malam mistik trang tang tang

Sunday 20 September 2015

Assalamualaikum
al kisahnya semalam. roomate aku tidur kat bilik orang lain sebab nak buat kerja dan esaimen yang melambak2. aku pun dari lepas habis isyak memang mengadap laptop je sebab buat esaimen yang entah bila akan selesai aku pun taktahu. hahahhaha. esaimen yang aku excited buat dari lepas isyak sampai tengah malam tu adalah buat application untuk semakpong. dah dapat idea seguni, apa lagi curahkan terus je la sampai penat mengadap laptop hanya dengan bantuan lampu meja. lepas berjam jam mengadap laptop sampai siku pun dah rasa kematu, aku pun baring2 jap mengadap semakpong lebono sambil scroll twitter. dalam nak sampai pukul 2 pagi macam tu jugaklah. bebudak twitter still banyak yang update kat timeline, paling bengong, suka betol tweet gambar hantu memalam, seketul muka hantu muncul depan skrin tepon aku. mengucap makkk, lahai, semput napas dah sensorang. hiperbola je aku, hahahhaa, aku nebes jugak tengok gambar tu. dahtu tutup gambar, belek2 twitter sambil retweet ayat islamik. :3

banggg!!
penyapu yang tegak di belakang pintu jatuh dan botol mineral kosong yang aku susun tepi almari bertaburan sebab kena timpa penyapu.

kus semangat, berterbangan diawang awangan jap semangat aku. hahahahhaa. terus aku bangun dari pembaringan dan menuju ke arah penyapu. lalu aku mengangkat penyapu tersebut dan menyusun semula botol2 dengan rasa sedikit lega sebab takdak benda pelik yang aku nampak. habis cerita.

lepas tu, aku terus kemas2 laptop dan sedia nak masuk tidur. dalam setengah jam lebih jugak la aku pejam celik pejam celik. maybe sebab masih terkejut. hahahhahaa. dan akhirnya aku tertidur dalam pukul 3 pagi. hahahahhaa.


soalan mistik, kenapa penyapu jatuh? adakah cicak? kuat jugak cicak tu tolak penyapu. angin? tingkap dah tutup dan aku berpeluh dalam bilik walaupun kipas dipasang sampai maksimum lima. strange right? senang cerita, aku anggap je tarikan gravity yang menarik penyapu untuk jatuh ke lantai akibat daya geseren angin halimunan.

sekian saja, cerita malam mistik yang tak seberapa mistik :D

sekian, 
ilal liqa'



24 comments

  1. Haha kalau ena jadi camni, komprem dah tak tidur sampai ke pagi.. Ena ni lemah semangat juga orangnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. BV pun takut jgk sebenarnya, tapi bila fikir benda yg happy2 mmg kurang takutnya XD

      Delete
  2. ade benda usik.. saja nak jatuh2kan barang.. hehehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau memang benda tu, nasib baek tak muncul depan mata XD

      Delete
  3. uishhh. dahla duduk bilik sorang2. pukul 2 pagi lak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa, kan. memang dah terbayang macam2 masa tu. XD

      Delete
  4. kalau intan takberani stay up memalam sorang2 lagi lagi kat hostel . seramm , atleast kena ada sorang teman kot hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. BV mmg slalu sgt dah stay up smpai pkul 2 - 3 pg. hahhahaha, sebenarnya takkisah pun sorang2, tp bila dah terbayang macam2 memang trasa seram jgk. hahahaha

      Delete
  5. nasib baik dapat tidur..kalau nad dah p bilik kawan

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas baca ayat kursi dgn lancar baru dapat tdo. :D

      Delete
  6. Mak aihhh. Kalau akak, mahu tak tidur malam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak tido lagi seram kak. hahahhaa, BV nie jenis suka bayang macam2 XD

      Delete
  7. tu tandanya 'kawan' yang kat skrin henpon tu pon terkejut tengok 'muka' kawan dia ngeri cenggitu sekali. tu psl la smpai dia terjatuhkan penyapu tu kehkehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawan mende??? hahahhaa, nasib baek dia tak tunjuk diri. XD

      Delete
    2. 'dia' tak tunjuk diri dia pon BV dah berpeluh, kalo 'dia' munculkan diri, jeng jeng jeng =P

      Delete
  8. mula-mula dia main penyapu, esok dia main apa pulak hahahhaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa, harap tak mempermainkan pandangan mata XD

      Delete
  9. nyahhaaa....dramatiknya ayat...seram gak kalo dok sorang an~

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kan. alhamdulillah, selamat lagi. wakakaka XD

      Delete
  10. Kalau tanya budak fizik kenapa penyapu tu jatuh,
    dia akan jawab ianya disebabkan tenaga keupayaan yang tinggi bertukar kepada tenaga kinetik...

    Itulah yg aku selalu bgtau diri sendiri bila menghadapi situasi macam tu...
    Wahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahahaha, sama ja. aku pun nak acah2 jadi bebudak fizik jap. memang jadi penyedap hati la benda camnie untuk menukar soalan mistik kepada logik akal. padahal takut wakakakaka XD

      Delete
  11. Haha Semakpong lebono pun boleyyyy.

    Ada laa tuu "kawan" nak tolong mengemas malam malam. Tapi dia terkejut tengok dah kemas sampai penyapu pun terjatuh dari tangan akibat terlalu terkejut...

    Eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama manja konon. wakkakaa XD

      rajin pulak kawan tu kan. hahahhaa. nasib baek kita tak nampak dia. :3

      Delete
    2. nama manja konon. wakkakaa XD

      rajin pulak kawan tu kan. hahahhaa. nasib baek kita tak nampak dia. :3

      Delete

drop a comment~
arigatouuu!