Showing posts with label foodies. Show all posts
Showing posts with label foodies. Show all posts
raya aidilfitri tahun 2020 lain macam sikit sebab kita masih dalam CMCO (conditional movement control order), masih dalam quarantine bersyarat la senang cerita. ziarah menziarahi sesama ahli keluarga tak digalakkan sangat. tapi alhamdulillah raya tahun ni macam biasa je bagi aku sebab memang beraya tempat yang sama, tak perlu merentas desa bagai. family semua kat satu tempat. alhamdulillah.
assalamualaikum dan salam sejahtera~
jujur aku katakan raya pertama, macam raya biasa2 je. ada family dekat2 datang memeriahkan suasana. kitorang masih beraya macam biasa cuma tak pergi ziarah kubur dan tak pergi ziarah rumah keluarga serta kawan2 sangat T^T

raya pertama, macam biasa baju kitorang sefamily memang sepasang je. alhamdulillah ada baju raya beli online kat shopee je semua. berpatutan dan mudah. nasib baik baju dan tudung sempat sampai sebelum raya.

raya keberapa? agaknya ketiga? keluar dengan para sepupu selepas hampir sebulan lebih tak lepak luar semasa tempoh pkp. kiranya ni kali pertama kitorang makan luar sesama semenjak MCO dilaksanakan. lama gila beratur kat sushi king. macam biasa, the new normal. kena amalkan social distancing, pakai mask dan check suhu pastu ada had masa pulak sebab ramai berbaris menunggu kan. kenyang jugak hahahahah


banyak2 jenis sushi. aku jatuh cinta dengan inari sushi (beancurd). walaupun apa2 toppings atau fillings. aku tetap suka dengan inari. hahahahha siapa suka inari sushi kita geng!!

finally merasa jugak black sugar milk tea xing fu tang ni. hahahhahah rm13.90 untuk satu cup ni. sedap jugak laaaaa. hahhahaha


cantik betul character ni. walaupun keluar, kena ikut jugak SOP (masa ni SOP satu kereta takboleh lebih 4 orang, kena balik before 10pm dan tinggalkan no phone, nama dan suhu etc). kena la ikut semua kan untuk keselamatan diri dan keluarga serta orang sekeliling.
❤❤❤❤❤❤❤❤❤
tak sempat pulak gambar menu2 pagi raya sebab busy dengan apa entah. hhahahah menu kitorang sama je tiap tahun, ada je daging masak hitam dan rendang ayam. masih ada kek lapis dan sebagainya. rasa macam raya biasa2 je. syukur~
raya tahun ni, syukur sangat masih dapat berkumpul dengan ahli keluarga. masih rasa meriahnya raya walaupun kita masih berjaga-jaga. semoga semua berada dalam lindungan-Nya. walaupun ada yang jauh dari family, boleh la gunakan teknologi seadanya, boleh videocall dan sebagainya.
untuk student pula, all the best untuk online learning korang, dan bagi yang bekerja, stay safe juga!
aku still dapat duit raya tahun ni. hahahahahhaha terharu sis.
raya korang pula bagaimana?
dapat duit raya lagi ke?
thanks for reading,
see ya when i see ya~
ilal liqa'
post makanan lagi. hahahhahaha. sorry gaissss. asyik post pasal makanan je. sebab antara target aku tahun 2019 ialah makan makanan yang sedap2. lol. serius la, foods makes me happy. so alhamdulillah, walaupun ada part sedih dalam hidup (lol), part gembiranya bila berpeluang makan makanan yang sedap2. bukan selalu la kan.
sebenarnya makan nie sebelum puasa, tapi post siap bulan puasa, rasa bersalah nak post pasal makanan masa bulan puasa so aku baru post sekarang. lollll
sebenarnya makan nie sebelum puasa, tapi post siap bulan puasa, rasa bersalah nak post pasal makanan masa bulan puasa so aku baru post sekarang. lollll
assalamualaikum dan anyeong haseyo!
kalau minggu lepas2 makan sushi ala2 japanese, kali nie makan ayam ala2 korean pulak. hahahhahaha aku kalau dengar pasal ayam goreng korea nie mesti excited sebab korean are really serious about theirs fried chicken! telan air liur kalau tengok kshow yang makan ayam goreng korea.
NeNe Chicken (translated to Yes yes chicken!)

comel je warna tema dia, kuning dan hitam. suka sangat design dalam nene chicken :D

comel je outlet dia, kedai comel diluar aka tepi mall yang agak besar :D

interior dia pun cantikkkk je! comel ada tempat duduk warna warni. lol. kaunter pun kecik je. muat la dua barisan.

makanan2 yang di-order.
Dosirak Swicy (Sweet Spicy) for me
Mix Part 2 Bulgogi (Soy Sauce)
Mix Part 2 Swicy (Sweet Spicy)
Nene Fingers with Mustard Sauce (Chicken Tenders)

Dosirak Swicy! Nasi purple yang lembut dan berkualiti. serius nasi tu sedap. cewahhh. ayam tu lebih kepada chicken tenders, aka isi ayam. sedap la jugak, rangup2 dan manis. sos tu lebih kepada manis. spicy-nya entah kemanaaaa. tapi memang sesuai la makan dengan nasi. bagi yang suka manis2 tu suka la ngan ayam tu. aku lebih prefer kalau dia lebihkan spicy. 3:1 spicy to sweet level.

sorry gais, tak ambil gambar ayam bulgogi tu sangat sebab bukan aku punya lol, yang menu Mix Part 2 Bulgogi/Swicy tu dapat 2 ketul ayam antara dapat dada/paha atau wing. tapi aku ada la rasa sikit, sedap yang perisa Bulgogi tu sebab Soy Sauce kan, rasa dia masin2 manis jugak. rasa dia lebih umphhh 'savoury' daripada yang Swicy. recommend yang Bulgogi!

kalau order dosirak tu memang dapat kimchi dan coleslow. kimchi tu rasa pelik sikit, masam gila. masam macam rasa masam cuka. ke memang rasa kimchi masam2 gila? aku tak boleh handle rasa dia. sorry korean! hahahahha

nie haaaa antara menu. harga Mixed Part tu RM14.90 untuk dua ketul, depend dengan nasib la, dapat ketulan ayam kecik atau besar. lol. tak termasuk minuman ye gais. combo drink dengan fries RM5.90 atau tanpa fries RM4.20, tapi refillable la.
so, for only 2 ketul ayam + drinks = RM20+
sebab aku pilih dosirak RM18.90 + drinks RM4.20 = RM23+
memang harga standard ayam berperisa korea kot. agak mahal la jugak bagi seorang yang agak jimat (yeekeeeee?!) macam aku. lmao

officially at nene chicken. acah je lebih. sekali benda nie berbunyi macam tepon ring ring gitu. ingatkan setakat vibrate gitu je. maka bergegas la ke kaunter ambik makanan.

the total untuk 3 orang makan. tu pun aku sorang je makan nasi. boleh tahan jugak la harga dia. overall okay la, minuman refillable, cuma yang leceh pasal nak refill, takda open counter untuk mesin refill self-service, maksudnya kau kena pergi kaunter order refill ngan staff situ. tu je la yang tak best, yang lain semua best sebab makanan kannnn.
so far, itu je la pengalaman aku makan ayam korea kat malaysia. hahahhaa
masa pergi kl bulan february hari tu, aku ada jugak makan kat 4fingers, rasa hampir sama je kot. sebab masa kat sana bukan aku yang order. lol
sekali sekala makan benda mahal dan sedap no problem la kan.
hari lain makan lain no problem, ukur poket sendiri ye dak. lol
makan la apa benda kau nak makan. kita makan untuk hidup dan kekadang hidup kena enjoy jugak dengan makanan, kira nikmat la dapat merasa makanan lagi. merasa la selagi mampu.
ayam goreng korea fav korang pulak ada kat mana?
dah pernah merasa nene chicken tak?
sekian,
ilal liqa'
thanks for reading!

antara salah satu azam tahun 2019 aku adalah, eat more and be happy. hahahhaa. tapi serius, memang tu salah satu azam aku tahun 2019, sebab aku suka makan dan makan makanan sedap boleh buat orang happy. easy. bak kata pepatah, gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. cewahhh.
assalamualaikum dan salam sejahtera,
kali nie aku nak share satu kedai makan western yang ada di sibu. sebenarnya, agak susah cari kedai makan yang specialize in western food di sibu. kalau ada pun, menu campur2 gitu. tapi kali nie, dah ada, yay!
wow wow west, sibu
jom baca review aku untuk makanan2 di sini!
jom baca review aku untuk makanan2 di sini!

Pasta Aglio Olio with Grilled Chicken RM10
rasa pasta dia biasa2 je bagi aku, untuk harga rm10, portion memang cukup untuk seorang makan dan grilled chicken tu banyakkkkk! kitorang kongsi2 makan, sebab first try dan nak merasa semua. hahahaha

Signature Grilled Chicken Chop RM15
signature dish di wow wow west, mulanya aku nak order fried chicken instead of grilled, tapi dorang tak serve/masak lagi fried foods, sebab kalau tak silap, fried food dalam pukul 4pm dan keatas. ahhh nak merasa jugak nanti. hahhahaha
grilled chicken chop tu masih juicy, tak kering dan lembut je. plus, potion memang banyak. kalau aku memang tak mampu habiskan satu plate nie sorang2. bukan satu piece grilled chicken dia bagi, DUA ok, banyakkk gilaaa. paling aku suka, mashed potato tu sedap ya rabbi! mashed potato tu tak terlalu hancur, dan ada rasa creamy2 gitu, i like! makan tanpa kuah/sauce sebab sedap sangat. lol. kuah mashed potato tu pun macam light2 rasa lada tak terlalu kuat, okay2 je.

Beef Pepperoni Pizza RM19
pizza crust nipis dan hampir rangup. aku suka pizza macam nie, pizza sederhana besar dan ada 8 slices, kitorang 4 orang makan 2 slice sorang, memang sedap dan mengenyangkan bagi aku. cheese dia tak begitu overhelming dan pepperoni banyak. ish teringin nak repeat lagi. lain kali nak try pizza lain pulak.

Love Potion RM2
dorang curious dengan menu minuman love potion nie, sebab tu order. memang menarik nama dia love potion kan, sesiapa yang curious memang akan order. sebenarnya love potion tu air teh sejuk je kot? idk really hahahha. not bad la. tea good for our body.

Mushroom Soup RM6 each
mushroom soup served with 2 pieces of garlic bread. macam pizza je style garlic bread tu nice! tapi aku tak minat garlic bread, so my sis and cousin yang rasa dan dorang kata sedap sebab rasa garlic tu ada (kuat) dan sesuai dengan ketebalan roti. aku cuma merasa mushroom soup, memang sedap walaupun agak cair tapi still rasa dia creamy dan sedap! aku mampu habiskan semangkuk nie sorang2. memang cun makan dengan pizza. bosan pizza style biasa, celup je masuk mushroom soup, sedap jugak. hhhahahhahaa

Natural Purple Soda RM5
sebab curious aku order la kan, yang purple tu perasa natural. bunga yang kecik warna purple tu (aku lupa nama), rasa dia? hmm not bad la. cuma i hope rasa soda tu banyak. sebab yang nie macam sikit je rasa soda plus air kosong dengan rasa daun. jadi pelik bila minum setengah, rasa soda dah hilang. of course aku stir dulu sebelum minum, tapi rasanya masih pelik. but it is a pretty drink. lol

menu, dari gambar tu boleh nampak macam mana makanan2 dia kan. what you see is what you gonna get. nice! aku suka gila tengok gambar kat menu dia, dan ada gantung gambar2 makanan tu kat dinding. those food photographer deserve some award. hahahhahha

menu with prices. okay kan harga dia?

ahhh i really wanna try Fried Chicken Chop with Nacho Cheese and Fish & Chip with Tartar sauce next time! anyone??

suasana di wow wow west nie sangat selesa dan cantik. aku suka lighning kat sini sebab 'instagrammable' gitu, ambil gambar pun cantik je. paling menarik, open kitchen, bahagian dapur boleh nampak dan nampak la chef2 tengah memasak. rasanya boleh je berdiri tengok chef masak makanan korang kalau rajin. lol

halfway~
tak lama pun tunggu makanan walaupun banyak orang kat sini. keep this good services ya!

satu lagi benda yang aku suka pasal wow wow west, waiter akan bagi list menu nie dan kitorang tulis sendiri apa yang dikehendaki, tak payah la susah2 waiter tunggu lama2 untuk kitorang decide nak makan apa kan. kalau dah decide semua, panggil je waiter dan bagi nie. done!

yayyy, pizza for life.
as a pizza lover, i approved this pizza!

selesai makan. kekenyangan!
total = RM70+ (bila bahagi 4 memang berbaloi) hahahhaa

waiter pun okay semua, yang tukang ambik gambar nie pandai pulak ambik gambar, straight je dan fokus je. muka aku tu tengah menahan makanan dalam mulut, tu la senyum halfway je. hahahhaha
halal?
no halal certification but served no pork and all meat from halal certified suppliers. (nie aku tanya kat fb page dorang).

mata mana?!
so far so good. repeat?
of course.
thanks to my cousins, aimi and arah for good times and sharing foods is our greatest strength. walaupun asalnya semua rangkak belaka. nak diet ya acah jak nak? lol
p/s | not sponsored post bcs i really enjoyed the foods there.
kalau korang pergi western restaurant, korang suka order menu apa?
ilal liqa'
see ya when i see ya!

kalau bab makan memang aku suka walaupun aku bukanlah jenis yang kuat makan. tapi tu la, aku suka makan dan suka try makanan yang nampak sedap dan hakikatnya sedap. adakah chicken wing korea nie sedap? meh baca review aku!
assalamualaikum dan anyeonghaseyo!
review Marry Brown | Korean Sensasi Ayam Terhangat *kemain weh nama dia"

aku nak try ayam korean marry brown sebab lama dah aku craving nak makan chicken wing style korea sebab terpengaruh dengan kdrama dan kshow. punya la pengaruh tu, tapi kat tempat aku susah gila nak jumpa makanan ala korea nie. so, bila ternampak iklan marry brown korean chicken wing nie punya la aku happy sebab dekat sikit dengan kawasan rumah (10 minit drive) dan nampak sedap dan harga pun berpatutan.
harga kombo RM17.90 (6 ketul ayam, segelas cola dan kentang goreng kimchi)


bercampur dah kentang goreng kimchi dengan ayam korea tu ha. zoom sikit sampai aku sendiri terliur tengok gambar nie.

🍴 dari segi rasa not bad la, ada la rasa unik sikit ala korea kot sebab nie first time aku makan ayam korea nie, so kira sedap jugak la bagi aku.
🍴 yang best, kulit tu rangup. tu yang ai like.
🍴 sos tu pun kira sebati la dengan kulit ayam yang rangup. kan ditapau panas2, kulit ayam masih rangup walaupun lama sikit otw makan kat rumah.
🍴 satu lagi yang aku suka, ayam dia juicy, mudah nak makan sebab isi ayam senang terlerai dari tulang. so, tiada pembaziran isi ayam terlekat di tulang. lol
🍴 cuma satu yang spoil, sebab kentang tadi tu tak asing, serbuk2 kimchi yang rasa pedas2 masam pun terlekat kat ayam, kekadang rasa dia jadi pelik. tetiba rasa masam, manis, pedas. tetiba teringat tomyam dan maggi asam laksa. hahahhahhaha ok.

zoom sikit, tak lokek bijan. sos nampak tak sebati tapi kira depan ok la. lol

zoom tanpa flash. nampak pelik sikit tapi sedap. rangup kulit dia.

kentang goreng kimchi, serbuk tu rasa kimchi rasanya. rasa masam2 pedas. teringat asam laksa pun ada bila makan nie. hahahhahaha. not bad la sebab kentang dia sedap jugak macam biasa.
aku puas hati jugak la. walaupun ada baca komen kata tak sedap. maybe tu depend dengan orang yang makan dan franchise marry brown kot. bagi aku yang tak pernah makan ayam korea nie, memang sedap dan unik rasa dia.
of course aku nak repeat lagi. banyak jugak 6 ketul ayam + air + kentang rm18.
yay, craving satisfied!
aku dah try korean chicken wing, korang dah?
share la kat mana korean chicken wing yang sedap :D
sekian, ilal liqa'
see ya when i see ya!
banyak cerita pasal makanan. so, nak cerita pasal makanan lagi. wohoho. macam yang korang tau, aku suka try makanan yang baru dan viral. tapi rasanya korang taktau pun aku. aku saja propa sebab nak penuhkan ayat pembuka kat atas nie. hahhahaha k. nak review pasal flavor terbaru SAMYANG SPICY STIR FRIED NOODLES aka ramen korea paling popular di malaysia. ehem.
assalamualaikum dan salam sejahtera hendaknya~
REVIEW SAMYANG SPICY CARBONARA

lama dah mengidam nak makan samyang carbonara nie lepas tengok beberapa youtuber dari korea ada review dan buat mukbang pasal samyang carbonara nie. serius terliur. lama beberapa bulan kemudian baru masuk malaysia dan siap ada cop halal lagi.
so, beli la se-packet berharga dalam RM6 (mahal eh memang makanan import mahal2 khennnnz), nak merasa ku gagahkan jua.

cop HALAL


the samyang sauce dan carbonara (serbuk cheese?)

rasa dia masih lagi pedas membara macam yang original spicy tu, tapi ada rasa cream2 berlemak sikit. lebih sedap dari yang biasa bagi aku. adik2 aku kata kurang sikit pedas dari yang biasa maybe sebab wujudnya rasa carbonara tu. aku tak habis makan sebab pedas membara tahap sakit lidah macam makan cili hidup. lol. (sebenarnya aku memang tak berapa sangat makan makanan pedas, sengaja makan benda nie sebab craving dan pengaruh sosial media hahhha)
tapi adik2 aku suka, siap beli lagi samyang carbonara nie. walaupun dorang pun asyik cakap "PEDASSS PEDASSSS" bila makan, tapi habis jugak. memang betul2 sedap la tu kan XD
ada yang kata, bila makan makanan yang pedas nie, boleh hilangkan stress. seriously?
aku makin stress sebab pedas dan hidung siap berair. tapi dapat la makan dalam segarfu dua.
korang dah merasa ke samyang carbonara nie?
tahan pedas tak? (jealous gila dengan siapa yang boleh tahan)
sekian
ilal liqa'
see ya when i see ya
beberapa hari lepas. aku ada keluar dengan elin. settle beberapa hal. lepas tu cari tempat makan sebab keluar pagi2, dekat2 nak tengahari, lapar pulak rasa. so singgah la dekat satu tempat yang aku pernah pergi sekali je. meh throwback kat entry nie
kitorang berdua singgah kat chickilicious. lama tak merasa dan teringin nak merasa ayam goreng dorang. hahhahaha. iklan asyik lalu kat instagram. kira berjaya jugak la marketing dorang melalui instagram.
so, jom cuci mata dengan ayam goreng ala taiwan :3

masa nie order Pizza Chickilicious RM12.90, Baked Cheese French Fries RM7.90 dan Honey Bun RM6.90. aku ingat2 lupa harga dia, tapi around that range la. banyak menu ayam goreng dia. selain tu, ada jugak menu ala2 snack macam cendawan enoki goreng, kulit ayam goreng, ayam popcorn dan benda lain yang sedap2 sesuai dijadikan snack.
chickilicious pun ada menu nasi dan sup untuk sesiapa yang nak makan nasi dengan ayam goreng. nice!

Pizza Chickilicious dan Baked Cheese French Fries

Pizza Chickilicious, sebelum adanya chizza kfc, benda nie wujud dulu. hahahhaha. sedap sangat ayan goreng dia, rangup gila. dan cheese tu pun best, boleh tarik2.


honey bun. sedap jugak walaupun aku tak merasa sangat nie sebab masa tu mood aku bukan makanan manis. hahahhaha. tapi elin kata benda nie memang sedap. coklat dan bun tu pun rasanya dari coklat jugak. lembut dan manis yang boleh diterima.

masa nie aku order air honey dew RM6.90 dan tiramisu RM6.90. sedap jugak rasa air tiramisu tu, pahit2 manis cuma aku rasa harga tu terlalu mahal untuk air gitu je tanpa pearl. tu je la kitorang makan dekat Chickilicious (area kampung nyabor).
🍕🍟🍕🍟🍕🍟🍕🍟🍕🍟
kelmarin, hari ahad, lepas hantar si elin ke terminal bas. (dia dah habis cuti. balik poli dah hahahhaa), aku dan adik2 pergi ke Popular bookstore nak beli buku. so, lepas dah grab beberapa buah buku. adik2 aku plan nak makan kat Chickilicious (delta mall) pulak. sebab sama bangunan dengan Popular kan. senang sikit.
kali nie pun adik2 aku order benda yang sama macam chicken pizza dan fries baked cheese tu jugak. sebab aku dah merasa, aku order makanan yang lain pulak.

btw, tahap kepedas ayam2 goreng tu boleh request (maybe dorang letak serbuk pedas2 kalau ada yang request nak pedas).

zoom sikit. nampak sedap sangat. masa menaip nie pun meleleh dah air liur aku. rasa nak try lagi. hahhahaha. sekali sekala boleh la kan. XD masa nie, aku order air Pudding Milk Tea RM6.90 sedap jugak la sebab ada pudding dalam tu. hahhahaha.
service kat Chickilious nie memang terbaik. staff yang super helpful dan sentiasa senyum. overall okay2 la. boleh jadi port lepak ngan kawan2 kalau nak merasa makanan ala2 taiwan terutama ayam goreng.
sekarang dah ada 3 cawangan kat Sibu
Chickilious Kampung Nyabor
Chickilious Delta Mall
Chickilious Daesco
nice!
rasa nak makan lagi, hahahhaha. *this is not a sponsored posts, all opinions are mine*
korang pernah tak try ayam goreng ala taiwan yang hampir sama macam nie? ayam goreng macam mana fav korang?
see ya when i see ya,
ilal liqa'
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons