september 2018 | a little life update

Saturday 6 October 2018

wake me up when September comes, lagu yang sangat sinonim dengan bulan september. hahahhaha, ok dah taktau nak buat intro macam mana. so nie sedikit update untuk bulan september! banyak aktiviti aku pada bulan september, tapi me being me, malas keluar rumah, introvert sangat. 

assalamualaikum dan salam sejahtera
thanks bagi yang masih singgah kat blog sepi dan picisan ini walaupun mostly banyak cerita pasal benda nie je. hahahahhaa, aku rasa, aku patut banyakkan review benda2 macam movie, buku dan etc kat blog  nie. mood nak menaip ada tapi nak publish tu berat sikit, sebab asal menaip setengah, kemudian malas, bukak youtube layan youtube sejam dua lama2 blog terabai. kahhh. 

ok, mula.

awal bulan, adik2 ajak jenjalan. so sebagai akak mithali (tipu) iols bawak la. siap dorang ajak tengok wayang lagi. kitorang tengok The NUN. nak kata best? biasa je la bagi aku sebab aku bukan peminat cerita seram2 macam nie (sebab aku tak suka terkejut dan diselubungi misteri). scenes terkejut2 je banyak, jalan cerita tak berapa best (IMO). 

jalan2 beli komik. nostalgia betul tengok komik nie. series Gempak Starz dulu2. teringat zaman sekolah rendah dan menengah. 

 asyik fast food je kan. boring.

siu mai halal. sedap gilers. sebenarnya, nie first time aku makan siu mai. cicah sos cili pun sedap, makan sepuluh dah kenyang. aku jenis kurang makan nasi, tapi kalau makan benda2 macam nie, memang aku suka. hahahhaaha

ala2 milkis gitu. rasa ala2 diluted yogurt tapi bergas. not bad at all.  

halal samyang. kemain iolls. yang jjajangmyun tu sedap sebab ada manis2. tapi masih pedas jugak!

birthday cousin.
just realize that I'm bad at socializing with some relatives.

masa tu, ada family dari brunei datang, omg rasa malu nak mulakan perbualan. kalau yang older relatives tu okay la kan sebab selalunya dorang yang mula. alaaa nak jugak cakap something tapi tak tau nak cerita pasal apa. #introvertproblem

I'm being introvert just stay at the corner with my siblings and eat. hahahhahahha

perfume murah2. sis mampu yang rm10 je. sebab pakai bila rasa diri nie ada bau yang kureng enak. hahahahhahahha. ok joke. 

working life?
ada masa best, ada masa tak best. benda yang best bagi aku ialah bila buat benda yang aku tau dan aku expect aku boleh buat. benda yang tak best, benda baru yang aku tak pernah buat, aku ditugaskan buat dengan expectation yang tinggi. lol.

contohnya, for a few weeks, aku belajar benda baru (yang tak ada kaitan dengan course aku hahahha) dan terus buat advance version benda tu. hahahhahah aku rasa stress sebab ada banyak benda yang aku taktau dan aku taktau benda yang aku taktau. aku tak pasti la kalau korang faham ke tak. tapi this thing really stress me out dan berapa minggu balik rumah dan terus tidur sebab pening dan banyak fikir. tapi colleague really being cooperative and helpful, it just me the problem. lol.

kerja dah settle tapi aku taktau la apa benda lain yang akan datang. so, MAY ALLAH EASE EVERYTHING! you too. jangan stress2!

conclusion,
September was pretty good. 
thank you!

september korang pulak macam mana?

sekian, ilal liqa'
see ya when i see ya!

6 comments

  1. Kenapa banyak sangat makanan best-best kat Malaysia ni? Sob.

    ReplyDelete
  2. Ramai yg suka ramen jjajjang tu kan? Lenne makan sekali je and terus taknak makan lagi dah sebab rasa black bean dia tu masin bagi lenne lol. But carbo is my fav! xx

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, maybe sebab kurang sikit pedas dia. masin? BV tak rasa masin pun. maybe lain2 orang lain rasa. :D
      yesss carbo memang sedap, rasa bercream gitu :)

      Delete
  3. This month takde gambar takoyaki? XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahahha gladly tak ada for bulan sept. october akan ada rasanya lol XD

      Delete

drop a comment~
arigatouuu!