Powered by Blogger.

Pages

  • Home
  • about
  • Tutorial + Freebies + Tips + Review + Info

Social Icons

budakvanilla's

what a life!?

december 2017 | stories x good things

apa yang aku buat pada bulan disember 2017? takbanyak benda pun aku rasa. kali nie, aku nak share benda baik yang terjadi. dan beberapa benda favourite aku pada bulan dua belas tahun dua ribu tujuh belas.

assalamualaikum dan salam sejahtera.

aku rasa bulan disember paling banyak aku keluar rumah dan drive sebab akhir tahun kan. (?)

kasut beli kat lazada. cantik dan comel walaupun harga bawah rm20. dalam rm16 kalau tak silap. postage free sebab beli lebih dari rm60. aku tolong kawan adik aku beli sebenarnya, sampai aku sendiri terjebak beli. hahahhaha susah rasanya kalau tak membeli bila bukak website shopping online pastu sale kaw2. 

tapi kekadang, sale tu nama je la lebih. tapi harga sama je macam biasa. sebab aku jenis survey barang berminggu2 sebelum beli. so, kena pilih betul2.

keluar ngan family. makan mee kari kat MarryBrown. terkejut haritu ternampak BURGER NASI LEMAK dan AISKRIM NASI LEMAK. nak try tapi takut menyesal. hahahhahhaa. apa je rasa AISKRIM NASI LEMAK tu ye? siapa dah try boleh la share macam mana rasa dia :D

keluar ngan sepupu2, makan mcD pulak. merasa jugak aku akhirnya burger prosperity nie. dulu teringin makan baru sekarang mencuba. hahhahaha. sedap burgernya, cuma sos lada hitam tu pedas la, sebab aku punya burger banjir sos lada hita. twister fries tu sedap. cepat je aku habiskan twister fries tu. chicken dah, nak try yang beef pulak lain kali  :)

hadiah giveaway dari NadiaIzzaty dah sampai. happy sangat dapat THE WHENEVER PLANNER dan buku tadabbur berserta fridge magnet LONDON yang comel. alhamdulillah rezeki akhir tahun. suka sangat planner pink tu. tetiba rasa sayang nak guna. hehehhee

last instagram post sebelum tahun baru. :D


SHOWS, MUSICS and more!


BLACK kdrama | bila sampai episode 10, aku rasa nak drop je tengok kdrama nie sebab macam pelik and aku tak berapa suka watak Ha Ram. tapi teruskan jugak sebab aku curious gila sebab hampir sepanjang drama 'where is the tape? where is the tape? TAPE EODISSEO?" lol. nasib baik tengok sampai habis. PLOT TWIST drama nie daebak la aku rasa. banyak gila plot twist yang buat aku macam rasa WHAT??! sampaikan last episode, last scene pun aku rasa macam plot twist (ingatkan dorang sambut halloween jadi orang tua. lolsss.) tapi based on komen kat kissasian, boleh terima sikit la ending dia. walaupun nak kata happy ending tak jugak, sad ending pun tak. decide la sendiri. sometimes, things are better left without answer.

ongoing kdrama yang aku layan Black Knight and I'm Not A Robot (recommend some ongoing kdrama yang korang rasa best!)

layan muzik macam biasa. cuma lately aku suka layan Samurai Champloo [Tribute Mix]. best layan lagu lofi hiphop mix bila buat kerja menaip blogpost.





tu je la kot nak cerita. lol
disember, bulan terakhir sebelum tahun baru korang pulak macam mana? chill enough? 
aku alhamdulillah, masih hidup bernyawa sihat. 


sekian
ilal liqa'
see ya when i see ya lah

Thursday, 11 January 2018

read more

bye 2017 welcome 2018

bye 2017 welcome 2018. banyak benda yang terjadi sepanjang 2017 ni tapi tak banyak yang terjadi pada aku. hahahha. what? seriously, my life so dull. sooooooooo soooooo dull. i try to polish it every month. pffttt.

assalamualaikum and peace upon you.


jujur aku kata. my 2017 bukanlah 'my year'. full of ups and downs and mostly downs. hahahhahaa. tapi alhamdulillah, setiap benda buruk terjadi, aku berusaha terima dengan baik (see the bright side). berusaha sebaik boleh tengok semua benda secara positif. tapi terus positif pun tak elok jugak. nanti jadi BUTA POSITIF. maksudnya, semua yang benda buruk terjadi akan dipositifkan tanpa had sehingga boleh buat diri kau 'downgraded'. negatif boleh la sikit2. wakakkaa. got what i actually means? takfaham sudah.

kalau belek2 carta kehidupan aku sepanjang 2017. the only achievement in the blog that i proud of is monthly summary yang aku buat setiap bulan.

JANUARY 2017 | STORIES X THROWBACK
FEBRUARY 2017 STORIES X FAVOURITE
MARCH 2017 | STORIES X SUMMARY
APRIL 2017 | STORIES X FAV
MAY 2017 | STORIES X FAV
JUNE 2017 | STORIES AND FAVOURITES
JULY 2017 | STORIES X MY LIFE
AUGUST 2017 | STORIES X WHAT ELSE?
SEPTEMBER 2017 | STORIES X FAV
OCTOBER 2017 | STORIES X FAV
NOVEMBER 2017 | STORIES AND WHAT?
DECEMBER 2017 | ***COMING SOON*** entry otw. lol

congrats to myself. rajin update benda yang aku buat tiap bulan. hahhahahahha. so, aku takkan kupas tiap bulan macam tahun lepas. sebab semua aku dah cerita dalam setiap posts diatas. 

2017 BEST NINE 📷
semua post pasal 2017 best nine kat instagram stories dan blog, aku pun ofcourse rajin nak menjebakkan diri ini. lol. follow la instagram aku kalau nak tengok insta stories yang merapu. hahahhahahha. ter'promote' diri puleks. 

azam tahun baru?
heret balik azam tahun lepas. hahahhaa nampak tak betapa sadisnya aku tahun lepas. sendu du du betul lah. tapi takpe, hidup mesti diteruskan. semoga tahun 2017 menjadi pengajaran terindah dalam hidup aku. belajar bagi diri sendiri peluang kedua. hidup cuma sekali, tapi walau rebah berkali-kali, bukan bermakna kau takkan kembali. cewahhhhhh. 

semoga tahun 2018 akan menjadi lebih baik bagi aku dan orang sekeliling aku. inshaALLAH. 
never EVER give up okay!! yeahhhhh~

SELAMAT TAHUN BARU 2018!!
meriah betul ambang 2018 kat perumahan family aku haritu, depan belakang kiri kanan main bunga api dalam 15 minit tak henti2. bukan senang nak nampak percikkan bunga api dari pangkal ke hujung bunga dia. excited giler. terima kasih jiran2 tetangga. hahahhaa

tahun baru korang pulak macam mana? dapat tak tengok bunga api? 🎇🎆

sekian,
ilal liqa'
see ya when i see ya lah. 





Friday, 5 January 2018

read more

siblings day out

another personal update. macam biasa la, nak cerita event yang terjadi dalam life aku beberapa menjak ni. bila hidup kau sedikit uneventful, bila terjadi sesuatu benda tak kira kecik atau besar, memang rasa nak cerita je semua benda. so, ini adalah cara aku bercerita. menaip kat blog. hahahahhaha sebab aku selesa begituuuuuuu. 

assalamualaikum dan salam sejahtera ke atas semua. 

hari jumaat lepas, malam. adik aku balik rumah bercuti beberapa hari selepas berhempas pulas study. lepas ambik dia kat terminal. kita makan dulu sebelum balik rumah.

macam biasa. gambar makanan dan gomenasai. wakakaka. aku suka gila doh makan benda ala steamboat kat stick tu. makan lagi cicah kuah sambal disediakan. perghhh2 je la mampu. memang mengenyangkan la bagi manusia yang suka makan benda macam ni dari makan nasi. ye, aku.'

next day, sabtu (semalam)
semangat pulak dia ajak keluar jenjalan bagai. macam biasa, aku la driver. nasib baik dah ok sikit bawak kereta. tu yang rajin keluar tu. hahhahahaha kalau dulu, liat gila nak drive. sekarang ok kot. lol. ramai sungguh orang kat pasar/mall hari sabtu. pening kepala aku tengok orang ramai sangat. hahahhahaa ok

elin beli oppo. kamera selfie cantik gilos. berseri2 muka bila ambik gambar guna kamera oppo.

oiii takoyaki yang mahal. rm4.50 untuk tiga ketul spicy takoyaki. makan seketul sorang je mampu. hahahaha sedap memang sedap la. makan lagi panas2. nak takoyaki hari2 boleh?

pastu, masuk MR. DIY. memang tak sah keluar tanpa beli something. beli jugak walaupun beberapa ketul benda seperti bookmarks yang berharga rm0.50 hahahahah

treats untuk budak yang dapat 5A pt3 haritu. tahniah nisa. terimakasih elin sebab belanja. lols. mcd sebab tu permintaan si nisa dan kesanggupan si elin belanja. pedas jugak ayam goreng spicy tu, terbatuk2 makan. minum lagi air bergas, rasa berasap lidah (hiperbola). 

acah OOTD atau outfit of the day. sweater hitam tu selalu gila pakai all time fav piece of cloth. haha. memang selalu gila guna bila keluar memana. pakai pulak tshirt fav yang jugak aku selalu pakai. hahhahahaha macam takda baju lain kan. tapi tu la, bila dah fav memang selalu la pakai. skirt tu dulu selalu guna masa pergi kelas. nostalgia sungguh. wahaha. bila pakai skirt kembang macam princess tu, hati2 la naik escalator ye, jaga skirt elok2. hehehe

kitorang yang comel. *muntah pelangi* tq filter and lighting. #oppo
sorang missing in action sebab tak ikut sama jenjalan (si aien)


balik rumah lewat petang, semua dah penat.
penat pun berbaloi sebab dapat banyak gambar cantik. hahahahhah
k bye.

sekian, ilal liqa
and see ya when i see ya lah


Sunday, 24 December 2017

read more

Duck Giveaway by Blog Nadiaizzaty.nia

giveaway time! yayyyy finally. assalamualaikum and peace upon you!


 Duck Giveaway by Blog Nadiaizzaty.nia
this giveaway is to appreciate her blog followers, readers and viewers. ahhh so kind of you!!
two winners of this giveaway chosen based on random and all the term&cond are so easy. i never had any Duck brand items, so may the LUCK be with me. hahahhahaa ✌



click the banner above to go to her blog and join! ❤


end 25.12.2017

Saturday, 16 December 2017

read more

november 2017 | stories and what?

kebelakangan ini, aku rasa life aku sangat dull. i don't do anything beneficial and i hate it. mood blogging pun affected sama. sampai rasa boring oi blog. tup2, blog jugak aku hadap hampir tiap masa. tak bukak pun rindu. hahhahahhahaa

assalamualaikum and peace upon you~
nak cerita apa bulan november atau bulan sebelas yang lalu?

sejujurnya aku taktau nak cerita pasal apa. lols, so cerita pasal makanan je la. nak expect aku cerita pasal isu semasa, memang tak la, sebab malas nak kupas. kalau pasal makanan, memang banyak je benda yang aku nak kupaskan. lol.

kau tau antara benda paling bahagia di dunia salah satunya ialah, bila kau lapar, tetiba ada orang bagi makanan. rezeki sangat beb. maka burgerbira la aku. makan burger sambil lepak tengok anime. burger apa paling sedap? street burger la, kekadang boleh kalah burger franchise terkenal macam kfc tu. tapi masa makan burger dalam gambar nie, rasa dia tak berapa sangat (macam pembuat burger beginner sebab aku rasa aku boleh buat burger lagi sedap, wakakkakaka), lepas tu, kali kedua order (hari lain), sedap pulak burger dia. jadi la burger ikut mood. lalallalalala

ni untuk nenek aku. beli kat kedai makan sebagai snack makan tengah malam. lol. sedap jugak. sos dia rasanya aku pun boleh buat, sebab rasanya cuma sos cili + bawang2 dan bahan lain ditumis. pernah buat dulu tapi masakan lain la (sambal telur). aish udang tu, kepala je besar. aku tak makan kepala tu, family aku pun tak. ada ke yang makan kepala udang, boleh makan ke? answer please, curious gila ni. 

cara makan jagung paling best ialah, direbus dan kemudian sapu butter dan dipanggang atas api dan kemudian sapu butter lagi. jadilah jagung panggang. sejujurnya aku belum pernah try jagung panggang. hahahhaha tau sebab mak aku cerita je. selalunya cara paling win, kitorang makan jagung ialah sapu butter atau letak garam sikit. untuk jagung tongkol la. jagung segera2 yang campur mayonis/susu tu tak kira. lol. 

tetiba craving icecream dalam kon macam ni. musim panas2 memang best la makan icecream. kalau icecream, tiap hari pun aku boleh makan tanpa rasa muak bila berdepan cuaca panas kat malaysia ni.

okay, stop pasal makanan. hahahhaha

benda fav aku bulan november rasanya sama macam bulan oktober yang lepas. cuma adalah beberapa movies dan kdrama yang aku layan. nanti aku review kalau ada masa. hahahhaha. 

bulan november korang pulak macam mana?
mesti banyak makan jugak kan? hehehhee

sekian,
ilal liqa'

Tuesday, 12 December 2017

read more

kfc chizza

akhirnya, ada jugak benda nak diupdate kat blog ni. hahahhaha. seminggu lebih dah tak upate blog. nak tanya 'ada yang rindu tak?' macam syok sendiri pulak. wahhahahhahaha. so, i'm back with a food post.

amaran, jangan tengok dan baca kalau lapar.
sebab aku pun bila menaip post ni balik, rasa nak meleleh air liur. hahahhahhaa

assalamualaikum dan peace upon you~

KFC Chicken X Pizza = CHIZZA

okay, beberapa hari lepas, aku berpeluang makan di kfc dan memesan menu terbaru KFC iaitu CHIZZA. beberapa minggu sebelum ni dah viral pasal KFC Chizza ni. banyak tak puas hati konon, lain iklan lain rupa sebenar. hahahhahahha. siapa suruh buat expectation tinggi melangit. kfc kot, tak payah buat expectation sangat. yang penting sedap dan berbaloi. cukup.


gambar atas ni adalah menu2 CHIZZA berserta harga. ala carte RM7.90, combo RM12.10 dan chizza box RM16.50. aku pilih yang combo. sebab nak air dan fries.


sebab expectation aku ngan kfc ni tak berapa tinggi sangat, aku okay je dengan size serving dia. yang penting sedap. bila cerita pasal sedap, apa rasa dia? rasa dia sedap la, hahahhahaha nasib baik dia serve panas2. ayam masih rangup dan juicy, cheese dia masih boleh tarik2.  

aku suka manis dan juicy cebisan nanas tu, dan sos tomato dan bawang (yes, ada bawang holland/bawang besar) pun buat rasa dia masam2 pedas. perfect la bagi deria rasa aku sebagai penggemar pizza dan ayam goreng.

lepas tu, makan tak habis sebab aku busy makan makanan orang lain, wakakakkaka. tapau bawak balik rumah. bila balik rumah, confirm dah sejuk kan, sedap ke makan bila dah sejuk? sedap jugak. cuma cheese atas tu tak boleh tarik2 lagi la, jadi kejung gitu. yang lain masih sedap lagi. so, my conclusion, cun makan panas2 sebab lagi berselera dengan effect cheese tarik. hahahhaha

zoom sikit. masa nie masih panas2. nampak kat cheese dia macam meleleh gitu. masa balik rumah, cheese dia macam mengecut sikir sebab dah sejuk kan. hahahhahha.

bagi aku, sesiapa penggemar ayam goreng dan pizza, kena la try. sebab aku puas hati jugak la. harga pun berpatutan. tak cukup satu? order la dua. wakkakaka. aku kenyang je makan yang satu ni. alhamdulillah. 

korang dah merasa ke kfc chizza ni? sedap ke tak? share opinion korang! 🍕🍗

sekian,
ilal liqa
see u when i see u lah

Wednesday, 6 December 2017

read more
new posts old posts
Subscribe to: Posts (Atom)

H E L L O

H E L L O
bv | bukan lagi budak
bercerita tentang kehidupan disini. jarang berbicara mendalam di alam nyata tapi mindanya sentiasa mengembara. biar tulisan dan titipan jadi perkara.

any inquiry, collaboration and such things.
email budakvanilla@ymail.com

Follow

V L O G

f r i e n d s

F E A T U R E D

life update on quarantine haul | unboxing canon eos M100

T R A V E L

  • Sibu to KL Trip | first day in Kuala Lumpur City
  • KL to Melaka Trip | sightseeing and historical places
  • Melaka Trip | cafe hopping at Bica & Co and The Daily Fix Cafe
  • Sabah trip | exploring Kundasang and island hopping

T I M E L E S S

  • ▼  2025 (1)
    • ▼  January (1)
      • life update | second half of the year 2024
  • ►  2024 (4)
    • ►  October (1)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (3)
    • ►  December (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2022 (5)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2020 (12)
    • ►  December (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2019 (22)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2018 (49)
    • ►  December (5)
    • ►  November (4)
    • ►  October (4)
    • ►  September (3)
    • ►  August (4)
    • ►  July (4)
    • ►  June (3)
    • ►  May (1)
    • ►  April (5)
    • ►  March (7)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ►  2017 (76)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (6)
    • ►  September (3)
    • ►  August (7)
    • ►  July (7)
    • ►  June (10)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (11)
    • ►  February (5)
    • ►  January (5)
  • ►  2016 (104)
    • ►  December (10)
    • ►  November (8)
    • ►  October (12)
    • ►  September (13)
    • ►  August (15)
    • ►  July (9)
    • ►  June (5)
    • ►  May (9)
    • ►  April (5)
    • ►  March (4)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2015 (171)
    • ►  December (13)
    • ►  November (10)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (4)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (15)
    • ►  March (29)
    • ►  February (35)
    • ►  January (37)
  • ►  2014 (184)
    • ►  December (36)
    • ►  November (38)
    • ►  October (16)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (11)
    • ►  June (10)
    • ►  May (8)
    • ►  April (6)
    • ►  March (13)
    • ►  February (7)
    • ►  January (24)
  • ►  2013 (222)
    • ►  December (41)
    • ►  November (15)
    • ►  October (3)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (6)
    • ►  June (21)
    • ►  May (33)
    • ►  April (41)
    • ►  March (32)
    • ►  February (7)
    • ►  January (15)
  • ►  2012 (49)
    • ►  December (10)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (14)
    • ►  May (14)
    • ►  March (1)

t w e e t

Tweets by BudakVanilla

l i k e

  • Mazni Munawar
    Aktiviti free and easy di Mekah
    13 hours ago
  • FARAH
    Something inside my handbag | FOMO pasal journaling pula
    1 week ago
  • Chapters
    Chapter 227: Teruntuk Diri — 1 : Pelakor atau Pendosa
    2 weeks ago
  • Le Miel et la Vanille
    Supplement Log | The Purest Co. Feminine Care Pre+Probiotic Melts
    2 weeks ago
  • Safirul Amar Azmi
    MANGGA KERING HARUM MANIS DRY MANGO MELAKA
    4 weeks ago
  • LENNE ZULKIFLLY
    Isn’t It Weird...
    1 month ago
  • ! Aku Memang Ceria.
    Songket Moment
    3 months ago
  • ana-mizu™
    May Babies!
    4 months ago
  • INTROVERTED GIRL
    Jatuh Bangun Kehidupan dalam Glory of Special Forces!
    7 months ago
  • Maria Elena
    What's up
    7 months ago
  • Nurul Rasya
    Back in Japan for My PhD: 2024 Recap of New Challenge
    9 months ago
  • Lya Amie
    How I Went For Mental Health Treatment
    10 months ago
  • Diana's ♥
    Redefining Outdoor Wearables: KOSPET Launches TANK T4 and TANK M4 Smartwatches
    11 months ago
  • Her Little Guilty Pleasures
    The Book That Broke Me: When Worries Turn to Hope
    11 months ago
  • theelya's
    97: two sides of the same coin
    1 year ago
  • Raizah Halisah
    Step-by-Step Guide to Using NextWeekAds.com for Weekly Deals
    1 year ago
  • trouvaille
    Hello Again, Blogger
    1 year ago
  • Yuyu Zulaikha
    Hello Darlings
    1 year ago
  • Duniaku Vanilla
    life update | second half of the year 2024
    1 year ago
  • perrenial lifestyle
    PELAJAR KPSK MENCUNGKIL KEBOLEHAN SENI ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI KARNIVAL CASAxOKU 2025
    1 year ago
  • .. a man in a home ..
    Zydan Says Hi!
    2 years ago
  • !~Bidadari Superb~!
    Ajar Diri Bersyukur.
    2 years ago
  • Addy Azizul Jeffry
    Raya Raya Raya 2024 !
    2 years ago
  • Aisyah Humaira'
    WhatsApp Business: Solusi Komunikasi Bisnis yang Efektif
    2 years ago
  • The Infinity Words
    Review of "Hello Beautiful" by Ann Napolitano
    3 years ago
  • Laki Terok
    3 years ago
  • Miss BaNu StoRy
    Sinopsis Cermin Kasih (Cerekarama TV3)
    3 years ago
  • MisakiPureBlood
    Cheap Yet The Best Lotion
    3 years ago
  • ♥♥ RAZ© ♥♥
    Apa Barang Yang Paling Lama Terperap dalam Cart Anda?
    4 years ago
  • Fsyazana
    SEARCHING
    4 years ago
  • BLOG COKLATEYES
    Bagaimana Buat Keputusan Berhenti Kerja & Mula Bisnes?
    5 years ago
  • Syaza Raihanah
    Back to School : My New Semester Routine
    5 years ago
  • Aisyasakura
    The BTS Meal honest review | McDonald's X BTS
    5 years ago
  • The Untold Story by Scha Nazri
    5 Pilihan Pengambilan Makanan Cina yang Sihat
    5 years ago
  • AmerJaya
    Tips Mudah untuk tidur awal and nyenyak.
    5 years ago
  • nULL & aLteRnate
    Ganjaran untuk Diri Sendiri.
    5 years ago
  • Fatin's Corner !
    A law graduate, finally.
    6 years ago
  • tiptoe
    24th
    6 years ago
  • Sparks
    The Ghost Bride by Yangsze Choo | Book Review
    6 years ago
  • ~Through My Glasses, Kacamata~
    CONTEST Saya Mahu Produk CREATIVE UNITED PSan!
    6 years ago
  • bblogfeii
    Life update as a degree student
    6 years ago
  • Amirul Rahman
    UiTM, Result Sem 3 Dan Ujian Muet Menantiku
    6 years ago
  • Anis Nadhilah
    How To Start A Blog and Actually Make Money Online
    6 years ago
  • Aku vs Dia
    Hansaegee Nature Malaysia - A 100% Quality Korean Made Skin Care
    6 years ago
  • The Hundred Pages
    Lets Throwback A Little Shall We?
    6 years ago
  • The Kasihs
    KOREA TRIP - Part 5 (Everland / Dongdaemun Market / Ikan Bakar Dongdaemun)
    6 years ago
  • bubble.
    Unplanned Outing!
    6 years ago
  • WANASEOBY
    I made Instagram Story Filter!
    6 years ago
  • Xechalogy
    Book Review | Crooked Kingdom by Leigh Bardugo
    6 years ago
  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
    7 years ago
  • LE;JH
    Berwajah Baru & Bakal Tukar URL Link
    7 years ago
  • Sabrina SA
    They Say
    7 years ago
  • Lala Rahim
    Travelling to England
    7 years ago
  • Mis Diarios
    Life Update!
    7 years ago
  • MOTIONLESS
    End of Industrial Training
    7 years ago
  • SIQAHIQA
    Review Buku | Nefertiti by Lily Haslina Nasir
    7 years ago
  • pypaa's corner
    5 Hotel Ini Sediakan Sewa Kamar Hemat Kantong
    7 years ago
  • N I N A
    Ada Apa Dengan Aceh
    7 years ago
  • shaf's
    title: Melayu
    7 years ago
  • Fatin Liyana
    Cara Atasi Susu Badan Terlalu Banyak (How to overcome oversupply of breast milk)
    7 years ago
  • Fira Zolkapli
    Spotify Wrapped 2018
    7 years ago
  • Ice Princess
    HDB Loan Eligibility
    7 years ago
  • Eizz In Da House
    Lazada 11.11 Blogger Contest: The Biggest One Day Sale!
    7 years ago
  • D A Y A H F I R D S
    Lazada 11.11 Blogger Contest
    7 years ago
  • Soothing Silence
    Everything goes well..
    7 years ago
  • Raizah Halisah
    Segment Bloglist by Farah Farhana
    7 years ago
  • Wardah Aneesa's Blog
    Pengalaman Bersalin Anak Pertama di HSA, JB Part 2
    8 years ago
  • Hafzhan Rauf's
    SKETCH'ed the tutorial
    8 years ago
  • BLOG EYJA
    Cara nak buat hidup kita happy
    8 years ago
  • bella luna
    OUTDOOR : GO-KART WITH GIRLFRIENDS
    8 years ago
  • The Diary of Nabihah
    February
    8 years ago
  • Nur Farhana
    My Masters' Journey 101
    8 years ago
  • Deyawanny.
    [ PURE BIOLOGY USM ] Pengalaman Subjek Tahun Ketiga, Semester Satu
    8 years ago
  • ! Fara_nym BoBoiBoy !
    reBirth of the name "YukiFaraXIII"
    8 years ago
  • Letaknamaterlalumainstream
    Youtube Shout Out! INTERNATIONAL GIVEAWAY & Huda Beauty Dupe Palette?
    8 years ago
  • Haruno Hana
    724#Love Note ~ Spring Cleaning My Room
    8 years ago
  • BIVICHAN
    Mini Giveaway : Duit Raya
    9 years ago
  • LINASYAY
    Sorry For Any Inconvinience
    9 years ago
  • Aqilehehe ✿
    TIPS DURING RAMADHAN
    9 years ago
  • Talkative
    A Short Book Talk on Books I Have Read
    9 years ago
  • Hafiz Zulkafly
    Review : Berry Nice Enterprise | Start Repairing With Us
    9 years ago
  • CLAUDIA S-RJ.
    Uppercase Box & Owlcrate Box | February's Subscriptions Box
    9 years ago
  • C Y C L A Z E Y
    Page 1 of 365
    9 years ago
  • { M A R H A E N }
    BLOGLIST TAHUN BARU 2017
    9 years ago
  • Bernafas Dalam Ego
    kejar
    10 years ago
  • Blue Moon
    Give Me That Title
    10 years ago
  • Wani Si Ulat Buku
    Happy School Holidays
    10 years ago
  • Umie.Artoqiemie
    Selera kuching di Perak
    11 years ago
  • MAWAR PUTIH
    MAKLUMAN
    11 years ago
  • CAHAYA ALAM MAYA
    Jemput join #giveawayAMC
    11 years ago
  • Zamira Othuman
    Dalam fikiran
    11 years ago
  • Cik Jari Manis
    Diari Sufi
    11 years ago
  • Cerita Aku, Kau, Dia dan Mereka.
    Pengalaman temuduga kali pertama
    11 years ago
  • Kisah Kami
    Jom Tinggalkan Url Blog Kat Sini
    11 years ago
  • Adam Faiz
    Tutorial: Customize Comment Box 4
    12 years ago
  • ! ✿ IniHaneulAfiqah ✿ !
    Kicauan Rindu
    12 years ago
  • TheVanilaStory
    Simbol comel-2
    14 years ago
  • .

d i s c l a i m e r

All content in this blog is by budakvanilla herself unless stated otherwise.


Any commercial redistribution or resale of photography, files or content is strictly prohibited.

© budakvanilla's.