Saturday, 29 June 2019

my EID MUBARAK 2019

kita dah habis raya, aku disini baru nak cerita pasal raya. lol. ramadhan dah berakhir, semoga ada peluang bertemu lagi pada tahun hadapan. inshaALLAH.

assalamualaikum dan salam sejahtera

aku ada upload satu video kat igtv. video pendek je. dirakam bila aku dan family shopping groceries untuk raya. serius untuk raya kali nie, preparation-nya agak memenatkan sebab aku jadi driver. hahahahha. aku nie jenis indoor punya orang, bila keluar 3 hari berturut2 pada bulan puasa sangat memenatkan bagi aku. it will be fun and not that tiring if i am not the on who do all the driving. hahahhaha so petty.

i respect my mom for that, kesana kemari tanpa rasa penat masa bulan puasa. aku yang lebih muda rasa penat giler. 

baju raya, tema raya tahun nie, ala2 dark turqoise gitu.
baju2 kurung moden tu dibeli kat shopee je, mudah gila kan kerja, hahahhaha. sebab tailor tempat kitorang tempah tak terima kain lagi, sepatutnya kitorang pakai warna ala2 milo tahun nie. atleast ada baju raya tahun nie, alhamdulillah. ramai pulak puji cantik. kain pun selesa sebab cotton kann :3


few days before raya aka preparation untuk raya
sempat la jugak sungkei (iftar) luar dua kali with family  sebab tengah shopping kononnya. lol last day puasa, terpaksa sungkei depan watson sebab aku dengan mak masih shopping barang2 yang diperlukan untuk raya. hahahahha alhamdulillah, puasa kira penuh la kan. kecuali 5 hari tu. faham2 la perempuan. >..<

malam raya, cat rumah, pasang pelita dan lampu raya. sooo tiring.

kitorang matching dengan langit. yayyy :D

1st day raya
- first day raya macam biasa, sesi makan2 dan bersalaman. lepas tu, sesi bergambar di luar rumah sebab langit cantikkkk. then, tunggu saudara mara datang rumah dan petang sikit baru singgah rumah saudara mara yang lainnya. petang2 tu pun hujan, plan nak ziarah kubur tergendala.

menu raya rumah kitorang macam biasa, rendang ayam, daging masak hitam dan ketupat. 


raya kedua dan seterusnya
- plan nak pergi kubur petang2 lepas saudara datang melawat rumah, pergi jugak sekali sampai kawasan kubur terus hujan lebat, alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. pastu, balik rumah, malam2 sikit bawak nenek jalan2 dannnnnnn melantak sampai cuti raya habis. hahahhaha

 majlis tahlil arwah bapak. bapak saudara aku yang plan. :)
sedapnya lahai, ayam masak merah tuuuu, ada pulak mee kari, kari daging tu pun sedap. ohmyyyy!

 kek lapis kena ada bila beraya :D

kek lapis yang super hitam tu sedap gila sebab ada coklat cadbury, the bad thing is lepas kau makan gigi dan lidah jadi biru. hahahhahahahhaha 

mee sup jemputan open house. macam2 menu menarik di open house! 

open house, wahh musim raya nie dimana-mana ada open house, makanan is everywhere. murah la rezeki yang buat open house, makanan pulak sedap2. lain2 menu pulak tuuuu. 

duit raya, alhamdulillah, masih dapat duit raya pada tahun nie walaupun umur dah 24 tahun. hahahhaha. terima kasih kepada saudara mara yang masih bagi duit, murah rezeki korang :)

yayyyy, done raya :D

💙💙💙💙💙💙💙

iklan raya favourite tahun nie ialah iklan konvoi raya TNB tu sebab teringat zaman kecik2 dulu raya kat kampung dengan arwah bapak dan arwah atok. arwah atok jadi ketua jalan2 rumah saudara, yang lain ikut belakang kereta dia. nostalgia betul bila tengok iklan tu. :') al-fatihah untuk keduanya :)

raya korang pulak macam mana? dapat duit raya tak? :D

sekian, ilal liqa'

20 comments:

  1. tengok kek lapis tu jadi teringin pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap kek lapis, boleh la order kat shopee :D banyak jugak yang jual kek lapis sekarang :)

      Delete
  2. Replies
    1. kannn, tak sah raya kalau tak ada kek lapis :D

      Delete
  3. fuhh meriah raya BV ! eh tapi kenapa kek superhitam tu bila mkn gigi jadi biru pd hal cadbury kan? =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang agak meriah jugak :D entah la, maybe sebab pewarna dia asal biru gelap kot idk XD

      Delete
  4. Untungnya jadi orang Sarawak dapat makan kek lapis Sarawak masa raya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann, bila2 boleh beli kat pasar bukan hari raya je XD

      Delete
  5. kek lapis ya nang wajib habis time raya hahaha kacak ehhh sama baju sefamily :')) kmk org nang sikda mok sama baju gia kakk hahaha semua sikmaok sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahah semadi rancang sefamily, rasa macam kedak geng nasyid pun ada XD kannn, selalu warna jak sama, style lain2. :3

      Delete
  6. Ehem not a good choice to read this right now. I'm hungry even moreeeeee. Thats look mouth watering but dw im okay. Hshshs

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha sorry :D rasanya blog BV memang suka upload gambar makanan kot XD

      Delete
  7. cantiknya baju raya! :D
    selalu kan harga kek lapis ni berapa ek? dah lama tak beli kek lapis dan saya mengidam gilaa nk makan kek lapis sekarang ni huhu

    cam nak gi sarawak lak :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanksss :D
      selalu kalau yang sepotong (1/3 dari acuan) harga dalam rm10-rm15 ikut jenis kek lapis jugak. kat shopee sekarang banyak jual dah :3

      jommm laaaa ke sarawak :D

      Delete
  8. sedapnya kek lapis tuh. selalu kirim orang bila mereka ke Sarawak sana. sedap sangat! hehe meriah BV punya raya. seronok tengok! hehe :)

    Fatina Mudz || Amazing Distance

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, memang suka kek lapis jugak :D alhamdulillah, thanks fatina :)

      Delete
  9. Hi BV! Lamanya tak singgah sini. In all seriousness, colour baju raya tu lawa lah! Rare, susah nak jumpa warna macamtu. Selamat Hari Raya! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Nad!! thanks sudi singgah! :D bagi BV rasa banyak jumpa family geng sama warna tema untuk raya XD selamat hari raya jugakkk :)

      Delete
  10. senang kan beli baju raya sekarang. online je. banyak yang cantik-cantik pulak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, harga pun berpatutan. senang nak beli sekarang, tak perlu cari kat kedai cari je online dulu :D

      Delete

drop a comment~
arigatouuu!