Sunday, 9 February 2020

january 2020 | same life different year



aku kembali dengan so called monthly summary untuk tahun 2020. rasa rugi pulak tak buat untuk tahun 2019 tapi tahun 2020 nie kena buat sebab aku dah mid twenties. hahhahahah mana tau ada perbezaan dari segi expresi melalui perkataan dengan aku yang akan datang. ceh macam jauh sangat pandang kehadapan. 

assalamualaikum and peace upon you~


rasanya bulan januari agak bermakna sebab awal tahun kan. kononnya bulan trial untuk tahun 2020, sedarlah manusia, dalam kehidupan terutama dari segi WAKTU atau MASA takda bendanya nak trial bagai. masa itu emas dan tak mungkin dapat dibolak balik macam hati kau. maybe istilah trial tu untuk menyedapkan hati sendiri dalam menghadapi bulan januari yang penuh sendu. aku faham. i feel you. i can relate. lol

that cheap sushi that i bought for lunch.

sooooooo, pandanglah ke sisi baik. look on the bright side. tipu la kalau sepanjang bulan sedih sendu sentiasa. cari benda kecil yang boleh buat kita happy. macam aku, maybe benda yang aku makan awal bulan atau bila gaji masuk atau bila dapat tidur lena dan bangun awal pagi. mesti ada satu atau banyak benda yang buat kita happy kan. tapi lumrah manusia, benda tak elok cepat je dapat perhatian. 

januari,

benda best dapat bonus tahunan bulan januari dan cuti tahun baru cina. so beli la hadiah untuk diri sendiri melalui shopping online. hahhaha. 

then, suatu hari masa nak turun kerja. ternampak tayar kereta bocor. nasib baik belum jalan. terpaksa lambat masuk kerja. nasib baik tayar belakang yang bocor sebab terlanggar 'hook' macam paku besar kat mana entah. kalau tayar depan menangis tak keluar air mata la. sebab dedua baru tukar tayar baru. nasib baik jugak ada simpan tayar spare. nasib baik. dugaan awal tahun kot. apa2pun semua ok!

my cousin aimi datang berambeh (bermalam) kat rumah, so kitorang buat oden tomyam pedas. esoknya plan nak bbq.

 mini bbq diwaktu petang yang panas. hahhahaha kemain semua berpeluh tapi best sebab buat semua sendiri dan depan rumah je. haus panas boleh masuk rumah. lol. dah siap semua, enjoy la makan ramai2 lepak2 depan rumah. weekend well spend :3

rempah ratus untuk marinate by my mom memang terbaik!  

 mahalnya air nie kan. awal bulan je mencuba segala yang di-craving-kan. sedap jugak laaaaaa tapi aku suka salt cheese cocoa by sharetea, harga nak dekat sama dah. 

baru merasa corndog. mozarella cheese. aku beli time lunch kat area tempat kerja. harga rm5. sedap jugak tapi dalam tu cheese dan sosej dia sejuk XD maybe sebab tak masak lama. tapi outer layer dia sebab sebab rangup gilaaaaa! sos pun tak kedekut ok laaaa. 

lebih cerita pasal makanan pulak. hahahhahahhaha
tapi tu la, maybe sebab aku banyak ambik gambar makanan je kot. aku lebih ingat apa yang aku makan daripada baju warna apa aku pakai semalam. aku rasa semua orang sama kot? ke lain?!

kita suka share benda2 yang happy2 sebab kita nak happy kan. ada je benda sedih2 tapi malas nak ambik kisah. tapi bila orang lain sangka kita happy sepanjang masa, that is sooooo wrong. each one of us live theirs life differently so please respect each other. we don't know what they going thru. 

lastly, level up your hygiene game friends!
pakai suitable mask kalau sakit, batuk, flu etc.
cuci tangan guna sabun. always!
bawak hand sanitizer atau tisu basah

and aku rasa macam nak pakai sarung tangan je gais sebab aku tak suka pegang door knobs and moneys bila fikir tentang berapa banyak kuman atas benda2 tu. hahahhahaha. aku prefer pintu yang main push2 je. am i weird? T^T

ok done. lain pulak cerita. 

january korang pulak macam mana?
dah move on dengan cerita lama tahun 2019? lol

thanks for reading!
ilal liqa'
see ya when i see ya lah
keep clean and be kinddddddddd

hot summer hot hot summer

21 comments:

  1. dah lama nak merasa corndog tapi tak dapat dapat lagi. rasanya kena masak sendiri la macam ni haha

    erin x | littlesipsoftea.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. BV pun baru merasa, buat sendiri pun boleh, resepi simple dan bahan pun senang cari. 😁

      Delete
  2. my first year of 2020, my legs get injured. pembukaan 2020 yang sangat membina memori untuk aku. sempat kerja 2 hari saja kemudian cuti sehingga bulan Mac. semoga yang baik2 saja untuk kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh. harap dah ok la sekarang memang bermakna sangat kalau cedera masa awal tahun. get well soon :)

      Delete
  3. oh myyy. creme brulee ada airrrr? haha bestnyaaaa. the last time I ate creme brulee was maybe 4 years ago, it was yummy! wonder how to drink taste like :)

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesss, BV tak pernah try yang real creme brulee so taktau macam mana nak compare XD tapi air tu sedap jugakkk :)

      Delete
  4. argh rindu hicaa kat sibu, esp yg kat star megamall. sbb kat kuching lgi mahal tau hrga dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh star megamall selalu pergi sana :D maybe murah sikit sebab cuma franchise kecik, rasanya hicaa yg kat area center sibu sama je mahal XD

      Delete
  5. the last part tho! hahaha. lets wear hand glove~~ zzzz xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahaha kannn nanti pelik je orang tengok :D

      Delete
  6. Replies
    1. hahhaha sorry! BV pun tetiba lapar bila tengok gambar makanan dalam gallery XD

      Delete
  7. Sedapnya semua! Malam malam baca post ni memang terus rasa lapar huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry! hahahha kekadang BV sendiri pun lapar bila belek gambar dan blogpost sendiri :D

      Delete
  8. halamak ! ni baru je sudah makan tapi memang terliur betul tengok gambar gambar tu.. esp that tomyamm ughh

    https://itsthesuraya.blogspot.com/2020/02/notice-changing-blogger-e-mail.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha boleh la makan lagi :D oden tomyam memang sedap!

      Delete
  9. bad timing datang sini masa perut tengah kosong. now i really need to go out and get some food. hahahahah

    ReplyDelete
  10. Hi BV. Lama dah tak singgah sini :)

    I'm loving all the pictures in this post, like usual :D

    ReplyDelete
  11. singgah sini BV. aaa bestnya buat BBQ dgn cousins. family kitorg dah lama tk buat bbq camni hehe

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!