my life during self quarantine

Wednesday 15 April 2020

apa je la benda yang aku buat waktu tengah quarantine nie kan? masa memula diumumkan quarantine/social distancing, aku merasa sedikit gembira sebagai introvert ini adalah masa untuk aku menyerlahkan bakat terpendam iaitu social distancing and enjoying myself doing nothing.



assalamualaikum dan salam sejahtera,
setelah beberapa hari dah masuk sebulan pun self quarantine dirumah. macam tak percaya je boleh cuti sebulan. cuti pun bukan cuti sangat, still ada kerja jugak kan bagi yang work from home. nak share jugak la benda yang aku buat semenjak self quarantine, pkp nie. tak boleh keluar rumah kan. so kena duduk kat rumah diam2 like a good girl i am. ahaks.

work from home
aku pernah teringin nak work from home. nak jadi freelancer kononnya. fully work from home sebab masa flexible tapi tanpa aku tahu, susah nak work from home kalau kau sejenis PROCRASTINATOR terhebat seperti aku. banyak sangat benda yang menarik perhatian aku dirumah. aku indoor type. jenis suka duduk rumah. serious banyak DISTRACTION kat rumah! bukak laptop nak buat kerja, then kena cari playlist best2 dulu kat spotify/youtube pun dah ambik masa sejam. buat kerja sejam dua, rehatnya sampai sepuluh jam, sempat nap, mandi dan baca manga. whutttt?


cleaning
bila kat rumah jarang keluar, of course hygiene adalah paling penting. asyik duduk dalam bilik je, dah kemas katil then messy balik sebab hari2 buat kerja atas katil. sis is messy but i cannot stand unhygienic practice. aku jenis boleh tahan beberapa hari tak keluar rumah menghadap cahaya matahari. aku pun boleh tahan beberapa hari tanpa nasi. tiber. aku paling sensitif dengan bauuuuu. kalau tidur ada hidu bau pelik2 aku boleh terbangun tau. entah apa kaitan dengan cleaning. lol


reading
asyik berjaga malam baca manga dan manhwa. rindu nak bukak reddit. sebab dulu selalu baca reddit  dan quora kat office. hahhahaha 


watching anime/kdrama/movie and youtube
issa must. walaupun dah subscribe netflix, kekadang je aku bukak kalau bosan. netflix aku rasanya adik2 aku yang banyak access. dorang bukak guna laptop connect hdmi to tv. aku selalu layan anime je everyweek ongoing anime. yes YOUTUBE, sekarang aku banyak layan korean cafe vlog, rasanya dah boleh jadi barista. lol


exercise
awal tahun haritu dah nekad nak exercise every week, siap beli skipping rope. ada la main skipping rope sekali dua dalam seminggu. minggu nie try buat plank pulak. tapi again, susah nak consistent sebab i can't taint my great procrastinator title. alasannya malas. can someone slap me real hard?!


sleeping routine
jangan cerita la, dah tunggang terbalik. tidur pukul 5am, bangun tengahari, then tidur balik sampai 3-4pm. rip my face. such an unhealthy life style. susah nak fix schedule eh sebab aku jenis apa eh? berjaga baca manga and manhwa sebab kekadang tak boleh tidur malam. malam lebih banyak ketenangan dari waktu siang, maybe sebab tu vampire suka malam kot sebab lebih tenang gitu with not much human noises, such a introvert la oir fellow vampire. hahhahaha


social media
twitter my main one rasanya sebab aku check current news semua dekat twitter. fb kekadang bukak kalau nak tengok situasi kawan2 dan keluarga terdekat. instagram jarang dah nak bukak sebab asyik ternampak manga spoiler je kat sana. hahhahahhaa. blog hari2 bukak sambil check awaiting comment moderation dan bloglist. feel free to exchange bloglist with me!


spiritual and mental health
kena cari benda untuk dibuat setiap hari. walaupun rutin sama tapi kalau benda itu benda yang kita suka insyaALLAH okay je. kalau rasa diri sedih2 dan depressed masa nie aku nasihatkan jangan la bukak social media dan tengok filem sedih2, kalau rasa depressed cari la benda untuk dibuat macam belajar benda baru ke, cari hobi baru ke. anything for you to stay positive! feel free to chat me on twitter if anyone need someone to chat with :)


***************************

kalau orang lain makin rajin masak dan try resepi baru masa quarantine, aku lain. aku suka tengok video masak2 dan bagi idea untuk adik2 aku masak apa. hahahhahah tapi tu la semenjak pkp nie, aku makin jarang makan nasi. practice puasa awal kot sebab takut bulan puasa pun kita dalam quarantine, bila duduk rumah rasa lain tak makan tau. tapi aku dah biasa, asal ada air sejuk je dan something sweet, sis can survive. lol

haritu, ada la try menu baru kfc korean soy garlic glazed drummette. sedap jugak bagi aku tapi harga agak mahal la dalam rm13 untuk lima ketul drummette cenonet. sebab teringin, aku iakan je. alhamdulillah. sorry la gambar nie mengancam sikit. sekarang kan ada foodpanda senang nak beli makanan, order je online. cuma part sedih, kat kawasan rumah aku jauh sikit dari pusat bandar dan tak banyak option untuk foodpanda XD

korang2 yang jauh dari family buat masa sekarang, semoga dipermudahkan semua urusan! stay strong and stay safe. jangan keluar rumah kalau tak ada benda penting! ingat family dan yang tersayang. we can fight this together! jyeaahh~

aktiviti korang masa quarantine pulak macam mana?
all the best for y'all!

thanks sudi baca!
ilal liqa'
stay safe, stay home~

44 comments

  1. yg kfc korean chicken tuuu, sedap tapi agree that a bit pricey :D sekali sekala okay la kot hehe.

    sleeping routine tu dah macam org kerja shift hehehehe :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, kalau craving baru boleh makan kot sebab harga dia :D harap kfc kekalkan la menu tu

      hahahhaha kannn, entah kenapa suka buat kerja malam T^T

      Delete
  2. iols duduk rumah makan, keje, tido, makan, keje, tido, kemas rumah, repeat. hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha sama je, kalau ikut mood memang nak makan, tido dan repeat je la XD

      Delete
  3. reading and watching something is a must lol. disebabkan saya student, still cuba untuk buat something yang academically productive walaupun hanya terhenti di planning saja XD

    Dan cleaning pun ye, disebabkan berdua je dalam bilik (supposedly four) jadi tak bersepah sangat - cuma setiap hari cari benda untuk dibersihkan lol dan kalau boleh nak sembur febreeze 24/7 lol just because

    ReplyDelete
    Replies
    1. faham sangat part planning tu, selalunya plan jarang nak menjadi XD

      rasa nak beli febreeze jugak la, kira bagus tu rajin cleaning :)

      Delete
  4. Part tak suka nasi you sooooo like me.. [takde la bermusuh pun dengan nasi tapi tak click sangat? Apooo 😒 ] dan kita yang biasa melekat dirumah rasanya tak efek sgt kuarantin ni.. tapi still i g keje pagi2 macam biasa... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, boleh je makan nasi tapi tak tiap hari la :D wah masih kerja ye, stay safe yaa :D

      Delete
  5. Tidoq mkn, bangun tidoq mkn bgn main game haha!

    ReplyDelete
  6. mid sem break kmk org yg sepatutnya seminggu jak jadi 2 bulan kak HAHAHA so marilah tunda polah assignment sekali lagi :') kmk pun ok jak sikda rasa boring time di quarantine tok hahaha sbb kmk jnis yg dari dlok 24 jam dkat umh. & kmk pun slalu ngga korean mpun cafe vlog huwaaaaa best ada jak mun ada certificate untuk ngga smua ya dah lamak dah kmk dapat kali HAHAHA

    mun ktk boring nak kak, pls go & watch money heist dkat netflix sbb mmg kmk recommend gilak2! ecehhh alu lah kmk tok bagi recommendation indah hahaha stay safe kak!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada extra semester break hahhaha susah jadi student masa tk oh. kann, mun nak jenis nang suka rah rumah nak sama jak kita XD hahahhaa korean cafe vlog nang best ehhh, kacak2 jak aek daknya, dah boleh jadi barista dirumah sendirik hahahha

      banyak kmk nangga orang padah ya best. dah ada season baru nak? thanks or recommedation! gonna watch it soon :3 stay safeee juak :)

      Delete
  7. I'm so appalled by how much time I spend on my phone. I have to physically push it away and do something else... like reading a book from my TBR. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, bila bukak mata mesti nak capai phone dulu. kekadang tak sedar sejam dua dah berlalu bila layan twitter T^T yeahh, read more. BV rasanya kena baca buku fizikal lepas nie :3

      Delete
  8. i wanted to try that too but i need to save money for some other thing haha.
    i've been reading mangas, watch animes and movies and drama. i binge watch like so many episodes XD.
    My sleep cycle also berterabur but if there's one thing i can be on a discipline, that would exercise. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah ikr, kalau BV pun memang awal bulan je la makan segala benda yg di-cravingkan XD yeahhh, binge watch is the best, kalau kdrama/anime best memang takdapat berhenti selagi habis semua episode :3

      sama la, susah nak discipline buat exercise T^T

      Delete
    2. hahaha i've been binged watching a number of k-dramas and j-drama for the past couple of weeks. rasa mcm x productive gila but i just could't help it XD. but still at least there's something to do. i hope this will all end soon.

      Delete
    3. ikr, i couldnt help myself to stop watching any kdramas too :D yeahhh, i hope everything will be okay soon :)

      Delete
  9. comel bunny awak. banyak gak tu aktiviti musim quarantine.. stay safe ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak yg buat and jual :D takrasa banyak sebab selalu buat nie masa weekend T^T yeah, stay safe too!

      Delete
  10. Samalah kita, sleeping pattern dah kelaut, tido pukul 6 pagi, pukul 6 petang pulak bangunnya.
    Pastu tambah pula abang ipar pernah meniaga restaurant, so semenjak PKP ni, dapur dah jadi hak dorang.
    Setiap hari ada je dessert baru.
    Other than that, I'm doing a lot of vlogging, reading (banyak buku yang beli and download tapi tak terbaca), main game, bullet journaling, watching movies yang tak dapat tengok, korean tv-shows and vlogs pastu tido hahaha
    Alhamdulillah satu family ada kat sini, stay in one place.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, we are not the only one :D bestnyaaa ada abang ipar yang rajin masak. i really like dessert! family BV pulak adik2 je rajin baking cake/biskut masa pkp nie, tu pun kalau ada bahan XD

      wahhh vlogging! sama je cuma BV lama dah tak buat journaling T^T
      yeah, alhamdulillah, kitorang sefamily pun memang together in one place jugak. stay safe :3

      Delete
  11. wahhh ada lagi sendiri, bestnyaaaa!

    ReplyDelete
  12. sleeping routine tu samalah, tidur dah berterabur. kita ingatkan sepanjang pkp banyak buat benda yg bermanfaat tpi mcm makin malas adalahhh aaa bersalahnya rasa hahaha xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha i feel you! memang sama je rasa. memang malas banyak T^T
      mesti tunggu motivasi ada, bila nak buat kerja hahahhahaha

      Delete
  13. I can relate so much, except that I have online classes to attend so all of the activities I tried to do ended up getting squeezed in between the time I sold myself to doing tutorial and assignment. Tak sabar nak puasa sbb by then kelas dh habis yay! hahah none of the dramas excite me too so I just read books... wish could do more like you! hiks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. am not doing more actually, BV selalu layan movies dan baca manga jee. hahhahaha
      being a student is really tough masa nie kan. may ALLAH ease everything for all students. masa reply nie, sekarang dah puasa XD

      Delete
  14. tengok cerita yang dalam wishlist masa time kerja memang tak sempat sebab dok ambil anak tuisyen bagai so this is the time

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann, masa nie la tengok movies2 yang dah ada dalam wishlist :D

      Delete
  15. As for me, the PKP was all about watching Korean dramas. Sampai nak muntah dah rasanya. Hahahahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhahahah definisi sebenar tengok kdrama sampai muntah :D
      BV pun ada layan kdrama jugak sekarang :3

      Delete
  16. So relatable especially part procrastinate bila WFH dengan exercise tu! Susah betul nak consistent! Harapnya Lya boleh lah berubah bila RMO extend lagi ni.
    Lya setuju sangat dengan BV punya point on spiritual dan mental health. I believe, senang nak fall in depression during RMO ni so kita kena cari sesuatu yang 'healing' untuk elakkannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann, memang sejenis yang susah consistent T^T yeahhh mee tooo!
      memang seang nak kena depression masa nie since takboleh keluar dan ada yang jauh dari family T^T hope everyone is doing good :)

      Delete
  17. bestnya diaa masih aktif blogging, visit my blog ada new entry 2020 😂 like finally ✊🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcomeee back!! lama taknampak di alam blog :D

      Delete
  18. saja curious, masa PKP ni wow wow west buka tak?? ahaha I miss sibu every now and then..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti pulak bukak ke tak XD banyak kedai makan tutup masa nie T^T
      kalau ada peluang lagi boleh la pergi sibu lagi :3

      Delete
  19. menariknya aktiviti kat rumah. macam2 boleh buat sebenarnya. hehe introvert ye? haii~ >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak aktiviti menarik kat rumah kan :D yess, haiii jugak!! :D

      Delete
  20. Same la kita. Sebagai introvert berjaya, happy betul bila PM announce MCO. Hahaha. Tak bosan okay duduk rumah.

    ReplyDelete
  21. Korean cafe vlog memang da best, so aesthetic <3

    ReplyDelete
  22. Aktiviti sepanjang PKP, memang macam-macam.... masak, makeup-makeup..tiktok...hahahaha... rugi kalau tidur aje...tapi kerja tetap kerja kat company sebab production jalan.

    ReplyDelete
  23. Comelnya arnab tu..bunga matahari pun!

    ReplyDelete
  24. hai BV ! i olls pun kena Work From Home jugak fo 2 months. 18 Mei baru ni start masuk ofis semula with all those face shield, hand sanitizer & etc. rasa heavennyaaa dapat work from home sbb sambil tu i olls dapat pergi kebun sawit hehe

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!