Pengalaman beli Ipad Air 4 di website Apple Education

Wednesday 16 March 2022

punya la lama aku peram post ni hahhahaha


macam tak percaya aku dah beli ipad. lama gila simpan impian nak beli ipad. ipad adalah antara apple product yag aku paling teringin nak beli selain macbook. iphone aku kurang berminat sebab aku selesa dengan android phone. nak dijadikan cerita meh la masuk bercerita. 



assalamualaikum dan salam sejahtera hendaknya 


sebelum terfikir nak beli ipad. memula aku menabung untuk laptop baru. tapi laptop sekarang makin mahal dengan spec biasa2. aku jenis susah berenggang dengan laptop sebab nak tengok movie la, anime la apa la. aku fikir nak beli sesuatu yang senang bawak kemana-mana dan cukup power untuk buat kerja2 ringan. so ipad la jawapannya. kenapa ipad air 4? sebab bajet aku cukup kat situ je. hahahhahah lagipun ipad 4 air ni dah cukup powerful untuk kerja grafik ringan. senang la nak edit video dan update blog nanti. lagipun laptop lama aku masih boleh pakai cuma tu la, agak leceh nak bawak kemana-mana.


bila dah start target ipad air 4, mula2 kena survey harga. aku survey harga kat shopee mall, kat kedai fizikal dan apple website sendiri. tunggu punya tunggu sampai duit cukup. layan la unboxing video ipad air 4 sampai muntah.


perbandingan harga IPAD AIR 4 (2020), 246GB, WIFI

shopee mall - switch.os = rm3249. machine.os = rm3249, it world.os = rm3249 (rm3149 sale 9.9/10.10)

kedai fizikal - rm3300

website apple - rm3249

website apple education - rm3049


so, aku beli kat apple education. sebab harga student/educations. walaupun harga education, dia tak mintak pun student/teacher card ke apa untuk buktikan. just proceed macam biasa. aku beli untuk belajar jadi lebih proactive, kira belajar jugak tu kan. hahhahaha (masa aku beli bulan october 2021) sekarang dah tahun 2022 so dah ada UniDays untuk verified student, siap ada free airpods for 'back to school')


PROSES PEMBELIAN IPAD DI WEBSITE APPLE EDUCATION.

1. buka website apple , dahtu kalau dah confirm nak beli, better la signup terus, setup apple ID terus kat website dia. senang nak check kalau ada apa2 kan, terus masuk email.


2. pilih la jenis apa kau nak. aku memula keliru nak pilih warna apa, antara biru atau space gray. tapi aku suka warna hitam, ambik je la nak dekat2 dengan hitam. space gray. part engraving taknak sebab incase aku nak upgrade suatu hari nanti so senang nak jual eh. plus lama pulak kalau tunggu yang engraving. kalau beli tanpa engraving lebih cepat. dalam dua minggu dah sampai. kalau ada engraving boleh ambik masa sebulan. 


3. free shipping. dahtu dia guna DHL pulak. cepat sampai. seminggu je. berdebar jugak menunggu. aku order kat website pada 5/10/2021 malam dalam pukul 8, keesokkan harinya dah dapat email shipped, pada 12/10/2021 dapat ws message dari DHL barang dah sampai boleh self pickup atau tunggu poslaju hantar sebab konon kawasan aku dorang tak cover. daripada menunggu poslaju hantar, aku ambik sendiri sebab kebetulan haritu aku halfday kerja.


4. payment. aku bayar guna debit card. senang je, masukkan detail debit card dan bayar macam biasa. check balance bank, dia tak tolak terus, cuma amount yang dibayar tadi jadi 'floating'. kira masih nampak balance bank macam belum tolak, dia akan tolak total lepas barang dah diterima. kisahnya, lepas beberapa minit aku order kat website apple, terus dapat call daripada pihak public bank, sebagai pengesahan adakah aku yang guna debit card tersebut untuk membeli di website apple. biasa la kan, this is my biggest online purchase ever.



5. dah ok, tunggu je la. penantian satu penyeksaan gais. lepas order, akan dapat email daripada apple dan ETA. yayy.



BELI AKSESORI IPAD AIR 4


1. screen protector - paperlike (link shopee)

antara paling penting sebab sebagai protection. aku taktau nak decide beli screen protector biasa ataupun paper like screenprotector, sebab kononnya, paper-like lebih best untuk menulis/melukis dia atasnya. fikir punya fikir, selepas ditimbang-timbang sebaik-baiknya, aku decide beli paper-like. tension gila pasang benda ni hahahah


2. apple pencil alternative - goojodoq pencil 12 (link shopee)

aku beli goojodoq pencil 12 sebab aku baru nak guna ipad. maybe just untuk nota dan melukis pun kira beginner. so, tak perlu lagi nak beli apple pen yang harga sebijik hp. kalau apple pen, dia boleh charge directly dengan ipad dan ada fungsi tip sensitivity, sesuai untuk yang suka calligraphy dan illustrator. tapi aku beginner so beli je la yang alternative ni. asal dapat guna. kalau ada duit lebih dan nak upgrade baru beli apple pencil.


3. magnetic case (link shopee)

as basic as i am, aku pilih warna hitam je. best casing ni walaupun murah. functional la as a case. lol

💸💸💸💸💸💸

ipad air ni kira produk apple pertama yang aku miliki gittew. alhamdulillah. best la ipad sebab portable boleh bawak sana sini. aku dah beli GoodNotes app kat ipad so ada la buat online journaling sikit. tapi buat masa sekarang aku mostly selalu on game kat ipad sebab smooth gila hahahhahhaa semua salah genshin impact. lol semoga sedar diri la beli ipad nak self study konon. 

sekarang dah ada IPAD AIR yang terbaru! guna M1 chip dahhhhh, macam macbook dah gais. hahhahaha untung yang beli Ipad Air terbaru sebab chipset lebih hebat.


next target gadget pulak? kena menabung lagi ni. korang ada tak gadget impian? aku banyak je hahahhaa semoga tercapai semua impian hendaknya. 


see ya when i see ya,

ilal liqa'

17 comments

  1. wahh. kita pun nak pasang impian jgk laa nak guna apple

    ReplyDelete
    Replies
    1. yayy, slow2 pasang impian kan, inshaALLAH boleh tu :D

      Delete
  2. yeay! finally. dulu berangan juga nak amik yang ipad air, tapi bajet takat ipad gen 8 je. pun boleh la asal boleh buat lukis. lol padahal tak banyak lukis, banyak tengok netflix je 😂 lepastu tahun ni dapat pulak free ipod, rasa besar kecik besar kecik je pandang apple ni. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, ipad gen 8 pun dah kira power jugak. sama la, BV pun plan nak melukis guna ipad tapi lain pulak jadi hahhaahhaa

      rezeki student sekarang kot, dapat free macam2 :D

      Delete
  3. Belum mampu nak pakai ipad lagi. Tapi keinginan & angan2 tu ada. Harap ada lah rezeki.He3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaALLAH ada la rezeki tu nanti, semua bermula dari keinginan dan angan2 jugak untuk BV :D

      Delete
  4. teringin nak ipad sebab nak buat notes guna pen tuuuu haha. dulu pernah guna samsung notes, best so i think ipad air lagi best sbb besar and as expected smoother kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann, dulu teringin nak ipad sebab nak tulis nota dan melukis, tapi sekarang lain pulak :D memang smooth je walaupun guna alternative apple pen :D

      Delete
  5. huda pun baru lepas beli ipad, tapi ipad 9 gen jela. so far ok (baru lagi). senang nak writing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, kann, rasanya ipad antara tab yang bagus untuk writing/note taking.

      Delete
    2. Farah beli ipad 9th tu dengan edu price ke? berapa beza? 200 jugak ?Tq sharing

      Delete
  6. Saya dah order ipad 9th gen kat ipad education, estimated delivery 2/6-9/6, tapi apple takde update apa apa punn🥲 risau pulak. Duit memang auto dah tolak, ada sesiapa macam saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya dorang akan update melalui email, kalau kat email dah terima invoice dan ETA, memang tunggu sampai je lagi. dorang akan update lagi kalau dah shipped.

      Delete
  7. Congrats! I wish this ipad is released earlier because I bought mine in 2018 (ipad pro, 2nd gen pencil first introduced) when my needs is more suitable with ipad air

    ReplyDelete
  8. Saya nak tnya saya guna bank islam xpi kenapa dya ckap fail authorisation

    ReplyDelete
  9. apple edu ni kena tunggu lama ke kalau ada stock terus dia post

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya lepas payment, esoknya memang terus post. kalau ada custom carving baru lama sikit tunggu.

      Delete

drop a comment~
arigatouuu!