Saturday, 21 July 2018

McD Rio Burger (chicken)

aku tahu fifa world cup dah habis. tapi tetap nak review jugak sebab nak jadikan kenangan fifa? lol. walaupun aku tak berapa sangat layan fifa sebab layan sosial media ehem, aku tau jugak result negara mana yang menang dan negara yang aku secretly sokong. (aku sokong negara2 asia). 

assalamualaikum dan salam sejahtera
nak review McDonald Rio Burger Chicken

beberapa minggu lepas, adik aku ajak jenjalan sambil dia belanja mcD. whoaaa terus rasa semangat nak keluar sebab ada yang nak belanja lol. awal2 dah fikir nak order menu terbaru. sebab aku jenis yang suka try menu baru. (siapa sama? kita geng) 

so, antara chicken dan beef, aku pilih chicken sebab aku memang suka burger chicken. harga untuk combo berserta air adalah rm16.50(?) aku pun ingat2 lupa. tapi dalam rm16+ la. mahal jugak tu bagi sebijik burger. tapi demi craving aku relakan. hahhahahhaa

 comelnya bun dia. bun bentuk bola dan bijan pun hitam putih. agak lembut la bun tu dan nampak gebu gebas.

suka gila style packaging dia. so brazil. nama pun rio burger kan. agaknya mcD kira sokong brazil la tahun nie ye. kalau tak, kenapa ada rio burger je? takda burger negara lain. ehhhh lain pulak cerita. hahhahaha

aumm, cheese tu yang mengancam tuuuuuu 

rasa? sos dia rasa kopi2 dan ada bau kopi. tak sangka jugak agak pedas bagi manusia yang kurang makan benda pedas. bagi aku, rasa dia macam pedas2 lada. sos dia, not bad la rasa dia. cuma aneh ada rasa kopi. tu la keunikkannya kot. patty tu pun biasa2 je bagi aku. overall, sedap la jugak. takdelah bila makan terus rasa kat brazil gitu. eh.

aku teringin gila nak try burger korea kat mcd yang pernah viral dulu, tapi taksempat T^T entah bila ada lagi burger tuuuuuu!

fifa worldcup dah habis. aku baru update pasal burger nie. entah la ada lagi ke tak kat mcd. 

korang sokong team apa? hehehhehe
dah try tak Rio Burger nie?

sekian, ilal liqa'
see ya when i see ya

12 comments:

  1. tak sempat nak merasa lagi sebab duduk kat kolej and now mesti dah habis agaknya T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, yang terbaru nie macam sedap je. boleh try :D

      Delete
  2. Tak try pun masa balik hari tu. Sempat pergi McD sekali je. Itu pun order my favourite burger je; GCB. Haha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesss, GCB memang antara burger fav ramai kan :D

      Delete
  3. dah cuba jugak!
    tapi ambik yang beef punya.
    and serious, sos dia pedas sebenarnya.
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh, lama tak tengok di alam blog!
      yup, sos dia pedas T^T tapi sedap jugak :D

      Delete
  4. hahahhaha rasa brazil tu macam mana agaknya ye :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahaha BV pun taktau, belum pernah pergi dan makan makanan brazil XD

      Delete
  5. Baru try jugak minggu lepas tapi beef punya. Memang pedas pun tapi habiskan jugak. Burger rio ni dulu2 dah pernah ada. Maybe time tu bola kat rio eh? Hahaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak yang try beef. kannn memang pedas. BV taktau pun burger rio nie pernah wujud. :D

      Delete
  6. nak cuba ritu tapi kawan cakap pedas so kensel =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pedas, BV pun tak berapa sangat makan pedas, kena gigih makan burger nie XD

      Delete

drop a comment~
arigatouuu!