bilik di aras 4

Saturday 21 June 2014

Assalamualaikum
aku dah masuk poli balik. uwaaa~ rindunya kat rumah. hari pendaftaran 19 haribulan 6 yang hari tu. kiranya dah dua hari la aku kat kamsis nie konon. benda paling buat beta terkejut ialah, beta ditempatkan di aras empat. iaitu aras kedua paling tinggi di kawasan kediaman pelajar perempuan ini. beta sebenarnya dah cop2 AKA reserve bilik kat aras dua. dan telah menghadapi dugaan yang super hebat. masih ingat entri ini?? tapi akibat pelajar junior JTMK yang mendadak datang tanpa diundang *kejam seh* banyak sangat sampai melimpah ruah di aras dua. so para senior yang budiman semua dicampak ke aras2 seterusnya. junior2 semua, korang haruslah berterima kasih kepada kami semua terutamanya betaaaa. hahahaa.


dah la barang aku banyak macam orang nak pindah. T^T angkut naik pergi aras 4 lagi. tiap kali naik tangga dan nampak label tepi tu mesti kata ALLAAAAAAA MASIH KAT ARAS TIGA??? tingginya fulamak. okay2 stop being demanding okay. ko patut bersyukur sebab dapat bilik walaupun dah semester tiga. yaaaa. aku memang bersyukur kehadrat ilahi walaupun ini semua bukan cam yang aku nak. cubaan. ada hikmah disebalik semua yang berlaku okay. redha and syukur please be my friend.

dah la bilik jauh dari toilet. *sila lempang bertubi tubi*


nie la bilik aku. dua orang. dan ARAS EMPAT.

meja masih berterabur dan katil masih berselerak. 

dah la. sekian saja surat beta.
bertemu lagi di entri lain. 

ilal liqa' :)



1 comment

drop a comment~
arigatouuu!