kek lapis sarawak yang sedap

Tuesday 21 November 2017

selepas seminggu lebih senyap tanpa post baru kat blog nie. aku kembali dengan kek lapis. siapa je tak kenal kek lapis sarawak kan. sebab aku sarawakian dan aku pun suka kek lapis tetiba rajin nak buat satu pos kat blog. hahahahha. 

assalamualaikum dan salam sejahtera~

kek lapis sarawak sedap
beberapa minggu lepas, masa pergi pasar/market ada la lalu kat tempat orang jual kek lapis. walaupun takdak sambut hari spesial. memang teringin nak try sebab meriah sungguh warna2 dia, warna warni. kalau dulu kek lapis jarang ada perisa sangat, sekarang ada macam2 jenis. cheese lah, blueberry lah, mint lah dan macam2 lah. memang rambang mata la kalau nak pilih. rasa nak beli setiap warna dan perisa. hahhahhaa

kek lapis red velvet
nie beli minggu lepas. dari atas red velvet cheese, orea cheese and blue mint. aku suka gila dengan rasa mint tu sebab ada rasa fresh2 kan, plus warna baby blue. comel je. yang oreo pun sedap, red velvet pun sedap walaupun tak terasa sangat cheese dia. makan berkali2 pun tak muak sebab kek dia tak manis sangat. satu sebab aku suka dengan vendor kek nie. hahahhaha. lain pembuat lain rasa dia. ada yang memang manis kaw2, tapi nie, cukup2 je. best!

kek lapis lumut cheese belacan
beli minggu nie. adik aku yang beli untuk bawak balik kamsis. hahahhaha. beli kat tempat yang sama jugak. sebab harga pun kira berpatutan la. nak buat sendiri tak berapa pandai aka malas kumpul bahan. so, kita main tunjuk2 je kat market. lols. 

kek lapis lumut cheese belacan
dari atas LCB (lumut cheese belacan), strawberry blueberry, chocolate almond. kalau korang nak tau, yang LCB tu adalah gabungan antara kek lumut dan kek belacan, kek klasik premium jenis kukus kesukaan ramai rakyat sarawak (taktau la kalau kat tempat lain pun ada) sebab lembut, moist dan sedap. kek lumut warna hijau dan kek belacan warna coklat, yang kek belacan tu bukan guna belacan pun okay. hahahhaha. cuma dah nama dia gitu. 

kalau korang pergi sarawak, memang wajib la beli kek lapis nie. nak kelainan sikit, beli la kek klasik sarawak macam KEK LUMUT, KEK BELACAN dan KEK HATI PAREK (Hati Pari). sedap!

rasa gembira dilahirkan di sarawak sebab aku kan sweet tooth punya orang, plus boleh merasa kek lapis bila2. lols

korang lak pernah tak try kek lapis dan kek2 sarawak yang di mention kat atas tu? kalau pernah, apa fav korang?

sekian, ilal liqa'
see ya when i see ya lah!

20 comments

  1. Sedapnya kek lapis Sarawak. Always been my favourite. Selalu pesan kat kawan mak kita je minta belikan. Sedap sangatttt :D

    Fatina

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, memang sedappp. dah jadi fav BV jugak :) nasib baik ada orang tolong belikan :D

      Delete
  2. Tak tahu kek lapis sarawak yang mana satu pernah cuba sebab tahu makan je tapi sangat suka dengan kek lapis Sarawak! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yayyy! BV pun sukaaa. memang sekarang dah jadi macam2 rasa yang ada. suka2 :3

      Delete
  3. ray suke yg ade cadbury tu. hehe

    jmput join sini kalau belum join

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. BV pun suka yg tu jugak. hehehe selalu makan yg tu masa raya je :D

      thanks ya, kalau free nanti BV join :)

      Delete
  4. Antara senarai kek kat atas .. CCL pernah rasa red velvet cheese . Memang sedap ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn, memang sedap je rasa dia. sekarang macam2 perisa dah ada :D

      Delete
  5. nyemsss ehsss... tok belei kat senei oo..?? x saba nak balit Kch..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nang nyemsss :D kmk beli rah pasar sibo jak :3

      Delete
  6. yg ada oreo ya mcm nyaman jakkkkkk. kmk jarang aihh makan kek lapis tok haha kmk sikbrapa minat gilak sebenarnya,time raya jak kmk rajin makan haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nyaman juak nak ada orea ya. dolok kmk pun jarang makan walaupun masa raya sebab muak rasa mun makan banyak2. tetiba suka. maybe sbb nak tk sik muak gilak :D

      Delete
  7. Kek lapis sarawak mmg feveret

    ReplyDelete
  8. Temptingnyaaaa.Terliur. Huuu

    ReplyDelete
  9. Temptingnyaaaa.Terliur. Huuu

    ReplyDelete
  10. hadoilah BV terlior ni ! mint & oreo olwez my feveret! kat Perak Selatan tmpt sy ni ssh nk jumpa. kalo teringin sgt terpaksalah order online. BV jual lah ! hehehe

    ehhh yg LCB tu tak pernah try lagi. ada rasa belacan ke mcm mana tu? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa sorry2. BV pun suka yg mint jugak :D boleh je tolong beli, contact je BV :)

      nama je belacan tu sbb mampat macam belacan wahhahaa, kek dia sedap macam coklat2 gitu :D

      Delete
  11. Beli dekat kedai mane tu..boleh pesan ngn abg kt kuching

    ReplyDelete
  12. aduhai.. nampak sedap.. terus rasa mcm lapar pula..

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!