eid mubarak 2021

Tuesday, 25 May 2021

alhamdulillah aku masih lagi diberi kesempatan berpuasa pada bulan ramadhan tahun 2021. bulan ramadhan dalam pandemik ni agak terasa cepat masa berlalu. tup2 dah penghujung ramadhan. tahun ni tak berasa sangat pergi ke bazaar ramadhan. tapi ada la sekali aku dan kawan2 sekerja keluar berbuka sesama. tapi sebenarnya kali ni nak cerita pasal hari raya aidilfitri. 

assalamualaikum dan salam sejahtera~
selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin kepada semua yang mengenali diri aku tak kisah di alam maya atau realiti. 

alhamdulillah, kitorang sambut je raya macam biasa tahun ni. persiapan pun ala kadar je. rezeki kitorang sekeluarga tinggal bersama. keluarga pun mostly kat satu daerah yang masa. kerajaan sarawak membenarkan aktiviti hari raya sehari je dengan syarat ikut SOP yang ditetapkan. alhamdulillah merasa jugak la raya. 

sebelum raya~
beli baju kurung dan tudung siap2 secara online sebulan sebelum raya dah sedia. hahhaha semangat. tapi baju melayu adik lelaki aku, sudais, beberapa hari nak raya baru beli sebab mall kan banyak tutup, tetiba beberapa hari sebelum raya, mall dibenarkan bukak. dapat la beli baju raya jugak. pastu kisahnya, sehari sebelum raya, mak aku announce teringin nak beli langsir baru pulak sebab langsir lama tu dah dekat 5 tahun. cepat gila masa berlalu. maka, sibuk la mencari langsir baru, nasib baik jumpa yang sesuai dengan dimensi tingkap dirumah. hahahhaha

raya pertama
pagi raya pertama, macam biasa. aku jenis pagi raya baru sedia seterika baju dan tudung sebab aku jenis tak suka tugas seterika2 iron2 ni. sambil berdoa yang aku takkan hanguskan baju raya dan tudung baru tahun ni. hahahhaa

dah tu, pergi ziarah rumah nekdin (grandpa) dan nekpon (grandma) yang cuma lima minit perjalanan memandu. kawasan kira kampung sebelah je. so beraya la dengan family terdekat sahaja. menu raya tahun ni sama je dengan tahun yang lepas2, cuma tahun ni adik aku masak pulut kuning untuk makan dengan rendang ayam dan masak hitam. alhamdulillah, merasa la raya pertama, hari kemenangan umat islam selepas sebulan berpuasa kan. 

raya kedua. penat jadi director dan kawal kamera timer masa ambik gambar family untuk raya kali ni. hahhahahha dengan cuaca panas pulak, sanggup je kan demi kenangan masa akan datang. wahahhaa


raya pertama, depan pintu rumah dan tangga. sempat bergambar. lol
 
buat yang beraya di perantauan dan jauh dari keluarga, semoga bertabah. moga ada hikmah semua benda ni berlaku. stay safe dan amalkan SOP.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN GAIS! 

raya korang pulak macam mana?


ilal liqa and see ya when i see ya lah~

19 comments

  1. Replies
    1. salam lebaran jugak untuk CCL dan keluarga :)

      Delete
  2. raya cara kita.. janji dpt raikan kemenangan.. hehe..

    selamat hari raya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, raya ikut SOP jugak, selamat hari raya :D

      Delete
  3. Alhamdulillah. It's a blessing dapat beraya dengan family. Selamat Hari Raya BV.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, betul tu. bersyukur sangat dapat beraya dengan family. selamat hari raya jugak ray :D

      Delete
  4. Selamat hari raya sis vanilla! Stylenya gambar raya.

    ReplyDelete
  5. Gambar raya BV cantik sangat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanksss, selamat hari raya buat kak farah sekeluarga :D

      Delete
  6. Selamat hari rayaa, masih belum terlambatkann 😂 stay safee.. tahun ni pun saya beli baju raya kat shopee je

    ReplyDelete
    Replies
    1. yess, masih bulan syawal, raya kan sebulan :D selamat hari raya jugak!! kann, senang lagi beli baju raya online :3

      Delete
  7. Comelnya satu family pakai sedondon. Bukan setakat colour je sedondon, design pun! Family weolls tak pernah ada tema. Semua warna-warni XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab senang nak beli sekali hahahha
      teringin jugak nak warna warni tapi bila nak dekat raya, masing2 busy dengan benda lain, so kena ada sorang yang settle baju raya jadi sama la semua XD

      Delete

drop a comment~
arigatouuu!