tengokkkkk.

❤ favs movie of the month | A QUIET PLACE

πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬

setakat nie saja la update aku untuk bulan nie. hahahhaha sebenarnya banyak lagi nak cerita, tapi biar la di lain post (untuk memperbanyakkan lagi topik/post di blog ini LOL). 

bulan APRIL korang pulak macam mana?
layan movie apa? hehhehee

sekian,
ilal liqa'
see ya when i see ya lah

21 comments:

  1. Tahniah BV sebab dah dapat kerja! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah n thanks kak farah :D

      Delete
  2. tahniah dah dapat job! btw laksa sarawak tu nampak tempting sangat, ingatkan bihun tomyam sebab ada udang

    saya pun pakai micellar water tu, memang best sebab tanggal semua makeup sampai licin. memang tak prefer pakai wet tissues sebab tak tanggal makeup habis, terutama kalau kita pakai sunscreen kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah n thanks mazni :D wahh really? BV belum pernah lagi merasa bihun tomyam (susah nak jumpa kat sini) nak try la nanti.

      yeahhh, betul tu. memang bagus bila wujudnya micellar water nie, senang tanggal semua makeup dan sunscreen :D

      Delete
  3. bulan april ni takda pun layan mana-mana movie, ddk dalam kampus aje habiskan assignment TT_TT

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, nanti dah settle semua boleh layan movie sikit2. #studentlife :D

      Delete
  4. Tahniah for ur job!!! bestnya sudah ada pendapatan sendiri.
    Teringin pulak nak tengok a quiet place tu. Haish...tengok online sajalah..hehehehehe

    All the best for ur new job!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, thanks sofie :D
      tengok la, confirm terkejut2 hahahhaha

      thanks againnnn <3

      Delete
  5. congrats dah dapat keje .. sure excited kan?
    I used the micellar water too tapi tang mata pedih sikit.. so if pakai contact lense kena buka lense dlu.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks, yess memang excited rasa :D
      yup, ada rasa pedih sikit bila kat bahagian mata, so kena hati2 la takut kena mata :)

      Delete
  6. alhamdulillah, tahniah dapat lulus iv tu! good luck !

    ReplyDelete
  7. congrats dapat kerja!
    i used the micellar water in pink too, tapi rasanya lepas ni nak try yang yellow one. Yang yellow tu oil cleaning

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, thankssss adlin :D
      yeahh sama. BV pun nak jugak try yg baru tu :)

      Delete
  8. Bulan 4 ni busy dengan siapkan FYP πŸ˜‚ Infinity war tu tak sabar nak tunggu next cerita, nak tengok motif Thanos tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh mesti busy nie. all the best :D
      belum tengok movie tu lagi pun dah boleh agak macam mana jalan cerita sebab banyak sangat share spoiler kt twitter. hahhahahhaha XD tunggu next movie pulak :)

      Delete
  9. Ohh terliur dengan ais krim and laksa

    ReplyDelete
  10. Tahniah dah dapat keje, BV. ><

    ReplyDelete
  11. tahniahhhhhh wahhh. saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan blog awak. kalau sudi meh lah singgah blog baru saya hihi

    ReplyDelete
  12. yayyy bv dh dapat koje. leh bg kite wet raya tahun ni..kite setudent lagi. hehehe. emmmm rindunya nak mkn laksa sarawak yg sedappp tu..

    ReplyDelete
  13. hai BV !

    wow gud news BV dpt keje ea? tahniah BV ! haduiiii laksa sarawak sedapnyaaaaaa! meleleh air lior tgk siang2 ni hehehe~


    salam ramadhan BV ;)

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!