. Friday, 19 October 2018 .

bila dah 'adult' kononnya, makin susah nak jumpa kawan2 lama. makin susah nak buat temu janji. mesti clash dengan aktiviti2 lain. adulthood sangat kannnn. ingat bila dah kerja, okay sikit rasa. rasa memang okayyyy, cuma ada something yang aku rindu, masa free yang banyak dan bebas stress. lol. bukanlah bermaksud kerja aku stress, cuma suasana tu lain. feel kerja lain dari belajar. 

bila belajar, tanggungjawab kita cuma belajar dan cedok ilmu banyak2. kerja nie pulak, aku belajar banyak benda baru. kerja kena banyak usaha, kena kurang buat salah. walaupun bila bangun tidur tiap pagi rasa macam malasnyaaaa nak turun kerja, why i'm doing this? tapi ada benda sweet jugak. contohnya gaji tiap bulan. lol. fighting! bila merasa dunia 'adulthood' nie macam biasa je sebenarnya, best lagi zaman belajar, stress pun dengan ilmu je. wakakkaka.

assalamualaikum dan salam sejahtera!

minggu pertama, keluar dengan arawh dan aimi (kazen2 aka childhood friends). masa nie keluar lewat sikit, petang2. sambil jalan2 dan menhirup udara segar. lol. petang tu hujan2, pergi riverside pun hujan tengah renyai2, yang bestnya takda orang LANGSUNG. so apa lagi, ambik gambar banyak2. sampai malam keluar. 

rasa pelik pulak bila jalan2 lepak2 sampai malam. rasa dewasa gila. HAHAHHAHA
malam bagi aku kira isyak dan so on la kan. bukan sampai lewat malam. nanti mak marah. XD

minggu kedua keluar bersama,
masa nie keluar awal sikit (lepas zohor) sebab nak balik awal sikit. keluar2 terus makan sebab aku tak makan lagi. konon semua nak makan benda ringan2 (rojak, canai, etc) last2 semua order sepinggan mee hong kong dan nasi goreng. cehhhh. makan kat kedai yang baru aku tau wujud. kena rajin discover kedai makan baru sebab boleh tahan sedap jugak mee hong kong dia. 

lepas tu, jalan2 dalam shopping mall. hasrat aku hari tu nak beli seluar jeans hitam yang baru. sebab seluar jean yang aku selalu guna nie sejak zaman sekolah menengah kot. hahahahha. 6 tahun dah berlalu seluar tu masih utuh, cuma lusuh la sikit warna dan hujung dia. seluar kesayangan kottttttt.

tup2, kat mall almost semua seluar jeans jenis SKINNY. ada straight cut tu pun banyak untuk plusize dan terlalu besar. yang saiz cun banyak seluar SLACK. wth. so, tak beli la. icry. last2 duit habis kat makanan. hahahha k jk. 

 bersama seluar jeans kesayangan duduk diatas batu. hahahhaha

dulu selalu gambar macam nie. tetiba throwback buat gambar style sama.  

riverside again. kali nie dah tak hujan dan bawak makanan. ala2 picnic gitu. nasib baik tak hujan.  

kfc go bowl nie best sebab harga RM4 (RM3.70) dan ada banyak cebis ayam dan kentang dituang sos cheese dan mayonis secukup rasa.  

pizzahut RM5 untuk TAKE me AWAY from this hut. lol 

finally! lama dah teringin nak try yang gummy bear jenis nie. nasib jumpa dan siap ada cop halal (kat area jari aku cover). harga pun boleh tahan mampu milik. apalagi ambik satu. masa nie baru masuk satu kedai yang banyak barang import2. small market gitu.

aku suka try snacks, makanan2 dan air2 baru asal halal. aku suka makan sebenarnya. 

kitorang sekazen (belah bapak), rapat sebab membesar sama2 sejak kecik, umur pun dekat2. rumah pun satu lot (tapi rumah satu2). sekarang aku dan keluarga dan pindah area lain, so jarang dah nak jumpa, dulu senang sikit sebab jerit2 ajak lepak melalui tingkap pastu lepak depan rumah. aishhh rindu zaman tu. sekarang jauh2 (tak la jauh sangat, 15 minit perjalanan) dan ada komitmen masing2. nasib baik ada whatsapp dan sosial media. 

jom eratkan silaturrahim bersama kazen2 (cousin) dan keluarga anda. 


korang pulak rapat dengan cousin sebelah bapak ke mak?
aku dedua bolehhhh. hehehehe cuma kalau sebelah mak malu sikit sebab banyak cousin lelaki. 


sekian,
ilal liqa'
see ya when i see yaaaa!

. Tuesday, 9 October 2018 .
aku nak share satu benda yang sangat berbaloi dan harus diketahui ramai terutama yang minat online shopping dan beauty stuff. aku suka online shopping dan jugak benda berkaitan beauty2 nie, tak kisah la dari dalam atau luaran. nie haaa kena baca lebih lagi. 

assalamualaikum dan salam sejahtera
nie ha nak share cerita pasal SALE yang tengah ongoing kat LAZADA sekarang! untuk beauty ethusiasts termasuk makeup dan skincare, LAZADA tengah buat banyak promo sekarang.

kecantikan dalaman memang penting, tapi nak jadi seorang yang mempunyai keyakinan yang tinggi, fix your appearances. bukan bermaksud kena pakai makeup tebal2, tapi jaga muka dan kebersihan diri. makeup sebenarnya untuk enhance kecantikkan diri. so, takyah rasa segan kalau orang lain lebih prefer 'natural beauty' dan jangan lupa jaga kulit jugak. banyak pulak iolls membebel. 


masih ada masa sampai 10 OCTOBER nie. cepat serbu LAZADA (click banner)

banyak giler produk2 menarik skincare dan makeup yang ada. yang penting untuk penjagaan diri kita.
banyak produk2 yang ada diskaun sehingga 80%. 

antara jenama produk antarabangsa yang terdapat di LAZADA
Urban Decay
AHC
NYX
Dove
Olay
Eucerin
Clinique
Biotherm
Neutrogena

haaa nampak tak, boleh shopping barang2 kat WATSON di LAZADA, siap ada promo buy one free one. mana nak dapat tuuuuu. ada Flash Sales, Vouchers, Bundle dan Beli Satu Percuma Satu. boleh la shopping ngan family, untuk girlfriend dan sebagainya. 

me when promotion on beauty product on lazada

last but not least: Super Beauty Day Slash It game - Only on the Lazada App

The STEPS to achieve something awesome on LAZADA!
1. Download dan Log In Lazada App (boleh didownload di playstore dan app store)
2. Pilih mana2 satu produk yang korang nak 'slash' dalam katalog disediakan
3. Share jemputan dengan kawan2 untuk membantu korang 'slash' produk tersebut.
4. dan kalau nombor target 'slash' tercapai, boleh la beli produk tersebut dengan harga yang UNBEATABLE! yeah

tengok video nie kalau nak faham lebih2 tentang SLASH IT GAME!

jom jadi konfiden. konfiden yang penting. 


voucher yang menarik. banyak dah sold out! cepat2 la serbuuuuu!

ok nak shopping dan rasa gojes. lol


dah shopping ke belum?

. Saturday, 6 October 2018 .
wake me up when September comes, lagu yang sangat sinonim dengan bulan september. hahahhaha, ok dah taktau nak buat intro macam mana. so nie sedikit update untuk bulan september! banyak aktiviti aku pada bulan september, tapi me being me, malas keluar rumah, introvert sangat. 

assalamualaikum dan salam sejahtera
thanks bagi yang masih singgah kat blog sepi dan picisan ini walaupun mostly banyak cerita pasal benda nie je. hahahahhaa, aku rasa, aku patut banyakkan review benda2 macam movie, buku dan etc kat blog  nie. mood nak menaip ada tapi nak publish tu berat sikit, sebab asal menaip setengah, kemudian malas, bukak youtube layan youtube sejam dua lama2 blog terabai. kahhh. 

ok, mula.

awal bulan, adik2 ajak jenjalan. so sebagai akak mithali (tipu) iols bawak la. siap dorang ajak tengok wayang lagi. kitorang tengok The NUN. nak kata best? biasa je la bagi aku sebab aku bukan peminat cerita seram2 macam nie (sebab aku tak suka terkejut dan diselubungi misteri). scenes terkejut2 je banyak, jalan cerita tak berapa best (IMO). 

jalan2 beli komik. nostalgia betul tengok komik nie. series Gempak Starz dulu2. teringat zaman sekolah rendah dan menengah. 

 asyik fast food je kan. boring.

siu mai halal. sedap gilers. sebenarnya, nie first time aku makan siu mai. cicah sos cili pun sedap, makan sepuluh dah kenyang. aku jenis kurang makan nasi, tapi kalau makan benda2 macam nie, memang aku suka. hahahhaaha

ala2 milkis gitu. rasa ala2 diluted yogurt tapi bergas. not bad at all.  

halal samyang. kemain iolls. yang jjajangmyun tu sedap sebab ada manis2. tapi masih pedas jugak!

birthday cousin.
just realize that I'm bad at socializing with some relatives.

masa tu, ada family dari brunei datang, omg rasa malu nak mulakan perbualan. kalau yang older relatives tu okay la kan sebab selalunya dorang yang mula. alaaa nak jugak cakap something tapi tak tau nak cerita pasal apa. #introvertproblem

I'm being introvert just stay at the corner with my siblings and eat. hahahhahahha

perfume murah2. sis mampu yang rm10 je. sebab pakai bila rasa diri nie ada bau yang kureng enak. hahahahhahahha. ok joke. 

working life?
ada masa best, ada masa tak best. benda yang best bagi aku ialah bila buat benda yang aku tau dan aku expect aku boleh buat. benda yang tak best, benda baru yang aku tak pernah buat, aku ditugaskan buat dengan expectation yang tinggi. lol.

contohnya, for a few weeks, aku belajar benda baru (yang tak ada kaitan dengan course aku hahahha) dan terus buat advance version benda tu. hahahhahah aku rasa stress sebab ada banyak benda yang aku taktau dan aku taktau benda yang aku taktau. aku tak pasti la kalau korang faham ke tak. tapi this thing really stress me out dan berapa minggu balik rumah dan terus tidur sebab pening dan banyak fikir. tapi colleague really being cooperative and helpful, it just me the problem. lol.

kerja dah settle tapi aku taktau la apa benda lain yang akan datang. so, MAY ALLAH EASE EVERYTHING! you too. jangan stress2!

conclusion,
September was pretty good. 
thank you!

september korang pulak macam mana?

sekian, ilal liqa'
see ya when i see ya!

. Sunday, 23 September 2018 .
beberapa hari lepas, aku dan adik dan cousin jenjalan setelah berapa lama merancang nak keluar sama. ajak si cousin sorang tu tak dapat keluar sama pulak. so kami keluar bertiga, aku, adik aku dan si aimi (cousin), si arawh (lol cousin jugak) tak dapat join. tak complete la team cousin aka childhood friends nie. lama tak keluar sama2, semua dah dewasa, dah ada komitmen sendiri. bila ingat balik zaman kanak2 ribena dulu, rasa lawak gila perangai semua sebab membesar sama2 kat kawasan yang sama. sekolah menengah yang sama, belajar kat poli pun sama sebab umur dekat2. :)

assalamualaikum dan salam sejahtera
short update :3

aku taktau la kenapa mesti makan kfc bila keluar sama2, hahahaha maybe tu macam easy food kot, semua confirm suka dan mudah dapat, cepat pulak tu.


macam biasa, aku suka try menu baru kfc, value bowl (loaded go bowl - cheezy) basically, bowl nie ada fries, ayam kecik2 dan curahan sos cheese dan mayo. not bad la, dalam rm3.70. boleh jadi snack yang sedap, well cheese!

yasss, milk tea <3

so, masa kitorang keluar sama2 nie, kat sibu (my hometown) sempena Base Jump (orang terjun guna payung terjun dari bangunan tertinggi di sibu iaitu wisma sanyan) ada kawasan jualan makanan dan mini fun fair (buka malam), kitorang pergi petang, mini fun fair belum bukak dan booth makanan pun banyak baru bukak. chill je la sambil duduk tepi rumput sambil minum air yang dibeli. 

tetiba. . . . . 

ada orang gila (entah gila betul ke tidak) datang dekat kitorang dan senyum. omaigad so scary, aku dulu bangun dan nak lari hahahhaha (benda nie bila ingat balik rasa lawak sangat)


makanan. yang. sangat. banyak. sampai taktau nak pilih yang mana. so tak beli. hahahhaha

aktiviti kitorang biasa2 je la, windows shopping, makan2 dan ambik gambar banyak2. hahahhahaha, memori betul, dulu zaman sekolah menengah selalu keluar sama2 jalan2 dan ambik gambar kat kawasan yang sama, rasa macam tak banyak perubahan kawasan tu, cuma banyak bangunan baru dan kawasan rekreasi yang diubah suai.

rindu zaman kanak2. hahahhaa
kekadang kena ambik masa chill jugak. appreciate everyone in your life.  


sekian, ilal liqa'
see ya when i see ya lah