november and december 2021 | changes in life

Tuesday, 21 December 2021

macam tak percaya dah kita dah di penghujung tahun 2021, ingat lagi tak awal pandemik mengegar dunia tahun 2020, terasa bagai alam dewasa pertengahan dua an aku hancus. plan nak travel la umur 25 tapi gagal gais. sekarang dah 26. next yar pulak dah 27. live your life okayy

assalamualaikum dan salam sejahtera~
pada bulan november banyak perubahan dalam hidup aku. aku suka cerita benda personal kat sini sebab aku tahu aku jenis tak suka bercakap benda personal sangat di dunia realiti. so disini bila menulis rasa macam bercakap dengan diri sendiri je la. beberapa tahun akan datang, baca balik benda ni semua. hahahhaha

aku dah lama cari kerja lain, saja2 je kan sebab nak pulak merasa kerja kat tempat lain. sebab aku dah super selesa kat tempat kerja lama. rasa macam boring pulak dengan rutin harian dan rasa skills semakin hari semakin tersekat kat situ je. so, yeah aku try2 la risik kerja lain. bulan oktober start balik la renew resume dan segalanya di jobstreet dan website cari kerja yang lainnya. kali ni aku dapat kerja kat website myfuturejob.

interview kerja
dah tu dapat tarikh interview. clash pulak sebab terlalu awal. aku taknak emergency leave. so, kena la postpone interview, nasib baik interviewer tu okay je kan. nervous gila interview kali ni sebab kat zoom je. senang sikit. hahahaa. dah interview kali pertama dapat pulak interview kali kedua.

alhamdulillah, nampaknya rezeki aku disini la. dekat daerah lain gais. gila tak nervous.

last kerja, macam biasa je rasa walaupun lama dah kerja kat situ. 3 tahun dah kerja tempat sama. banyak skills yang aku belajar. memori betul menghadap perangai rakan sekerja yang bermacam jenis. bila dah start kerja baru rindu pulak dengan keletah masing2. hahahhahah

tragedi november
- jatuh tangga dan kaki pun terseliuh. jatuh hari jumaat. sabtu kaki aku bahagian ankle dan start jadi purple kat satu bahagian. bengkak sikit. ahad dah rasa okay sikit then isnin dapat berjalan macam biasa walaupun sedikit susah. perghh takpernah2 terseliuh kaki, susah tau sebab kaki nak pakai sentiasa.

- betul2 jatuh pada hari aku nak pergi. aku dan mak tengah tukar tayar. dah habis tukar tayar kereta, nak balik, kereta pulak problem gais. clutch tak masuk. maka tersekat la kereta dekat bus stop. tetiba kena langgar pulak dengan motor. habis pecah cermin belakang. maka takjadi la bawa kereta. plan pun kena postpone, esoknya baru pergi. sedih betul.

##########

rumah sewa dan pindah daerah
atas sebab kerja, aku start a new life di daerah lain. nasib baik daerah yang aku dah familiar. daerah tempat aku belajar dulu2. start la life sorang. sebab kira 2-3jam perjalanan darat dan ada bas, rasa nak balik tiap weekend. lol

start kerja baru. kenal rakan sekerja baru. agak challenging bagi aku yang introvert. tapi dorang okay je. dahtu banyak nama dan section pulak kena ingat. hahahahah. kerja baru of course la banyak benda kena belajar. so, stay strong dear me. you want changes so deal with it yeahhh!

managing my life in new place alone is quite an experience. teringat zaman belajar. hahahahah tetiba rasa eh dah dewasa tinggal sorang kat rumah sewa bersama housemates. tiber.

setakat tu je la life update bulan november and december. rasa macam banyak je benda terjadi tapi makin malas pulak update blog, tapi hari2 check blog tau walaupun tak update. ni pun aku update kat smartphone je. lol

stay safe gais. 

see ya when i see ya,
ilal liqa'





4 comments

  1. moga semuanya dipermudahkan, all the best kat office baru..new friends, new environment, ne challenge....caiyok caiyok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn, thank you so much :D kannn, new challenge :3

      Delete
  2. congrats for the new job! New year new job new challenge gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank youuuu rasya! yeah new challenge >..< ganbatte myself~

      Delete

drop a comment~
arigatouuu!