january 2018 | mobile game and social media

Wednesday 7 February 2018

finally, wrap up for january 2018. sebab tahun lepas aku berjaya buat summary/wrap up untuk setiap bulan. tahun nie pun aku nak buat benda yang sama. harap berjaya la cari sisi baik setiap bulan. hahahhaha. sebab bukan semua benda baik yang jadi kan. aku suka share benda baik. nak kekalkan post yang positif je. yang negatif tolak jauh2.

assalamualaikum dan salam sejahtera


bila bukak buku nota (so called journal), kemain banyak list goals dalam berblogging. contohnya nak sentiasa update blog. tup2 yang jadi, update seminggu sekali je. hahahhaha. nasib baik berupdate kan. tu pun banyak update benda tak berfaedah je la. plus merapu dan perkara random. lols. 

aku sekarang terjebak dengan satu game kat phone. beberapa bulan lepas, aku memang dah terjebak dengan game kat phone nie. tapi susah nak kekal. lols. mobile game paling lama aku main ialah HOTEL STORY (aku main game tu dari july 2017 to december 2017), genre arcade, dan main simple je. lama2 boring sebab basic game play dia cuma collect coins, updgrade hotel je. aku main setakat level 35 camtu kot. (lupa dah). sebenarnya aku suka genre arcade. pastu main game FASTAR (comel game nie, genre arcade jugak). lepas beberapa minggu uninstall sebab bosan. lol. pastu layan genre story games (otome games) JIMI KARE my quiet boyfriend dan in search of HARU best jugak layan game yang ada lain2 ending. lepas habis dah try semua ending. uninstall. dan banyak lagi mobile games yang aku install lepas tu uninstall. hahahaha

lepas beberapa minggu tanpa game dalam phone. aku bosan la. hahahhaa.

aku lama gila nak try game action RPG (role playing game). tapi sebab semua perlukan space yang besar. aku malas la nak install dalam phone takut lag. then, satu pagi (tengah malam), aku tekad la nak cari game RPG yang best2 dan BUKAN MAINSTREAM. terjumpa, yeahh. 


the alchemist code X phantom of the kill (POtK characters)

THE ALCHEMIST CODE (Mobile Strategy RPG)
aku install je walaupun pengetahuan pasal game nie zero. lama2, wahhh memang best game nie. dah la free kan. aku suka concept anime-like dan story pun boleh tahan. characters pun boleh kumpul dan evolve. ada event quest, arena dan multiplay. aku paling suka summon, sebab boleh dapat characters  (unit) baru. hahahhaha paling penting, game nie chillex2 je. paling best ada crossover dari game2 lain (boleh kumpul character dari game lain melalui quest). aku harap dorang akan buat crossover dengan anime lepas nie. lols.

kalau rajin, memang senang nak level up. aku main dalam 2 minggu gitu, sekarang dah level 50+ dan aku harap tak bosan la dengan game nie, sebab banyak benda boleh buat.

ok, enough pasal mobile game.

life update? nothing interesting.
rasanya aku sekarang lebih aktif kat instagram berbanding social media lain. facebook app aku dah uninstall, bukak sekejap pun nak tengok perkembangan kawan2. lols. twitter, tempat fangirling rasanya.

instagram,
aku nak buat feed yang menarik. tapi malas dah. hahahhaha. aku ada la update beberapa ig stories kalau bosan. kira paling aktif dah tu. 

finally aku jumpa balik lolipop fav aku zaman kanak2 dulu. yang ada pembalut kuning tu fav. aku takpernah tau perasa dia apa. rupanya perasa popcorn, patut la sedap. selalunya jumpa yang perasa buah-buahan tu kan. tapi barley mint dan popcorn nie la yang paling sedap! must try. serius. 

FAV

KDRAMA
korean odyssey - aku suka drama nie sebab comelnya lee seung gi. hahahhaha. lama gila tak tengok dia berlakon dalam drama. aku suka genre fantasy, memang layan la. aku boleh dikatakan peminat chinese movies/drama la masa kecik2 dulu. dan masa tu layan jugak movie2 dan drama pasal son wukong (journey to the west, monkey king). so, bila tengok kdrama nie dengan style korea siap jadi romantik komedi lagi, memang menarik sangat la bagi aku. nostalgia. setakat nie, kdrama nie je la yang aku layan. hahahhaha

aku cuba jugak nak tengok kdrama yang korang recommend kan. tengah usahakan nak download. hahahhaha


ANIME
serius banyak anime tahun nie yang best2. yang ditunggu2 oleh penggemar anime. awal tahun nie, aku paling suka anime SCHOOL BABYSITTER. omaigoshhh, comel sangat. sebelum tu, aku baca manga dia kat app. memang confirm tersenyum2 la baca. sebab comel sangat perangai baby2  >,,< anime baru ongoing yang aku layan macam overlord second season, nanatsu no taizai second season, sanrio danshi and more. lols.


SONGS
banyak sebenarnya. tapi beberapa minggu nie, aku makin kerap layan dua lagu nie. 

DEAN instagram (relatable sangat lagu nie dan aku suka lagu yang ada vibe slow r&b)

iKON love scenario (the beat! rasa ada happy2 sikit bila dengar lols)



okay, tu je la rasanya. 
benda fav korang pada bulan january pulak apa? :D


sekian, ilal liqa
see ya when i see ya lah.

12 comments

  1. Dah lama tak main game dekat phone :D

    By the way, memang best ke Korean Odyssey tu? I can see that you like it. Rasa macam nak cuba tengok tapi macam tak cukup "pull" untuk start tengok. Hmm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BV pun baru aktif main game balik. hahhaha :D

      best jugak bagi yg suka fantasy, romance dan ada comedy sikit. layan la satu episod dulu, dari situ rasanya ada pull. :3

      Delete
  2. Sama lah suka sgt dengar lagu Love Scenario hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yayyy! terus rasa minat dengan iKON, dulu kenal bobby je :D

      Delete
  3. school babysitter memang seriously cute gile. cute sgt rasa nak nangis tgk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, memang rasa nak nangis tengok, cute gilaaaaa :D
      tiap episode ada je benda yg buat kita senyum sorang2 XD

      Delete
    2. hahaha.. kekadang sengih n senyum sorg bila tgk. terhibur tau tgk. lawak pun ye jugak

      Delete
  4. anis rasa anis tak pernah jumpa lagi lolipop rasa popcorn tu seumur hidup ni :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. omg, kalau terjumpa nanti, patut rasa! sebab sedap macam popcorn :D

      Delete
  5. ingatkan main mobile legend xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. mobile legend tu TERLALU MAINSTREAM. hahahhaha

      Delete
  6. banyak jugak baca review Korean Oddsey ni best. Masuk dalam TBW list lah nampaknya. Tengah hold sekarang nak tengok drama Korea yang lain. Takut marathon tak berhenti nanti 😅

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!