perempuan bertudung litup

Wednesday 30 May 2012

Assalamualaikum. .
terutama kepada kaum hawa dan tidak lupa juga kepada kaum adam. .
apa pendapat korang pasal perempuan masa sekarang?
perempuan nie senang dapat pahala senang jugak nak dapat dosa. .
macam saya sendiri la kan. .seorang perempuan yang tak lari dari dosa. .(cewahh. .hee)

hari tu. .entah la bila. .hehe. .
dekat Facebook saya ada terlihat status seorang hamba Allah nie. .
dia tak puas hati sangat pasal sesetengah perempuan yang bertudung kat fb situ haa. .
kenapa??? jangan fikir buruk dulu pasal hamba Allah nie. .dia cuma mahu menegur sesetengah penampilan perempuan bertudung di laman sosial tersebut. .

dia nie. .tak puas hati sebab sesetengah perempuan islam yang bertudung di luar. .tapi boleh tunjuk2 aurat diaorang di laman sosial tersebut. .korang rasa macam mana tu? faham ke tak tu?
ok. .macam nie. .ada kan sesetengah perempuan islam kat fb profile picture diaorang bertudung. .tapi bila tengok album diaorang ada jugak gambar yang tak bertudung. .boleh tak macam tu?
tak boleh la kan? berdosa macam tu. .ada orang cakap dosa pahala tu masing-masing tanggung sendiri la. .
sepatutnya kita tak boleh sangat fikir macam tu. .ada belajar pendidikan islam tak? pasal amar makruf dan nahi mungkar. .kita patut menegur orang yang melakukan kemungkaran depan mata kita. .pandai2 la tegur dengan baek. .jangan main sergah je. .silap haribulan orang yang ditegur pulak menegur orang yang menegur. .(faham tak ayat tu?? heee)
cegah la kemungkaran melalui perbuatan. .tak dapat perbuatan melalui perkataan. .tak dapat perkataan pulak. .melalui hati la. .(macam ustazah pulak.  .heee)

BACA APA YANG TERTULIS PADA GAMBAR DIBAWAH NIE. .:)

dah baca?? gambar nie diambik dari Lukisan Dakwah Islam (page di FB). .saja nak share. .boleh jugak lawat blog yang tertera di gambar tersebut. .(mungkin orang kreatif yang buat gambar tu la. .comel2)
sekarang stail tudung/hijab macam2 la. .ada shawl, pashmina dam macam2 lagi. .stail hana tajima, yuna dan segala macam lagi. .INGAT. .jangan sampai hijab tersebut tak tutup apa yang sepatutnya ditutup. .nanti jadi hijab beraurat lak. .berdosa tu. .(sabar. .heee)

last but not least. .maafkan saya kalau tulisan dari hujung jari saya nie menyakitkan hati siapa2. .tiadalah niat saya macam tu. .cuma untuk beri sedikit pendapat saja. .bukan untuk mengungkit isu yang sensitif. .
syukran bagi sesiapa yang sudi baca entri nie sampai ke garisan penghabisan. .terima kasehh!! (sebutan style alleycat. .heee) memandai jeh. .sampai di sini saja kali nie. .
SYUKRAN JAZILAN
JAZAKALLAH :)

3 comments

  1. Setuju sangat...kna tegur gak orang2 macam tu...diorang nie tau hukum tapi wat2 buta.kalau saya teguran bagi pedas skit supaya menusuk jantung trus..hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol 2 betol. .dhsyat la cm2. .msti trus insaf dorang. .hehe^^

      Delete

drop a comment~
arigatouuu!