Showing posts with label application. Show all posts
Showing posts with label application. Show all posts
Assalamualaikum,
lama dah rasanya aku menulis tentang sesuatu info yang berguna kat blog nie. selalu pasal life aku je. dan rasa syok sendiri. hahahahaha. memang blog aku nie blog syok sendiri sebenarnya. so, kali nie nak share application dalam handphone yang menjadi kesukaan aku sejak beberapa bulan nie.

nie tak termasuk media sosial tu semua ya.
1. Luna Diary
Luna Diary nie adalah app yang macam diari tapi dia special sikit sebab comel dan simple. setiap kali kau tulis diari bulan (moon) akan berubah. dan lama2 bulan (moon) akan jadi penuh. suka tengok bila bulan tu dari bulan sabit jadi bulan penuh. dahlah interface comel. tulisan dia pun comel jugak. dalam nie bukan aku tulis diari je, poem pun ada. entah layak ke tidak digelar poem. yang penting comel dan tak makan banyak storage space. :D
![]() |
| Luna Diary on PLAYSTORE |
2. Snapseed
aku lama dah install dan uninstall snapseed nie. sebab dulu aku bengap, tak berapa guna snapseed dan tak pandai nak guna snapseed. hahahahah. snapseed adalah photo editor. nak edit gambar best kat dalam app nie. sebab macam2 tool ada. yang penting, semuanya ikut kesukaan kita. tool paling aku suka dalam snapseed adalah 'text' dan bagi filter pulak, aku suka 'lens blur'. aku suka semua sebenarnya sebab senang adjust ikut kesesuaian. bagi aku, snapseed adalah antara editor yang terbaik untuk edit gambar.
![]() |
| Snapseed on PLAYSTORE |
vsco cam adalah forever favourite photo editor app bagi aku. sebab filter dia unik dari editor lain dan tools pun senang guna. bagi aku la kan, filter vsco nie kalau digunakan dengan betul, boleh 'enhanced' gambar jadi lebih cantik. aku pernah buat review pasal vsco dalam entry nie PHOTO EDITOR APP (lama gila tahun 2014) dan sampai sekarang masih setia guna vsco. hahahhaha. pernah jugak buat tutorial download semua filter vsco secara free. dan hampir semua gambar kat instagram aku diedit menggunakan vsco app nie.
![]() |
| VSCO on PLAYSTORE |
4. Manga Reader
aku baru je install manga reader nie pada awal tahun. dulu aku jarang baca manga walaupun teringin sebab malas banyak hal nak bukak laptop baca secara online. sejak terinstall nya app nie, aku terus ketagih baca manga. hahahahhaa. bagi aku app manga nie paling mudah setakat nie. aku ada jugak cuba install app manga yang lain, tapi yang lain kurang. so, app Manga Reader nie memang best la. boleh download manga dan baca manga secara online. paling best, manga2 dalam app nie dari website2 manga terkenal seperti mangago, mangafox dan sebagainya. dia akan notify kita kalau chapter baru keluar (bagi manga yang kita dah 'favorite' kan).
![]() |
| Manga Reader on PLAYSTORE |
aku jarang main game. so, kalau install game kat phone pun cepat je uninstall balik. hahhahahaha. sebab aku cepat bosan. atau mungkin mood nak main game kat phone kurang. kalau rajin nanti aku update pulak game2 yang pernah aku install dan agak syok untuk dijadikan 'time killer'
favourite app kat phone korang pulak apa? (manatau kalau aku rajin dan teringin nak tau aku install jugak)
see ya when i see ya lah.
Assalamualaikum
vscocam
rakyat alam maya sekalian. kali nie aku nak buat review photo editor application yang aku guna kat semakpong. aku nie memang gila download application untuk edit gambar dan ambik gambar sekali. aku suka sesuatu apps tu berdasarkan jenis filter dan kemudahan untuk guna. kalau aku jumpa yang susah nak guna memang buang kelaut je laaa. *hiperbola melampaui batas akal kunun*
antara application kamera dan filter yang aku guna ialah :
kamera semakpong lebono aku 4.9 mp je beb.
camera 360
camera360 nie filter dia semua cantik2. apatah lagi filter yang boleh buat muka jadi flawless gila macam artis korea tu kan. mujur aku tak suka sangat selpie nie hah. cuma bila part nak ambil gambar tu loading kekadang lama gila macam nak hempas semakpong ke batu bata. tapi kalau hasil cantik takpa jugak. dimaafkan.


gambar curik dari instagram beta. haha. nie guna camera360 untuk ambik gambar. boleh la tahan.
vscocam
nie baru2 aku download. kengkononnya vscocam nie dulu cuma ada kat iphone. tapi dia dah keluarkan untuk android. tapi tahap bengong app nie kat android memang tak dinafikan la. dah la bunyi "kliksss" tu besar gile. tak jumpa pulak setting nak ubah benda tu. pastu pulak gambar guna kamera biasa nak masuk dalam library dia pun takdapat. nak guna camera dia sendiri konon. mentang2 aku guna kat android je. tapi sebab filter boleh tahan. lain dari yang lain. dimaafkan.


gambar pelik. kingkong betol. mungkin tangan aku bergetaran masa first time ambik gambar guna app nie. app nie masih dalam eksperimen aku. nak lebih gambar dari vscom visit my ig uollss. haha. promot pulak engkau.
bersambung di part 2 untuk lebih application photo editor.
tak larat nak upload gambar besar gedabak. hehe.
ilal liqa'
Subscribe to:
Posts (Atom)




Social Icons