celebrating my birthday alone

Sunday, 19 March 2023

macam biasa, kembali kita di blog ini. bila dah sedikit dewasa ni makin malas nak share pasal life. sebab dah lali dengan hidup yang semakin hari semakin membosankan. hahahhahah sebenarnya sebab takda bahan cerita dah. aku rasa bila dah makin dewasa makin berat nak bercerita. tapi blog ni memang tempat aku bercerita tentang life sebab in real life pun aku bukanlah jenis yang suka bercerita tentang hidup aku. entah la labu. 


assalamualaikum dan salam sejahtera~

seperti tajuk utama post ni. aku nak cerita pasal birthday aku pada 03/03/2023 pada hari jumaat. cantik tarikh, patut banyak yang nikah pada tarikh tersebut. aku? nikah? kalau dah sampai waktu lah. kita taktau jodoh ke ajal sampai dulu. eh


bulan march ni penuh dengan kesibukkan di tempat kerja. stress aku sebab my boss cuti sakit dan aku bertanggungjawab handle tugas beliau sepanjang ketiadaan beliau yang sedang sakit. aku ni kira baru jugak la baru setahun kan, agak tertekan sebab tiba-tiba dah kena handle tugasan berikut. cun pulak pada bulan favorite aku, hahahhahaha tabahkan saja hati ni. tugas tak la berat sangat pun cuma aku ni jenis senang resah gelisah anxiety. tapi sebab dah tugas jalankan je la. gaji itu penting lol


pada hari jumaat berikut iaitu pada tanggal tarikh lahir aku 030302023, aku ada tugas diluar pejabat. tak berat pun tugasnya tapi tu la, kena ambil tahu hal di pejabat pulak. rasa nak belah badan bagi dua hahahhaha. dapat terima wish daripada rakan seperjuangan cewahh happy sikit. pastu belah petang lepas balik kerja. aku singgah bakery sebab nak beli kek untuk diri sendiri. orang lain tak beli, apa kisah kita boleh beli sendiri. kita dah besarkan wahahha. pergi la kat display kek, eh ada satu je bento cake yang tinggal cun pulak wording atas kek tersebut. beli terus. *kaching rm15*


balik rumah sewa, ambik gambar kek dan diri sendiri. habis cerita. begini la sambut birthday alone. tahun lepas pun sama jugak.


sedap jugak, rasa kopi. last birthday cake in the bakery. rezeki aku. 


hadiah untuk diri sendiri. 

beli hadiah pun sendiri. kita ada hak nak bahagiakan diri sendiri dengan duit sendiri. hahahhaha

aku beli skincare, makeup dan perfume. perfume tu rm3.80 je gais. bau sedap gila. hahahhaha tak sangka bau sedap walaupun harga murah. brushes tu pun under rm5 je. face pallet dari pinkflash pun harga dalam rm10 lebih je. aku bukan jenis yang makeup sangat saja je beli sebab teringin wahahahaha 

biggest purchase of the year. my sony WH-CH510 headphone. tu pun jenis basic paling murah. harga dalam rm150. aku beli sebab earbuds baseus aku dah hilang. kali ni beli headphone terus senang. lagipun bateri ni tahan lama, bluetooth pulak. so far dalam seminggu cuma 2 to 3 kali je aku charge bateri dia. bass is basic, noise cancellation not really. tapi berguna bagi aku sebab bila kat tempat kerja kena jugak alert keadaan sekeliling kan. lagipun aku suka design dia kecik dan tak bulky macam kebanyakkan headphone. tiber dah jadi tempat review headphone.

jadi kesimpulannya, tak kisah pun celebrate birthday alone ke, asalkan aku berjaya happykan diri sendiri kan. sekarang bagi aku, aku utamakan diri sendiri je la. buat baik dengan orang tapi kena pentingkan perasaan diri dulu. sebab hanya diri ni je faham diri ini dan sentiasa ada untuk diri. Allah je la tahu diri kita sebenarnya kan. berdiri di atas kaki sendiri. gittew. 

tapi kan, kekadang rasa diri aku ni susah gila nak mintak tolong orang lain sebab benda ni la. ada baik buruk jugak bila dah terasa serba independent ni. apapun jangan malu mintak tolong bila perlu okay! pesanan untuk diri aku sendiri.


birthday month memang bulan fav setiap orang kan? ke tidak?


see ya when i see ya lah

ilal liqa'

2 comments

  1. happy belated birthday!!! moga sentiasa dirahmati Allah...aamiin...
    of coz...birthday month is my fav month...

    ReplyDelete
  2. Happy belated birthday! Baru je baca blog "SRH. | Malaysian Personal & Lifestyle Blog" about getting free food during her birthday month. Tak terpikir pulak to do the same. hahhaa

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!