kisah lupa renew lesen P setahun dan retake test JPJ

Wednesday 29 May 2024


aku rasa nak share pengalaman ni lepas terlihat satu tiktok video ni. so here my story. cerita ni lama dah tau tahun 2021. hahahahha rasa nak cerita sebab ni case aku cuai. salah diri sendiri so nak jadi pengajaran untuk diri sendiri. wohoho rasanya mostly yang terdekat aku tak tahu benda ni sebab aku tak cerita. hahhahaha


assalamualaikum dan salam sejahtera, dari sungai ke laut, palestin akan bebas.


tempat paling susah cari parking free di sibu hahahhaha

 

dimulakan cerita aku belek wallet untuk check card tahun 2021, pastu baru perasan LESEN MEMANDU P aku dah tamat tempoh ya. tamat tempoh pada tahun 2019! setahun lebih dah berlalu. memang langsung tak perasan sebab kan tahun 2020 dalam PKP, jarang memandu kemana-mana hahahhaha alasan semata padahal diri cuai tak check lesen memandu.

pergi JPJ, tanya boleh tak renew lesen P yang dah tamat tempoh. JPJ kata boleh je kalau belum setahun, TAPI sebab TEMPOH IHSAN aku dah lepas SETAHUN, aku kena retake JPJ TEST. sebelum tu kena buat permohonan secara online, baru tahu samada perlu buat fully test atau yang tertentu saja (LITAR dan ON THE ROAD). aku buat permohonan secara online je, dan boleh semak melalui online jugak >INFO<

hahhahahhaha rasa macam kena tamparan realiti bila ingat. lepas dapat surat permohonan lulus dari JPJ secara online, dah boleh print dan bawak pergi ke SEKOLAH MEMANDU yang dipilih diri sendiri.

ada pilihan nak ambik cikgu untuk refresh balik litar dan sebagainya. yup, aku ambik dan bayar lebih untuk charge cikgu sekali sewa kereta, rasanya cikgu aku masa tu charge rm50/sejam, total rm150. so refresh la, dalam tiga kali je kelas lepas tu terus ujian JPJ litar dan on the road. alhamdulillah, litar aku okay je sebab dah biasa memandu kan, kereta manual, part bukit banyak student lain tepuk tangan lepas berjaya naik bukit. hahahhahah siap ada tanya tips, tips aku senang je, handbreak hanya lepas bila kau dah slowly tekan minyak. padahal dorang taktau aku ni retake test je. lol

masa test on the road pulak, ada satu mistake aku terbuat, tak berhenti sepenuhnya di simpang. padahal berhenti di simpang adalah mandatori ya. sepatutnya kalau tak berhenti memang gagal terus. sebab dah biasa drive kan, tengok kira kanan, slow down, line clear terus jalan. rupanya tak boleh. mesti berhenti sepenuhnya. tapi pegawai JPJ tu bagi lepas sebab beliau tahu aku dah biasa bawak kereta. banyak jugak kena tegur, tangan di stereng. aku jenis drive tangan satu je kat stereng, satu kat gear etc. beliau kata tangan mesti dua-dua dekat stereng. hahahhahahha so, lepas settle semua, beliau luluskan aku. alhamdulillah. so, dapat la lesen P balik. kena pakai sticker P lagi dua tahun :D

 

my fav kopi segera. bila dah selalu drive jauh dah pandai minum kopi. lol walaupun tak berapa function sebab aku still mengantuk lol

 

to conclude, aku memegang lesen P sejak 2017 walaupun 2019 expired, 2021 baru sedar dan retake JPJ test, aku baru bebas P tahun 2023 maksudnya, aku pegang lesen P selama 5 tahun include setahun lesen expired wehhhh hahahhahahah certified P R O driver. lol

tapi kali ni senang dah sebab tarikh renew lesen ikut tarikh lahir. memang ingat la kan. kali ni senang sebab dah bebas P, boleh update lesen secara online. zaman pulak dah maju dan dah kurang penggunaan kad dan roadtax fizikal. semua dah online kan.


first time naik feri bawak kereta, nervous banyak sebab mak aku gabra semacam hahahhaha tapi alhamdulillah lepas

dah tu bila dah ada lesen jarang pulak polis/jpj nak check hahahhaha. baru sekali je ada jpj tahan sebab aku tak pakai seatbelt masa drive (terlupa sebab dekat), masa tu masih ada sticker P drive kereta kancil mana ada alert/alarm seatbelt, kena la nasihat by abang jpj supaya pasang seatbelt sentiasa. alhamdulillah aku dengar nasihat hahahhaha sekarang tak kira dekat atau jauh aku on seatbelt sepanjang masa memandu. to be honest, seatbelt alert tu annoying. LOL

 

dah renew lesen ke tu?

tepatilah undang-undang jalan raya dan jadilah pemandu yang berhemah!

ingatilah family yang tersayang tiap kali memandu!!


sekian,

see ya when i see ya lah

ilal liqa'

5 comments

  1. Tahniah, akhirnya dapat renew.. Saya pun baru setahun habis P, mac depan baru nak renew...

    ReplyDelete
  2. haha lama tu dari 2017 sampai 2021 xD tpi bila ujian kali kedua tu memang lulus dengan bergayalah citer dia sebab dah biasa bawak kereta

    ReplyDelete
  3. Tahniah BV pemegang lesen P paling lama di Malaysia XD

    ReplyDelete
  4. Nasib baik lulus sekali lagi ya, BV. Kagum akak. Akak still takde lesen. Hahahahah T___T

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!