10 questions + 10 questions = 20 questions

Saturday 26 December 2015

Assalamualaikum
beberapa menjak nie, para bloggers makin rajin lak main tag2 soalan nie. aku suka je jawab soalan nie. acah2 retis kejap, HAHHAA.


10 questions from SYAHRIL :)

1. Ambil buku yang terdekat, buka muka surat 50 dan taip ayat pertama muka surat tu.
-Deadly Mist- 33. JA. Mobley, Biological warfare in the twentieth century : "Lesson from the past, challenges for the future".
//lol, gigih aku belek buku Deadly Mist tu XD

2. Reaksi korang bila 10 jongkong emas tetiba jatuh dari langit dan korang fikir macam mana boleh jadi macam tu...
opcoz la terkejut dan excited, mana tau kapal terbang bawak jongkong emas tu bocor ke camne?? XD

3. Pencapaian terbaik yang korang pernah dapat (macam sijil berhenti sekolah ke...eh?)
sambung belajar?

4. Satu hari, anda enjoy shopping sakan dengan kawan-kawan korang. Tiba-tiba.....anda sedar bahawa anda terperangkap dalam mall tu. Apa yang korang nak buat?
wahhhh, apa lagi? acah2 main runningman la. HAHAHHAA. takpun window shopping sampai muntah.

5. Cuba taip ayat ni sambil tutup mata: Kakakku kata kuku kaki kiriku kaku; kukikis-kikis kuku kaki kiriku.
kakakku kata kuku kaki kiriku kaku kukikis kikis kuku kaki kiriku. *percaya tak aku menaip nie sambil pandang tempat lain?? XD* TIPUUUUU~

6. Andai kata kalau korang dapat nak belajar martial arts, apa yang korang nak ambil?
taekwando, jadik ninja, karate, parkour. semua martial art aku suka kecuali gusti. HAHAHHAA.

7. Korang desperate sangat nak pi tandas. Bila korang buka pintu tandas tu, ada seekor biawak tersenyum setia menunggu anda. Reaksi korang?
tutup balik pintu tandas tu. dan cari tandas lain. XD

8. Ada tabiat pelik masa tidur tak? (Contoh jalan sambil tidur, hisap jari ke..)
kalau kat rumah, bila jatuh katil, pandai pulak bangun balik naik katil dan sambung tido balik. XD

9. 3 perkataan untuk describe aku.
KAU MINAT KPOP

10. Korang rasa apa yang patut aku tambah dan buang dari blog ni? (Jawab dengan jujur~!)
tak perlu tambah apa2 dah cantik dah. cuma tulisan kat blog entah kenapa aku rasa macam samar2??


****************************************************



10 questions from Ezzaty :)

~dalam banyak-banyak kartun.kartun mana yang paling korang suka?*kartun disnep di kecualikan*
disnep? disney? semua kartun disney aku suka. aku lebih suka anime. dan aku rasa anime tu bukan kartun. WAKAKAKAKKAKAKA*jangan bash sayaaaa~*

~cerita cinta ke thriller mana pilihan korang?give a reasons kay..
thriller la. baru saspen dan jantung sentiasa berdegup kencang. kalau cinta aku cepat ngantuk dan bosan dan yawning~ tapi kalau gabungan thriller dan cinta aku boleh terima jugak la. 

~kalau diberi tugas sebagai penulis novel,apa yang korang nak ceritakan?
entah. maybe pasal alam fantasi yang sentiasa aku impikan. iaitu, pergi ke alam Harry Potter dan Narnia dan anime untuk melawan kuasa jahat. 

~suka melancong?kat mana?and beri alasan.
suka je kalau pernah. tapi rasanya belum pernah lagi melancong di mana2. setakat nie paling best pun balik kampung untuk beraya. 

~antara bunga ros dan lavender mana yang berkenan di hati?
lavender kot. sebab ros berduri. HAHAAHA

~jika di beri 5ratus ribu apa yang korang buat?
packing barang and fly to JAPAN. 

~jika diberi kesempatan untuk melakukan bungee jump..korang nak tak terjun?dan kenapa?
terjun je. sebab walaupun aku nie agak gayat. tapi nak jugak rasa macam mana terjun dari tempat tinggi kan. supaya sedar diri. :3

~masakan apa yang anda mahir?
paling canggih aku masak setakat nie cumalah ikan bilis goreng sambal belacan dan telur rebus masak sos. T^T

~adakah anda mempunyai diary?give 3 reasons..haha
dulu pernah je. sekarang aku share kat blog je. wakakaka. walaupun tak la share semua.  1. sebab aku secretive 2. sebab aku takpandai share feeling ngan orang 3. aku suka bercerita dan menulis. 

~jika anda window shopping..tempat pertama anda nak tengok dimana?
stationery+buku

****************************************************


okay. sekian. arigatosss sudi tag. 
anime umaru chan kiut sangat wehhh~

*entry resolusi tahun lama dan baru otw*

sekian,
ilal liqa'



7 comments

  1. sma la kita suka tgk bab2 buku ngn stationery jugak ^^

    ReplyDelete
  2. tung la ramai tag tung la hihihihihi

    ReplyDelete
  3. Wah, samelah tu bila window shopping, buku yeahh~ :)

    ReplyDelete
  4. salam BV, lama akak tak melawat sini :) tak sangka BV masih aktif blogging hehe. harap akak boleh kembali aktif blogging macam dulu

    ReplyDelete
  5. bagus2 suka buku, hehehe *high 5 ciked :p

    ReplyDelete
  6. wow. cerita pasal nak masuk alam harry potter. dasyat2. hihih

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!