aku takda bestfren

Sunday 1 September 2013

Assalamualaikum
Sekali lagi aku nak meluah perasaan. Blog nie memang dah jadi tempat aku nak meluah perasaan la kot. Tak salah kan dah aku punya blog. Kakaka. Orang tak baca pun aku tak kisah sebab aku tak harap pun orang kenal aku.

Sejak aku kat pmu nie, memula dulu aku rasa aku dah dapat kawan baik which actually bestfren. Sebenarnya aku belum dapat lagi. Yang paling rapat dengan aku setakat nie adalah roommate. Tu pun setakat rapat dalam bilik je. Kat luar pun kami ada bertegur sapa. :D
Bagi aku kawan yang baik adalah, kawan yang sentiasa bersama susuah ataupun senang. Bukan jenis yang suka marah sukati tak tentu pasal, bukan pulak yang selalu menjauhkan diri tanpa sebab yang diketahui. Kat sini, aku rasa lebih senang bersama orang yang aku tak rapat sangat. Aku nie pemalu, jenis yang tak banyak cakap. So ofcoz la siapa yang berkawan dengan aku akan rasa bosan. Aku tau tu. Sebab tu aku pun mungkin menjauhkan diri dari diaorang yang lebih senang tanpa aku. *apsal lak emo tetiba nie*

Aku nak sangat ada kawan perempuan yang baik rapat dan kawan yang dapat berkongsi rasa atau tempat meluah perasaan. Setakat nie aku rasa takda lagi kat sini.  Aku jadi cemburu dengan orang yang ada bestfren yang sentiasa bersama. :D

Takpa la. Mungkin belum tiba lagi masa aku ada bestfren camtu. So sapa2 nak jadi bestfren aku boleh la contact aku di facebook. Wakaka *buat promo lak aku nie kan*
Cian. :)
Ilal liqa’

6 comments

  1. Samalah. Kamek pun sikda bf. Kwn2 biasa2 jark adalah.

    ReplyDelete
  2. time by time nnt akan wujud seorang sahabat...best friend tak best.. :P

    ReplyDelete
  3. susah sebenarnya nak cari bestfren yg betul2 best ni. sy pon dh berapa kali tukar bestfren ..hehe..

    ReplyDelete
  4. nasihat akak, kalo dh dpt bestfren, jgn terlalu mengharapkan dia.. nanti mcm akak.. lain yg kita harapkan dari dia, lain pulak yang jadinya :(

    ReplyDelete
  5. Sama juga lah dengan Mieya. Actually, I used to have a bestfriend before. Tapi sejak masing2 membawa haluan (sambung belajar & bekerja) So, hubungan da terpisah begitu sahaja

    ReplyDelete
  6. Harap adik jmpa 1 ari nnt. Aamiin. Adik ikhlaskan diri ya berkawan krn Allah. Hidup ni ada nikmat ada juga keperitan. Antara nikmatnya persahabatan yg BEST ^^..

    Akk yakin kamu akan jmpa ur sahabat one day nnt. Akk alhamdulillah rmai shbt yg btol2 shbt. Meh jd shbt akk *Promote diri gk ;)

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!